Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 2 December 2012

Someone Like You

Penulis: Teenager Housemaid

I heard that you’re settled down
That you found a girl and you’re married now
I heard that your dreams came true
Guess she gave you things I didn’t give to you

Aku melihat account facebook seseorang. Pengumuman yang dia bakal mengakhiri zaman bujangnya. Ah, dia dah bahagia bersama seorang gadis manis. Akhirnya jumpa juga dia dengan seorang gadis yang bakal menjadi surihatinya. Ah, dia pun sudah terlalu lama membujang.
Tapi, dia ni memang semuanya kebetulan ke apa? Kali ini gadis itu sebaya pula dengan aku. Aku ingat lagi, teman wanita pertama yang diperkenalkan kepada aku bernama hampir sama dengan aku. Dia pernah menulis satu manuskrip yang tak pernah dipublishkan, dan salah seorang watak bernama lebih kurang sama dengan aku. Dan sebelum yang akan dia kahwini ini, teman wanitanya adalah seseorang orang yang aku kenal. Dan kini, dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis sebaya dengan aku. Terlalu banyak kebetulan, ey?
Ah, memori datang lagi. Aku sebenarnya dah lama melupakan dia. Cukup lama. Alah, bukannya seperti kami pernah punyai apa-apa hubungan istimewa.Tapi, tak sangka berita perkahwinan dia, buat aku masih teringat memori-memori lama.
Never mind I’ll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don’t forget me, I beg, I remember you said
Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead

Pasti orang kata kenapa bodoh sangat nak cari someone like him, hurm. Jawapannya mudah, sebab dia sememangnya seorang lelaki yang baik, punyai pegangan agama, pandai masak, rajin, stabil, handsome dan punyai keluarga yang menyayangi aku.
Dah, kalau macam tu kenapa bodoh sangat lepaskan dia pergi? Huhu. Bila masa pulak aku lepaskan dia pergi? Cuma kisah kitorang kisah kelakar. Kelakar sangat sampai tiada rasa ingin ketawa. Ataupun sebenarnya lebih tepat lagi, satu perbezaan kami ialah, aku bukan orang yang faham apa itu cinta, dan dia pula punya hati yang penuh dengan cinta. Dan persamaan kami ialah, kami sama-sama ego.
Jadi aku ni sebenarnya suka ke tidak dia? Suka tu mungkin ya, tapi cinta itu tidak. Sebab, kalau aku cinta, aku takkan ada sebab. Tapi, sebab aku hanya suka, tu sebab kat atas tu dah aku berikan sebab-sebab kenapa perlu cari someone like him. Haha.
You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised in a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

Ya, cepatnya masa berlalu. Aku kenal dia selama lima belas tahun. Rapat dengan dia selama enam tahun. Renggang dengan dia selama dua tahun. Mula berhubung semula tapi dah tak macam dulu, masuk tahun ni dah empat tahun. Phew…masa memang cepat berlalu. Tak sangka.
Dan kini dia dah nak kahwin. Aku pula sedang galak mengejar cita-cita, kerana aku masih muda, dan perjalanan hidup aku masih jauh lagi.
Nothing compares
No worries or care
Regrets and mistakes
They are memories made
Who would have known how bittersweet this would taste?

Yeah, at least, semuanya adalah memori. Memori masa silam yang mendewasakan aku., dan juga menceriakan zaman remaja aku. Dan pernah menyuramkan zaman remaja aku. Tapi tiada kesalam mahupun tangisan, kerana memori itu indah. It was a bittersweet story.
Dan gadis itu memberikan dia sesuatu yang tak mungkin dapat aku berikan pada dia. Iaitu… Cinta.
Ya, cinta… kerana ianya sukar untuk aku. Kerana mungkin ianya tidak wujud dalam kamus hidup aku sepanjang kehidupan aku. Jadi, sukar untuk aku berikan itu kepada dia. Jadi, dia buat keputusan yang bijak dengan mencintai orang lain.
Sungguh aku adalah orang yang bertuah mengenali dia. Walau dia tak pernah akui, tapi aku juga tahu, tempat aku istimewa di hati dia. Aku tahu, dia sangat sayang pada aku. kata-kata yang dia selalu ucapkan, tapi tak pernah dibalas oleh aku. Kerana aku sangat suka mengelak. Dan aku mengelak, sampai aku terus kehilangan dia.
Oh, tak. Bukan kehilangan dia. Tapi aku yang sentiasa jauhkan diri dari dia. Tapi, hingga kini dia masih tidak pernah putus asa, cuba mencari ruang untuk menjadi rapat seperti dulu. Mungkin dia cuba perbaiki kesilapan dia. Tapi, prinsip aku, semua orang ada limit. Dan limit untuk dia sudah pun mencapai di tahap sepatutnya.
Tapi, kalaulah aku ini ditakdirkan memang untuk berkahwin ataulah mungkin untuk jatuh cinta. Aku akan cuba cari someone like you, well, I mean him….
Never mind I’ll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don’t forget me, I beg, I remember you said
Sometimes it lasts in love
But sometimes it hurts instead

Sebenarnya aku ada jumpa seseorang yang mengingati aku pada dia, tapi alamak, orang tu dah kahwin and ada anak pula. itu bukan limit lagi, tapi off limit terusssssssss. Haha. Anak bujang orang pun aku tak kacau, apatah lagi yang dah berpunya..:)
Aku doakan dia bahagia. Dan, aku mohon jangan lupakan aku. Seperti mana selama dua tahun itu dia melupakan aku. Jadi, bila dia sudah ingat aku kembali, moga dia tidak akan lupa lagi walau dia kini bahagia bersama orang lain. Mungkin dia hanya perlu ingat aku sebagai secebis memori.:) 

5 comments

Dia tak mungkin akan lupa 'aku'. Aku yakin itu. =)

mendalam sgt..

mendalam, my peberet lagu nih.

there's plenty of other great fishes in the sea...

moga si dia terus bahagia & sis jgk jmpa seseorg yg bakal mbahagiakan sis :)in shaa Allah :) jmput follow kmbali,ye :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...