Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 11 November 2012

Ice Skater & The Translator #1

Penulis: Amienieya Yusof
Blog: http://mim-hasniyah.blogspot.com

Cinta itu misteri, datang dan mekar tanpa kita sedari…

Melompat, berpusing dan mendarat secara akrobatik sebelum kembali meluncur. Wafiq bertepuk tangan. “You are great!” Anak kecil itu ketawa riang. “Okay, end!” Wafiq melaung pada anak-anak buahnya di situ. Masing-masing bergerak keluar. Wafiq nampak dia, gadis itu yang selalu dilihatnya setiap hujung minggu. Gadis yang sama, duduk di tempat yang sama dan pada masa yang sama hampir setiap minggu. Cuma kali ini, dia kelihatan berbeza. Adakah dia… menangis?
Wafiq berjalan ke lokarnya, menanggalkan kasut dan menggantikannya dengan sandal. Dompetnya dikeluarkan dan dia berjalan menghampiri gadis itu. Gadis misteri itu. Dilihatnya gadis itu sedang mengelap matanya dengan tisu. Mata dan hidungnya merah, namun langsung tidak dipedulikan. Dia hanya terus menangis. Wafiq berjalan melepasi gadis itu menuju ke kaunter makanan.
“Fiq.” Tegur pelayan di kaunter.
“Akak, saya nak satu ais krim perisa coklat dan satu ais krim strawberi.” Wafiq membuat pesanan.
“Amboi, sampai dua.” Usik pelayan wanita di kaunter.
“Dan, bagi saya tisu ekstra juga.” Wafiq tersenyum tanpa membalas usikan pelayan wanita itu.
******************************************************************************
Matanya memandang jauh ke hadapan. Melihat aksi kanak-kanak di situ meluncur. Dia masih setia di ditu, saban minggu, duduk di tempat yang sama. Dia sukakan kedamaian itu. Melihat kanak-kanak comel itu beraksi dan ketawa, dia rasa tenang.
Tapi, hari ini, selepas kejadian yang agak memalukan itu, dia sudah rasa putus asa. Jadi, dia datang ke sini terus selepas selesai segalanya. Namun, air matanya menitis juga. Walaupun berkali-kali ketuanya menuturkan, “Tak apa, Adelia. It’s not entirely your fault.” Siap menepuk-nepuk bahunya lagi, tetapi dia tetap rasa bersalah.
Kerana, salahnya yang bekerja di hujung waktu deadline. Sibuk menguruskan hal yang kurang penting, sibuk mengambil cuti panjang.
Dia akhirnya hanya duduk di kerusi itu, kononnya cuba menghentikan air matanya yang mengalir laju, namun, sepeket tisunya habis juga. Mata dan hidungnya sudah merah, namun air matanya masih belum berhenti. Akhirnya dia membiarkan sahaja, tidak ada sesiapa pun yang melihat atau akan mempedulikannya bukan? Kecuali kalau…
Chocolate ice-cream?” sapa satu suara.
Adelia lambat-lambat menoleh. “Chocolate can make you better you know?” Pemilik suara itu tersenyum.
Adelia mencapai ais-krim itu. Rezeki jangan ditolak sangat sesuai diaplikasikan dalam keadaan sebegini. “Can I sit here?” soalnya lagi. Adelia cuma mengangguk dan kembali memandang ke hadapan sebelum spontan menoleh dan bangkit.
Tissue?” Suara itu tersenyum lucu.
Adelia mengerut dahinya. “Awak ni siapa?” soalnya. “Who are you?
“Saya faham bahasa Melayu, tak perlu ulang dalam bahasa Inggeris.” Lelaki itu masih tersenyum dan masih menghulurkan tisu kepadanya. “Muka awak…” Adelia segera mencapai tisu itu. Ais krim di tangannya diserahkan semula pada Wafiq.
Selesai memastikan wajahnya kembali normal(lah sangat), Adelia memandang wajah lelaki di sebelahnya itu. “Awak ni siapa? Bukan awak coach ice skater ke? Macam mana awak boleh keluar dari ice rink tu pulak?” soal Adelia.
“Nama saya Wafiq. Wafiq Emir. Ya, saya memang coach untuk skater kat dalam tu, tapi saya bukan watak dalam komik yang tak boleh keluar. Saya manusia. Ni, ambillah ais krim ni. Saya tak letak racun ke apa. Kalau awak takut, awak boleh bagi pada adik tu.” Wafiq menunjuk pada seorang kanak-kanak perempuan yang sedang duduk bersama ibunya.
Adelia masih lagi memandang lelaki di hadapannya itu. “Kenapa awak bagi ais krim ni pada saya?” soal Adelia.
“Sebab saya selalu nampak awak kat sini. Tapi hari ni awak nampak… lain. So, saya ingat saya nak belanja awak makan ais krim hari ni. Anyway, siapa nama awak?” soal Wafiq ramah.
“Kenapa saya kena jawab soalan tu?” Adelia bertanya lurus.
“Okay, awak tak payah jawab.” Wafiq ketawa kecil.
Suasana sunyi seketika sebelum dia tiba-tiba bersuara. “Adelia.”
“Nama awak Adelia?” soal Wafiq semula.
“Takkan saya nak sebut nama adik saya pulak, mestilah nama saya.” Sarkastik Adelia menjawab. Lelaki itu hanya tersenyum lucu.
So, awak nak tak ais krim ni? Kalau tak nak saya boleh beri pada adik tu.” Wafiq masih menghulurkan ais krim itu pada Adelia.
“Terima kasih.” Adelia akhirnya mencapai ais krim yang dihulurkan kepadanya itu.
“Saya dah habis kerja. Ingat nak pergi dinner. Nak join?” soal Wafiq. Entah mengapa, dia terlebih ramah mengajak gadis misterinya itu keluar bersama petang ini.
“Tak apa, saya dah kenyang.” Adelia menjawab.
“Jangan kenyang makan hati sudah.” Wafiq tersenyum nakal sebelum berlalu pergi. Adelia memandang dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Dia selalu nampak aku? Mestilah, aku bukannya Miss Invisible kot-kot boleh hilang dari pandangan. But he DID recognize me. Dan dia nampak aku menangis? Oh my goodness! That is embarrassing!
Telefon bimbit miliknya berbunyi kuat mengejutkannya dari angan-angannya sendiri. “Apa?” soalnya acuh tak acuh.
“Assalamualaikum. Kau tak reti bagi salam ke?” Kedengaran ketawa besar di sebalik talian.
“Waalaikumussalam.” Adelia tidak membalas usikan sahabatnya itu.
“Aku dah sampai ni. Apa mimpi kau tiba-tiba ajak aku dinner kat luar? Kat Bukit Jambul pulak tu? Kau ni dah buang tebiat ke?” Seperti biasa soalan bertubi-tubi menyerangnya seperti machine gun.
“Nadia!” Adelia menjerit namun dikawal suaranya sambil dia melangkah keluar dari tempat dia duduk sejak sejam yang lalu.
“Okay, aku tunggu kau dekat Thai Express. Kalau kau tak sampai dalam masa tujuh minit setengah, aku order dulu. Aku dah kebulur tahap ni.” Nadia mematikan talian. Adelia menggeleng sendiri. Nadia, sahabat karibnya sejak sekolah menengah sehinggalah masing-masing sudah bekerja. Nama sebenarnya Naurah Aqilah. Dia sendiri confuse macam mana boleh tukar jadi Nadia entah?
******************************************************************************
“So kau memang dah tak jumpa ‘dia’ lepas tu?” soal Nadia sambil berdiri di sebelah Adelia yang sedang sibuk menulis sesuatu pada kertas yang dipegangnya.
“Aku dah jumpa dia minggu lepas.” Adelia menjawab pendek.
“Hari apa?” soal Nadia pelik.
“Lah, kan ke kau ada sekali time meeting tu?” Adelia menjawab.
“Adelia Nadhira sahabatku, kau cakap fasal siapa ni?” soal Nadia geram.
“Fasal Encik Hilman.” Adelia menjawab tanpa memandang wajah sahabatnya itu.
“Mangkuk! Aku cakap fasal ‘spouse’ kaulah. That Wafiq-the-ice-skater-coach?” Nadia mengetuk kepala gadis itu dengan pasport di tangannya.
“Aku busylah, cik Nadia oi! Sibuk menyiapkan cabutan bertuah ni apa segala. Cari penajalah apalah.” Adelia mengetap bibirnya seketika. “Tapi, aku memang rasa macam tak nak pergi dah tempat tu.”
“Kenapa?”
“Aku akan rasa awkward.”
“Sebab ada some weird guy nampak ke-invisible-an kau kat situ?”
Kinda.” Dan jawapannya mengundang tawa besar Nadia. Siap mengalir air mata lagi. Dramatik sungguh sahabatnya yang seorang ini.
“Nadia, kau ni suka gelak ekstrem macam tu. Sikit-sikit sudahlah.” Adelia memuncungkan mulutnya.
“Okay, aku berhenti.” Nadia menghabiskan saki-baki tawanya. “So…” Nadia menarik nafas menghentikan tawanya dan mengelap tubir matanya yang berair. “Ni kira kau sengaja menyibukkan dirilah ni?”
“Banyak cekadak. Aku memang busy okay. Tak ada kerjanya aku nak sengaja pergi menyibukkan diri. Baik aku pergi bersuka ria ke, bercuti ke. Adalah jugak faedahnya. Dah, jom ikut aku pergi check in beg.” Adelia mengalih pada Hidayah yang duduk di sisinya. “Kak Ida, dah boleh buat announcement. Dah time pergi check in luggage ni. Kak Zita cakap semua peserta dah cukup.”
Selepas pengumuman dibuat, Adelia mendahului para peserta ke kaunter pemeriksaan bagasi. “Lia, akak dengan Kak Zita nak pergi uruskan untuk check-in. Lia boleh uruskan dekat sini, kan?” Adelia segera mengangguk dan tersenyum pada Hidayah. Hidayah terus berlalu bersama Rozita.
“Okay, kau tolong aku angkat beg ni. Kaulah ni. Kita nak pergi dua minggu je tau. Bukannya nak pergi dua tahun. Kau ni macam nak pindah je. Beg kau je dah dua, sumbat lagi dalam beg aku.” Adelia mula membebel pada Nadia.
Adelia terasa beg Nadia yang berat itu diangkat ke atas tempat check in itu. Kuat betul si Nadia ni? Dia baru sahaja mengangkat wajah ingin membebel lagi namun mulutnya ternganga terus memandang wajah lelaki yang sedang tersenyum di hadapannya itu.
“Adelia, kau dah angkat beg aku?” Soalan Nadia itu membuatkannya kembali ke alam nyata. Dia menoleh pada Nadia yang sudah buat muka ala-ala wartawan Melodi itu.
“Hai, awak siapa? Korang kenal ke?” Nadia sudah membuat kerja temuramahnya.
“Mungkin.” Lelaki itu masih tersenyum sebelum melangkah.
Thanks!” Sempat Adelia melaung sebelum Nadia menemuramahnya pula.
Okay, tell me who is that guy?” soal Nadia. Terus serang seperti yang selalu dilakukannya.
“Hmmm…” Adelia berjalan menuju ke kaunter check in di mana semua peserta sedang menunggu.
“Kau jangan nak hmmm, hmmm. Aku call Nafiz, padan muka kau.” Nadia sudah keluar aura ugutannya.
“Banyak duit kau nak buat panggilan antarabangsa?” Adelia mencebik.
“Aku buat miss call sudah, dalam masa dua saat setengah, confirm dia call aku balik.” Nadia ketawa kecil.
“Untunglah kahwin dengan orang kaya.” Adelia membalas.
“Belum kahwin lagi.” Nadia pantas memotong.
“Okay, aku tukar statement. Untunglah, tunang dengan orang kaya.” Adelia encebik.
“Okay, cepat cakap siapa lelaki tadi tu?” Nadia bertanya lagi.
“Dia.” Senang Adelia menjawab.
Nadia mengerut dahi seketika sebelum menjerit, “Oh my god! The ice skater coach?
“Nadia, ice skater coach mana pulak yang kamu kenal ni?” soal Hidayah pada Nadia yang sudah menekup mulutnya dengan tapak tangan.
“Kau ni pun, nak buat announcement satu airport ni ke?” Adelia mencubit lengan sahabatnya itu.
“Kau tak cakap pun dengan aku muka dia macam orang putih campur orang arab campur orang cina. He’s great, man!” Nadia berbisik. Tak adalah berbisik sangat kerana suara Nadia memang macam ada mikrofon.
Not important.” Adelia menjawab pendek.
“Oho, aku rasa lepas balik dari Jepun ni, mesti kau akan tarik balik kata-kata tu.” Nadia menygenyit mata nakal.
“Nadia, kau ni suka cakap yang bukan-bukan.” Adelia segera menyanggah. Mulut Nadia selalu masin.
“Okay, aku diam.” Tetapi Nadia tetap tersenyum nakal. Siapa mengangkat-angkat kening lagi. Adelia akhirnya hanya mengeluh berat. Ikut suka kaulah, Nadia.
******************************************************************************
“Berapa lama dia pergi kali ni?” soal Adelia sambil mereka berjalan di hadapan deretan kedai di situ.
“Sebulan. Last conference. Lepas ni, dia dah kerja pejabat. Mungkin outstation lagi sekali-sekali, tapi aku boleh ikut sekali. Dan less than a week.” Nadia memberitahu.
“Seronoknya.” Adelia menepuk tangan sendiri.
“Yang kau ni bila pulak, Lia? Kita ni dah masuk late twenties, tau. Takkan kau nak grad PhD and still single?” soal Nadia.
“Amboi, mentang-mentanglah dia jadi suri rumah tangga sepenuh masa.” Adelia mencebik.
“Aku kerja okay. Aku akan tetap jadi editor.” Nadia pantas menyanggah.
“Eh, aku teringin nak makan udonlah. Jom beli tepung dia, nak?” soal Adelia.
“Lia, kau jangan nak ubah topik. Nafiz bagi tiket cabutan bertuah ni untuk aku dan aku paksa kau datang sebab aku nak buat heart to heart talking dengan kau. Aku tahu kau suka pergi Jepun. And kau tak pernah tolak kalau kena pergi Jepun, kan? So, tak cukup tenang lagi ke untuk cakap fasal ni?” soal Nadia.
Okay, give me 5 minutes. Aku pergi toilet. Tolong jaga beg aku.” Adelia menyerahkan begnya pada Nadia sebelum menghilang. Nadia hanya menggeleng. Suka lari dari masalah.
“Saudari.” Nadia kaku seketika. Mamat Melayu skema mana pulak sesat kat sini? Dia menoleh dan spontan tersenyum. “Hai. Wafiq, kan?” Dia terus menyoal. Wafiq mengerutkan dahinya. Seketika kemudian dia tersenyum.
“Awak kawan Adelia?” soal Wafiq.
“Nadia.”
“Awak menang cabutan bertuah tu jugak?”
“Tak, tunang saya. Dia ada conference dekat Poland. So, saya attend sebagai wakil dia. Awak?”
“Saya dapat extra free ticket untuk join.”
Telefon Nadia berdering dan Nadia segera mengangkat tangan sebelum menjawab. “Assalamualaikum, tunggu kejap eh.” Nadia menoleh semula pada Wafiq di hadapannya.
I’ve a call. Boleh awak tolong bagi beg ni pada kawan saya tu tak? She’ll be here in a minute.” Nadia meminta.
Sure.” Wafiq segera mencapai beg Adelia dari Nadia sebelum gadis itu berlalu pergi.
Adelia melangkah keluar dan mencari-cari Nadia namun sahabatnya itu tak kelihatan. “Awak.” Satu suara menegurnya. Dia menoleh ke kanan, melihat satu susuk tubuh yang tinngi beberapa sentimeter daripadanya itu.
“Wafiq.” Dia membalas.
She got a call. Nah, beg awak.” Wafiq menghulurkan beg sandang Adelia. Pantas dicapainya. Adelia mengeluarkan telefon bimbitnya yang terasa bergetar di dalam poket.

From : Nadia
Tolong jangan tinggalkan dia. Aku tinggal kau dengan dia, takpe. Dan jangan tumbuk aku bila kita balik hotel nanti. :P

Adelia mengetap bibirnya. Dia melepas nafas seketika sebelum kembali tersenyum dan memandang semula wajah lelaki di hadapannya itu. “So, awak dari mana?” soalnya.
“Jalan.”
“Seorang?”
“Tadi dengan Affendi and the gang. Lepas tu diorang pergi masuk kedai souvenir, saya pergi tengok teh, tu yang terpisah ni. Janji nak jumpa kat sini balik ramai-ramai.”
Adelia memandang jam di tangannya. 10 minit sebelum perjumpaan semula. Mungkin tak patut jalan-jalan lagi. “Jom kita tunggu kat sana?” Adelia sudah berlalu.
So, awak menang cabutan bertuah jugak?” Wafiq cuba memancing bicara gadis ‘misteri’nya itu.
“Tak, saya tak menang cabutan bertuah. Saya in-charge cabutan bertuah tu.”
“Oh? So, you are a staff? Tak nampak awak macam tourist guide pun?”
“Saya bukan tourist guide. Saya translator. Tapi, saya suka travel. Saya kerja balik tabir je. Ada extra ticket dan saya pun apply. So, here I am.”
“Awak translator?”
Yes.
For people?
For books to be exact. Tapi, syarikat saya ada perkhidmatan travel and tours sekali. So, a translator is equal tu a tourist guide.” Adelia memberitahu. “And you? I thought you are an ice-skater coach for children?” Setahunya, syarikat penaja mereka hanya memberi cabutan bertuah pada sepuluh orang pekerja dan sepuluh orang pekerja asal syarikat penerbitan tempat dia bekerja.
Part-time. Saya mekanik untuk komputer.”
Computer Programmer?
Nope. Software Engineer.
“Oh.” Suasana sepi semula.
“Macam mana orang macam awak, I mean an engineer boleh jadi ice-skater coach pulak?” soal Adelia ingin tahu.
“Kenapa?”
“Saja tanya. Awak pernah jadi ice skater ke?”
I was.
Was?
“Kecil-kecil dulu, saya belajar ice skating. Lepas tu coach saya suruh masuk pertandingan. Lepas menang dua kali, saya accident. Tulang saya retak. Lepas tu, saya dah tak skate lagi. Tapi, rasa sayanglah pulak nak tinggal. So, saya apply untuk jadi coach. For children.” Wafiq bercerita.
Oh. I thought you were a foreigner professional ice skater.” Adelia memberitahu.
Wafiq memandang dengan pandangan bertanya. “You know, awak cakap English all the time, awak ajar anak-anak murid awak buat aksi yang sangat marvelous…” Adelia terasa ingin menampar mulutnya sendiri manakala Wafiq menyembunyikan senyumannya.
I know my English sounds weird. My grandfather is a Scottish so that’s explained why.” Adelia mendiamkan diri selepas itu. Dan tidak lagi berkata apa-apa. Kerana mungkin mulunya akan membuka banyak lagi ‘rahsia’ yang tidak sepatutnya diketahui oleh lelaki itu.

bersambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...