Sarah menekan loceng rumah Pak Akob. 3
minit menunggu, kedengaran dari arah dalam tombol pintu di pulas. Satu wajah
tua menjengah keluar.
“Assalamualaikum pakcik.” Sarah menghulurkan salam.
“ Ya, kamu nak apa?” tanya Pak Akob tanpa
menjawab salam Sarah. Dingin nada percakapan.
“ Saya datang nak bagitahu yang tandas di
bahagian dapur tersumbat. Padahal baru sekali saya guna. Boleh pakcik tolong
panggilkan orang tolong betulkan?”
“ Oh, baiklah. Kamu balik dulu. Nanti aku
sendiri betulkan.”
“ Okey lah kalau begitu. Terima kasih
pakcik.” Tanpa sempat Sarah beredar, pintu rumah orang tua itu di tutup. Sarah
sedikit tersentak.
“ Apahal orang tua ni? Pelik.” Sarah
mengomel sendiri. Dia menapak pulang ke rumah.
***
“ Tersumbat sikit je ni.” Kata Pak Akob bila dia melihat bilik air yang dikatakan tersumbat.
“ Jadi, pakcik boleh settlekan hari ini kan ?” Tanya Sarah.
“ Hmmm…” Ringkas jawapan Pak Akob.
Sarah hanya mengangkat bahu lalu beredar ke
ruang tamu. Ingin berborak dengan Pak
Akob, tapi seolah-olah tidak dilayan.
10 minit kemudian, Pak Akob keluar sambil
membawa peralatan yang di bawanya tadi. Sarah bangun menuju mendapatkan Pak
Akob.
“ Dah siap pakcik? Apa masalahnya ye?”
Tanya Sarah.
“ Hmmm…tak ada apa sangat. Tersumbat sebab
rambut.”
“ Rambut? Rasanya saya tak pernah guna pun
bilik air sana .
Biasa guna yang dalam bilik saja.”
“ Penyewa lama kot.”
“ Ohh…mungkin jugak kan pakcik. Er…”
“ Aku balik dulu. Apa-apa nanti, kamu
telefon pakcik.”
“ Baik pakcik. Terima kasih ye.”
Pak Akob terus berlalu tanpa kata. Seperti
biasa, dingin dan susah di bawak berbual. Hanya bercakap sepatah dua sahaja.
Sarah buat tidak kisah. Malas ambil pusing dengan Pak Akob yang dingin. Matanya
sempat menjeling ke dalam baldi yang di bawa Pak Akob. Ya, memang betul. Bilik
airnya tersumbat dek kerana rambut. Cuma yang pasti jumlahnya terlalu banyak.
Ya, banyak!!
***
“ Jangan!! Jangan apa-apakan aku. Kau nak apa hah?!!” Jerit si gadis di penjuru dinding.
“ Jangan!! Jangan apa-apakan aku. Kau nak apa hah?!!” Jerit si gadis di penjuru dinding.
“ Kau kena sedar, kau tak layak hidup.”
“ Siapa kau yang tentukan aku berhak hidup
ke tidak!! Kau bukan Tuhan!!”
“ Hahahaha!! Aku yang tentukan hidup kau
sekarang. Kau tak ada pilihan.”
“ Kau gila!!! Gila!!!”
“ Hahahaha”
“ Hahahaha”
Serentak dengan itu, kapak di hayun tepat
mengenai leher si gadis. Jeritan si gadis terhenti. Kepala yang membawa
limpahan darah merah pekat tergolek ke lantai. Tubuhnya kaku. Senyap.
Sarah tersentak dari lenanya. Mimpi yang
dialami solah-olah terasa benar. Badannya bermandi peluh. Dada berdebar
kencang. Sarah beristighfar. Beberapa minit, dia berasa tenang kembali. Mimpi
ngeri itu cuba
dilupakan. Hanya permainan tidur. Sarah merebahkan badannya kembali. Ingin
menyambung tidur. Namun, belum sempat dia memejamkan matanya, dia terdengar
bunyi esakan di luar biliknya. Dada Sarah kembali berdegup kencang. Dengan
bismillah, Sarah bangkit dari katil. Lampu bilik di buka. Sarah menuju ke ruang
tamu dengan debaran yang memuncak.
Suara esakan semakin jelas di telinga
Sarah. Sarah mencari arah suara tangisan tersebut. Di ruang tamu, kosong. Sarah
menuju ke arah dapur. Suara itu semakin lama semakin jelas. Sarah menggigil.
“ Si..sia..siapa ye?”
Tiada jawapan. Yang kedengaran hanyalah
suara tangisan.
“ Toolongg sayaaa…tolooong”
Suara itu dari dalam bilik air dapur. Sarah
menolak perlahan pintu bilik air tersebut. Dan apa yang dia lihat membuatkan
dia terpaku tanpa kata.
Sekujur tubuh yang berlumuran darah sedang
duduk di lantai sambil meriba kepalanya. Merah darah memenuhi lantai bilik air.
Tangan kiri tubuh tanpa kepala itu cuba menggapai Sarah.
“ Ttolongggggg”
Pandangan Sarah gelap. Suaranya terasa
tersekat di kerongkong. Sarah rebah di situ juga. Pengsan.
Bersambung.
Episod sebelum: