Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Friday 19 October 2012

kalau bukan kerana khalil gibran







Gadis itu menggeleng kepala lalu memalingkan mukanya ke arah lain. Mungkin kerana meluat melihat perangai macho tak bertempat Zacky, menjadikan gadis itu hilang selera untuk terus berada di perhentian bas itu.

Zacky masih tidak berputus asa. Ada seri di wajah gadis itu yang membuatkan dia senang untuk menatap wajah itu lama-lama. Wajahnya, pemakaiannya, sombongnya, ehh, boleh kira ke tu? Tak kiralah, yang penting, gadis itu benar-benar membuatkan dia tertarik.tetapi..

“Tak payah nak pandang lama-lama lah Z. sampai kiamat pun kau tak akan dapat…” meluncur saja kata-kata yang termuntah dari mulut Arif, sahabat yang sudah lama dikenalinya. Tidak pula dia menyangka yang Arif memerhatikan tingkah lakunya sejak tadi. Bukan niatnya mahu menjadi stalker tak bertauliah di pagi-pagi buta itu. tetapi, hormon lelakinya memanggil-manggil untuk dia terus memerhati gadis berhijab cantik di tepinya.

Kalau dilihat dari atas hinggalah ke bawah. Perefect gila…memang layak kalau hendak di buat bini. Tapi melihatkan keadaan sendiri, layak ke aku berbinikan gadis seperti dia.

“Sedar pun, makan pakai pun tak terurus, ada hati nak jadikan awek sempurna macam tu jadi bini. Sedar-sedarlah sikit wahai sahabat,” Arif masih merendah-rendahkan keinginannya. Cilakak punya member, ada ke patut dia perkecil-kecilkan aku. Patutnya, berilah semangat ke apa, barulah rasa diri ini berguna sikit. Tapi apa nak buat, kalau dikira dari peratus percakapan yang dilontarkan oleh arif kepadanya itu, 
kebanyakkannya adalah benar, 20% mungkin, tidak...50% agaknya..humm, tak baik menipu, berdosa..ialah, ialah...80% sebenarnya. Dia memang dalam kategori lelaki tak berguna.

Tak berguna yang dia maksudkan bukanlah meliputi sahsiah diri ataupun pelajarannya..no..no..no. Zacky ada bacelor dalam pelajaran ye kawan-kawan. Yang dia tak ada cumalah keterampilan, dan keterampilan...mengapa dia menyebutnya dua kali. Ya, beginilah ceritanya bermula.

Memang semenjak azali barangkali, Zacky sudah mula meminati skateboard. Memandangkan itu adalah hadiah pertama yang diterimanya setelah khatan semasa darjah enam (hadiah sebab tak lari bila mahu dikhatankan) menjadikan dia bercita-cita untuk menjadi skateboarding yang profesional. Fuhhh, tinggi betul cita-cita dia. Sampaikan mama dan papanya juga mula berasa risau dengan segala kemungkinan itu. manakan tidak, mama dan papanya masing-masing merupakan pakar dalam bidang masing-masing. Mama merupakan pakar dalam bidang perniagaan impot ekspot, manakala papa pula merupakan pakar bedah jantung yang terkenal. Jadi masakan mereka mahu melihat anak lelaki satu-satunya itu menjadi pakar skateboard pula. Haruslah tidak.

Jadi, semenjak muda lagi dia sudah di kawal apa saja aktiviti yang dilakukannya. Sehinggakan kadangkala dia tidak berasa bebas. Mengambil bacelor in study juga bukanlah merupakan cita-citanya. Tetapi memandangkan dia merupakan anak yang baik dan soleh (soleh ke?), dituruti saja kemahuan mama dan papanya dengan syarat, selepas habis saja semua kuliah dan semester. Dia boleh melakukan apa saja yang dikendakinya, dan kini, dia seperti manusia tanpa ilmu, tanpa masa depan, bergumpalan dengan budak-budak punk dan skate semata mahu melepaskan giannya menjadi budak-budak nakal semenjak di bangku sekolah lagi.

Namun, kenakalan yang diwujudkan dalam dirinya itu tidak lama usianya. Semuanya bermula dengan hari itu. hari bila dia terpandang akan gadis berhijab hitam itu. dia terpesona. Hormon nak berbini sudah mula membuak-buak.

“Aleh, tak rugi kalau nak cuba Z, gi lah Z...” Syam beri semangat yang biasa-biasa kita dengar. Berdehem saja Arif bila mendengar kata-kata Syam. Mereka mula menjeling sesama sendiri, takkala itu, Syam tersengih kambing.

Sambil membetulkan seluar yang menggelebeh, Zacky berjalan mendapatkan gadis tadi. Agak jauh juga dia mengambil tempat untuk duduk bersebelahan. Kepala yang tidak gatal digaru berkali-kali. Gadis tadi langsung tidak memandang. Buku di tangan saja yang ditatap dari tadi. Hal itu membuatkan hati dia bertambah gusar.

“Nampak macam suka betul dengan Khalil?” soal Zacky tiba-tiba. Tersentak gadis itu mendengar nama Khalil yang disebutkan si dia. Cepat-cepat dia mengalihkan tubuhnya memandang ke arah lain. Tidak tahu tindakan apa yang harus dilakukan selanjutnya. Begitu jugalah dengan Zacky. Dia mula jadi serba tak kena. “Awek ni marah kat aku ke?” soal hatinya.

“Saya pun suka Khalil Gibran juga, author favourite tu...” Zacky masih tidak putus asa. Nasibnya memang cukup baik hari itu kerana dia ternampak naskah yang dibaca oleh gadis itu. kalau tidak, dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara. Dia putus akal.

“Saya kenal awak ke?” tiba-tiba si gadis bersuara. Mungkin kerana malas melihat kerenah miang keladi Zacky, dia cuba untuk berbica secara terbuka.  Bukan sikapnya begitu, tetapi hari ini dia sedia memberi peluang. Mungkin niat Zacky baik, mungkin...fikirnya. jadi, tidak salah baginya untuk menjawab sepatah dua kata dari setiap satu soalan yang diberi oleh pemuda itu. mungkin lagi...

“Tak...tapi mungkin lepas ni kita akan kenal rapat...” seperti coklat cadbury, cair di mulut. Begitu jugalah ayat-ayat pemanis yang terhambur keluar dari mulut Zacky. Teman-teman yang berada di hujung perhentian bas sudah mahu muntah hijau, mujurlah Zacky sempat menunjuk segenggam penumbuk dari alik belakang. Jadi mereka masing-masing menahan tawa. Tidak tahan bilamana melihat Zacky menggumam ayat berbunga-bunga. Sedih bagi seorang lelaki. Manupalasi otak mereka.

“Saya tak mungkin akan mahu berkenalan dengan awak. Minta maaf.” Lagak sombong gadis itu ternyata menggugat kejantanan Zacky. Zacky masih memikirkan ayat. Mungkin yang simple, mungkin yang boleh membuka hati gadis itu untuk terus berbual dengannya, tapi apa? Congak otaknya.

“Jika hendak memahami seseorang,wanita, perhatikanlah mulutnya saat ia tersenyum,tetapi jika untuk memahami seorang lelaki, perhatikan warna putih matanya selagi merah”

Gadis itu menoleh. Anak matanya kecil besar melihat wajah Zacky yang tersenyum.

“CINTA yang AGUNG ???? Adalah ketika kamu menitiskan, air mata dan masih peduli terhadapnya .. Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu masih menunggunya dengan setia. Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu masih bisa tersenyum sembil berkata " Aku turut berbahagia untukmu ".”

“Apa yang awak tahu tentang Khalil Gibran?” gadis itu menyoal.

Ketika itulah, dunia Zacky menjadi berbunga-bunga. Peluangnya terbuka luas. Gadis itu kini terasa dekat padanya, walaupun pada dasarnya mereka duduk berjauhan.

Seperti mana kau, begitu jugalah aku. Tak sia-sia aku mencintai buku. “kan sudah saya katakan tadi, saya juga suka Khalil Gibran,”

Gadis itu tersenyum persis bidadari.

***
Zacky, Arif, Syam, Yap, Badrul dan beberapa skateborder lain duduk melepak di depan Sogo. Mereka berbual-bual sambil tertawa. Apa yang diketawakan oleh mereka itu hanya mereka saja yang tahu. Sedang asyik bergurau sesama sendiri. Muncul seorang gadis berjubah biru laut, berhijab labuh mendatangi mereka. Masing-masing memandang bila gadis itu berhenti di depan mereka sambil tersenyum mengucap salam. Ada mata yang terbuntang melihat keayuan gadis itu, ada juga yang mengurut-urut janggut tanda suka. Tapi tidak Arif dan Syam yang hanya tersengih.

“Dia dah mai dahh..” perli Syam bulat-bulat. Mana yang tidak mengerti hanya memandang sesama sendiri . Zacky dengan langkah yang laju mendapatkan Iryana Nafisha, tangan lembut itu digenggam erat. Ada senyum yang dihadiahkan, Zacky berasa sangat bahagia.

“Siapa tu?” tanya si polan tidak puas hati

“Bini dia...”selamba saja Arif mengatur ayat.

“Biar betul!!!” si polan lain pula terjerit kuat. “mamat skateboard camtu dapat ustazah, camtu aku pun nak!” semua mengangguk setuju.

Zacky dan Iryana Nafisha berjalan seiring sambil membiarkan teman-temannya kagum sendiri.  Takkala itu semua mata yang berada di kawasan itu juga  terlopong memandang. Gadis berjubah labuh, dengan lelaki kaki skateboard berseluar gelebeh..apa mungkinkah???

tamat...

(ps: serius, aku tak tahu apa yg aku corekan kat ats, lebih2 lagi pasal skateboard tuh, ntah betoi ntah tidak...kuikui)

6 comments

haha terbaikla

suke sngt sbb mudahnye dapat cinta y diidamkan kalau tu jodohnye

hahhaha...ni namanya jodoh dibuat2 nih, hahhha. tp mmg syok if betul kan..lallalla :)

akak yang buat ke ?? pergh ! best !!

thanks Nelly...:)

wak dh lama x baca novel gini.. ihikkK

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...