Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 10 March 2013

Secangkir Kasih - Episod 3

Episod 1 | Episod 2


“Saya ada kakak kembar. Najwa Batrisya namanya. She’s lovely, she’s kind, she’s nice. She’s perfect and she’s everything for me. She’s my life, my heart, my soul. Tapi, saya tak sihat selepas dilahirkan. Hati saya rosak. Dan doktor cadangkan supaya hati Najwa dibelah dan dibahagikan kepada dua. Mama tak setuju pada mulanya. Tapi, sebab kesihatan saya semakin buruk, mama dan ayah setuju atas dasar pembedahan itu akan menyelamatkan nyawa saya dan tak akan memberi apa-apa kesan pada Najwa.”
“Selepas pembedahan, everything goes back to normal. Selama enam tahun sebelum suatu hari tiba-tiba Najwa jatuh pengsan ketika mengambil anugerah di tabika. Dia dikejarkan ke hospital dan disahkan menghidap leukemia. It’s hard to accept. Untuk mama dan ayah. Saya, Along dan Angah cuma bersedih sebab kami masih tak faham apa-apa lagi.”
“Rawatan demi rawatan dibuat dan didapati punca leukemia Najwa adalah akibat pembedahan pemindahan hati enam tahun yang lalu. Mama macam tak percaya atas semua ni. Mama tak percaya apa yang dah jadi pada Najwa. Pada mulanya, mama menyalahkan dirinya sendiri sebab benarkan pemindahan hati tu dibuat. But at last, mama salahkan saya. Sebab saya tak cukup kuat, Najwa terpaksa menerima akibatnya.”
“Saya baru enam tahun masa tu. Saya tak faham apa pun yang mama cakap. Tapi, saya tahu mama marahkan saya. Mama tak cakap dengan saya. Mama tak pernah datang untuk apa-apa majlis di sekolah saya dan mama tak hantar saya ke sekolah walaupun sekali. Saya jadi marah pada mama. Kenapa mama langsung tak hiraukan saya? Tapi, ayah dan Along pujuk saya. Kata ayah, Najwa sakit. Najwa perlu lebih perhatian.”
“Lepas tu, saya jadi marah pada Najwa. Saya jadi jahat. Saya selalu ajak Najwa buat benda yang mama marah. Mungkin waktu tu Najwa pun masih kecil dan dalam keadaan mama yang sangat tegas menjaga setiap pergerakan Najwa buat dia rasa terkurung. Dia pun mahu bebas macam saya, bermain dan gembira macam orang lain. Mama selalu marah. Mama marahkan saya tapi Najwa selalu bela saya. Sejak dari hari itu, saya dan Najwa jadi semakin rapat. Saya macam faham keadaan Najwa yang terkurung dalam jagaan mama.”
“And then, the time comes. Najwa ajak saya jalan-jalan ke pekan. Dia cakap dia nak beli hadiah untuk hari jadi Along dan Angah minggu depan. Mulanya saya tolak, sebab kalau mama tahu, mama pasti akan marah dengan saya. Tapi, saya kalah dengan Najwa. Kami keluar ke pekan, beli komik baru untuk Along dan Angah.”
“Tapi, waktu nak balik tu ada sebuah motor ni, datang dari arah hadapan dan hampir langgar kami. Saya sempat tarik Najwa ke tepi dan kami sama-sama terjatuh di tepi jalan. Kepala saya terhantuk pada bahu jalan. Waktu tu, hidung Najwa berdarah. Saya jadi takut. Saya menjerit sekuat yang mungkin walaupun orang ramai dah berkumpul untuk tolong kami. Yang pastinya, saya takut bila tengok Najwa terbaring dalam keadaan macam tu.”
“Lepas tu, sebuah ambulans sampai. Bila dah masuk dalam wad kecemasan barulah saya rasa kepala saya sakit sangat. Lepas diberi rawatan, saya tak sedar apa-apa lagi. Bila saya sedar balik, saya tak ingat apa-apa pun. Kata doktor, saya mengalami temporary memory loss. Saya jadi lupa apa yang dah berlaku. Waktu tu, mama asyik salahkan saya dan marah dengan saya. Mama memang menjerit-jerit marahkan saya di hospital. Saya jadi takut, saya tak tahu apa yang dah jadi. Tok dan tokwan datang dan buat keputusan untuk jaga saya.”
“Tok dengan tokwanlah yang jaga saya sepenuhnya lepas tu. Ayah akan datang setiap hujung minggu untuk bawa saya balik ke rumah. Sekolah saya pun tokwan tukarkan ke kampung. Di rumah, Najwa yang tolong saya untuk ingat kembali apa yang dah berlaku. Najwa jadi pembakar semangat saya untuk terus bangkit selepas apa yang berlaku. Dan selepas itu, Alhamdulillah, semuanya kembali seperti sediakala.”
“Tai, ketika ulangtahun kelahiran kami yang ke dua belas, Najwa dimasukkan ke hospital. Keadaan jadi semakin parah. Dan saya dapat tahu yang Najwa cuma ada masa beberapa tahun sahaja lagi untuk terus hidup. Dan nyawa saya seolah melayang ketika itu. Saya seolah hilang semangat untuk bangkit. Saya dah tak ada sesiapa lagi untuk bergantung. Mama tak suka pada saya. Ayah sibuk dengan urusan kerja. Abang-abang saya sekolah asrama, jarang ada di rumah. Hujung minggu cuma ada saya, Najwa dan pembantu rumah kami. Mama seringkali sibuk dengan aktiviti luar. Kalaupun mama ada di rumah, mama tak akan juma saya.”
“Nasib baik ada tok, tokwan dan Mak Usu. Mereka tak pernah berhenti sokong saya sepenuhnya sehinggalah saya dapat tawaran ke sekolah asrama. Mulanya saya tak yakin untuk sambung belajar di ditu. Sebab pasti masa saya untuk bersama dengan Najwa jadi kurang. Saya takut kalau-kalau Najwa pergi tanpa sempat untuk saya menatap wajahnya untuk kali yang terakhir.”
“Najwa yang pujuk saya. Dia nak saya jadi doktor dan tunaikan cita-cita dia. Dia nak tengok saya jadi doktor. Saya terima pujukan Najwa dan sambung belajar di Bitara Girl’s School.”
“Lepas habis SPM, Najwa dah tak mampu lagi aktif macam dulu. Dia hanya duduk di bilik. Badan dia pun dah mula susut dan mama pun akan sentiasa berada di rumah. Cumanya, mama tak akan bercakap walau sepatah pun dengan saya. Saya selalu cuba berinteraksi dengan mama. Bukan tak pernah. Tetapi, segalanya bagai angin lalu sahaja. Mama tak seolah-olah tidak mendengar bicara saya.”
“Sebulan sebelum keputusan SPM diumumkan, Najwa dinasihatkan agar membuat pembedahan membuang buah pinggang. Dan seminggu kemudian, Najwa dibedah sekali lagi kerana saluran darah di dalam perutnya tersumbat. Pembedahan berjaya namun keadaan Najwa sudah kritikal ketika itu. Dan akhirnya, Najwa kembali ke rahmatullah. ALLAH lebih sayangkan Najwa.”
“Selepas pemergian Najwa, separuh nyawa saya melayang. Semangat saya seolah dibawa pergi bersama jasad dan roh Najwa. Saya terlantar sebulan di hospital. Just as what you have known. Selama sebulan, saya selalu berdoa agar ALLAH ambil nyawa saya juga. Hidup saya dah tak ada erti tanpa Najwa. Mama tak akan terima saya lagi.”
“Ketika saya sudah berputus harap itulah, saya dibawa berjumpa dengan seorang ustaz. Dan ketika itulah saya sedar, perjuangan hidup saya selama ini adalah salah. Hidup ini adalah suatu ibadah dan bukanlah hanya kerana manusia semata-mata. Mulai hari itu, saya cuba cari tujuan hidup saya. Tetapi, semuanya gelap. Saya tak nampak apa penghujung kehidupan saya.”
“Dan beberapa bulan sebelum saya grad, tokwan saya meninggal dunia akibat sakit tua. Dua bulan selepas itu, tok pula pergi meninggalkan kami buat selamanya. Nasib baik Mak Usu ada. Mak usu yang kuatkan semangat saya saat saya hampir terseungkur rebah dan gagal untuk mengenggam segulung ijazah.”
“ALLAH masih sayangkan saya, kata Mak Usu. Kala itu saya sedar, ALLAH sedang menguji saya. Saya tak boleh lemah dengan ujian ini. Ujian menunjukkan bahawa ALLAH sayangkan saya. Kerana itu, saya bangkit semula. Saya sudah mampu tersenyum dan memulakan hidup baru. Jika masih ada rasa sakit, saya tangiskan, saya adukan pada ALLAH di setiap penghujung solat saya. Semoga ALLAH memudahkan perjalanan hidup dan menguatkan semangat saya. Sungguh, saya ingin kembali melutut di kaki mama walaupun mama mungkin tak akan maafkan saya lagi.”
“Tapi, saya masih takut. Dan hati saya masih berbekas. Saat itu, surat tawaran untuk menjadi sukarelawan ke Palestin datang ke meja saya. Dengan tekad, saya berazam untuk datang berkhidmat di sini. Saya mahu melupakan segala kesakitan yang pernah saya lalui. Saya harap dengan memahami penderitaan dan ujian mereka yang lebih teruk ini, saya mampu untuk jadi lebih kuat.”
“Tapi, akhirnya saya rasa saya salah. Hati saya masih berbekas. Saya masih manusia biasa. Sekuat mana pun saya keraskan hati saya, parut itu tetap ada. Apatah lagi melihat kegalauan dan kerisauan dan kesedihan mata ibu-ibu di sini yang kehilangan anak mereka, luka saya kembali berdarah. Saya selalu terfikir, jika saya pergi saat dan ketika ini, adakah mama akan menangis seperti mana ibu-ibu ini menangisi pemergian anak mereka?”
“Saya jadi tidak bersyukur. Saya jadi takut untuk pulang. Lagipun, mereka di sini memerlukan saya. Saya rasa ingin kekal, rasa disayangi dan rasa diperlukan. Walaupun cuma seketika, saya ingin sekali menikmati perasaan itu.” Adwa mengakhiri cerita dengan air mata yang mengalir laju membasahi seluruh wajahnya.
“Nangislah, sayang. Menangislah dan keluarkanlah segala-galanya. Semoga hatimu lebih tenang, anakku…” Dr. Zila memeluk erat tubuh gadis itu.
Zikri mengesat tubir matanya yang terasa panas. Sofia yang juga mencuri degar di seblik tirai  mengesat air matanya yang seolah tidak mahu berhenti. Zikri menundukkan wajahnya. Baru hari ini dia mengerti kenapa Aqil beria-ia menyuruhnya memujuk Adwa pulang. Hari ini, segala persoalannya sudah terjawab. Dan keputusannya sudah dibuat. Bulan depan, dia akan menamatkan kontraknya dan pulang ke Malaysia. Ada urusan yang perlu diselelsaikannya sebelum kembali semula ke sini dan menamatkan sebuah cerita duka yang tertulis dalam sebah kehidupan. Ya, dia ada tanggungjawab yang besar dan dia akan bangkit dan mengatasinya dengan cara apa sekalipun!
******************************************************************************
Zikri memandang Adwa yang sedang duduk di atas kerusi berhadapan dengan bangunan pusat perubatan itu. Dia menghampiri gadis yang sedang duduk melayar minda sendirian. “Assalamualaikum.” Ucapnya perlahan sekadar menyapa.
“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.” Adwa menjawab.
“Boleh saya duduk dekat sini?” soal Zikri.
“Ini tempat awam. Tak perlu minta izin saya.” Adwa berjenaka.
“Tapi, ia mungkin ruangan peribadi awak yang saya tak boleh melangkah masuk.” Zikri sekadar memutar bicara. Adwa hanya sepi tanpa jawapan.
“Kontrak awak dah tamat dua bulan lepas, kan?” soal Zikri memulakan bicaranya.
“Saya dah perbaharui untuk setahun.” Adwa menjawab tenang.
“Bukankah awak sepatutnya dah balik ke Malaysia? Apa lagi yang awak perlukan di sini, Adwa? Duit?” Zikri sengaja menguji.
“Saya bukan menjadi sukarelawan semata-mata kerana ganjaran, Zikri. If you think of me as a money grubber, you can just leave me alone here.” Tegas sekali nada suara itu walaupun diucapkan dalam kelembutan.
“Jadi, apa sebenarnya yang awak cari di sini?” soal Zikri semula.
“Saya suka kedamaian di sini.” Adwa menjawab. “The people, the friends, like a big family.”
“Kedamaian? Awak mencari kedamaian di sebuah negara yang bergolak? You sure are different.” Zikri masih kekal dalam ketenangannya.
“Kedamaian itu sesuatu yang subjektif, Zikri. Kedamaian membuatkan hati kita tenang. Ketenangan saya di sini, melihat senyuman kanak-kanak saat mereka mendapat sekeping roti. Senyuman remaja apabila mereka kembali ke rumah selepas pulang dari belajar di sekolah. Dan senyuman sang ibu dan bapa tatkala anak mereka kembali pulih selepas berhari-hari terlantar di atas katil di sini. Segala-galanya. Dan pastinya senyuman rakan-rakan setugas setelah masing-masing berjaya menyelesaikan misi masing-masing. Senyuman kepenatan itu adalah sesuatu yang mahal. Kerana itu senyuman yang lahir dari erti sebuah kesyukuran. Itulah kedamaian bagi saya. Salah ke?” Adwa bersuara panjang lebar.
“Awak tak ingin melihat senyuman keluarga awak apabila melihat awak kembali ke Malaysia?” soal Zikri.
I have no one to wait for me there, Zikri. Absolutely.” Adwa menjawab perlahan.
“Awak ego rupanya, Adwa. Awak pendendam. Awak mendendami insan yang telah berhempas-pulas melahirkan awak setelah sembilan bulan mengandung. Yang tersenyum ketika pertama kalinya melihatkan wajah awak. Awak sedar tak semua tu?” soal Zikri. Apa pun yang terjadi, dia harus menyedarkan gadis ini. Gadis ini perlu sedar yang dia telahm emilih jalan yang salah!
I have no mother like that, Zikri. Yang saya ada cuma mama yang tak mahukan saya lahir diatas muka bumi ini!” Adwa membentak.
“Mana awak tahu? Kesakitan, kepedihan dan kegembiraan hati seorang ibu adalah sesuatu yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Awak tak akan faham selagi awak tak bergelar ibu, Adwa.” Zikri bersuara tenang.
“Awak pun tak tahu apa yang saya rasa selama 25 tahun ni, Zikri! Mama saya tak ada di sisi saya saat saya pertama kali melangkah masuk ke alam persekolahan. Mama saya tak ada di sisi saya saat saya menangis kegembiraan menjadi pelajar terbaik sekolah dalam peperiksaan UPSR. Mama saya juga tak ada di sisi saya saat saya melangkah ke asrama. Mama saya tak ada di sisi ketika saya kehilangan separuh nyawa saya. Mama saya juga tak ada di sisi saat saya pertama kali melangkah meninggalkan tanah air untuk menuntut ilmu di negara orang. Dan mama saya juga tak ada di sisi saat saya menerima berita pemergian arwah tok dan tokwan. Yang ada cuma tok, tokwan dan Mak Usu sebagai peneman.”
“Yang ada cuma satu kebencian kerana saya menjadi penyebab kehilangan Najwa. Dan yang ada cuma satu kewujudan kerana saya berbintikan papa, suami pada mama. Awak tak akan faham perasaan saya, Zikri!” Adwa mengetap bibrinya.
“Ya, saya tak akan faham dan tak akan pernah faham. Tapi, awak juga tak faham perasaan abang-abang awak dan ayah awak awak yang langsung tak jemu memujuk awak dan mama awak. Pernah awak fikir tak bagaimana perasaan seorang ayah yang setiap hari berdoa akan keselamatan anak gadisnya yang jauh berkhidmat di negara orang. Awak ni perempuan, awak tahu tak?” Zikri memandang jauh ke hadapan.
“Tapi, saya ada tugas di sini. Saya ada tugas untuk membantu saudara-saudara saya di sini!” Tegas Adwa bersuara menetapkan pendiriannya.
“Adwa, sebagai seorang anak, tugas utama kita adalah kedua ibu bapa. Kemudian, masyarakat dan barulah kepada umat. Apatah lagi seorang wanita seperti awak. Jadilah anak yang baik sementara masih ada masa, Adwa. Sebelum awak bidas kata-kata saya, ada sesuatu yang perlu awak tahu.” Zikri mula bercerita.
******************************************************************************
“Eh, Zikri! Bila balik Malaysia?” soal En. Khairul pada anak muda itu. Zikri adalah rakan sekelas Aqil dan merupakan sahabat karib kepada kedua-dua anak lelakinya. Setahunya, Zikri menjadi doktor sukarela Malaysia ke Palestin setahun lalu.
“Dalam seminggu lepas, pak cik.” Zikri menjawab.
“Eh, minumlah. Pak cik nak keluar sekejap.” Encik Khairul tersenyum sebelum berlalu pergi.
So, kau dah balik Malaysia for goodlah ni?” soal Aqil.
“Lebih kuranglah. Kontrak aku pun dah habis. Beri peluang pada orang lain pulak untuk buat pahala, kan? So, apa cerita kau dengan Aiman sekarang?” soal Zikri.
“Macam nilah, kerja, meeting, conference sana, outstation sini.” Aqil menjawab. “So, macam mana dengan Adwa, ada apa-apa berita?” soal Aqil.
She’s one stubborn girl. Dan jenuh aku memujuk. Tak makan saman.” Zikri menjawab perlahan.
“Kau masuk je minang dia. Confirm dia balik punya.” Aiman menyampuk.
“Betul ke? Kalau macam tu, hujung mingguni jugak aku hantar rombongan meminang.” Zikri berlawak. Dia mengalih pandang sebelum matanya jatuh pada dua buah peta besar yang terlekat di dinding dapur rumah tersebut. “Peta apa tu?” soalnya.
“Oh, tu peta Palestin. Bila ada apa-apa letupan ke, bom ke, tembak-menmbak ke, kena serang ke, Aqil letak jarum merah. Tempat kau dengan Adwa bertugas, ayah letah jarum ungu, warna kegemaran Adwa. So, kami taulah apa yang jadi dengan dia. Tak adalah risau sangat. Bukan senang nak berhubung dengan negara sana. Kau pun tahu, kan? Rumah kau pun ada satu. Ayah aku belikan.” Aiman ketawa.
“Yang sebelah tu?” soal Zikri.
“Hah, itu aku musykil. Peta Malaysia tu tiba-tiba muncul dalam dua tiga bulan lepas kami lekat peta ni. Yang paling musykil, jarum ungu Adwa, akan tiba-tiba ada dekat peta Malaysia tiap-tiap pagi lepas tu. Cuma sekarang dah jarang-jarang. Tapi, selalulah jugak jarum tu akan end up dekat Malaysia bila aku nak buat update. Aku pun musykil.” Aqil memberitahu.
“Kan aku dah cakap hari tu. Mak Tijah tu hah lekat kat situ sebab tak nak bagi peta Malaysia tu terbang.” Aiman menjawab.
“Ye ke?” Aqil hanya mencebik kemudiannya.
Malam itu, Zikri menumpang tidur di situ sementelah mereka akan bertolak ke Melaka sesudah Subuh untuk ke majlis perkahwinan salah seorang rakan mereka di sekolah dahulu. Jam empat setengah pagi, Zikri bangkit dan turun ke dapur. Tekaknya terasa haus.
Ketika itulah, dia melihat Puan Adibah berdiri di hadapan peta dan mengubah jarum ungu yang menandakan tempat Adwa ke Palestin ke peta Malaysia. Lebih tepat lagi pada negeri Perak, negeri tempat mereka menetap kini. Zikri terkaku di situ. Dia seolah-olah dapat membaca kegalauan hati ibu sahabat-sahabatnya itu. Ibu itu mahu anaknya pulang ke Malaysia.
Dan atas sebab itu juga, dia terus sahaja menempah tiket ke Palestin. Walaupun dia tahu, perjalanan yang sukar akan menantinya semasa dalam perjalanan mengikuti pasukan sukarelawan Malaysia kali ini, dia harus pergi. Dia berjanji akan membawa pulang Adwa kembali ke pangkuan keluarga. Itu janjinya.

bersambung...

3 comments

nice story...=D

Terima kasih. ^^

lei tahan gak..erm..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...