Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 24 February 2013

Secangkir Kasih - Episod 1

Penulis: Amienieya Yusof
Blog: http://mim-hasniyah.blogspot.com   


Berikan aku peluang untuk merasa walaupun cuma secangkir kasih darimu.

“Wawa, dah?” soalan itu membuatkan Adwa berpaling.
“Belum Mak Usu. Kejap je lagi.” Adwa kembali menghabiskan kerjanya menyusun barang-barangnya ke dalam stor.
“Wawa ni dah tak nak balik rumah ni ke?” soal Seri.
“Mak Usu dah tak larat nak jaga Wawa ke?” suara Adwa perlahan dan sayu.
“Bukan… Bukan macam tu. Wawa, Wawa kena ingat, selama tiga belas tahun mama jaga Wawa, besarkan Wawa…”
“Mak Usu, Mak Usu tak payahlah nak cerita mama jaga Wawa ke apa. Wawa dah besar, Wawa…” Adwa terduduk di atas lantai secara tiba-tiba.
“Wawa, kenapa?” Seri segera menghampiri anak saudaranya itu. Wajah gadis itu sudah berubah pucat.
“Sakit…” Adwa menekan dadanya.
“Wawa, sabar Wawa. Jom kita masuk dalam.” Seri memapah Adwa masuk ke dalam rumah. “Aiman!” Seri melaung sebaik sahaja mendudukkan Wawa di atas katil. Aiman segera berlari turun ke bawah.
“Kenapa Mak Usu?” soal Aiman kalut.
“Mak Usu tak tahu. Tolong tengokkan Wawa ni.” Seri juga ikut kalut.
“Adik, kenapa ni dik?” soal Aiman sambil memangku adik bongsunya itu.
“Achik… Achik…”
“Adik, Achik kan kat hospital. Lepas ni, kita pergilah jumpa dia. Sekarang dia dalam operation theater, kan? Along janji lepas ni Along bawa adik jumpa dia. Adik kenapa ni?” Aiman bersuara risau.
“Achik… Achik…” Dan suara Adwa tenggelam begitu sahaja.
“Aiman bawa dia ke bilik dululah, Mak Usu.” Aiman akhirnya mencempung tubuh adik bongsunya itu masuk ke dalam bilik.
******************************************************************************
“Adik…” Adwa membuka matanya.
“Achik!” Adwa terus bangkit dan memeluk tubuh kakak kembarnya itu.
“Adik, dah tiba masanya kita berpisah. Achik kena pergi dari sini.” Najwa bersuara dengan senyuman.
“Achik nak pergi mana? Adik tak boleh hidup tanpa Achik. Kita tak boleh berpisah. Walaupun kita jauh…” Najwa meletakkan telunjuknya ke bibir adiknya itu.
“Achik tahu. Achik pun sayang sangat dengan adik. Tapi, hidup kita di dunia ni hanya pinjaman dik. Achik kena pergi sekarang. Ini janji Achik dengan ALLAH. Achik kena tunaikan. Adik jangan sedih-sedih ya… Adik kena jaga ayah, mama, Along dan Angah. Achik dah tak boleh nak tolong tengok-tengokkan diorang lagi.” Najwa tersenyum tawar. Air mata mengalir di pipinya.
“Tak, jangan Achik! Adik tak nak Achik pergi. Achik!” Adwa mula menangis.
“Adik, janji dengan Achik yang adik akan lebih kuat daripada sekarang. Janji dengan Achik, sayang?” Najwa mengesat air mata yang mengalir di pipi adiknya itu.
“Adik perlukan Achik untuk jadi lebih kuat. Janganlah tinggalkan adik…” Adwa memeluk erat tubuh kakaknya itu.
“Achik pun sayang adik sangat-sangat. Ingat pesan Achik ya. Assalamualaikum.” Najwa meleaikan pelukan dan berlalu pergi.
“Achik!” Adwa menangis lagi.
******************************************************************************
“Adik, adik!” Aqil menggoyangkan bahu adiknya itu.
“Angah…” Adwa bersuara perlahan.
“Kenapa ni?” Aqil bertanya sambil mengesat air mata di pipi adiknya itu.
“Achik…” Adwa memejamkan matanya rapat.
“Kenapa dengan Achik?” soal Aqil.
“Dia nak tinggalkan adik… Adik takut. Adik tak boleh hidup tanpa Achik. Adik tak nak…” Adwa bersuara dalam tangisan.
Aiman dan Aqil berpandangan sesama sendiri. “Adik mimpi ni. Adik jangan fikir yang bukan-bukan okay? Insya-ALLAH, tak ada apa-apa akan terjadi pada Achik. Kita sama-sama doakan Achik selamat, ya dik?” Aiman memujuk.
“Aiman, ayah telefon.” Suara Mak Jah, pembantu rumah mereka pecah di muka pintu.
Aiman bangkit dan menuju ke meja telefon. Seri menanti dengan wajah yang keruh. Aiman mencapai gagang. “Assalamualaikum, ayah?”
“Waalaikumussalam. Along, ajak Mak Usu datang ke hospital sekarang. Bawa adik-adik sekali.” Serius bicara En. Khairul di corong telefon.
“Kenapa ayah?” soal Aiman dengan suara yang agak tersekat.
“Achik kritikal. Datanglah sini. Kita buat apa yang patut. Suruh Mak Usu telefon tok dengan tokwan sekali.” En Khairul memberi arahan.
Aiman mematikan talian dan memandang mak usunya. “Ayah suruh Mak Usu call tok dengan tokwan kat kampung. Lepas ni kita pergi hospital. Najwa kritikal.” Aiman bersuara sebelum berlalu ke bilik Adwa.
******************************************************************************
“Achik, adik minta maaf. Tolonglah jangan tinggalkan adik.” Tangisan Adwa begitu meruntun hati mereka yang ada di situ. Adwa Batrisya dan Najwa Batrisya. Kembar seiras yang sangat berbeza. Namun mereka sangat rapat dan saling melengkapi.
“Adik, sudahlah tu… Tak baik adik menangis macam ni…” En. Khairul cuba memujuk anak bongsunya itu.
“Achik, Achik kena kuat. Achik kan dah janji dengan adik, Achik akan jaga adik. Achik kena kuat. Adik cuma ada Achik je untuk teruskan kehidupan ni, Chik. Tolonglah jangan tinggalkan adik...” Adwa mengesat air mata yang mengalir di pipinya.
“Adik janji adik tak akan tinggalkan rumah tu lagi. Adik akan jaga Achik sampai Achik sembuh. Adik akan selalu temankan Achik tidur, makan. Janganlah macam ni, Achik. Kuatlah demi adik ya…” Adwa bangkit dari duduknya. “Adik pergi solat dulu. Adik nak doakan Achik bangun. Achik pun kena kuatkan semangat demi adik. Demi ayah, demi mama, demi Along, Angah... Adik sayang sangat dengan Achik.” Adwa berlalu dari bilik tersebut menuju ke surau ditemani Seri.
“Doktor, boleh kami minta kebenaran untuk buat solat hajat dalam bilik ni?” soal En. Khairul kepada doktor yang bertugas. Doktor itu tersenyum dan segera mengangguk.
“Along, panggilkan adik. Kita buat solat hajat sama-sama.” Aiman segera menurut.
Mereka bersolat di situ diimamkan En. Khairul. “Ya ALLAH, jika kau masih meminjamkan Najwa pada kami, maka kau bebaskanlah dia dari kesakitan ini Ya ALLAH. Kau sihatkanlah tubuh badannya dan kembalikanlah dia kepada kami dalam keadaan seperti sediakala. Berikanlah dia kesihatan, kekuatan dan kebahagiaan hidup Ya ALLAH. Sesungguhnya sudah banyak penderitaan yang terpaksa dia lalui.”
“Ya ALLAH, jika Najwa adalah pinjamanMu, maka kau ambillah dia dalam keadaan yang baik. Kerana dia adalah anak yang baik. Kau berikanlah kekuatan kepada kami untuk menerima segala ketentuan-Mu Ya ALLAH. Kau kurniakanlah kesabaran dan kecekalan untuk kami meneruskan hidup tanpa dia. Kami reda, Ya ALLAH. Andai itu dapat meringankan penderitaannya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.” En. Khairul mengaminkan doanya.
Masing-masing mengesat mata yang terasa panas. Seri terus sahaja menarik Adwa ke dalam pelukannya. Cuba menenangkan perasaan gadis berusia 18 tahun itu. “Ayah, adik solat hajat sendiri untuk Achik, boleh?” soal Adwa pada ayahnya.
“Buat dalam ni sudahlah, dik. Ayah nak baca Yaasin dengan Along dan Angah.” En. Khairul memberi keizinan. Puan Adibah sudah duduk di sisi Najwa dengan Al-Quran di tangannya.
Adwa mengangkat takbir. “Adik…” Kedengaran suara Najwa di telinganya. Adwa lekas-lekas memejamkan matanya. Membuang rasa ngilu yang terasa mencuck tangkai hatinya. Namun, wajah bersih Najwa bermain di ruangan matanya.
“Adik, Achik sayang adik. Assalamualaikum…” Dan senyuman Najwa kekal di bibirnya sebelum dia berlalu pergi. Serentak dengan itu, Adwa terasa tubuhnya melayang dan terus rebah. Aiman yang kebetulan berada di situ sempat menyambut tubuh adiknya daripada rebah ke lantai.
“Adik! Adik!” Aiman menepuk pipi adiknya yang sudah tidak sedarkan diri itu.
“Abang! Najwa! Anak mama kenapa ni?” Puan Adibah mengusap pipi Najwa.
“Najwa… ikut ayah.” En. Khairul membisikkan kalimah syahadah di telinga anaknya. Kelihatan bibir gadis itu bergerak perlahan dan berulang sebelum terhenti buat selamanya. En. Khairul melepas nafas panjang. Puan Adibah tunduk menangis di bahu jasad Najwa yang sudah tidak bernyawa lagi itu.
Aqil yang sedang duduk di kerusi menggeleng perlahan. Aiman menarik tubuh Adwa di pangkuannya ke dalam pelukan. Segala-galanya sudah berakhir. Penderitaan adik mereka tamat di sini akhirnya. Setelah hampir sepuluh tahun adik mereka berperang dengan kanser darah,  akhirnya penderitaannya berakhir hari ini.
******************************************************************************
Adwa duduk di balkoni hadapan rumah. Kakinya dilunjurkan keluar melalui gerigi pagar. Setelah hampir sebulan dia terbaring, hari ini dia sudah mampu bangkit dan bergerak. Esok, keputusan SPM akan diumumkan. Air mata Adwa mengalir lagi. walau apapun keputusannya esok, dia tahu, kegembiraannya mana mungkin boleh dikongsi lagi. Najwa sudah pergi jauh daripadanya.
“Wawa.” Seri melabuh duduk di sisi anak saudaranya itu. Adwa tersenyum dan menyandarkan kepalanya ke bahu ibu saudaranya itu. Seri memeluk bahu gadis itu. Hampir sebulan anak saudaranya itu terlantar lemah di atas katil. Sudah banyak klinik mereka pergi dan mendapatkan rawatan. Namun semuanya gagal. Akhirnya, mereka berjumpa seorang ustaz di pekan. Setelah di beri rawatan memulihkan ‘semangat’ barulah Adwa kelihatan segar semula. Kata ustaz itu, Adwa terkejut dengan kehilangan orang yang paling dekat dengannya.
“Apa plan Wawa lepas ni?” soal Seri.
“Entahlah. Wawa nak buat Human Science and English kot.” Adwa menjawab tenang.
“Eh, dah tak nak jadi doktor dah?” soal Seri.
“Tak payahlah, Mak Usu. Dulu Wawa nak jadi doktor sebab Wawa nak balik rumah tu. I wanna stay with Achik. Sekarang Achik dah tak ada. Dah tak ada sebab untuk Wawa paksa diri Wawa lagi. Ayah pun cakap ikut je apa yang Wawa nak.” Adwa kembali membuang pandang ke halaman rumah toknya itu.
“Esok Mak Usu cuti. Mak Usu hantar Wawa pergi sekolah ya?” Seri menawarkan.
“Eh, tak apa. Wawa pergi dengan Paklong je.” Adwa segera menolak. Seri tersenyum dan mengangguk. Terlupa pula pada abang sulungnya yang bertugas sebagai Pengetua di sekolah di mana anak saudaranya itu belajar.
So, good luck. Mak Usu tahu Wawa akan dapat apa yang Wawa nak.” Seri mencium pipi anak saudaranya itu sebelum kembali melangkah masuk ke dalam rumah.
Seri turun ke dapur. Kelihatan emaknya sedang bersiap-sedia untuk menyediakan hidangan tengah hari mereka. “Lah, mak… Kan Seri dah cakap Seri masak hari ni. Mak tak payahlah susah-susah turun masak lagi.” Seri menghampiri emaknya.
“Ayah kamu tu bukannya nak makan sangat kalau orang lain yang masak. Dah, pergi tolong mak kopek kelapa kat luar. Wawa mana?” soal Mak Timah pada Seri.
“Ada kat balkoni tu hah. Melayan perasaan. Esok kat result SPM dia dah nak keluar.” Seri melangkah keluar dan melakukan tugasnya mengopek kelapa sebelum kembali ke dapur.
“Mak risaulah tengok Wawa tu.” Mak Timah bersuara tiba-tiba. Seri yang sedang menyiang ayam memandang emaknya yang sedang memerah santan di singki.
“Kenapa?” soal Seri.
“Yalah, mak tak faham betul dengan Kak Ngah kamu tu. Apa yang si Wawa tu dah buat sampai macam tu sekali dia tak pedulikan anak dia sendiri? Mak dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan dia. Kamu cakaplah sama dengan kakak kamu tu, Seri.” Mak Timah membasuh tangannya dan kembali mengacau rempah gulai di atas dapur.
“Kalau cakap mak pun Kak Ngah tak mau dengar, cakap Seri ni lagilah.” Seri bersuara kecewa.
“Apa yang Angah tak mahu dengar tu?” Satu suara mencelah dari pintu dapur. En. Mazlan masuk bersama semangkuk besar asam pedas dan sepinggan kuih karipap dan diletakkan di atas meja.
“Awal Kak Long siap masak hari ni?” Seri menegur.
“Dia on call. Lepas hantar dia, terus datang sini.” Encik Mazlan duduk di meja makan.
“Lah, buat susah-susah je Kak Long ni. Boleh je suruh Fitri dengan Aishah makan je kat sini lepas habis tuisyen.” Seri bersuara sambil mengambil tempat di sebelah abangnya.
“Kamu ni Seri. Itulah, mak suruh kahwin kamu tak mau. Ada-ada je alasan. Sebab tu otak kamu lambat berfungsi.” Mak Timah sudah membebel.
“Mak, bukan Seri tak mahu kahwin…”
“Tau dah. Tak ada orang nak, kan? Kamu tu memilih sangatlah, dik.” Encik Mazlan segera memotong bicara adik bongsunya itu.
“Mana ada adik memilihlah, Long.” Seri memuncungkan mulutnya.
“Dah tu, yang kamu tolak si Johan tu? Bukan memilih namanya? Apa yang tak ada dengan Johan tu? Rupa ada, pelajaran ada, cukup pakej nak jadi suami. Ilmu agama pun tak kurang. Kamu nak yang macam mana lagi? Kamu nak tunggu suami kamu jatuh dari langit?” soal Encik Mazlan.
“Bukan macam tulah, Long.” Seri menjawab.
“Biarlah dia tu, Lan. Adalah yang dia simpan tak mahu cakap dengan kita tu. Dia dah besar. Pandailah dia fikir sendiri.” Mak Timah menjawab bagi pihak anak bongsunya itu.
“Hah, ni apa yang Along dengar dok cakap fasal Kak Ngah tadi?” soal Encik Mazlan pada Seri.
“Tak, fasal Wawa. Along tengok sendiri kan waktu majlis tahlil hari tu? Dalam Wawa sakit teruk macam tu pun Kak Ngah boleh cakap macam-macam lagi. Nasib baik ada mak dengan ayah. Angah tu pun macam ikut je cakap Kak Ngah. Tak ada pulak dia nak bantah ke apa. Kesian adik tengok Wawa tu.” Seri mengeluh perlahan.
“Itupun Along tak faham jugak.” Encik Mazlan menggeleng sendiri.
“Along pergilah nasihat Kak Ngah tu. Sudah-sudahlah buat macam tu pada Wawa. Dia tak salah pun.” Seri memujuk abang sulungnya itu.
“Dah berbuih dah mulut Along ni dik oiii. Kak Ngah kamu tu bukannya makan nasihat orang. Bila Along cakap dengan Angah, dia angguk-angguk, tapi Kak Nganh dok macam tu jugak. Tak ada yang berubah pun.” Encik Mazlan menggeleng sendiri.
“Hai, susahlah macam ni…” Seri merungut sendiri.
“Tak apalah, dik. Nanti kita cuba usahakan apa yang patut. Nanti malam Along datang sini balik. Suruh Wawa siaplah beg dia. Nanti Along datang ambil lepas Isyak. Along nak pergi ambil Fitri kat sekolah. Nanti panjang pulak muncung anak saudara kamu tu. Balik dulu, mak. Assalamualaikum.” Encik Mazlan bersuara sebelum berlalu pergi.
******************************************************************************
“Wawa, cuba senyum sikit. Dari tadi Pak Teh tengok Wawa asyik termenung je. What’s wrong, dear?” soal Encik Hamdan sambil memandang wajah anak saudaranya yang monyok itu.
Adwa mengalih pandang pada bapa saudaranya itu. Lama sebelum dia melangkah ke hadapan dan memeluk erat tubuh lelaki itu. “Wawa minta maaf, Pak Teh. Wawa sepatutnya berterima kasih dengan Pak Teh dan Mak Teh sebab sudi bawak Wawa jalan-jalan sampai ke sini. Tapi Wawa tak boleh nak paksa diri Wawa untuk senyum. Hati Wawa sakit sangat, Pak Teh. Wawa rasa bersalah dengan Pak Teh, dengan Mak Teh. Wawa…” Adwa mengetapkan binirnya cuba menahan esakan.
“Wawa tak tahu nak cakap macam mana. Tapi Wawa minta maaf sangat-sangat pada Pak Teh.” Adwa memejam matanya erat-erat, cuba menahan air matanya dari jatuh. Namun empangannya pecah jua.
“Abang, Wawa makan jom.” Puan Nina menghampiri mereka. “Eh, Wawa? Kenapa ni?” soalnya pada Wawa yang sedang teresak-esak menangis dalam pelukan suaminya. “Wawa tak seronok ke datang sini? Wawa nak pergi tempat lain?” soal Puan Nina prihatin.
Encik Hamdan merenggangkan pelukannya. Dia mengesat air mata yag mengalir di pipi anak saudaranya itu. “Pak Teh faham apa yang Wawa rasa. Tapi, Wawa kena sabar. Ini semua ujian ALLAH untuk Wawa. Wawa eorang gadis yang berjiwa besar. Pak Teh dengan Mak Teh tahu Wawa kuat. Kami yakin Wawa mampu hadapi semua ni. Satu yang Wawa perlu tahu, Wawa tak sendiri. Wawa ada tok, tokwan, Mak Usu, Pak Long, Mak Long, Pak Teh, Mak Teh, dan seluruh keluarga untuk sokong Wawa. Wawa kena berani untuk melangkah. Kami semua akan sokong Wawa. And will always be there for you. Jangan simpan semuanya sendiri, ya Wawa?” Encik Hamdan memujuk.
Adwa mengangguk. “Terima kasih, Pak teh, Mak Teh…” Puan Nina mengangguk dan menggosok lembut kepala gadis itu. “Wawa pergi tukar baju kejap. Nanti Wawa turun makan.” Adwa berlari ke biliknya.
Puan Nina memandang wajah suaminya dengan perasaan yang berbaur. “Nina tak tahu macam mana Wawa nak hadapi semua benda ni sendiri abang. Dia pun gadis biasa je, kan?”
“Dia memang gadis biasa. Tapi, pengalaman dia dah jadikan dia seorang gadis yang luar biasa, Nina. Wawa is a girl who will never let out her feeling to someone else. Banyak benda yang dia akan simpan sendiri. Kita cuma boleh sokong dia. Dan doakan moga satu hari nanti Kak Ngah akan kembali dalam hidup dia. Itu je yang Wawa perlukan sebenarnya.” Encik Hamdan tersenyum nipis.
“Semoga jalan dia akan lebih mudah selepas ni ya, abang?” Puan Nina mengeluh perlahan.
“Insya-ALLAH. Kita kena yakin dengan janji ALLAH.”

bersambung... 

Tuesday 19 February 2013

Tak Bisa Memiliki - Siri Akhir

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6


Liza meninggalkan bilik itu dengan perasaan seram. Melalui tingkap kecil bercermin kalis pecah dan tebal, Aisyah dibiar bebas tanpa pasung. Sejak di pusat mental ini, Aisyah asyik senyum. Menyanyi kecil lagu Real Love, berulangkali. Seolah meraikan sesuatu. Namun, Liza tahu apa yang terbuku dan terpendam di hati perempuan itu di masa lalu. Kata-kata Aisyah dimasa sesi temubual lalu masih bermain-main di kotak fikirnya; Cerita aku ini mungkin nampak seperti rekaan. Fiksyen bodoh yang boleh kamu semua hiburkan hati. Tapi percayalah. Jika aku tak bisa memiliki, maka satu nyawa akan aku korbankan. Lagipun.....satu hakikat yang patut kamu semua tahu – daging manusia yang mencurangi cinta dan daging manusia yang berpaling tadah itu sangat lazat untuk dinikmati.

Kes sudah selesai!; Liza menghela nafas lega. Dia meninggalkan Aisyah sendirian di dalam kamar. Kamar yang bakal menjadi teman setia hingga akhir nyawa.  

"Kesimpulannya, Haikal menjadi mangsa kanibal Aisyah kerana berselingkuh. Dan perempuan simpanan itu dibunuh kerana benci dan marah. Satu-satunya orang yang Aisyah percaya adalah ibunya sendiri. Dia menceritakan segala-galanya pada ibu. Malangnya, ibu berpaling tadah. Ibu merujuk pada pihak berkuasa. Sudahnya, ibu dibunuh demi menutup rahsia,"

Liza menggeleng kepala. Dia persetankan cerita-cerita Aisyah dari siri satu kerana ia tidak lebih dari hanya imaginasi dari seorang psikotik.

Real love is nameless
So tired and hopeless
Real love is painless
Nobody mentions
We ever move to collect
The solar questions
Demon scorn should not relax
The laws of gravity
Real Love

Tamat

Monday 18 February 2013

Dia Bukan Milikku Bahagian 3

Bahagian 1
Bahagian 2

3 hari kemudian....


Aku dah siap kemas beg. Lepas doktor check saja aku nak terus call ummi minta jemput aku pulang. Mereka kata doktor tengah hari baru sampai, biasanya jam 12.30- 1.00 tengah hari. Sabarlah hati, aku dah sihat sangat dah ni. Makin sakit aku duduk wad ni sorang-sorang. Kena cucuk sana sini, merepek je rasa duduk wad bila aku rasa aku tak sakit. " Assalamualaikum, sayang dah boleh balik ke hari ni? , err...maksud abang Qaseh dah dibenarkan balik? maaf abang terpanggil sayang. Abang lupa kita..." Duan suka buat ayat tergantung. Aku yang rasa macam nak mati tergantung dengan ayat dia.

"Duduk la abang, Qaseh kan tak sakit, Qaseh minta balik, mereka kata jika doktor kata okey lepas check tengah hari ni Qaseh dapat la balik." Aku balas dengan senyuman tawar. "Qaseh, abang datang nak hantar barang. Takut terlupa nak bagi Qaseh pula nanti." Duan menghulur bungkusan biru. "Apa ni abang? " hati aku mula rasa tak enak tiba-tida dapat bungkusan hadiah dari Duan. " Bukalah, pasti Qaseh suka, abang dah janji nak beri pada Qaseh, tak sedap pula tangguh-tangguh. Nanti bila Qaseh dah jadi milik Nazrul lebih tak sedap pula kalau abang nak hadiahkan benda ni. Buka lah.."

Tangan aku laju mengoyak pembungkus hadiah tu. Aku kan kasar orangnya,siapa tak kenal. Tak sabar aku nak tengok apa isi hadiah terakhir dari 'cinta hati' aku ni. Berbeliak mata aku menatap hadiah dari Duan. "Abang, Qaseh tak boleh terima hadiah ni, terlalu tinggi nilainya. Lebih-lebih lagi abang berikan kepada Qaseh yang bukan milik abang. Qaseh kan...."huhu, air mata aku mula mengalir kembali. "Qaseh, abang dah janji nak hadiahkan rantai putih berukir nama Qaseh kan? dulu abang plan nak hadiahkan sebagai hantaran pertunangan kita senyap-senyap untuk Qaseh, tapi sebab tak jadi abang bagi Qaseh sekarang la, suka tak?" tanya Duan. Bagai nak runtuh hati aku, mulianya hati kekasih aku ni, buah hati nak nikah dengan orang lain pun masih dia nak tunaikan permintaan aku.

"Abang, terima kasih ye, cantik. Qaseh suka sangat-sangat. Qaseh takda benda nak bagi pada abang untuk abang kenang diri Qaseh. Memang abang tak perlu ingat Qaseh kot?di buruk dalam hidup abang. Satu mimpi ngeri je kan?" aku mula merapu tak tentu hala...huhu. " Qaseh, tali leher warna kuning yang Qaseh hadiahkan untuk abang tu kan masih ada. Abang pakai selalu pemberian Qaseh tu. Al-Quran yang Qaseh beri masa Qaseh pergi umrah dulu pun abang masih guna, dah 3  tahun kan quran tu. Qaseh tau tak, menyintai Qaseh umpama satu cahaya yang indah dalam kehidupan abang. Abang sentiasa bersemangat lalui semua dugaan sejak Qaseh muncul."Duan memujuk aku lagi.

"Qaseh, mak minta sampaikan salamnya assalamualaikum kepada Qaseh. Mak pesan kalau Qaseh dah nikah nanti jangan lupa mak ye, jemputlah ke rumah macam biasa. Ajak Naz juga macam dulu-dulu. Mak dah anggap Qaseh seperti keluarga kata mak." Duan cakap sambil tertahan-tahan. Mulianya hati mak, aku tak jadi kahwin dengan Duan pun dia tak benci aku? Aku rasa aku perlu ada kekuatan untuk bertemu mak kalau aku rindukan dia sekali pun. Mustahil aku kuat untuk salam dan kucup dahi mak macam dulu."Harap Naz tak marah Qaseh pakai rantai tu nanti" harap Duan dalam senyum tawarnya. " Abang, Qaseh akan simpan pemberian abang ni sampai ke akhir nyawa Qaseh. Qaseh akan pakai selagi nyawa Qaseh dikandung badan. Qaseh doakan abang bertemu dengan jodoh yang lebih baik dari Qaseh." Aku berkata lemah. Duan memandang aku penuh makna. Aku tau dia benci dengar benda tu dari mulut aku.


**** 

Duan pulang sejurus doktor sampai. Aku memang dah cakap aku akan call ummi untuk jemput aku. Mustahil untuk aku nak minta Duan hantar aku pulang. Terasa sangat kekok bila bersama sekarang ni. Sakitnya perasaan ni. Tak tau aku nak gambarkan bagaimana remuk dan peritnya hati aku.


Leganya dapat pulang ke rumah, rindu nak tatap wajah ummi, ayah dan abang kesayanganku. Walau macam mana pun aku tak boleh kikis rasa sayang aku pada abang Naz. Kami membesar bagai adik beradik kandung sejak dari dulu lagi. Sejak dari aku lahir. Mana mumgkin aku membenci dia yang amat aku sayang, satu-satunya abang yang aku ada. Pelindung aku, menawar duka dan insan yang sentiasa menyokong apa saja yang aku lakukan. " Adik, ummi dan ayah rasa kami nak jalankan majlis pernikahan adik pada akhir bulan depan. Adik setuju tak?" ummi bertanya sewaktu aku sibuk mengemas beg pakaian aku. " Erm ummi dan ayah buatlah apa keputusan pun adik ikut saja ye ummi, itukan keputusan ayah dan ummi, adik dan abang ikut saja." aku menjawab lemah. Tak berdaya untuk aku luah sebenarnya. 

"Baiklah,kalau adik setuju akhir bulan depan akan berlangsung majlis tu, kita buat ringkas-ringkas saja. Nanti ummi dan ayah tanya pendapat abang pula. Adik fikirlah warna apa baju pengantin adik nak pakai nanti. Ummi akan cuba sediakan untuk adik sempena hari bahagia adik nanti." ummi memeluk aku erat. " Hari bahagia? ummi tau hakikatnya kan? itu adalah hari kemusnahan buat adik. Adik tak mungkin bahagia sampai bila-bila. Adik tak boleh hidup dengan insan yang adik tak cinta. Adik mahukan Duan jadi suami adik. Adik tak boleh terima abang" aku merintih, cuba merayu pada ummi. "Adik, kita dah bincang hal ni. Tolong hormat keputusan kami" ummi jawab tegas.

********

7/11/2010


Pagi ni aku bergerak awal ke sekolah. Sepatutnya aku masih ada MC lagi tapi aku malas nak duduk di rumah. Lebih baik aku mengajar dari terperap di rumah. Lepak di bilik guru lebih menenangkan sebab meja aku berdepan dengan meja Duan. Selagi aku boleh tatap wajah cinta hati aku aku akan tatap. Selagi aku belum bernikah aku masih mahu melihat dia. Kalau boleh seumur hidup aku mahu menatap wajah kesayanganku itu. Aku naik kereta sendiri hari ni. Aku sengaja keluar awal agar abang tak sempat kejar aku.

"Eh, rajinnya kawan aku ni. Bukan kau MC ke hari ni lagi?" tanya Dila. Aku tersenyum sumbing saja. "Boring kat rumah, datang sekolah boleh lepak dengan kau, boleh tengok murid-murid comel."aku jawab ringkas. "Betul la tu....bukan kau rindu buah hati kau ke? Aku tengok Duan resah je kerinduan sebab kau sakit,ehehe"Sha pula mencelah. Geram betul aku dengan budak berdua ni."erm Dila,Sha..sebelum ada ramai orang ni aku nak cerita pada korang sikit. Sebenarnya aku nak kahwen hujung bulan depan. Tapi bukan dengan Duan, dengan abang aku. Abang Nazrul. Aku pun baru tau abang Naz cuma anak angkat. Ummi dan ayah dah janji dengan ibu kandung abang untuk jodohkan kami. Aku terpaksa akur. Abang Naz pun anak yang baik, dia tak menentang pun." aku mula bercerita dengan mata yang berkaca. Dila mula menggenggam tangan aku. Sha terpaku dan mula teresak. 


"Sha, janganlah menangis... aku lagi sedih tau. Aku lagi remuk dan rasa sangat hancur, tapi Duan pun terima hakikat kami tiada jodoh. Aku je tak putus berdoa agar berlaku keajaiban walau aku terima semua ni dengan redha. Terpaksa aku menyerah pada takdir. Aku tau aku tak akan bahagia. Dila, Sha..korang je lah tolong bagi tau kawan rapat kita pasal ni kalau mereka bertanya. Aku tak mampu nak jelaskan pada semua. Aku sedih tengok keadaan Duan yang nampak tak terurus sekarang ni. Aku sendiri rasa tak mampu melangkah. Kini...Duan hanya bayang-bayang yang aku hanya dapat lihat tapi tak dapat sentuh pun. Makin aku dekan makin jauh ia pergi." luah aku dalam sendu. Air mata tak mampu tumpah lagi. Aku perlu laluinya. Nur Qaseh bukan seorang yang lemah. Akan aku lalui semua ini demi mencari keredhaan Illah dan mengejar restu ummi dan ayah.


*****

Segala persiapan pernikahan aku tak ambil peduli langsung. Semua ummi dan ayah yang uruskan. Cuma aku pesan pada ummi aku tak mau bersanding dan tak mau majlis besar. Abang tukar hantar ummi ke sana sini jika ayah sibuk. "Adik, ummi suruh kita pergi beli cincin, adik nak pergi malam ke petang ni?" abang bertanya sewaktu dia lihat aku membelek bunga telur yang ummi tempah. "Erm, abang ambik contoh adik ni je lah. Ikut saiz ni saja ye. abang dan ummi pilih saja lah yang mana cantik, adik tak kisah." jawabku sambil melorotkan cincin belah rotan kepunyaanku. Aku menghulurkan sambil memberi senyuman buat abang. "Adik ikutlah, itukan cincin kahwin kita, abang nak adik pilih sama-sama" Abang memujuk aku. " Adik tak larat la abang, rasa pening sangat kepala ni. Migrain dah mula menyerang agaknya. Abang saja pilih ye, hadiah seorang suami pasti bernilai dan cantik pada mata isterinya" jawab aku lemah. 



"Adik tak terima abang sebagai suami ye?adik membenci abang?" abang mula menyesakkan aku dengan soalan peliknya. " Adik terima abang seadanya, jangan ungkit soalan ni ye abang. Abang seorang abang yang baik, adik yakin abang akan jadi suami adik yang lebih baik lagi. Adik terima segala yang berlaku. Moga abang juga menerima adik seadanya. Soal perasaan adik, adik harap sangat abang dapat beri adik masa untuk lupakan Duan dan cuba pupuk perasaan itu untuk diri abang." aku jawab sambil cuba memaniskan muka dan menahan air mata. Kolam mata aku memang dah bergenang, tapi aku cuba untuk tidak menunjukkan bahawa aku amat terseksa dalam semua ni.

Untungnya jadi abang Naz, dia tak perlu menjeruk rasa seperti aku. Setahu aku abang tiada kekasih pun selama ni. Dia tak perlu tinggalkan kekasih seperti apa yang aku lakukan. Aku jadi pengkhianat cinta pada Duan. Demi ummi, ayah...aku lakukan sebuah pengorbanan yang aku sendiri tau aku sukar mencari keikhlasan di sebalik semua ini. Perlahan-lahan aku cuma mengikhlaskan diri. 

*****

Sebulan kemudian

"Cikgu nak kahwin dah ye? senyap-senyap saja tiba-tiba dengar nak jadi pengantin dah" tanya cikgu Salmah. Aku terkedu, dah la suaranya kuat memecah kesunyian bilik guru. "Ye, saya akan bernikah 2 minggu lagi dengan pilihan keluarga." aku cuma tersenyum. Abang Naz pun senyum dengar aku menjawab ringkas.  "Jangan lupa bagi kad pada kami ye cikgu Duan, senyap-senyap saja korang ni ye" tambah cikgu Salmah. "err bukan dengan saya lah cikgu Salmah, Qaseh nak bernikah dengan pilihan keluarganya. Saya pun belum dapat kad lagi ni..hihi" balas Duan dalam gelak kecilnya. Muka cikgu Salmah nampak terkejut. Aku hanya senyum nipis pada Duan sekali lalu. "Siapalah jejaka bertuah yang berjaya menjadi milik cikgu ayu ni ye? tertanya-tanya saya." luah cikgu Salmah sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

Duan nampak tenang berdepan dengan dugaan ni. Abang paling busy mengurus semuanya. Aku paling kejam sebab tak ambil peduli semua perkara.Aku cuma terperap di bilik dengan mengaji, baca tafsir dan solat sunat. Aku juga banyak buat solat hajat agar hati aku tenang melalui semua ini."Ummi, adik ingat nak tambah jam tangan untuk hantaran abang nanti. Abang punya jam masa adik hadiahkan hari lahir dia 3 tahun lepas tu dah buruk la ummi"aku suarakan pendapat. Ummi nampak terkejut, mungkin tak sangka aku berminat nak ambil tahu tentang hantaran."Adik pergi cari jam dengan abang sajalah ye, ummi letih sangat sekarang ni. Kad pun tak habis edar lagi. Tak sampai 3 minggu majlis dah nak berlangsung. Ummi tak kisah pun." ummi menjawab sambil menepuk-nepuk peha aku.


*****


Aku bersedia mengedarkan kad undangan pada kawan di sekolah hari ni. Cikgu lelaki dan kakitangan lelaki abang yang edar. Aku edar pada perempuan saja. Abang minta Duan jadi pengapitnya,aku tak dapat menolak sebab mereka kan sahabat baik. Aku kurang senang sebenarnya tapi abang kata Duan dah setuju nak jadi pengapit abang. Mulianya hati Duan, sanggup jadi pengapit sahabat baik sendiri yang bernikah dengan kekasih hatinya? Untungnya siapa  yang dapat miliki Duan, ikhlas dalam segala hal. "Sha,kau jadi pengapit aku boleh? aku nak minta Dila tapi kesian pula sebab dia kan dah sarat mengandung..hik hik hik" aku tergelak kecil sambil kenyit mata pada Sha. "Ala...sweet apa makyong jadi pengapit. silap-silap boleh beranak atas pelamin nanti" Dila membalas sambil membaling aku dengan kulit limau. "Ish, tak senonoh kau eh, dah sarat pun nak jadi pengapit. Kau tu perlu rehat lebih aku risau kan kau tau tak? dah la main campak kulit limau bagai...dah nak jadi mak orang pun masih macam budak tadika perangai tu" aku mengusik lagi.

Bilik guru mula kecoh. Masing-masing ternganga bila tau aku dan abang akan bernikah. Memang sah aku bukan nikah dengan Duan. Baru mereka percaya kerana mereka fikir aku bergurau mengatakan aku akan bernikah dengan pilihan keluarga. Lebih kecoh lagi bila pengantin lelakinya adalah abang Naz. Mereka mula bertanya sebab kami memang dikenali sebagai adik beradik sejak dulu lagi. Itu tugas abang Naz menjelaskan kedudukan kami pada mereka. Aku tak mampu nak jawab soalan bertalu-talu. Beberapa orang guru lelaki mendekati Duan dan mula bertanya sesuatu. Mujur aku dah tukar meja sekarang ni. Dah tak berdepan dengan Duan lagi. Aku dah minta tukar meja dengan abang Naz tempoh hari.


"Qaseh, tahniah ye. Tak lama lagi dah nak nikah ni semakin berseri wajah tu." sapa Duan. Aku menoleh perlahan dan hanya senyum 'kambeng' ayat duan sangat menusuk tangkai hati aku. Hanya Allah yang betapa aku menjeruk rasa. " Terima kasih..."jawab aku lemah dan menunduk. "Awal bulan depan abang akan bertukar ke sekolah lain. Dah dapat surat pun ni. Abang minta tukar ke Johor, lepas Qaseh nikah abang akan mulakan tugas di sana nanti. Kalau Qaseh dan Naz nak makan angin ke Johor abang boleh beri penginapan percuma..hihi" Duan memberi khabar berita yang membuat jantung aku bagai nak gugur."Kenapa nak pindah? bukan famili abang semua kat sini ke?" aku bertanya hairan." Saja nak tukar angin, ibu pun tak kisah. Bukan jauh sangat pun 2 jam lebih saja dari sini." Aku tau Duan nak lari dari semua ini. Tak mau tengok muka aku lagi dah. Nak bina kehidupan baru. Aku pasrah.....


Wahai hati sabarlah
Kecundang dalam cinta sesama manusia itu pedih
Merana putus kasih itu bagai tersiat
Melihat dia pergi itu menyakitkan
Namun apabila diri sendiri yang mengkhianati cinta
Akan membuat hati remuk tak  terungkap
Cinta pada Allah juga yang kekal abadi



*****
Seminggu Kemudian


" Qaseh, semua barang dah cukup ke?" ayah bertanya." Cukup dah rasanya ayah, adik tak rasa nak tambah apa pun."aku jawab. "Qaseh cuma ada sedulang lagi belum ada barang nak diisi, nak letak apa ni?" tanya makcik Ani, mak saudara aku. " Takpe, Qaseh plan nak letak jam tangan untuk abang. Nanti Qaseh akan letak kemudian." jawab aku. Rumah berselerak dengan barang hantaran. Abang pun semakin busy, susah nak nampak bayang dia di rumah. Kami jumpa waktu pergi balik kerja saja. Apa yang abang sibukkan? abang semakin pendiam. Aku rasa aku tak cakap sesuatu yang menyakitkan hati abang. Aku pun tak tunjukkan aku tak rela dinikahkan dengan abang dah sekarang ni. Walau aku berpura-pura ceria hanya aku saja yang tau remuk dan hancurnya hati aku. Ke mana abang pergi? lewat malam dia baru pulang setiap hari. Peliknya....


Aku menunggu abang pulang. Nak sangat tau dia pergi ke mana. "Abang, lewatnya abang balik. Pergi mana?" soal aku. " Uik, belum nikah dah jadi queen control?" balas abang sambil menarik hidung aku."haip, mana boleh sentu-sentuh belum nikah."aku tepis tangan abang sambil menjulingkan mata. Abang dan aku tergelak kuat sampai lupa hari dah larut malam. Memang kadang-kadang kami terlupa yang kami bukan adik beradik kandung. 


bersambung....

Saturday 16 February 2013

Bukan Pengganti - Episod 4 (Akhir)

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Penulis: Amienieya Yusof
Blog: http://mim-hasniyah.blogspot.com


Alia menarik nafas panjang sebelum melangkah keluar dari kereta. Sudah dua hari dia mengambil cuti dan hari ini, dia membuat keputusan untuk kembali ke pejabat. Dia sudah bersedia untuk memberi jawapan kepada Nabil.
Alia berdiri di sebalik pintu masuk pejabatnya, cuba mencari kalau-kalau Nabil sudah berada di pejabat. Tiba-tiba, dia terdengar satu deheman kecil di belakangnya. Spontan Alia menoleh. “Cari siapa?” soal Nabil dengan senyuman.
“Tak ada siapa.” Alia terus sahaja berlalu ke bliknya. Macam mana boleh kantoi? Alia membuka komputernya dan bermain dengan pen di atas meja. Terasa dirinya janggal ketika ini. Apa yang dia perlu lakukan?
Masuk waktu tengah hari, Alia masih duduk di mejanya. Kerjanya baru sahaja separuh disiapkan. Dia lebih berminat untuk menjeling setiap perbuatan lelaki di sebelahnya itu setiap 5 minit. “Alia, lunch?” ajak Liza sperti biasa.
“Tak. Saya puasa hari ni.” Alia menjawab. Tipu sunat. Dia tidak rasa lapar ketika ini.
“Puasa sunat ke puasa wajib?” Hampir terpelanting pen di tangannya mendengar suara Nabil di sebelahnya. Spontan dia menoleh.
“Err, puasa sunat sekali dengan puasa wajib.” Alia menjawab dengan senyuman. Janggal sekali rasanya.
“Puasa maksudnya menahan diri, kan? Saya rasa puasa awak dah batal. Saya nak turun ni? Nak pesan apa-apa?” soal Nabil lagi.
“Kenapa pulak puasa saya batal?” soal Alia pelik.
“Habis tu yang awak dok jeling saya dari pagi tadi bukan perkara yang membatalkan puasa ke?” Nabil tersenyum nakal dan terus sahaja berlalu pergi dari situ.
Alia mengeluh berat. Telefon bimbitnya dicapai dan dia mendail nombor telefon Nadia, meminta pertolongan. Beberapa deringan dan panggilannya dijawab. “How?” soal Nadia.
“Aku seganlah.” Alia berterus-terang.
“Dah tu, kau buat apa je sepanjang hari ni?” soal Nadia.
“Aku buat kerja ajelah.” Alia menjawab.
“Mesti kau dok jeling dia sambil buat kerja dari pagi tadi, kan?” Nadia meneka.
Obvious ke?” soal Alia pula.
“Kalau dia tak sedar, tak apalah.” Nadia menjawab.
“Dia sedar.” Alia memberitahu.
“Hah? Kau memang tak berubah, Lia. Dahtu, mestilah dia dah agak kau nak cakap something, kan? Kau cakap ajelah.” Nadia mula geram.
“Aku seganlah.” Alia menekankan sekali lagi.
“Jangan nak mengada. Aku nak keluar makan ni. Kalau kau tak cakap sebelum balik kerja ni, aku je yang bagitau dia, nak?” Nadia mengugut.
“Janganlah…” Alia memujuk.
“Tahu pun.” Nadia menggeleng sendiri. Akhirnya talian dimatikan tanpa mendapat bantuan.
Tamat waktu makan tengah hari, Alia kembali ke mejanya. Dia menjeling seketika ke arah meja Nabil yang masih kosong. Seketika kemudian, Nabil kembali ke mejanya. Alia pura-pura fokus pada kerjanya walaupun hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Setelah agak lama berdiam diri, Alia membuat keputusan untuk bangkit dan menuju ke meja Nabil. “Nabil.” Nabil mengangkat wajah bertanya.
“Saya…” Alia menggigit bibirnya. “Nak pinjam kalkulator, boleh?” Alia terasa ingin menampar dirinya sendiri ketika itu.
“Kalkulator?” Nabil ketawa kecil namun dia membuka lacinya dan menyerahkan kalkulatornya pada Alia. Alia segera mencapai kalkulator tersebut dan berjalan semula ke mejanya. Seketika kemudian, dia menoleh semula.
Nabil memandangnya dengan senyuman nipis. “Terima kasih.” Alia terus kembali ke mejanya. Dia memandang kalkulator itu. Nak buat apa ya dengan kalkulator Nabil ni? Dia duduk bermain-main dengan kalkulator itu seketika. Okay Alia, bagi balik kalkulator ni dan cakap apa kau nak cakap.
Alia bangkit dan membawa kalkulator itu ke meja Nabil. “Terima kasih.” Alia meletakkan kalkulator itu di atas meja Nabil.
“Terima kasih je?” soal Nabil. Dia duduk bersandar di kerusi dan mengalihkan kerusinya menghadap Alia yang berdiri kaku di sisinya itu.
“Kena belanja apa-apa ke?” soal Alia pula.
“Awak datang hantar kalkulator ni takkan untuk cakap terima kasih je.” Nabil bersuara dengan senyuman nakal.
Obvious ke?” soal Alia semula. Nabil mengangguk. “Sebenarnya, saya…” Alia cuba mencari kata-kata.
“Fasal peminangan tu, kan? Saya tak kisah pun kalau awak tak nak.” Nabil tersenyum memandang Alia yang terkial-kial di hadapannya itu.
“Hah, itulah yang saya nak cakap…” Alia mengerut dahi kemudiannya. “Apa awak cakap?”
“Saya tak kisah pun kalau awak tak setuju, cik Dahlia Aqilah.” Nabil mengulang semula ayatnya dengan senyuman nipis.
“Siapa cakap saya tak setuju?” soal Alia hairan.
“Dah tu?” soal Nabil juga hairan.
“Saya setujulah. Sejak bila pulak saya cakap saya tak setuju?” soalan dibalas soalan.
“Lah… saya ingatkan awak tak nak. Itu yang awak dok jeling-jeling saya, kan? Nak tengok mood saya okay ke tak?” Nabil meneka.
“Bukanlah. Saya… segan.” Alia berterus-terang.
“Tak apalah. So, awak setujulah kiranya?” soal Nabil semula. Alia mengangguk sedikit sebelum kembali ke tempatnya. Dia terus menumpukan perhatian pada komputer padahal hatinya berdebar yang amat. Nabil hanya ketawa kecil. She’s cute.
******************************************************************************
“Cuba bagi sepuluh sebab kenapa saya kena ikut awak hari ni?” soal Alia masih berdiri di hadapan rumahnya.
“Sebab kita kena pergi rumah nenek saya?” Nabil bersandar di sisi keretanya.
“Yalah, tapi kenapa saya kena ikut pulak?” soal Alia masih tidak berpuas hati.
“Kalau awak tak nak, yang awak bersiap pakai baju kurung, tunggu saya depan rumah ni, kenapa?” soal Nabil semula.
“Ibu!” Entah dari mana Akma tiba-tiba muncul memeluk tubuhnya. Ini lagi satu masalah. Siapalah yang ajar si Akma ni panggil dia ibu?
Isn’t that enough reason to follow?” soal Nabil sambil memandang Akma yang sudah berada dalam dukungan Alia.
Fine.” Alia masuk ke dalam kereta dan Nabil menutup pintu. Dia masuk ke tepat pemandu dan terus memandu menuju ke destinasi mereka.
Sepanjang perjalanan, Alia hanya mendiamkan diri dan bermain dengan Akma. Nabil pula hanya menumpukan perhatian pada pemanduannya. Dia tahu Alia marah kerana Alia pastinya mahu pulang ke kampungnya seperti kebiasaannya.
Nabil meletakkan kereta di hadapan rumah neneknya dan mematikan enjin. Mereka samapsama keluar dari kereta dan menuju ke pintu utama rumah yang sederhana besar itu. Nabil melangkah masuk sambil mendukung Akma diikuti Alia.
“Assalamualaikum.” Nabil memberi salam sebelum melangkah terus ke ruang tamu.
“Waalaikumussalam, Nabil.” Nabil agak terkejut melihat wajah lelaki separuh usia di hadapannya itu.
“Atuk!” Akma terlebih dahulu memeluk datuknya itu.
“Papa.” Nabil bersalaman dengan bapa mentuanya itu. “Seorang je?”
“Dengan mama. Dengan adik-adik jugak.” Encik Halim tersenyum memandang bekas menantunya itu.
Nabil hanya mengangguk. Dia sungguh tidak menyangka yang dia akan bertemu dengan kedua-dua ibu bapa arwah Balqis di sini hari ini. Dia bersedia, namun bagaimana pula dengan Alia? Bersediakah gadis itu? Alia sudah menghilangkan diri ke dapur
“Akma datang dengan ayah ya?” Encik Halim bertanya pada Akma.
“Dengan ayah, dengan ibu.” Petah Akma membalas. Terkedu Nabil seketika.
“Dengan ibu?” Encik Halim bertanya. Nabil menggigit bibir. Pasti soalan itu ditujukan kepadanya, bukan pada Akma. “Ibu nama apa?” soal Encik halim lagi.
“Kak Alia.” Akma menjawab. Encik Halim ketawa dan bermain seketika dengan Akma sebelum Akma berlari ke dapur.
So, papa dnegar Nabil dah nak bertunang?” soal Encik Halim.
“Insya-ALLAH, bulan depan.” Nabil menjawab. Pasti mereka telah mengetahui segala-galanya dari mamanya. Dia bukannya berahsia, cuma dia tahu lambat laun berita itu pasti akan sampai kepada mereka.
“Tahniah. Akhirnya Nabil jumpa juga ibu baru untuk Akma. Baguslah. Papa kasihan dengan kamu, dengan Akma. At least ada juga orang tengok-tengokkan kamu dengan Akma.” Encik Halim menepuk bahu Nabil. Nabil hanya mengangguk. Mereka berbual-bual sementara menunggu tetamu tiba memandangkan tahlil akan bermula selepas Zohor dan persiapan sudah hampir selesai.
Alia membantu menghidangkan makanan di dapur apabila seorang wanita menghampirinya. “Alia, ya?” tegur wanita itu.
“Ya.” Alia mengangguk.
Auntie ni mama arwah Balqis.” Puan Watie memperkenalkan dirinya.
“Oh, maaf auntie. Saya tak tahu.” Alia segera bersalaman dengan wanita itu. Hatinya mula resah. Kenapa Nabil tidak memberitahu akan kehadiran mama dan papa arwah Balqis ke sini?
“Dah lama kamu kenal Nabil?” soal Puan Watie ramah.
“Dalam lapan bulan lebih. Satu tempat kerja.” Alia memberitahu.
“Oh, kerja apa?” soal Puan Watie lagi.
System Analyst.” Alia menjawab.
“Oh…” Puan Watie memandang baju kurung yang dipakai oleh Alia.
“Cantik baju kurung ni.” Spontan ayat itu terluah dari bibir Puan Watie.
“Oh, baju ni nenek yang jahitkan. Ada orang bagi kain ni pada dia.” Alia menerangkan.
“Nenek Alia pandai jahit baju ya?” soal Puan Watie.
“Ya.” Alia menajwab pendek.
“Kampung Alia dekat mana?” soal Puan Watie lagi.
“Parit Buntar.” Alia membalas.
“Parit Buntar?” soal Puan Watie semula.
“Ya. Auntie ada kenal sesiapa kat situ ke?” soal Alia semula.
“Ada, tapi mungkin dia dah tak ingat Auntie.” Puan Watie tersenyum nipis.
“Watie, dah masuk Zohor ni. Kejap lagi sampailah tamu tu. Jom kita solat dulu. Alia, sekali.” Ajak Puan Dina dan perbualan mereka tamat di situ.
******************************************************************************
“Assalamualaikum.” Nabil membuka pintu rumahnya.
“Waalaikumussalam. Masuklah.” Puan Dina menjemput. Dia muncul di ruang tamu seketika kemudian.
“Mak cik, saya nak tumpang solat, boleh?” soal Alia.
“Boleh, jom.” Puan Dina membawa Alia ke bilik tamu dan turun semula menyelesaikan kerjanya di dapur.
Usai bersolat, Alia keluar dari bilik tersebut. Dia baru sahaja ingin sebelum terdengar butir bicara yang membuatkan langkahnya mati di situ.
“Angah betul ke sukakan Alia tu?” Alia kenal suara itu. itu suara Farid.
“Kenapa Along tanya macam tu?” Soalan berbalas soalan.
“Kamu bukan suka dia semata-mata sebab dia macam Balqis?” soal Farid lagi.
Nabil diam tanpa jawapan. “Angah, hati dengan perasaan orang jangan dimainkan. Along tahu kamu masih ingat Balqis lagi, kan? Itu Alia, bukan Balqis. Walaupun Balqis dengan Alia banyak persamaan, Alia bukan Balqis.” Farid mengingatkan.
“Along, Angah tak fikir macam tu pun.” Nabil menafikan.
“Along rasa ya. Alia tu macam bayangan Balqis, kan? The same attitude, the same voice and the same exact birth date. Cuma wajah yang berbeza, kan?” Farid masih tidak berpuas hati.
Alia terdiam seketika. Jadi sebab itulah kata kunci telefon bimbitnya sama dengan Nabil? “Along, memang diorang sama. Then, what should I do?” soal Nabil pula.
“Along bukannya tak suka Alia tu. Baik orangnya. Tapi Along tak sampai hati tengok kamu nampak muka Balqis dekat dia. Kamu nampak Balqis kan bila pandang Alia?” soal Farid lagi.
“Ya. Memang pun. I see Balqis in her. Sebab tulah Angah suka dia. Salah ke? Tapi…” Kata-kata Nabil mati apabila terpandangkan wajah Alia yang berdiri di atas tangga. Farid juga mengalih pandang ke arah yang sama. Masing-masing terdiam seketika.
So, that’s how it is.” Alia tersenyum tawar.
“Alia, wait. Jangan cepat sangat jump to conclusion.” Nabil segera membalas.
I’m not.” Alia tenang sahaja duduk di sofa.
Nabil dan Farid berpandangan sesama sendiri. Kemudian mereka sama-sama memandang Alia yang sedang duduk memandang Nabil di sofa. “Explain.” Alia bersuara dengan senyuman nipis.
“Err, explain apa?” soal Nabil agak kalut.
Alia ketawa. Kening Nabil dan Farid sama terangkat. “Explain what you just say. Awak nak cakap tapi, kan? Tapi apa?” soal Alia sambil tersenyum lucu. Boleh tahan gkalut jugak si Nabil dengan Farid ni.
“Ohh…” Nabil terdiam seketika. “Tapi… itu dulu. waktu saya mula-mula jumpa awak. Sekarang awak dah berjaya ubah semua tu. Awak bukan Balqis. Balqis adalah Balqis dan Dahlia Aqilah bukan Balqis. Awak kena tahu tu. Saya bukannya nak awak jadi pengganti Balqis. Saya nak awak jadi isteri saya, ibu pada Akma. Saya jujur melamar awak. Saya tak pernah anggap awak sebagai pengganti Balqis. Percayalah cakap saya ni…” Nabil bersuara separuh merayu.
Alia menganggukkan kepalanya dan bangkit dari duduknya. “Alia, please…” Nabil memandang Alia penuh mengharap.
Please what?” soal Alia sambil mengerut dahi.
Please believe me.” Nabil menjawab.
“Siapa pulak cakap saya tak percayakan awak?” soal Alia hairan.
“Tu, awak bangun nak pergi mana?” soal Nabil, turut hairan.
“Saya nak pergi tolong mama awak kat dapurlah. Takkan saya nak duduk sini aja kot?” Alia menjawab sebelum tersenyum kecil. “Awak ingat saya nak lari ke? Saya bukan heroine drama televisyenlah, Nabil. Saya percaya cakap awak. Kalaupun awak anggap saya macam Balqis, saya akan berusaha agar awak nampak saya sebagai saya, bukan Balqis. Balqis tetap ada, dia tetap ibu kandung Balqis. Tapi awak dah cakap saya bukan Balqis, tak ada yang lebih baik dari tu, Nabil.”
“Betul?” soal Nabil semula.
“Nabil, saya ikhlas terima awak. Dan saya harap awak pun ikhlas terima saya.” Alia tersenyum sebelum berlalu ke dapur.
Farid dan Nabil berpandangan. “Alonglah ni! Cakap yang bukan-bukan.” Nabil bersuara agak bengang.
“Along pulak. Along nak make sure aja. Tak apalah kalau macam tu. Jagalah rumah tangga kamu nanti baik-baik. Itu aja pesan Along.” Farid menepuk bahu adiknya itu.
Thanks Along.” Nabil tersenyum nipis.
No sweat.” Farid bangkit dan berlalu ke biliknya.
******************************************************************************
“Aku terima nikahnya Dahlia Aqilah binti Azzam dengan mas kahwinnya RM202 tunai.” Dengan sekali lafaz, Nabil dan Alia sah menjadi pasangan suami isteri.
Akmalah orang yang paling gembira sekali hari itu. Dia masih kecil dan belum mengerti fakta yang sebenarnya. Dia cuma tahu yang punya seorang wanita yang boleh dipanggil ibu. Nabil hanya tersenyum melihat keletah gembira anaknya. Dia cuma berharap agar hubungan mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat. Dan semoga hadirnya Alia bukannya sekadar sebagai pengganti tetapi akan membuka lembaran baru dalam hidup mereka.

Tamat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...