Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 28 July 2013

Ikemen Butler - Episod 4

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

“Amboi berseri bukan main muka kau sekarang. Untunglah dah ada boyfriend.” Aliya membaringkan tubuhnya di atas katil milik Qairina. Dia sengaja mengambil cuti dan datang ke Jepun untuk melawat sahabat baiknya itu.
Boyfriend mana pulak kau ni?” soal Qairina sambil menyimpan baju yang baru sahaja dilipatnya ke dalam laci.
“Buat-buat tak faham konon. Si Rifqi Haikal tu bukan boyfriend kau ke?” usik Aliya.
“Mana pulak. Aku kawan je dengan dia. Macam dia cakap tadi, dia butler aku. So, sebab kau kawan baik aku, butler aku, kira butler kau jugak.” Qairina membalas pendek dan duduk di sisi katil.
Butler ye? Ikemen butler.” Aliya ketawa kecil.
Ikemen butler? Kau rasa dia handsome?” soal Qairina semula. Ikemen = Handsome.
“Kau tak rasa dia handsome ke? At least handsomelah daripada ex-boyfriend kau yang sebelum ni. Takkan kau nak muka jambu macam artis Jepun baru kau nak jatuh cinta kot? Agak-agaklah sikit.” Aliya membaling bantal kecil dalam pelukannya pada Qairina.
“Hmmm, interesting question. Kenapa aku kena jatuh cinta dengan dia pulak?” soal Qairina hairan.
“Cik Amni Qairina, si Rifqi Haikal tu cukup pakej okay. Kau nak yang macam mana lagi? Ada rupa, ada duit, ada pelajaran, ilmu agama dia je aku tak kaji lagi. Tapi berdasarkan cerita kau lepas balik dari tour haritu aku rasa he’s not bad. Okay apa?” soal Aliya lagi.
“Cukuplah, Liya. Aku dah serik.” Qairina akhirnya menuturkan.
“Serik? Nina, dalam dunia ni bukannya semua lelaki sama macam si Hakim tu? Sampai bila kau nak larikan diri macam ni? From the look outside pun aku boleh rasa dia betul-betul sukakan kau, Nina.” Aliya memberi nasihat.
“Amboi, pandai kau buat conclusion kan? Mana kau tahu? Ikut suka je.” Qairina mencebik.
It’s called a friend’s instinct. Percayalah, Nina. Kau jangan terkejut kalau satu hari nanti tiba-tiba dia melamar kau sudah.” Aliya ketawa kecil.
Maybe. Who knows, right?” Qairina hanya tersenyum kecil.
“Kalau betul apa kau akan buat?” soal Aliya.
“Mungkin aku akan consider. Tapi bukan sekarang. Maybe after two or three years? Lepas habis PhD aku fikir balik fasal ni.” Qairina menjawab senang.
“Ewah, ikut suka hati kau aja nak buat keputusan. Kau tu bukannya makin muda mak cik!” Aliya mencebik.
“Eleh, cakap orang, kau tu pun sama. Kau tu tak makin tua?” Qairina membuat serangan balas.
“Aku dah ada calon.” Aliya ketawa sendiri.
What?! Bukannya nak cerita kat aku! Bencilah kau ni.” Qairina membaling semula bantal di tangannya pada Aliya.
“Aku nak ceritalah ni. Sebab tulah aku ambil cuti datang sini. Nak harap kau balik Malaysia memang terus makan nasi minyak kenduri aku jelah.” Aliya ketawa kecil.
“Ceritalah.” Qairina melompat naik ke atas katil dan duduk di sebelah Aliya, bersedia untuk mendengar cerita sahabatnya itu. Malam yang panjang itu diisi dengan cerita Aliya dan Luqman.
******************************************************************************
Aliya masih lagi ketawa kecil sambil berjalan beriringan dengan Qairina pulang ke rumah sewa milik Qairina. “Ei, kau ni. Dah-dahlah gelak tu.” Qairina menggigit bibirnya.
“Kan aku dah cakap dia ada hati kat kau. Kau bukannya nak percaya cakap aku.” Aliya bersuara dalam tawa. Qairina mencebikkan bibirnya dan terus berjalan laju sambil dikejar oleh Aliya dari belakang.

PERISTIWA 1 JAM YANG LALU

“Kenapa aku kena teman kau? Nak dating pergi berdualah.” Aliya mengusik Qairina sambil mereka berjalan menuju ke Café Yuuki, di mana Rifqi dan Nisha sedang menunggu.
“Dahtu, rajin pulak kau nak duduk sorang-sorang kat rumah?” Qairina membalas usikan Aliya.
“Aku ada Luqman apa. Boleh call ke, mesej ke, skype ke. Banyak lagi kerja aku boleh buatlah. Aku yang jejak kaki ke Jepun dulu sebelum kau. Semua jalan kat Ibaraki ni aku dah hafal. Jangan lupa tu.” Aliya mengingatkan.
“Dahlah, bisinglah kau ni. Teman jelah aku.” Qairina menarik tangan Aliya agar melajukan langkah mereka. Seketika kemudian, mereka tiba di hadapan pintu masuk Café Yuuki itu.
“Masuklah. Yang kau jadi tiang bendera kat depan pintu ni, kenapa?” Aliya mendahului Qairina. Dia menolak pintu kaca tersebut dan menarik Qairina masuk sambil matanya melilau mencari Rifqi.
Rifqi menyambut mereka dengan senyuman. “Aliya, tak ada plan nak pergi mana-mana ke hari ni?” soalnya.
“Tak ada pun. Dah selalu dah jalan kat sini. Kali ni memang datang nak jumpa dengan Nina je. So, ikut je dia pergi mana-mana.” Aliya menerangkan.
“Oh, ye ke? Ingatkan Aliya ada plan lain. Tapi thanks sebab temankan Nina datang sini. Kalau suruh dia datang sorang memang dia tak akan datang.” Rifqi tersenyum melihat Qairina membuat muka padanya.
“La, ye ke? Patutlah pun.” Aliya tersenyum kecil. Dia menyiku perlahan bahu Qairina yang masih tunduk di sisinya.
So, nak order apa-apa tak?” soal Rifqi.
“Errm, two hot chocolate.” Aliya membuat pesanan pada pelayan. Pelayan itu mengangguk sebelum berlalu.
Suasana sepi seketika. Aliya dan Rifqi bertukar pandangan. Aliya segera memahami isyarat yang cuba disampaikan oleh Rifqi. Dia menyiku Qairina yang masih menunduk. “Aku nak pergi ladies jap.” Diasegera bangkit sebelum Qairina sempat berbuat apa-apa. Aliya berjalan ke kaunter dan berdiri di sebalik dinding. Tempat paling selamat untuk dia memerhati apa yang akan terjadi.
“Saya nak cakap something dengan awak, Nina.” Rifqi memulakan bicaranya.
“Uh? Err…huh?” Qairina tidak tahu bagaimana mahu membalas. Aliya sudah terasa ingin mengetuk kepalanya ke dinding saat itu namun disabarkan hatinya.
“Saya nak cakap something, bukan nak tanya soalan.” Rifqi tersenyum kecil.
“Errmm, apa dia?” Akhirnya Qairina bertanya.
“Hantaran kahwin awak berapa ya?” soal Rifqi dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya. Qairina spontan mengangkat wajah memandang Rifqi di hadapannya.
“Entahlah. Saya pun tak sure. Saya pernah bertunang je, tak jadi kahwin pun.” Spontan juga Qairina menjawab.
“Awak rasa?” soal Rifqi lagi.
“Saya tak tahulah. Kenapa awak nak tahu? Penting ke? Kalau penting, saya boleh call ayah saya sekarang, tanya dia. Dia tahu rasanya.” Qairina menjawab dengan senyuman nakal.
“Kalau macam tu, biar saya je yang cakap dengan ayah awak.” Rifqi juga pintar menjawab.
“Nak buat apa cakap dengan ayah saya?” soal Qairina semula.
“Nak minta izin kahwin dengan anak dia? Itupun kalau anak dia setujulah.” Terus-terang Rifqi menyatakan hasrat hatinya.
“Huh?” Terkejut Qairina mendengar bicara Rifqi secara tiba-tiba itu. “Apa awak cakap ni?”
“Saya serius. Saya nak Amni Qairina jadi isteri saya. Boleh?” Rifqi bertanya sekali lagi.
“Awak serius?” soal Qairina semula. Rifqi mengangguk.
“Awak sanggup terima saya walau apapun yang terjadi?” Rifqi mengangguk lagi.
“Awak takkan tiba-tiba suka pada orang lain suatu hari nanti?” soal Qairina lagi.
“Apa yang buat awak fikir macam tu?” soal Rifqi pula.
“Saya dah pernah kena, Rifqi. Saya tak mahu sejarah lama berulang lagi. Saya dah serik.” Qairina berterus-terang.
“Saya bukan Hakim, Nina. Saya nampak awak seorang je. Dari kali pertama kita jumpa lagi.” Rifqi bersuara meyakinkan Qairina.
“Memanglah awak bukan Hakim. Tapi saya ni biasa-biasa je. Manalah tahu suatu hari nanti awak jumpa orang lain…”
Kata-kata Qairina segera dipotong oleh Rifqi. “Kalau saya nak orang lain, saya tak akan tunggu awak, Nina. Saya bukan muda lagi nak tunggu bidadari jatuh dari langit. Saya tak nak orang lain pun. Saya cuma nak Amni Qairina. Kalaupun saya ada orang lain, awak ingat Nisha akan diam macam tu je? Mungkin saya akan mati kena kerat 18 dengan dia sebelum saya sempat bagitau awak pun.” Rifqi berjenaka.
“Tapi, Rifqi…” Qairina masih cuba membantah.
“Nina, saya tak suruh awak jawab sekarang. Awak balik dulu, istikharah dan bila awak dah yakin, awak boleh bagitau dengan saya. Tak kisahlah sebulan atau setahun. Saya akan tunggu jawapan awak.” Rifqi meyakinkan.
“Kalau sepuluh tahun?” Qairina mengusik.
“Kalau lepas sepuluh tahun awak setuju tak apalah. Kalau lepas sepuluh tahun awak tak setuju awak nak suruh saya jadi bujang terlajak ke cik Amni Qairina oii?” Rifqi menjawab sambil ketawa.
“Saya yakin dengan jodoh yang ALLAH dah tuliskan untuk kita, Qairina. Kalau ada jodoh kita, selama mana pun saya akan tunggu.” Raifqi sudah kembali pada mood serius.
“In sya-ALLAH. Saya akan cuba bagi jawapan dalam masa terdekat ni.” Qairina tersenyum.
“Amin.” Entah dari mana Aliya muncul dan mengambil tempatnya di sisi Qairina semula.
“Eh, kau curi dengar ke?” soal Qairina.
“Dah tu, kau ajak aku datang buat apa?” Aliya membalas sambil menghirup hot chocolatenya di atas meja.
“Budak ni, kan!” Qairina mencubit kecil lengan Aliya.
“Sakitlah. Tak malu ke kat Rifqi tu?” Aliya cuba mempertahankan dirinya dari menjadi mangsa ‘ketam-ketam’ yang mula bekerja itu. Qairina tersedar dan kembali duduk dengan sopan. Rifqi hanya tersenyu melihat telatah pasangan sahabat itu. Mereka berbual kosong seketika sebelum Qairina mengajak Aliya pulang dnegan alasan mahu menyiapkan kerjanya untuk minggu depan. Malulah tu!
******************************************************************************
“Masak apa tu?” soal Aliya pada Qairina di dapur.
“Udon sup.” Qairina menjawab sambil mengacau sup di atas dapur.
“Sedapnya bau. Dah boleh kahwin dah ni.” Aliya mengusik.
“Amboi, sibuknya kawan aku yang seorang ni nak suruh aku kahwin. Yang kau tu, lama benar cuti?” Qairina membalas.
“Oh, aku ada last tour next two months sebelum aku berhenti terus. So, before that, aku boleh duduk berapa lama yang aku suka kat sini.” Aliya membuat muka.
“Banyaklah kau punya ikut suka. Visa dengan flight ticket kau macam mana?” soal Qairina semula.
“Aku cakap kat kau seminggu. Tourist visa aku sebenarnya sebulan. Aku ingat nak duduk dengan kau seminggu je. Tapi, crucial time macam ni, mana boleh aku tinggal kau sorang-sorang. Aku nak jugak tahu apa kesudahan kisah Amni Qairina dengan Rifqi Haikal ni.” Aliya masih tidak sudah-sudah mengusik temannya itu.
“Kau ni…” Ketukan di pintu mematikan perbualan antara Qairina dan Aliya. “Kau tengokkan sup aku kejap, okay?” Qairina mencapai tudungnya dan berlalu ke pintu utama.
“Kak Nina, ada orang nak jumpa akak. Dia tanya rumah akak kat mana. Kitorang takut nak bagitau so, saya cakap tak tahu.” Nadiah, salah seorang pelajar Malaysia yang tinggal berhampiran dengan rumahnya memberitahu.
“Siapa?” soal Qairina ingin tahu.
“Tak kenal. Lelaki dari dari Malaysia katanya. Firdaus bawa dia tunggu kat Yuuki sementara kitorang bagitau akak.” Nadiah menerangkan.
“Wah, ada lagi pelawat dari Malaysia?” Aliya yang baru sahaja tiba menyampuk. “Tanya tak nama dia siapa?”
“Ala, lupalah nak tanya tadi. Sorry.” Nadiah menjawab perlahan.
“Tak apa, nanti Kak Nina jumpa dia kat Yuuki. Thanks, Nad.” Qairina tersenyum sebelum Nadiah berlalu.
“Siapa, Nina?” soal Aliya ingin tahu.
“Manalah aku tahu.” Qairina menjawab malas dan menghilangkan diri ke dalam biliknya sebelum muncul semula. “Liya, teman aku nak?” ajak Qairina.
“Tak naklah aku. Sekali Rifiqi yang datang. Nak buat surprise ke?” Aliya menolak.
“Taklah, kalau Rifqi, dia nak buat surprise pun, buat apa dia nak tanya orang rumah aku kat mana, baik dia suruh je Nadiah suruh aku pergi Yuuki terus. Jomlah, Liya.” Qairina memujuk.
“Yalah, yalah. Kau ni…” Aliya juga turut bersiap sebelum mereka sama-sama keluar menuju Café Yuuki.
“Kau agak-agak siapa? Lelaki pulak tu?” Aliya bertanya sambil mereka berjalan menuju ke Café Yuuki.
“Entahlah, mungkin…” Langkah Qairina mati melihat susuk tubuh yang dikenalinya yang sedang berbual dengan Firdaus. Dia terus sahaja melangkah keluar sambil diikuti Aliya.
“Airin! We need to talk.” Lengannya ditarik secara tiba-tiba.
“Lepaslah! Saya bukan Nurin!” Qairina menrentap lengannya dari pegangan lelaki itu.
“Okay, saya minta maaf. We really need to talk.” Lelaki itu bersuara memujuk.
You come all the way to Japan just to say we need to talk? Awak ni dah betul-betul hilang akal ke?” soal Qairina dengan nada marah.
“Airin, calm down please. Saya nak buat macam mana lagi? Setahun saya cari awak lepas awak hantar notis berhenti kerja dulu tau. Please, just listen to me once.” Lelaki itu masih cuba menenangkan Qairina sambil diperhatikan oleh Aliya dan Firdaus.
Yeah, make it short, Hakim.” Qairina akhirnya mengalah. Dia melangkah dan duduk di kerusi yang disediakan di taman kecil tidak jauh dari Café Yuuki sebentar tadi.
Let’s start all over again?” Ayat itu membuatkan Qairina spontan bangkit dari duduknya.
No, thanks.” Terus sahaja dia berlalu namun lengannya sekali lagi ditarik. “Let me go, Hakim!” Qairina terasa darahnya menggelegak kala itu.
Nope. Until you gave me an exact answer.” Hakim berkeras.
“Ni jawapan kau.” Satu tumbukan singgah di wajah Hakim. Spontan lengan Qairina dilepaskan dan Hakim terduduk ke lantai. “Kau ingat aku nak berdiam diri je tengok apa yang kau dah buat pada Nina selama ni? Baliklah, Hakim. Stop doing useless things.” Aliya berdiri di sisi Qairina.
You have no right to intrude, Aliya.” Hakim bangkit dan memandang kedua-duanya.
No right? Siapa awak nak cakap fasal hak semua? You are the intruder! Awak datang sini dan cakap let’s start all over again? Just like before? And suddenly throw me away again? No, thanks.” Qairina menarik tangan Aliya dan mereka terus sahaja berlalu pergi meninggalkan Hakim sendirian di situ.
“Kau ni biar betul.” Qairina bersuara setelah agak lama kedua-duanya mendiamkan diri.
“Apa?” soal Aliya semula.
“Selamba je kau bagi penumbuk kat dia. Lebam mata dia seminggu tu.” Qairina menggeleng sendiri sambil mengeluarkan kunci rumahnya.
“Tak rugi aku belajar tae kwon do dulu. Ada jugak yang jadi mangsa aku. Hakim tu biadap! Dia ingat kawan baik aku ni murah? Dia datang lagi, tahulah aku nak ajar dia macam mana.” Aliya bersuara geram.
“Dia takkan datang lagilah.” Qairina bersuara sambil duduk di sofa.
“Mana kau tahu?” soal Aliya ingin tahu.
Knowing him for years, he wouldn’t do so.” Qairina tersenyum tanpa perisa. “Dan aku tahu dia bakal kena kejar dengan kayu pulak kayu dia datang sekali lagi.” Sempat dia berjenaka.
“Tak adanya, aku call je polis terus.” Aliya ketawa kecil. Kemudian dia mengalih pandang pada Qairina. “Tapi, dia buat apa kat sini? What happened to Nurin?
Qairina mengeluh perlahan dan mengangkat bahu tanda tidak tahu. “I don’t care, Liya. And I don’t even want to know.” Dia bangkit dan berlalu ke biliknya. Aliya juga mengeluh perlahan. Apalah yang akan jadi selepas ini agaknya?

Qairina duduk bermain dengan telefon bimbitnya di meja yang terletak di tepi tingkap. “Nina?” Satu suara menegurnya. Qairina mengangkat wajahnya dan menghadiahkan senyuman pada pemilik suara tersebut.
“Mana Aliya?”
“Saya tinggal dia kat rumah. Sebab tu saya ajak awak keluar pagi-pagi ni. Awak belum masuk kerja lagi, kan?” soal Qairina.
Rifiqi menggeleng dan mengamil tempat di hadapan Qairina. “Ada apa?” soalnya.
Qairina mengeluarkan sampul surat dan menyerahkannya pada Rifqi.
“Apa ni?” soal Rifqi.
“Nombor telefon dengan alamat parents saya dekat Malaysia. Ayah awak dengan Nisha kat Malaysia, kan sekarang? So, lagi senang nak berurusan. Saya dah bagitau ayah saya apa yang patut, so it’s your turn now.” Qairina menerangkan.
So, is it a yes?” soal Rifqi dengan senyuman lebar.
It’s up to you how you want to interpret it. Yang penting saya dah bagi jawapan, kan?” Qairina membberi jawapan ringkas.
So, inilah sebab kenapa awak tak nak balik pada saya, ya?” Satu suara tiba-tiba menyampuk perualan antara mereka.
What are you doing here, Hakim?” Qairina yang mulanya terkejut membalas marah.
“Nak tahu kenapa awak reject saya? Awak nak balas dendam pada saya, kan? Sebab saya tinggalkan awak dan pilih Nurin? Awak ni pandai betul buat lawak. Kalau ya pun awak nak bagi saya cemburu, tak payahlah pakai lelaki macam ni? Tengok pun saya dah tahu he’s nothing. At least saya dulu pilih Nurin, she’s better than you.” Hakim bersuara lantang.
“Nina, siapa ni?” soal Rifqi.
“Aku bekas tunang dia. Dia tak pernah cerita ke? Kitorang pernah bertunang dulu, tapi tak jadi kahwin. Have been a history for years.” Hakim menjawab bagi pihak Qairina.
“Oh, bekas tunang? So, apa hak kau untuk cakap yang bukan-bukan pada bakal isteri aku?” soal Rifqi lagi.
“Well, aku tinggalkan dia untuk perempuan yang lebih baik. Tapi dia tinggal aku untuk lelaki macam kau. Bakal isteri kau tu bekas tunang aku. So what?” Hakim menjawab selamba sebelum dia basah disiram air coklat suam yang berada dalam gelas yang sudah kosong di tangan Qairina.
You really need to do something about your brain, Hakim. Please back away before I do something else.” Qairina bersuara lantang.
Hakim mengesat wajahnya yang basah dengan air coklat tersebut. Nasib baik bukan air panas yang disiram oleh Qairina ke tubuhnya. “You better watch your attitude, Qairina!”
Look who’s talking. Sekali lagi awak muncul depan mata saya, saya tak akan teragak-agak untuk call polis. Remember that!” Qairina berlalu sambil diikuti oleh Rifqi. Setelah agak lama berjalan, Qairina akhirnya duduk di sebuah kerusi berhampiran.
Seketika kemudian, Rifqi muncul di situ. “Saya teman awak balik rumah?” Rifqi mempelawa.
Thanks.” Qairina menjawab sebelum bangkit dari duduknya.
Are you okay?” soal Rifqi setelah agak lama mereka menyepi.
“Saya minta maaf. Hakim tu…”
Kata-kata Qairina segera dipotong oleh Rifqi. “Saya dah tahu semuanya fasal Hakim. So, don’t bring back your bitter memory about him, okay? Kalau dia datang jumpa awak lagi, just tell me. I’ll do something about him.
“Uish, awak pasang spy ke?” soal Qairina cuba berjenaka.
“Lebih kurang. Tapi, spy ni volunteer nak cerita. Saya tolong dengar je.” Rifqi menjawab.
“Huh? Siapa? Nisha? Tapi saya tak pernah cerita apa-apa pun kat Nisha?” soal Qairina lagi.
“Bukan Nisha.” Rifqi menafikan.
“Dah tu?” soal Qairina ingin tahu.

“Tu.” Rifqi menunjuk pada Aliya yang sedang melambai mereka dari balkoni biliknya. Qairina mengerut dahi. “Awak ingat dia saja-saja ke datang bercuti kat sini?” Rifqi tersenyum kecil. “I’ll see you tomorrow. Assalamualaikum.” Rifqi terus sahaja berlalu pergi meninggalkan Qairina yang masih terpinga-pinga di situ.

bersambung...

4 comments

makin menarik cerita ni.. ;)

Menunggu cerita selanjutnya. sering update yah, ceritanya menarik

ceritanya menarik sangat, patut dibuat novel

Pemilihan kata yang indah, menggunakan bahasa malay. Salam kenal dari blogger Indonesia

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...