Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 4 November 2012

Selautan Cinta Yang Pergi #1

Penulis: Bonda Ryan

Sesejuk angin pagi..dingin lagi jiwanya. Terasa dinginnya mencengkam hingga ke tulang hitam yang dalam. Apa yang perlu dikeluh-kesah kan lagi? Apa lagi? Segala-galanya telah terbongkar..antara nyata atau tidak sahaja. Menangislah sehingga keluar air mata darah sekali pun..meratap lah hingga runtuh langit sekali pun, Ayah tetap sudah berumahtangga baru. Kosong..Sungguh! terasa kosong jiwanya saat ini. Tetapi Liza percaya..percaya sepenuh hatinya, tiada ujian tanpa ketabahan. Tiada dugaan tanpa ketenangan. Allah s.w.t itu Maha Memberi malah Maha Mengasihi. Redhakan setiap perbuatan ayah..telan jauh-jauh rasa terkilan itu.

Belum pun 40 hari ibu meninggalkan Liza, masih merah tanah di pusaranya dengan tangisan kerinduan. Masih basah di jiwa Liza tiap palitan kenangan. Segala-galanya masih baru. Namun hasrat ayah untuk berumahtangga bukan lah menjadi kudis di hatinya. Liza faham..cukup mengerti. Tanpa seorang isteri di sisi, ayah tidak mampu untuk berdiri. Manakan tidak..sepanjang hayat ibu, ibu abdikan hanya buat ayah. Segala-galanya tersedia di hadapan mata..lengkap. Hinggakan pakaian dalam pun, ayah tidak perlu mencari sendiri. Semuanya teratur kemas di atas katil. Betapa ibu Liza mengasihi ayah sepenuh jiwanya. Tetapi yang menjadi luka di hati Liza apabila perkahwinan itu dilakukan secara diam-diam tanpa pengetahuan Liza dan adik-beradik nya yang lain. Liza terkilan..rasa terkilan itu menjadi sarat bila mana ianya tanpa penjelasan dari si empunya diri.

Segala-galanya berpuing-puing di fikiran Liza. Segala-galanya tampak kelam. Bagaimana hati rapuhnya mampu menangani persoalan dan kalutan jiwa ini..bagaimana?. Bertanya penuh hikmah? Masih adakah kejujuran pada ayah?. Tambahan pula majlis pertunangan adik Liza hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Sumpah!! Memegang amanah untuk menjaga ayah yang pandai bertukar watak dan adik yang sedang lemah jiwanya akibat kehilangan ibu bukan mudah. Hanya Liza yang memahami..hanya Liza yang mengharungi. 

bersambung...

3 comments

ala dah bersambung ke . :(

Anonymous
13:59

sambungannye bile?

sambungan nya masih dalam kira2...hihi, insyaAllah masa terdekat nih..teruskan lah membaca yer ^_^ have fun!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...