Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Saturday 13 October 2012

Reviu: Perempuan Nan Bercinta

Reviu Oleh: Qalam Setia


Supramazhab. Sebenarnya inilah tema Perempuan Nan Bercinta, bahkan adalah juga mazhab rasmi Faisal Tehrani. Agaknyalah.

Novel berat ini sebenarnya merupakan satu bukti bahawa Faisal Tehrani ialah rausyanfikir sejati. Beliau bukan hanya mengutarakan isu, malah turut menawarkan penyelesaiannya. Beliau adalah seorang daripada dua; sama ada Mahdi yang menuangkan ubat (namun dianggap racun oleh sebahagian manusia) ataupun Dajjal yang mencampakkan racun (tetapi dilihat sebagai ubat bagi sebahagian manusia).

Hujah-hujah yang diucapkan oleh watak-watak dalam novel ini seperti Ali Taqi, Siti Fatimah, Hashemi dan Bastian @ Abbas tidak lain adalah hujah Faisal Tehrani sendiri. Tentu beliau juga belajar daripada orang lain tetapi penegasannya di sini ialah Faisal Tehrani sememangnya seorang rausyanfikir. Kerja sepuluh yang diajarkan oleh Ali Taqi tentu sahaja dilaksanakan oleh Faisal Tehrani. Masakan beliau hanya tahu menyuruh tetapi diri sendiri tiada berbuat?

Sebahagian daripada kita mungkin digambarkan sebagai Tengku Idora yang feminis, sekular, liberal dan membenci Ali Taqi ataupun dalam dunia sebenar (tidak syak lagi) ialah Faisal Tehrani sendiri. Mungkin juga kita ini Briana yang sepemikiran dengan Tengku Idora tetapi tidak mengakui kewujudan tuhan (ateis) namun akhirnya jinak kepada Islam setelah berjumpa sendiri dengan Ali Taqi.

Bagaimana dengan Hashemi? Beliau yang terpengaruh dengan doktrin wahabi akhirnya menjadi lunak kepada para pencinta ahlul bait. Beliau bukan Syiah tetapi menjadi tasyayyu' hasan, juga selepas bertemu sendiri dengan Ali Taqi dan menjadi muridnya. Agaknya dalam dunia sebenar berapa ramaikah sarjana sehebat Tengku Idora, Briana dan Hashemi yang berguru dengan Faisal Tehrani?

Quran, sunah dan ahlul bait. Inilah penawar yang dijual oleh sang rusyanfikir ini. Resipi penawar ini dibukukan dan dijual dengan harga RM35.00 sahaja, dibayar sekali seumur hidup. Belilah kalau anda belum memilikinya. Buku ini pasti berguna suatu masa nanti, kalaupun bukan sekarang. 

1 comment

Wow! Bukankah karya ini kini didebatkan kerana cuba menyampai syiah melalui karyanya?

Saya tidak arif tentang hal ini cuma hanya terbata-bata.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...