Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Thursday 31 January 2013

Tak Bisa Memiliki - Siri 6

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5

Ibu menoleh ke arah datang suara. Sekujur tubuh lelaki muda, berdiri cegat di hadapannya. Senyumnya sinis, lagak mengejek. Ibu membuntangkan biji mata.

"Masih teringat kenangan lama?"

Ibu masih menjegil anak mata. Lelaki muda itu, dialah dalang segala. Dialah membawa segala dosa.

"Kenangan manis, mungkin? Mustahil boleh lupa! Apalagi buat-buat lupa, ya tak?"

Lelaki itu ketawa sendiri. Terkekeh-kekeh melayan jenaka. Sedang ibu hanya diam. Mereguk liur berulangkali.

"Kenapa kau datang sini? Aku dah kata, jangan datang sini lagi! Urusan kita dah selesai!"

Ujar ibu, sedikit jerkah. Kata-kata kerasnya disambut ketawa dari pemuda itu, lagi. Kali ini, ketawa kian mengilai. Dan perlahan-lahan, lelaki itu berubah wajah, buruk dan hodoh. Tubuhnya diapung udara. Tidak lagi dicium graviti.

"Sememangnya urusan kita sudah selesai. Tapi kenapa kau masih susah hati? Seharusnya kau gembira dengan jalan yang kau pilih sendiri? Kau sahabat aku. Mana mungkin aku boleh biarkan sahabat aku menderita payah?"

Makhluk hodoh itu memujuk hati. Mendekatkan diri dan membelai wajah ibu dengan jari berkuku tajam.

"Lari saja kau dari dunia. Apalagi yang kau tunggu? Aisyah? Bukankah dia sudah tinggalkan kau? Bersama manusia-manusia tadi? Jangan kau tunggu lagi, Salamiah. Makin lama kau tunggu, makin dekat kau dengan perangkap dunia. Manusia sekarang tidak kenal putus asa. Hari ini kau terlepas, esok lusa kau pasti terkena jua,"

Ibu menjauhkan diri; Ada benar kata-kata syaitan ini. Makin lama aku tunggu, makin mereka gali rahsia. Mereka akan tahu, aku yang datang menyerang Haikal dan teman simpanannya. Mereka akan tahu, aku yang mengancam mereka dengan sebilah parang tajam. Mereka akan tahu, aku yang menetak kepala teman simpanannya hingga terputus dua. Mereka akan tahu, aku yang menyeksa Haikal hingga hilang nyawa. Mereka akan tahu, aku yang melapah dan menyiat daging mereka. Mereka akan tahu, aku yang memotong setiap sendi tubuh mereka. Mereka akan tahu, aku yang menyimpan dan makan daging-daging mereka. Mereka akan tahu, aku yang membakar tulang-tulang itu hingga lunyai menjadi abu. Mereka akan tahu segala-galanya.

"Maafkan ibu, Aisyah. Ibu tak mahu menunggu kamu. Ibu tak mahu menyusahkan kamu. Ibu pergi dulu. Tapi percayalah. Ibu hapus Haikal kerana tak sanggup melihat kamu diselingkuh,"

Makhluk hodoh itu sudah bersedia untuk mengorban jiwa manusia. Dan ibu, tersadai di ruang kamar yang basah dengan darah.

Bersambung...

Wednesday 30 January 2013

KISAH SI PEREMPUAN SELINGKUH

Tadi aku jumpa dia. Ya, dia yang buat aku jadi perempuan selingkuh. Dari jauh lagi aku tahu jasad dia. Dari hujung jalan. Dari gerak langkah. Dari aura dia, aku sudah rasai. Saat tu, dada aku sudah berkocak laju. Dari pandangan aku ke arah wajahnya, aku terus berpaling melihat tempat lain. Bagi aku, melihat padang bola sepak lebih mendamaikan hati aku dari lihat wajah dia.

Tak lama kemudian, aku dapat rasakan bayangan seseorang hendak lalu depan aku. Aku batukan diri. Keropok lekor di tangan, aku rasa tawar. Hanya mulut aku saja yang tidak berhenti mengunyah. Saat itu, fikiran aku kosong. Jiwa aku juga rasa kosong. Yang aku rasa cuma jasad aku sahaja berada di atas kerusi, memegang bungkusan kertas coklat yang berisi keropok lekor sambil kepala menoleh ke arah padang bola sepak.

Dia mengambil keputsan untuk lalu dibelakang aku. Membuka bicara dengan berkata "hai," dan aku tetap kaku di atas bumi. Kini, dia berdiri di sebelah kiri aku. Cuba memulakan kembali perbualan yang tergantung tadi, 'Hai cik adik,'. Aku? Aku tetap seperti mulanya, kaku tanpa sebarang tindak balas.

"Hai, tidak kenal sudahkah?' untuk kali ke-tiganya dia membuka mulut memancing aku untuk menoleh ke arahnya dan untuk kali ke-tiga ini, usahanya berjaya. Aku menoleh ke arahnya, melihat wajah cengkungnya. Dia masih seperti dulu, atau mungkin lebih cerah dari dahulu. Tinggi, kurus, dan cengkung di pipinya masih lagi kelihatan. Berkemeja taris ungu dan berseluar slack hitam, mungkin dia baru habis kerja atau mungkin dia baru balik dari mengajar di sekolah.

Dia senyum melihat aku, "hai, kenal tak? ingat orang?". Aku hanya merenung wajahnya. Tatap setiap inci wajah insan yang mengajar aku apa itu menjadi seorang perempuan selingkuh. Dia senyum lagi, "kenal tak?"

Kali ini, persoalannya aku balas dengan kerutan di dahi. Merenung dia tanpa bersuara, hanya mimik muka seperti seseorang yang salah menyapa kenalan yang kononnya dia kenali. Hasilnya, dia berpaling dan terus beredar dari tempat aku. Berjalan dan terus berjalan tanpa menoleh kebelakang. Akhirnya, hilang disebalik keramaian orang berlari, mengelecek bola, berlanggar sesama sendiri dan ketawa di sebalik gelanggang futsal. Saat itu, aku menoleh kembali ke arah padang bola lalu tersenyum. 'Aku hanya tunaikan kemahuan kau dan aku juga pegang dengan kata aku.'

4 tahun yang lalu,
"Tolong jangan ganggu hidup aku lagi,' masej itu aku baca berkali-kali. Mungkin juga sudah berjuta kali. Engkau ajar aku jadi selingkuh, kemudian engkau biarkan aku terkapai sendiri. Mungkin ini balasannya, qisas si seorang selingkuh.

"Mulai hari ini, aku akan tunaikan kemahuan kau dan mulai hari ini juga, aku juga tidak kenal siapa kau dalam dunia ini," aku mengesat air mata buat kali terakhirnya atas sebab dia si pengajar selingkuh.

Tuesday 29 January 2013

Hujan

Bahagian 1

Asyik saja Rizal mencumbu bibir mungil Wanda. Bersimpul lidah tatkala bertemu. Dan tangannya ligat saja meraba apa saja yang ada; di punggung, di dada dan di mana saja yang dia ingin kerana Wanda merelakan apa jua cara.

Love you so much sayang.....love you, love you, love you

Hanya itu yang diungkapkan Rizal, seolah kering idea untuk melontar bicara cinta yang lain. Sedang jiwanya hanya satu, nafsu. ‘Batang kayuh’ ini sudah bersiap-sedia untuk ‘mendayung’. Apalagi bila melihat Wanda sudah lemas dalam kebasahan. Dan mendesah resah, seolah tidak sabar.

Krekkkk......duummm!!

‘Dayungan’ Rizal terhenti seketika. Serentak mereka menoleh, mencari arah ke mana datang bunyi. Rizal resah. Kotak fikirnya hanya memikirkan Jabatan Agama; Mampus aku! Aku tak nak kena kahwin dengan perempuan ni...

Wanda menolak Rizal dari terus menindih. Gebar nipis itu dijadikan perisai tubuh telanjang. Belum sempat kaki menginjak ke lantai, terpacul tubuh besar berkepala botak meluru datang. Tangan kanan kemas menggenggam batang tombak. Manakala tangan kiri pula kemas menggenggam gergaji tangan.

Belum sempat melolong jerit, mudah saja lelaki botak itu menghentak kepala Wanda dengan layangan siku. Wanda rebah ke lantai, separuh sedar dan separuh longlai. Gebar yang melindung tubuh tadi, direntap lelaki botak. Sekali lagi, lelaki itu menggila. Menghunjam mata tombak tepat ke celah vagina. Menusuk kejam hingga melewati setiap organ dalaman, dan terus mensasar sehingga ke celah rongga mulut. Wanda membeku, tiada nyawa. Dan darah yang mengalir keluar dari setiap rongga badan, ditenung lelaki botak itu dengan penuh teruja.

Rizal yang menyaksi adegan ngeri tadi terpempan beku. Panik menjalar ke segala tubuh. Manusia spesis apakah ini? Menggila sebegini? Rizal cuba melarikan diri. Namun entah kuasa apa yang lelaki botak itu ada, pantas saja dia merentap rambut Rizal yang lurus, sedikit panjang. Rentapan itu membenarkan Rizal dekat padanya. Rizal meronta cuba melepaskan diri.

Tolong saya bro....tolong...jangan bunuh saya....saya tak buat salah apa....tolong bro!

Pujuk rayu Rizal terus dipersetan. Entah nafsu apa yang datang, wajah Rizal ditenung penuh berahi. Di saat ini, hati Rizal mengecut persis sebiji kacang tanah. Tidak mengharap untuk selamat. Dan tiba-tiba, bibir Rizal dicumbu rakus. Seperti mana Rizal perlakukan pada gemulah Wanda tadi, begitulah yang lelaki botak ini lakukan pada Rizal. Rizal kelemasan. Tiada daya hendak melawan. Keras dan kuat!

Lidah lelaki botak itu terus memintal lidah Rizal hingga terputus dua. Darah meleleh titis membasah wajah dua lelaki ini. Rizal kian tidak bermaya. Malangnya, lelaki botak itu terus-menerus menyedut segala darah yang memercik keluar dari lidah sana.

Selang minit, bibir Rizal dilepaskan. Rizal longlai tanpa nyawa. Lelaki botak itu tidak membuang masa, pantas leher jinjang Rizal digergaji bertalu-talu. Darah merah segar memercik hingga mengena wajah. Dan di sekeliling dinding. Juga merata lantai.

Kepala lelaki ini wajib dibawa pulang. Sebagai kenang-kenangan....

*****

Hujan galak mencurah. Netty mematikan langkah. Niat tidak diteruskan. Lelaki botak itu ditinggalkan. Apa yang penting, dia merindui koko panas dan katil di kala ini.

Pasti Wanda dan Rizal sedang asyik berpeluk sesama sendiri. Maklum, sejuk. 

Monday 28 January 2013

Dia Bukan Milikku Bahagian1

1/11/2010
Pagi ni cuaca cerah, aku menyelak langsir tingkap apabila mendengar kicauan burung di pohon nyiur sebelah bilikku. Ada beberapa ekor burung merbuk sedang berkicau riang. Riangnya mereka umpama dunia ini hanya mereka yang menghuni. Aku cuma tersenyum melihat aksi si burung seakan bersiul riang. Pagi, permulaan hari...haruslah riang. Bukan seperti aku yang mengurung diri tak berpenghujung.

Pintu bilik diketuk kencang, pasti ayah. Kalau bukan ayah pasti abang nak ajak aku bersarapan sama. Mereka ni tak putus asa nak cuba memujuk aku kembali ceria. Aku belum sedia. Bukan tak terima takdir tapi aku belum kuat nak berdepan dengan dugaan ini. Aku terlalu lemah untuk dihujani dengan persoalan demi persoalan bila aku keluar dari bilik ni nanti. Asal aku boleh mandi, tidur dan beribadah kepada Allah cukuplah ruang bilik ini untuk aku huni selagi mampu.


**************
" Adik, jom kita sarapan sama-sama. Sian ummi tunggu tu, ayah pun dah turun nak sarapan. Adik saja yang belum turun" ajak abang Naz. "Takpa lah abang, adik belum lapar" jawabku ringkas. Abang berlalu pergi, malas dah dia nak layan perangai hodoh aku yang tak mau dengar kata orang ni agaknya. Nasiblah kan? Kesian mereka dapat anak dan abang Naz dapat adik macam aku. Adik ke? aku adik abang Naz? huhu.

Aku cuba melelapkan mata, apa yang aku nampak cuma wajah Duan. Bagai tersiat hati ni bila wajahnya menjelma. Aku tau bukan aku seorang saja yang terseksa, Duan juga sama. Tapi aku tak sanggup nak hadapi masalah ni. Sakit yang teramat sangat. Aku tau aku tak patut ada rasa marah pada keadaan ini kerana ini hanya dugaan kecil buat aku, Duan dan seluruh keluarga kami. Aku....arghhh rasa nak lari dari masalah ni. Aku naik muak tengok muka Abang Naz. Aku rasa macam nak minta penjelasan dari ummi dan ayah. Cuma aku tak sanggup nak sakitkan hati mereka. Aku tak sanggup jadi anak durhaka. Duan pula mendiamkan diri. Terkejut dengan berita yang aku sampaikan tempoh hari agaknya. Marah ke dia pada aku? Sedih ke dia? entahla...

Aku kadang-kadang jadi sangat marah bila abang Naz memujuk aku macam tiada masalah antara kami. Kenapa dia bersetuju dengan apa yang ummi dan ayah mahukan. Kami membesar bersama. Dia abang aku, sampai bila-bila dia abang aku. Aku adik dia sampai mati pun akan jadi adik dia. Tapi kenapa bila ummi dan ayah mahu nikahkan kami dia bersetuju sedangkan dia juga baru tau yang kami bukan adik beradik kandung. Dia juga terkejut dengan permintaan dari ummi. Tapi kenapa dia tak membantah? Dia sanggup nikahi aku walau aku memang adik dia. Mana boleh sayang seorang adik bertukar menjadi cinta seorang isteri? Aku rasa macam nak berdepan dengan abang Naz, tapi lidah aku kelu. Walau bukan adik kandung tapi aku adik dia kan...

Kata ummi abang Naz adalah anak sahabatnya. Sahabat baik ibu yang meninggal masa abang Naz berumur 1tahun 8 bulan. Ummi yang kebetulan sangat rapat dengan dengan keluarga sahabatnya bersetuju mengambil abang Naz sebagai anak angkat. Memang Ummi sangat sayang abang Naz sehingga aku terasa abang sangat disayangi berbanding aku sendiri. Dulu aku fikir mungkin sebab abang anak sulung maka tak hairan kasih ummi tumpah melimpah pada abang Naz, rupanya sebab abang Naz anak angkat ummi dan ayah. Mereka menjaga amanah orang. Menjaga seperti menatang minyak yang penuh. Sejak kecil abang memang sangat sayang aku. Jangan ada yang berani usik atau buli aku pasti berdarah hidung kena tumbuk dek abang Naz. Garang kan? huhuhu...tak sangka kami akan dinikahkan. Lepas nikah abang Naz panggil aku adik lagi ke? Arghh aku rasa nak menjerit melepaskan bebanan perasaan ni. Duan kan dah ajak aku nikah. Malah Duan dah mula suarakan pada ayah pun. Sampai hati ummi dan ayah tolak hajat kami dan nak jodohkan aku dengan abang Naz. Bahagiakah kami nanti? Aku pasti kami bertiga akan menderita. Aku dan Duan pasti akan menderita. Abang Naz? entah la...dia tu macam tunggul je aku tengok. Diam mengiakan kata ummi, menurut patuh mengalahkan aku yang anak kandung ummi dan ayah.

Terasa kepala berat. Mata mula berpinar. Lepas isya' je aku terus cari stokin dan menyarung cardigan hitam yang Duan belikan aku dulu. Memang aku jarang pakai cardigan tu, takut rosak atau lusuh. Kenangan aku dengan Duan bukan banyak pun, kami pun bukan rajin melepak macam muda mudi tak tentu pasal. Biasanya ada abang Naz teman kalau kami nak berdating. Macam cinta zaman dulu kala, jarang bertemu, dan akhirnya jodoh aku orang tua yang atur. Kahwin paksa pula tu...huhu. Sadis kan?

Aku masih menanti keajaiban berlaku. Menanti duan jadi hero bawa aku kawen lari ke...haha. Macam cerita dongeng bila aku mula mengharap sesuatu yang tak pasti. Aku mengharap abang Naz kesiankan aku dan berani luah pada ayah bahawa dia tak mau menikahi aku. Aku sorang je pengecut tak berani nak luah dan bantah pada ummi dan ayah. Tapi aku bukan pengecut cuma aku tak mau melukakan hati ummi. Duan!!!!

2/11/2010

Tersedar awal hari ni. Belum azan subuh mata aku dah segar. Lepas solat laju-laju aku tukar baju dan cari kasut nak keluar berjogging. Letih dah aku berkurung dalam bilik ni. Sebelum ummi panggil baik aku keluar. Aku risau jika aku terluah apa-apa yang menyakitkan hati ummi nanti. Aku risau ummi akan bersedih dan aku dapat dosa. Esok dah mula kerja, aku kena siapkan diri. Berdepan dengan semua yang akan menyesakkan dada. Berdepan dengan Duan, bertentang mata dengan abang Naz. Nak tengok reaksi abang Naz dan Duan bila bertembung. Ish, kenapalah kami bertiga kerja di tempat yang sama? Sekolah yang sama?

Tasik nampak tenang hari ni. Aku jogging dua pusingan je dah rasa semput. Banyak lemak agaknya. Mengah aku rasa sampai tercungap-cungap. Aku lihat tasik,terbayang wajah Duan. Terasa panas mata aku. Air mata mula bergenang. Maafkan aku Duan, kita berdua jadi mangsa keadaan. Aku tak mampu jelaskan. Aku tau Duan pun bingung dengan keadaan ni. Terpukul sangat-sangat bila ia berlaku saat dia suarakan hasrat ingin melamarku pada ayah tempoh hari. Duan....bawalah aku lari. Jom kita kawen lari. Ingin saja aku jerit begitu pada Duan. Boleh ke? haha..kalau la boleh, kalau la ia tak memalukan ummi dan ayah. Kalau, kalau, kalau. Islam tak bagi ber'kalau-kalau' lah cik kak!Hurm...

Biasanya time cuti macam ni kalau berjogging pasti ada Duan bersama. Aku, abang Naz dan Duan. Mana aku dan Duan pergi pasti abang ada sama. Tergamak abang nak nikahi aku. Peningnya bila aku fikir masalah ni. Rasa nak terhenti jantung. Ke mana Duan ye? cuti 3 minggu ni sepatutnya jadi saat paling indah buat kami. Kononnya kami nak bertunang. Buat majlis kecil saja,  tapi...bila ayah menyuarakan hasrat nak jodohkan aku dengan abang Naz terus aku rasa cuti 3 minggu ni macam satu kiamat kecil buat diri aku. Satu bencana dan entah, tak tau aku nak gambarkan kemusnahan dan keremukan hati aku ni. Hei Nur Qaseh,lemahnyer iman kau? Kata diri tu guru kaunseling tapi patah hati sampai rasa dunia ni dah sampai di penghujungnya. Bangunlah Qaseh!bermonolog sendiri pun masih tak mampu meredakan remuknya jiwa aku.


Ya Allah, rupanya aku duduk melayan perasaan sampai dah hampir pukul 12. Jogging apa sampai jam 12 tengah hari ni? aku berlari anak meredah panas menuju ke kereta. Baru nak buka pintu kereta tiba-tiba...
"Qaseh, sihat ke?" suara yang aku sangat rindu! suara Duan. Aku berpaling laju. Tapi cuma hampa. Takda pun Duan. Itu illusi, aku amat rindukan lelaki itu. Ya Allah tabahkan hatiku. Andai aku tidak bertemu jodoh dengannya temukanlah kasih kami di sana nanti Ya Allah. Duan...mana saja jasadku pergi, bayangmu tetap menghambat. Ke mana kau pergi? aku rindu....

Sampai ke rumah ummi dah ada di meja makan. Ummi ajak makan sama dan aku cuma menurut. Tak cakap apa pun aku cuma makan tunduk senyap mulut terkunci rapat. "Adik marah ummi ke? Kenapa adik tak cakap apa-apa? Adik tak setuju dengan hasrat ummi dan ayah ye?" tanya ummi bertalu-talu. Tersekat nasi di kerongkong aku. Mau tersedak aku rasa. Tak pandai dah aku nak jawab apa pada soalan ummi. Abang Naz mula menjenggelkan mata. Amaran buat aku lah tu agar jangan sakitkan hati ummi. Ayah menanti penuh debar. Dia pasti tak sabar nak tau apa jawapan aku. Benci aku dengan perangai abang. Macamlah dia anak kandung ummi. Aku taulah aku tak baik macam dia. Tapi di mana hak aku? Aku nak hak aku, aku nak bersuara.

Aku tak boleh terus diam. Esok dah mula kerja, aku kena berdepan dengan Duan lagi, kawan-kawan lagi. Aku boleh gila kalau terus diam macam ni. "Ummi, boleh adik tanya sikit? aku mula beranikan diri bersuara. Kenapa ummi nak jodohkan adik dengan abang. Kan abang memang abang adik. Sampai mati pun dia abang adik. Kenapa ummi dan ayah nak kami nikah? Kenapa ummi dan ayah halang hasrat adik dan Duan untuk bersatu. Ummi dan ayah tau kan yang adik sangat sayangkan Duan?"


Aku cakap tak pandang pun muka abang, aku tau dia mesti pandang aku dengan pandangan tajam. "Adik, ayah minta maaf. Ayah dan ummi ada alasan mengapa nak jodohkan adik dengan abang. Ayah tak mahu kehilangan abang. Ummi pun dah janji dengan sahabat dia akan jaga abang selamanya. Kami dah janji akan jodohkan adik dengan abang Naz agar hubungan antara kami dan Naz tidak terputus begitu saja jika Naz nikah dengan orang lain. Kami dah janji dengan arwah ibu Naz dulu sebelum dia meninggal.Maafkan ayah ye adik, maafkan ayah ye Naz" perlahan saja suara ayah.

Aku semakin kelu. Ummi nampak sedih. Ayah pun nampak sugul. Abang Naz je aku tak tengok reaksi. Aku sayang abang, tapi aku tak cintakan dia. Aku tak boleh nikah dengan abang. Aku tak boleh curangi cinta aku dengan Duan. Tapi aku takut jadi anak durhaka.

******

Bersambung.....

Saturday 26 January 2013

Bukan Pengganti - Episod 1


Penulis: Amienieya Yusof
Blog: http://mim-hasniyah.blogspot.com           

Dia bukan datang untuk menjadi pengganti, tetapi untuk melakar sebuah cerita baru.



           Nabil membelok masuk ke pekarangan rumahnya sebelum menghentikan keretanya di hadapan rumah tersebut. Lama dia berteleku di dalam kereta sebelum melangkah keluar. Dia sudah pasti perkara pertama yang akan diperkatakan oleh mamanya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah sebentar lagi.
Nabil akhirnya melangkah keluar dan mencapai beg komputernya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. “Assalamualaikum…”
“Waalaikumussalam.” Akma menoleh ke arah pintu. “Yeay! Ayah dah balik!” Terus dia berlari memeluk tubuh ayahnya itu. Nabil hanya tersenyum dan membalas pelukan anak gadisnya itu. Terasa hilang penatnya mendengar suara girang anak kesayangannya itu.
“Angah. Dah balik?” Kedengaran suara mamanya dari dapur.
Nabil mendukung Akma dan mereka sama-sama duduk di sofa. Puan Dina menghampiri dan duduk di sofa bertentangan. “Banyak kerja kat pejabat?” soalnya pada Nabil.
“Ada projek baru masuk. Tu yang banyak sikit kerja minggu ni.” Nabil menjawab.
“Mama nak cakap sikit ni.” Puan Dina memberi mukadimah. Nabil hanya mengangguk. Pastinya mamanya akan bercakap tentang Akma, tentang dirinya yang bekerja sehingga malam dan tentang anak-anak gadis sesiapa.
“Mama nak bawa Akma balik kampung esok.” Puan Dina memberitahu.
Nabil mengerut dahi. “Kenapa?” soalnya.
“Ada kenduri dekat rumah Mak Lang Limah kamu hujung minggu ni. Kenduri rumah kita dulu, mak lang kamu tu yang sibuk tolong kita. Mama pun nak balik tolong apa yang patut. Mama ingat nak bawa Akma sekali. Mama dah cakap dengan cikgu taska dia tadi. Cikgu dia dah setuju. Angah setuju tak?” soal Puan Dina.
“Oh, Hadi nak kahwin hujung minggu ni.” Nabil bersuara perlahan. Sepupunya yang muda dua tahun darinya itu akan emnamatkan zaman bujangnya hujung minggu ini. Maklumlah, sekarang kan musim cuti sekolah, maka musim kenduri kahwin jugalah.
“Kamu ni nak bagi ke tak, Angah oi? Mama cakap bukannya dia nak dengar. Dok berangan kot lain jugak.” Puan Dina menggeleng sendiri.
“Tapi, Angah ada kerja luar lah esok, ma. Lepas Angah balik kerja, Angah hantar mama balik. Angah pergi kerja dari sana jelah.” Nabil memberi cadangan.
“Tak payah, kamu pergi je kerja. Nanti Hadi singgah sini ambil mama sekali. Dia nak hantar barang balik rumah. Mama tak mahu ganggu kerja kamu. Nanti, Jumaat malam kamu baliklah.” Puan Dina segera menolak.
“Okeylah kalau macam tu. Angah naik dululah. Belum Isyak lagi ni. Nak mandi sekali.” Nabil meminta diri.
“Iyalah, nanti turun makan. Mama dah siapkan makanan.” Puan Dina bersuara pada Nabil yang berjalan naik ke tingkat atas.
“Okay.” Nabil menolak pintu biliknya dan duduk di atas katil. Dia memandang terus ke cermin dan jatuh pada bingkai gambar dia dan isterinya pada hari perkahwinan mereka lima tahun yang lalu. Nabil mengeluh seketika. Sudah hampir empat tahun dia hanya tinggal bersama-sama Akma. Mamanyalah yang sentiasa membantunya menguruskan keperluan anak tunggalnya itu ketika masih bayi sehingga kini.
Dahulu, dia meninggalkan Akma di rumah mamanya dan pulang ke rumah setiap hujung minggu. Sejak Akma berusia empat tahun, dia membawa Akma tinggal bersama-sama dengannya. Sejak abahnya meninggal dunia hampir enam bulan yang lalu, dia membawa mamanya tinggal bersama-samanya di sini.
Nabil akhirnya bangkit dan membersihkan dirinya sebelum menunaikan kewajipannya pada Yang Maha Esa. Kemudian, dia turun ke bawah untuk mengisi perutnya.
******************************************************************************
“Akma, jangan lari. Nanti jatuh.” Nabil menahan Akma yang sedang berlari mengelilingi khemah tetamu yang dipasang di hadapan rumah mak langnya itu. Seronok anak kecil itu melihat orang ramai yang datang ke kenduri tersebut.
Nabil berlari mendapatkan Akma yang sudah hampir dengan jalan raya dan mendukung anaknya itu. “Akma, kan ayah cakap jangan lari pergi jalan raya. Bahaya, kan?” Nabil mendukung Akma masuk ke dalam rumah. Dia membawa Akma ke ruang tamu dan duduk di tengah-tengah ruang tamu tersebut.
“Eh, tak apa. Saya boleh duduk kat sini je.” Kedengaran satu suara membelakangi Nabil. Keras seketika tubuhnya. Suara itu, bukankah…?
“Ibu!” Tiba-tiba sahaja Akma menjerit. Nabil segera menoleh namun Akma terlebih dahulu berlari ke arah pemilik suara tersebut dan memeluk tubuh wanita tersebut.
“Ibu?” Wanita itu juga kelihatan terkejut namun dia tetap membalas pelukan Akma.
Sekali pandang, memang wajah itu mirip dengan wajah arwah isterinya, Balqis. Namun wajah isterinya lebih bujur dan mata isterinya lebih bundar. Wanita di hadapannya ini pulah berwajah bulat dan bermata sepet. Warna kulit sama dan yang membuatkan Akma berlari pada wanita itu adalah baju kurung yang tersarung di tubuh wanita itu. Baju yang sama dengan baju yang dipakai oleh Balqis ketika majlis graduasinya. Gambar Balqis memakai baju kurung tersebut tergantung di dalam bilik Akma.
Akma memuncungkan mulutnya. “Kakak ni bukan ibu Akma?” soal Akma.
“Nama adik Akma, ya?” soal wanita tersebut.
Akma mengangguk. “Bukan, kakak bukan ibu Akma. Mana ibu Akma? Dekat dapur ke? Nak kakak tolong carikan?” soal wanita tersebut lagi.
“Tak ada kat dapur. Ayah cakap ibu jauh. Dapur dekat je?” Akma membalas dengan senyuman.
“Jauh kat mana?” soal wanita tersebut.
“Jauh dekat sana.” Akma menunjuk ke atas langit. “Ayah cakap ibu tak ada. Ibu pergi tempat yang cantik sangat. Dekat syurga. Sebab ibu baik.” Petah anak kecil itu berkata-kata.
Terdiam seketika mereka di situ. “Akma datang dengan siapa?” soal wanita tersebut.
“Dengan ayah. Ayah suruh Akma masuk.” Akma menoleh namun ayahnya sudah tiada di situ.
“Mana ayah Akma?” soal wanita itu.
“Akma?” Satu suara menegur. “Kat sini rupanya. Acu ingat kat mana tadi. Siapa ni?” soal Nabihah, adik Nabil.
“Kakak.” Akma memberitahu.
“Mana Akma kenal kakak?” soal nabihah.
“Kakak pakai baju mama dalam gambar dekat bilik Akma.” Akma memberitahu. Najihah dan wanita itu ketawa.
“Maaflah, anak saudara saya ni memang banyak cakapya. Kawan kak Dhiya ya?” soal Najihah. Dhiya = isteri Hadi = pengantin hari ini.
“Ya, Alia.” Wanita itu memperkenalkan dirinya.
“Alia.” Akma mengulang apa yang didengarinya.
“Bukan Alia, sayang. Kak Alia.” Najihah membetulkan.
“Kak Alia.” Akma ketawa kecil.
“Comelnya…” Alia mencubit pipi anak kecil itu.
“Akma, jom makan? Maktok dah bawak masuk nasi. Ayah Akma tu tak masuk-masuk pulak. Saya bawak Akma pergi makan dulu, ya.” Najihah meminta diri. Alia dan rakan-rakannya mengangguk.
Najihah mendukung Akma menuju ke dapur. “Lah, Angah kat sini? Bukan mama suruh pergi cari Akma ke?” soal Najihah pada Nabil yang sedang bersila di ruang dapur itu.
“Angah nampak Akma dengan tamu tadi. Adik pun ada sekali, Angah teruslah masuk dapur.” Nabil membela dirinya.
“Eii, pemalas. Pergilah makan kat luar tu. Ni untuk adik dengan Akma jelah. Orang lelaki makan kat luar.” Najihah menolak tangan abangnya yang mencapai senduk di dalam pingan berisi nasi.
“Eii, kedekutlah adik ni. Yelah, Angah makan kat luar. Nanti balik bawak Akma sekali. Jangan bawak diri je.” Nabil berpesan.
“Ceh, orang tahulah. Dia pun sama nak pesan-pesan kat orang konon.” Najihah mencebik.
“Tak samalah. Angah lelaki, adik perempuan.” Nabil mengusik adiknya itu. Najihah menjelirkan lidahnya tanda tidak berpuas hati. Nabil hanya ketawa dan berlalu keluar dari rumah. Dia melalui ruang tamu dan sempat menjeling wanita yang dipanggil ‘ibu’ oleh Akma sebentar tadi. Seketika kemudian, dia hanya menggeleng dan berlalu pergi tanpa menyedari perbuatannya diperhatikan mamanya dari jauh.
******************************************************************************
“Mama.” Nabil duduk di meja makan.
“Angah, mama nak cakap sikit.” Puan Dina bersuara sambil meletakkan pinggan berisi karipap di atas meja.
“Ada apa, ma?’ soal Nabil sambil mencapai karipap di atas meja makan.
“Mama nak tinggal dengan Akma kat sini.” Puan Dina memberitahu.
“Hah?” Tersedak Nabil seketika. Dia segera mencapai teh yang dihidangkan mamanya di atas meja. “Ma, Akma kena sekolahlah, ma.” Nabil terus saha menolak cadangan mamanya itu.
“Sekolah kat sini pun boleh, Ngah. Mama susah hatilah nak tinggalkan kamu dengan Akma. Kalau kamu kerja sampai malam, Akma ni kena tunggu dekat taska sampai malam. Kamu tak kesian ke dengan dia? Nanti dia dah besar, takkan kamu nak tinggalkan dia dekat taska jugak? Takpun kamu nak tinggalkan dia kat rumah sorang-sorang?” Puan Dina memberi nasihat.
“Kenapa pulak, ma?” soal Nabil.
“Mama dah penat duduk rumah kamu, Ngah. Mama tak tahu nak buat apa. Mama balik sini ada jugak teman nak bersembang, nak bekerja. Kamu tu pergi kerja pagi, malam baru balik. Akma pun petang baru balik dari taska. Baik tinggal dengan mama je, Ngah. Simpan duit belanja taska Akma tu. Boleh buat belanja sekolah Akma bila dia dah besar nanti.” Puan Dina memberi jawapan.
“Tak apalah ma, Akma dah biasa macam tu. Biar dia rasa susah sikit. Tak boleh manjakan dia sangat.” Nabil membalas.
“Angah, bukan itu caranya kamu mengajar anak. Akma tu dahlah ibunya tak ada. Kamu pulak asyik kerja je. Dia baru empat tahun. Takkan kamu nak biar dia macam tu je. Kurang-kurang mama ni boleh tengok-tengokkan anak kamu tu.” Puan Dina menggeleng sendiri.
“Mama, Angah tak rasa macam tu pun. Akma pun okay je.” Nabil masih berdegil.
“Sekarang memanglah okay. Nanti sepuluh tahun lagi, kamu tahu ke apa akan jadi? Kamu boleh baca masa depan? Berapa ramai budak-budak sekarang jadi macam-macam sebab kurang kasih sayang. Mama nak tolong kamu elakkan. Itu pun kamu nak degil, nak ikut cara kamu jugak. Mama suruh kamu kahwin pun kamu tak mahu. Suka hati kamulah Angah. Mama dah malas nak cakap.” Puan Dina akhirnya mengalah. Dia sudah penat memberi nasihat pada anak lelakinya itu namun semuanya bagai mencurah air ke daun keladi.
Nabil ditinggalkan sendirian di dapur. Nabil hanya mengeluh sendiri. Mungkin benar kata-kata mamanya. Dia membiarkan Akma membesar sendiri. Walaupun dia yakin Akma memahami kenapa dia membanting tulang bekerja namun dia tidak boleh membaca masa hadapan. Dia juga tidak mahu mempertaruhkan masa hadapannya anak tunggal kesayangannya itu. Mungkin dia patut menimbangkan kata-kata mamanya.
******************************************************************************
“Lepas ni Alia pulak kahwin.” Dhiya ketawa sambil menghirup minumannya.
“Ish, tak sopan kau ni. Dah jadi bini orang punlah. Cuba ketawa elok-elok sikit.” Nadia menegur sambil menepuk bahu Dhiya yang ketawa berdekah-dekah itu.
“Ala, rilekslah. Kena ubah slow-slow. Kalau tak brek, nanti accident.” Dhiya membalas dengan senyuman.
“Suka cakap bahasa orang tak fahamlah kau ni, Dhiya.” Nadia menggeleng sendiri sebelum menoleh pada Alia yang masih membisu sejak tadi. “Macam mana? Seronok pergi makan kenduri rumah husband Dhiya?”
“Seronoklah. Kaulah, Dhiya. Bukan nak tunggu aku balik Malaysia dulu. Sibuk sangat nak kahwin. Nasib baik rumah husband dia tu dekat dengan rumah aku. Kalau tak, memang kempunanlah aku nak tengok kau pakai baju pengantin.” Alia mencebik.
“Janganlah marah. Itu je tarikh yang cantik. 10-10-10. Nak tunggu kau balik, hilanglah tarikh cantik aku. At least kau makan jugak kan nasi minyak aku.” Dhiya memujuk.
“Aku nak pilih tarikh kahwin aku time kau dalam pantang. Padan muka kau.” Alia masih tidak berpuas hati.
“Ala, janganlah… Aku pun nak tengok kawan aku ni kahwin jugak. Jangan kahwin dengan laki orang sudah.” Dhiya ketawa kecil.
“Apa salahnya. Jodoh bukan kita tahu, kan?” Nadia berjenaka sebelum kembali serius. “So, macam mana kerja? Kau still kerja kat situ ke lepas dah ada MA?”
“Tak, aku pindah bahagian lain. Tak ada jawatan aku kat situ. So, aku kena pergi headquarters.” Alia memberitahu.
Headquarters? Kat mana?” soal Dhiya.
Penanglah. Kat area Bayan Lepas.” Alia memberitahu.
“Bertambahlah kerja kau nak ulang-alik naik jambatan hari-hari ya?” Dhiya mengusik.
“Tak apalah. Gaji pun naik, bolehlah buat bayar tambang naik Penang Bridge tu hari-hari. Kejap je. Lepas tu, headquarters pindah ke Bukit Mertajam. Kat area Bandar PERDA. Dalam dua tahu lagi kot. Hah, tak sabarnya aku nak pindah. Belum masuk kerja lagi, aku dah boleh baying kesesakan lalu lintas kat jambatan tu tiap-tiap hari.” Alia membalas.
“Sabar jelah, Alia. Kau nak pindah duduk rumah sewa aku tak? Senang sikit. Aku pun nak pindah dah minggu depan. Nafiz dah cari rumah baru. Rumah tu ada Lia dengan Ifa je. Kau boleh ganti tempat aku.” Nadia menawarkan?
“Boleh ke?” Alia bersuara teruja. Namun senyuman layu seketika kemudian. “Aku dah bayar sewalah sampai hujung bulan depan.”
“Alah, tak apalah. Aku bukannya nak kahwin bulan depan pun. Tiga bulan lagi kot.” Nadia ketawa kecil.
“Cara kau cakap macam nak pindah terus je?” Alia memuncungkan mulutnya.
“Kalau kau masuk pun, ada je bilik satu lagi. Lagipun rumah tu kena bayar bil je. Tak payah bayar sewa pun.” Nadia menerangkan.
“Hah? Tak payah bayar sewa? Kenapa?” soal Alia ingin tahu.
“Sebab rumah tu under nama Ifa. Ifa ajak kitorang duduk sekali sebab dia tak nak duduk sorang-sorang. Ada empat bilik. Tapi next year lepas dia kahwin, kenalah bayar sewa. Tapi by that time aku rasa kau dengan Lia dah kahwin pun.” Nadia ketawa kecil.
“Mana kau tahu? Next year tu sembilan bulan je lagi tau.” Dhiya mencebik.
“Aku tak tahulah. Tapi Ifa belum confirm lagi bila dia nak bertunang. Tunang dia pun tengah buat MA kat Aussie. So, sebelum kena bayar sewa, baik kau cari boyfriend dan kahwin. Boleh Ifa guna rumah tu jadi rumah sewa. Tak payahlah dia mintak sewa kat korang.” Nadia memblas.
“Okaylah. Lagi dua bulan aku pindah. Lepas tu aku suruh mak aku carikan boyfriend, bolehlah aku kahwin.” Alia memberi jawapan senang.
“Apasal mak kau pulak yang kena carikan boyfriend? Cari sendirilah.” Nadia menampar lengan rakannya itu.
“Itulah yang susahnya. Aku malaslah.” Alia menjawab.
“Kau kena kahwin jugak. Takkan kau nak membujang sampai ke tua kot? Nanti dah tua tak ada siapa nak jaga, kau nak tinggal kat rumah orang-orang tua?” Dhiya sengaja mengugut.
“Tak adalah sampai macam tu. Kita muda lagi apa.” Alia menjawab senang.
“Muda apanya. Umur kau bukannya 17. Kau dah 27 tau!” Nadia mengerutkan dahinya.
Standard apa. Abang aku kahwin umur 30, selamba je.” Alia masih selamba menjawab.
“Kau ni, lelaki lain. Perempuan ni kurang laku tau bila usia dah bertambah.” Nadia mencebik.
“Laku ke tak laku, tu kerja Tuhan. Jodoh aku kat tangan ALLAH. Bila-bila ALLAH tulis kata aku kahwin, aku kahwinlah. Kalau dah ditakdirkan aku tak kahwin aku nak buat macam mana lagi?” Alia masih dalam mood selamba.
“Kita ni kenalah berusaha cik Alia oii. Ikut suka kaulah.” Nadia hanya menggeleng manakala Dhiya hanya tersenyum.

******************************************************************************
bersambung...

Friday 11 January 2013

Di hari jadimu sayang


Petang itu hanya dipenuhi dengan bunyi unggas. Entah mengapa hatinya mulai sebak mengenangkan kisah lama. 11 Januari 1988 masih terpahat di ingatan. Anak lelakinya yang tersemai dalam rahim selama 9 bulan lamanya akhirnya merasai udara di bumi. Bernafas sendiri tatkala keluar dari pintu rahimnya. Dia tersenyum dalam kesakitan. Kelegaan amat terasa.

Wajah sedikit tua tersenyum. Lelaki yang tinggi lampai itulah anaknya. Bercermin mata. Dia kini boleh berbangga kerana melahirkan anak soleh seperti itu. Pandangannya masih terarah ke anak bujangnya.
“Mak…” Sayup kedengaran suara garau memanggil si ibu. Tiada balasan suara. Hanya pandangan yang menghantar kasih sayang yang tak berbagi buat anaknya.
“Mak… kenapa pandang orang macam tu?” Anak bujangnya mengambil tempat disebelah ibunya. Risau pula melihat si ibu termenung jauh.
“Tak. Mak tengok kamu ni dah besar panjang pun. Dulu masa kecik kamu selalu menangis…” Hujung nadanya ada tawa. Seronok mengenangkan kisah lalu yang dilalui bersama bapa si anak. Indah kenangan itu.
“Ish mak ni. Malulah orang. Orang dah besar. Mana nak nangis macam dulu lagi…” Laju Mohamad menjawab.
“Alah kamu nak malu apa dengan mak ni? Mak yang besarkan kamu. Mak tahu, dah besar ni pun ada kamu menangis. Tapi biasalah anak lelaki mana nak tunjuk. Malu kan?” Mengekek si ibu ketawa. Mohamad berubah tingkah. Malu teramat.
‘Mana mak aku tahu ni? ishhh…’ Tak mampu dia luahkan depan si ibu. Malu.
“Mak ni mak Mad tau. Kalau Mad sedih mak yang rasa dulu. Tapi kalau mak yang sedih Mad takkan dapat rasa dulu…” Sebak. Mohamad terdiam. Ada benarnya kata ibunya. Sungguh tinggi naluri keibuan. Hanya para ibu dapat merasai nikmat itu.
“Mak… Mad… hurmmm…” Kelu lidahnya untuk berkata. Apalagi memeluk ibunya. Lelaki dan ego. Mohamad tidak rapat dengan ibunya kerana ibu seorang perempuan. Dia perlukan lelaki untuk memahaminya. Sebab itulah dia jarang menceritakan masalah kepada ibunya. Tapi, sedalam mana masalah yang dia pendam ibunya tetap dapat hidu. Sungguh ajaib.
“Mad, kalau ada masalah yang tak dapat kongsikan dengan mak… Mad boleh kongsikan dengan Allah. Allah kan sentiasa ada? Jangan malu. Sebab kita semua datang dari dia. Dan juga akan kembali kepadaNya. Mak pun takkan lama di dunia. Entah esok lusa mak dah tiada. Tapi Allah tetap ada nak…” Titisan mutiara jernih menitis perlahan. Mohamad terpana. Diam tak terkata. Wajah ibu dipandang lama. Perlahan jarinya mengusir titisan air mata di muka ibunya. Dibuang ego tinggi menggunung. Pelukan dihadiakan kepada ibunya. Di hari jadinya, ibu menangis didepannya. Di hari jadinya ibu mewasiatkan nasihat yang benar-benar menusuk ke dada. Sungguh inilah hadiah terbaik yang Mohamad inginkan selama 25 tahun bernafas di bumi fana. Air mata seorang lelaki gugur juga demi kasihnya anak kepada ibu. Demi cintanya hamba kepada Tuhannya yang satu.

“Selamat hari jadi Mohamad… anak mak…” Mohamad tersenyum dan bahagia. Indah sangat perasaan itu. Sungguh dia tak mampu nafikan yang sayang kepada ibunya melebihi sayang kepada insan lain kerana itulah insan yang pertama bertahta di hati.

Tamat.
Cerpen ini ditulis istimewa buat Miko aka Encik Kopi pasta di hari jadinya yang ke 25 tahun. Semoga dia terus menjadi anak yang soleh, kawan yang baik dan juga bila dah kahwin nanti jadi suami serta ayah yang baik anak-anaknya. Miko selamat hari jadi. Kau jangan nak terharu sampai nangis pulak =P Haha…

Thursday 10 January 2013

janji yang pergi #3





bab 2

“Marissa,” nama itu dipanggil berulang kali. Seorang budak perempuan bertocang kuda berpaling memandang Ros yang duduk di meja kaunter. Budak perempuan itu tersenyum lebar sambil melambai-lambai tangannya tanda dengar. Ros yang sedari tadi terjenguk-jenguk hanya tersenyum kecil bila mendapati Marissa bermain pasir di depan kedai. Dia menggeleng kepala, tetapi tetap dibiarkan bersendiri.
Jam menunjukkan pukul lima petang. Ros yang sudah habis mengemas mendapatkan Marissa yang sudah beralih ke tempat duduk. Tangan kecil Marissa dipegang dan diurut lembut. Tenang saja dia melihat air wajah yang comel itu, seperti tiada masalah langsung. Dia gembira.

“Bila Abang Khalil nak pulang Mak?” tanya Marissa buat kesekian kalinya.

“Mungkin kejap lagi, kenapa, Marissa rindu pada abang?” suka Ros bertanya begitu.

“Abang Khalil janji nak main sorok-sorok dengan Marissa...” Marissa menjelaskan maksudnya. Ros hanya tersengih. Faham benar dengan sifat keanak-anakkan anak gadisnya itu. walaupun sudah mengjangkau lima tahun, lidahnya petah berkata-kata. Tiada masalah. Lancar. Sunggu senang menjaga Marissa, ulas hatinya.

“Kita balik dulu. Makan, lepas tu mandi. Nanti bila Abang Khalil dah pulang, bolehlah Marissa main sorok-sorok dengan Abang Khalil..” Ros memujuk. Marissa yang sedikit mengeluh hanya menggangguk lesu. Dihulur tangannya yang kecil kepada Ros, lantas disambut laju. Mereka berjalan beriringan sampai ke kereta. Enjin kereta dihidupkan dan kereta kecil itu mula bergerak menuju ke destinasi yang hendak di tuju.

bersambung..

Monday 7 January 2013

Hujan


Sejak pagi, hujan meleleh tanpa henti. Hingga ke malam ini, masih bersisa lagi. Netty tiada pilihan. Usai kelas, dia meredah malam yang penuh kebasahan. Mujur punya kot hujan. Sesekali, mata bundarnya dipicing kecil setiap kali terpancar denyar kilat. Serentak itu, guruh galak menghentam bunyi; Groom! Groooooom!

Di hadapan pandang mata, kelibat manusia berkepala botak dan bertubuh besar berdiri cegat di tengah hujan yang kasar. Netty membulatkan biji mata. Hairan, manusia apa yang berdiri di tengah hujan malam? Terpempan beku sambil menjinjit sesuatu. Sesuatu yang berjerumbai. Sesuatu yang mengalir titis.

Bila datang lagi denyaran kilat, Netty mengambil kesempatan untuk mengecam. Tertanya-tanya, apakah itu?

*****

Sudah berhari-hari khabar angin itu diceritakan para pelajar. Setiap hari juga, suratkhabar tempatan asyik mengulang-siar berita yang sama; Pembunuh bersiri galak mencari mangsa. Entah hendak percaya atau tidak, Netty sendiri buntu.

Kebanyakan mangsa bunuh adalah pasangan kekasih. Cara pembunuhan adalah sama. Disula dan dipenggal kepala. Aduh mak! Seriau aku baca paper hari ni.

Rungut Netty berbaur resah. Sengaja dia menyiku Wanda agar bertumpu pada berita yang dibaca. Wanda melepas keluh bosan. Lolipop berperisa gula getah itu dihisap bertalu-talu. Dia tidak mahu ambil peduli dengan apa yang berlaku. Malah, apa saja yang terjadi di kampus pun dia persetankan. Apa yang dia mahu tahu adalah Rizal sentiasa di sisi. Rizal yang dikasihi. Rizal yang dicintai.

Kau ni obses sangat dengan berita-berita bunuh macam ni…dahlah aku tengah bengang. Semalam, aku gaduh dengan Rizal. Sampai hari ni dia tak pujuk-pujuk aku.

Netty malas mahu ambil kisah. Dalam kotak fikir Wanda hanya Rizal. Sejuta kali ingatan dia hanya pada Rizal.

Hah, tu laki kau dah menjelma....panjang betul umur, kan?

Netty berlagak sinis sebaik melihat Rizal datang menghampiri. Tanpa mempedulikan sesiapa, Rizal merangkul Wanda dengan kemas. Sambil berbisik manja ke cuping telinga kekasih hatinya; Malam ini percuma tak? Dan serentak itu, Wanda menguntum senyum.

Mudah saja kau mengalah, walau dengan hanya sekali bisikan; getus hati kecil Netty. Tidak menunggu lama, dia beransur pergi.

Ok, guys. I got to go. I’ll stay at library, sementara tunggu kelas pukul 8 nanti. Ciao!

Wanda hanya membalas dengan kenyitan nakal. Pasti episod ini akan meleret hingga ke tengah katil nanti; Auww!

Sunday 6 January 2013

Selautan Cinta Yang Pergi #2

Episod 1

Ya Allah!! KAU kalungkan lah ketabahan yang setinggi gunung detik hati liza. 22 Tahun kehidupan yang dilalui..ini merupakan ujian yang paling perit yang harus ditempuhi.

Sedang Liza termenung melayan perasaan yang kalut tidak bertepi..sentuhan di bahunya mematikan semuanya. "Sayang..jom kita bawa anak-anak keluar, lama dah kita tak keluar sejak ibu sakit.". Liza masih membatu..fikirannya kusut, hati nya tidak tentu arah..Jiwanya kosong. Bidadari itu pergi tatkala Liza baru hendak mendaki puncak kejayaan. Ketika malaikat-malaikat kecilnya baru sahaja mengenal dunia. "Ok..jom lah, tapi kita nak ke mana?" Balas liza dengan hati yang kosong. Namun hati itu miliknya…hanya dia yang tahu. "Ke mana sahaja…asalkan abang dapat lihat awak tersenyum semula. Sejak ibu dah tiada, awak banyak mendiamkan diri. Jawab pertanyaan abang pun endah tak endah." Ya Allah!! Berdosanya aku, melayankan kesedihan yang tiada penghujung telah melalaikan aku sebagai seorang isteri dan ibu. "Maafkan saya bang..saya terlalu mengikut kata hati barangkali. Tegurlah saya andai saya tersasar dari jalan yang sepatutnya. Bimbing lah saya agar saya tidak leka dengan kesedihan ini. Abang tahu kan…ibu terlalu istimewa di hati saya, terlalu dekat di jiwa saya." Tutur liza penuh hikmah, mengharapkan pengertian dari suami yang di cintainya itu.

Alunan lagu ‘Matahariku’ dendangan penyanyi Indonesia mematikan lamunan Liza yang sedang asyik memerhatikan malaikat-malaikat kecilnya riang bermain. Bunyi pesanan ringkas di telefon genggamnya menandakan ada pesanan yang masuk. "Kak..ayah dah tak balik seminggu, dia tak angkat bila adik telefon. Adik kecewa dengan ayah…sampai hati dia buat ibu macam nih, adik rindu ibu. Adik nak keluar dari rumah, adik nak balik kampung. Biar dekat dengan ibu." Terkesima. Adiknya seorang ini memang mudah mencari jalan penyelesaian. Tiada perbincangan…tiada kata dua, dia terus membuat keputusan. Baru sahaja Liza mahu melapangkan fikiran..melegakan hati yang sentiasa sesak dengan kesedihan. Adik pula menghantar ujian yang membuatkan otaknya kembali ligat berfikir. Fikirannya mula sesak dengan persoalan-persoalan yang entah apa-apa. Dalam hati…Liza bermohon agar Allah s.w.t tenangkan hati adiknya itu. Redhakan ujian yang menimpa. Kuatkan semangat adiknya yang rapuh.

"Sayang!!!...sini kejap," laung Liza pada suaminya yang sedang asyik melayankan si kecil mereka. "Abang..kita balik Kuala Lumpur nak tak? Saya rindu adik, rindu ayah. Tiba-tiba jer teringat kat dia orang," pinta Liza dengan genangan air mata yang amat mudah bersatu di kelopak matanya. "Kenapa tiba-tiba? Tadi kata nak kubur ibu lepas nih?" ucap suami Liza dengan muka yang penuh tanda tanya. Liza kelu. Tiada jawapan untuk persoalan itu. Semua kemelut yang melanda keluaga nya tidak pernah di kongsikan bersama lelaki yang berdiri tegap di depan nya kini. Walaupun mereka berkongsi segalanya, namun untuk mengaibkan ayah dan keluaganya bukan lah tindakan yang bijak bagi Liza. "Saya…"

bersambung...

Friday 4 January 2013

TAKDIR

Pagi yang indah...mendamaikan. Sedang aku asyik menaip terdengar suara rintihan seperti orang kesakitan. Siapa? mata meliar mencari arah bunyi tadi. Mata tertangkap satu susuk tubuh di bawah pokok tidak jauh dari tempat dudukku. Kaki pantas berlari mendapatkannya.

"Encik tak apa-apa?" cuba ku alihkan tangannya yang sedang menekup kakinya yang sedang mengalirkan banyak darah.

"Kaki saya tertusuk kaca. Saya dah cabut kaca tu."aku cuba memerhati luka tersebut. Nampak dalam. Mata mula berpinar, takak mula mual, kepala mula pening rasa nak muntah. Huhu orang mabuk darah memang begini.

"Encik, saya Diya. Biar saya bantu encik ye. Mari saya papah ke baah pokok sana. Saya balutkan luka tu nanti. Dia hanya memerhatikan aku dan memejamkan matanya lama. Mata bertembung dengan anak matanya. Lama anak mataku terpaku di situ. Kekal di situ...hati bergetar. Ku papah dia ke tempat aku menaip tadi.

"Encik, saya ambil first aid di kereta. Tunggu sini ye." aku berlari mendapatkan kereta yang aku parkir jauh di hujung sana. Termengah-mengah di tambah pula dengan skirt labuh kembangku memang menyukarkan aku berlari pantas.

******

"Okey siap. Lepas ni saya bawa encik ke klinik ye. Ni saya buat lebih kurang saja. Risau ada jangkitan pula nanti."Cik diya, jangan lah panggil saya encik. Panggil saya Hery saja." Hery berkata sambil tersenyum. Manis dengan barisan giginya yang tersusun indah, mata hazel yang memukau, rambut yang kemas. Wajah melayu yang bisa membuat aku perpaku dan terkaku.

"Jangan panggil saya cik Diya lah ye, Diya saja. Salam kenal..saya kemaskan barang saya dan bawa encik ke klinik. Ops, Hery.." aku tergelak kecil akibat tersilap sebut encik lagi. 

"Diya, tapi saya ada kereta tu. Saya pergi sendiri sajalah. Tak mau menyusahkan awak. Nanti awak perlu hantar saya ke sini semula pula." Hery serba salah, aku terus memapah dia terus ke kereta ku dan hanya senyum. Malas nak layan tolakan dia. Apa yang penting bawa dia ke klinik sebab aku risau dengan pendarahan yang masih tak berhenti tu.

*****
"Diya, terima kasih bantu saya.Kesian Awak terpaksa bersusah payah buat semua ni." Hery masih dibelenggu rasa bersalah. "Hei..jangan lah macam tu. Orang perlukan bantuan saya bantu jika keadaan saya mengizinkan. Mungkin nanti bila saya susah ada yang sudi bantu saya juga, siapa tau kan?" Kami sama-sama berbalas senyuman.

Dari satu bab ke satu bab kami bertukar cerita. Ternyata Hery juga sama seperti aku datang ke Cherating ni untuk bercuti. Dia bercuti aku berniat untuk mencari ilham untuk menyiapkan novel aku yang dah berbulan tak siap-siap ni. Hery peramah, mudah nak berbual dengannya. Satu demi satu cerita kami kongsikan malam itu. Angin malam yang lembut buat suasana begitu indah. Mengasyikkan.

"Diya, nak tau tak?" Hery tiba-tiba bersuara selepas kami menyepi beberapa ketika."Erm? " aku merenung wajah tenang di hadapanku lama. Ingin sekali aku tatap wajah yang mendamaikan itu tanpa henti, jika boleh selamanya. 

"Cuba tengok ni" lantas dia menunjukkan sekeping foto dari dompetnya. Du hulur kepadaku tanpa dengan kelipan mata yang penuh makna.

Aku tergamam. Tak sangka wajah gadis di sebelahnya persis wajahku. Hampir serupa. Terlalu mirip. Aku sendiri  bagai mimpi. Tak pernah menatap wajah yang begitu serupa denganku."Ni siapa?" aku meminta kepastian. Sedikit bergetar suaraku menahan debar.

"Tunang saya, arwah tunang saya....dia meninggal dua bulan lepas. Sepatutnya majlis kami akan berlangsung lagi dua bulan.Dia meninggal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya." Hery menjawab tenang.

Lama aku berdiam diri...melayan perasaan. Sepatutnya Hery yang lebih terkejut kerana wajah di hadapannya mirip insan yang disayangi. Tapi berbalik pula, aku rasa sedikit gementar mengetahui semua ini.

"Diya, jangan lah diam. Saya tak apa-apa. Malah tak niat apa-apa pun bagi tau awak semua ini. Sebab dah selesa berkawan saya ceritakan pada Diya. Tu saja maksud saya.Takda niat lain pun." Hery berkata perlahan, seperti berbisik kepadaku. Mungkin rasa bersalah melihat aku mendiamkan diri.

****
Empat hari bersama menghabiskan di sini, suka duka kami kongsikan bersama. Ternyata Hery amat menyenangkan. Terasa serasi walau umurku beberapa tahun lebih tua dari Hery. Usia bukan penghalang untuk kami bersahabat baik. Satu permulaan yang baik buat kami. Andalusia? Andartu? apa saja gelaran buat aku yang berusia 31 tahun ini tak menghalang persahabatan aku dan Hery. 

Aku dan Hery berjanji andai permulaan yang baik ini menunjukkan jalan ke arah yang lebih baik kami akan lalui bersama. Apa yang penting kami saling selesa dan menerima baik buruk di antara kami...

TAMAT....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...