Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 7 October 2012

Bodyguard #2

Episod 1


Hari pertama Iman melangkah ke rumah besar itu, segala-galanya terasa seperti dia berada di dalam cerita dongeng. Bezanya, dia tidak berkahwin dengan putera, tetapi berkahwin dengan raja yang memerintah.
“Ini bilik Iman. Sebelah ni bilik Pak Uda dan sebelah lagi bilik Luqman.” Mak Limah memberitahu. Oh, jadi Luqman Hafiy tinggal di sini juga?
“Iman boleh turun makan tengah hari lepas ni. Pak Uda dan Luqman pun makan tengah hari di rumah.” Mak Limah memberitahu sebelum berlalu. Selepas menukar pakaian kepada yang lebih selesa, Iman mencapai tudungnya dan melangkah turun ke ruang makan. Tok Uda dan Luqman sudah duduk dan bersedia untuk menjamu selera.
“Atuk, esok dah mula puasa.” Luqman bersuara.
“Aah, Iman. Iman nak balik puasa dengan ayah dan adik-adik?” soal Tok Uda.
“Boleh?” soalan itu dijawab dengan soalan.
“Mestilah boleh.” Luqman sudah terlebih dahulu menjawab. Iman mengerut dahi. Pandai-pandai aja lelaki ni.
“Luqman, lepas Asar nanti hantar Iman balik rumah dia.” Tok Uda memberi arahan.
“Tak apa, saya… err… Iman boleh balik sendiri.” Iman menjawab.
“Lah, tak payah susah-susah. Abang Luqman kamu ni boleh hantarkan.” Tok Uda membalas.
“Tak apalah, Iman tak mahu susahkan sesiapa.” Iman masih berdegil.
“Tak susah pun.” Luqman membalas.
“Tapi saya rasa susah, Luqman.” Iman bertegas.
“Iman, tak baik cakap macam tu dengan Luqman. Kenapa panggil dia Luqman? Dia tua enam tahun dari kamu. Panggil dia abang.” Tok Uda menegur.
Iman hanya diam tanpa menjawab. “Luqman, nanti lepas hantar Iman ambilkan jubah atuk dekat kedai. Lepas sahur lusa atuk nak pergi dah. Iman nak ikut sekali?” soal Tok Uda pada Iman.
“Pergi mana?” soal Iman ingin tahu.
“Atuk akan pergi pondok setiap kali Ramadhan. Selalunya dua minggu.” Luqman juga yang terlebih dahulu bersuara.
Iman hanya mengangguk. Takkan dia tak mahu hantar suami sendiri pulak, kan? Tapi, kenapa nak pergi pondok? Aku nak duduk rumah besar ni dengan siapa? Luqman? Ei, seram!
Iman segera menghabiskan makanan dan menuju ke dapur. Setelah Iman berlalu pergi, Luqman bersuara, “Atuk, kenapa atuk pilih dia?” soal Luqman.
“Kenapa? Luqman tak suka?” soal Tok Uda kembali.
“Bukan Luqman tak suka. Tapi, dia tu muda lagilah atuk. Luqman tak rasa dia dah bersedia dengan semua ni.” Luqman memberitahu.
“Dia akan bersedia bila tiba masanya Luqman. Luqman janganlah risau. Atuk tahu apa yang atuk buat. Insya-ALLAH.” Tok Uda menyambung suapannya.
******************************************************************************
Rutin harian Iman sepanjang ketiadaan Tok Uda ialah, pergi kelas seawal jam 8 pagi dan pulang selepas jam 5 petang. Selalunya, Luqman akan terus membawanya pulang ke rumahnya dan berbuka puasa di sana. Bersembahyang tarawih di masjid sebelum pulang ke rumah Tok Uda.
Adik-adiknya kelihatan sangat gembira dan ayahnya juga sudah berhenti mengambil upah memotong rumput. Cuma kadang-kadang menolong jiran-jiran melakukan tugas tersebut. Ayahnya masih kekal bekerja sebagai juru elektrik cuma tidak perlu mencari pekerjaan lain kerana kesemua adiknya kini dibiayai sepenuhnya oleh syarikat Tok Uda. Dapatlah ayahnya menarik sedikit nafas lega.
“Luq… Abang Luqman.” Selalu sahaja mulutnya ini tersasul.
“Kenapa Iman?” soal Luqman.
“Ermm, errr… hari ni dah cukup dua minggu, kan?” Iman tidak tahu bagaimana dia mahu memanggil Tok Uda. Abang? Atuknya? Haha, dia ketawa sendiri di dalam hati.
“Ya. Tapi, lepas tarawih nanti baru abang nak jemput atuk. Iman tak payah ikutlah. Nanti Iman penat pulak. Esok Iman ada kelas pagi, kan?”
Iman hanya mengangguk. “Okay, dah sampai. Belajar elok-elok.” Iman mengangguk sebelum berlalu keluar. Tina sudah melambai padanya.
Sebaik sahaja kereta Luqman berlalu, Tina terus memandangnya. “Itu ke bodyguard kau? Handsome gila!”
“Hah.Ha. Lawaknya kau.” Iman menjulingkan matanya ke atas.
Handsome gila okay. Single ke? Aku ngorat boleh?” Tine bertanya.
“Kau jangan nak mengada.” Iman menyiku lengan sahabatnya itu.
So, how’s life? Bila husband kau balik? Hari ni dah cukup dua minggu kan?” soal Tina.
“Malam ni. Abang Luqman ambil dia.” Iman memberitahu.
“Kau raya mana tahun ni?” soal Tina menukar topik.
“Raya rumah akulah.”
“Eh, laki kau macam mana?” soal Tina.
“Entah. Tunggu anak-anak dia baliklah kot.” Iman menjawab malas.
“Berapa orang anak tiri kau ada?” soal Tina dengan senyuman nakal.
“Entah. Aku tak ambil tahu pun.”
“Iman, janganlah macam ni. Dia tu suami kau tahu tak?”
“Dahlah, Tina. Aku ikut je flow. Apa nak jadi, jadilah. Entah anak-anak dia tahu tak yang bapak diorang tu dah kahwin anak dara umur dua puluh dua tahun macam aku ni?” Iman membalas.
“Iman…”
“Tina, aku tak nak cakap fasal ni, boleh?”
“Okay, aku tak tanya dah.” Tina akhirnya mendiamkan diri. Iman mengeluh sendiri. Mungkin dia boleh soal siasat Luqman malam nanti.
******************************************************************************
“Abang.” Iman bersuara ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum Luqman keluar mengambil Tok Uda.
“Ya?”
“Tok Uda ada berapa orang anak?” soal Iman.
“Dua orang.” Perkara yang Iman suka tentang Luqman. Dia hanya menjawab apa yang ditanya. Tapi, perara yang Iman agak tidak suka. Dia akan menjawab setiap soalan walaupun tidak ditujukan kepadanya.
“Oh. Cucu?”
“Lapan.” Luqman menjawab sepatah.
“Semua balik raya ke?” soal Iman semula.
“Selalunya, abang je yang raya dengan atuk.” Luqman menjawab setelah agak lama mendiamkan diri.
Iman mengetap bibir.Luqman cucu Tok Uda? Bermakna dia cucu aku jugak? Hadoi… Namun, soalannya diteruskan. “Family abang?”
Parents abang dah meninggal.”
“Adik-beradik?”
“Abang anak tunggal.”
Kelainan dalam nada suara Luqman mematikan keinginan Iman untuk bertanya lebih lanjut. Luqman memberhentikan keretanya di garaj.
Iman melangkah keluar. “Iman?”
“Ya?”
Thanks for asking.” Iman mengerut dahi seketika. Kemudian dia melangkah masuk dengan beribu soalan. Kenapa ‘thanks for asking’?
******************************************************************************
“Kak Long, dah siap ke belum ketupatnya?” soal Najihah.
“Sabar boleh tak? Mulut banyak. Menolongnya tidak.” Iman membebel.
“Ala, Kak Long ni. Angah buat checklist lah. Lusa dah nak fly dah. Lagipun, kan che abang tu dah tolong tadi. Takkan tak cukup kot?” Najihah ketawa sambil duduk di sebelah kakanya itu.
Iman hanya membuat muka menyampah. Luqman tu satu hal jugak. Macam mana dia boleh ada kat sini? Kata beraya rumah Tok Uda.
“Kak Long.” Najihah memandang kakaknya yang sedang mengelamun itu.
“Apa?” soal Iman.
“Che abang tu tidur bilik Angah eh. Malam ni dengan malam esok, Kak Long kena tidur dengan Angah.” Najihah bersuara.
“Manja. Tapi, siapa cakap dia tidur sini?” soal Iman pelik.
“Lah, mestilah dia tidur sini. Dah malam ni, esok ajelah lepas ziarah kubur ibu, ayah cakap kita semua pergi rumah Tok Uda.” Najihah memberitahu.
Iman hanya mengangguk.
******************************************************************************
“Macam mana raya?” soal Tina sambil mereka berjalan ke cafeteria.
“Macam tulah. Sembahyang raya, ziarah kubur ibu, ziarah kubur arwah isteri laki aku, ziarah kubur mak dengan ayah Abang Luqman. Pergi beraya rumah saudara.”
“Okay. Stop kat situ. Ziarah kubur mak dengan ayah abang Lqman? Abang Luqman bodyguard kau tu? Apa kena-mengena kau dengan dia?” soal Tina.
“Dia tu cucu Tok Uda.”
“So, kira cucu kaulah jugak. So, berapa ramai anak tiri kau?” Tina bertanya nakal.
“Abang Luqman cakap dua orang. Seorang tu mestilah ayah atau mak Abang Luqman, kan? Yang seorang tu, tak datang pun. Dia marah kot ayah dia kahwin muda.” Selamba sahaja Iman membuat spekulasi.
“Pandai je kau ni.” Tina mengerut dahi.
“Okay, mungkin dia balik kot raya ketiga tu. Sebab raya ketiga tu, kami pergi beraya rumah adik-beradik arwah ibu aku, dia tak ikut. Tak larat katanya. Abang Luqman dengan Nazim yang drive.”
“Hmmm… Interesting cerita kau ni.”
“Tina.”
“Ya?”
“Aku ada benda nak tanya kau.”
“Apa?”
“Haritu kan, waktu aku tanya fasal anak dengan cucu Tok Uda, Abang Luqman cakap selalunya dia je yang beraya dengan Tok Uda. So, aku tanyalah fasal family dia semua. Lepas tu, dia cakap, ‘Thanks for asking’. Apa maksudnya tu?”
“Maksudnya, dia ucap terima kasih sebab kau caring fasal dia kot.”
“Tapi, kenapa?” soal Iman.
“Manalah aku tahu. Aku bukan ahli nujum boleh baca kepala orang. Ataupun…” Tina membuat muka nakal.
“Apa? Kau jangan buat muka idea tak logik kau tu.” Iman sudah mengerut dahi.
“Dia suka dekat nenek tiri dia ni.” Tina ketawa.
“Banyaklah kau.”
“Adik aku pun pelik sekarang.”
“Pelik apa pulak?”
“Haritu, aku dengar dia sembang-sembang, lepas tu sebut Abang Long. Lepas tu, aku tanyalah siapa suruh panggil Abang Long? Dia cakap, ayah. Tapi, depan ayah, dia panggil Tok Uda jugak. Aku pelik betul.”
Tina yang sedang mengeluarkan barang-barang dari kotak penselnya menoleh dan mengerut dahi seketika. “Mungkin kau tersalah dengar. Mungkin kau mimpi. Atau mungkin kau sebenarnya berangan je time tu?”
“Tapi, adik aku?”
“Mungkin dia termasuk dalam mimpi kau. Mimpi kan fasal orang yang kita kenal selalunya.” Tina membuat kesimpulan.
“Tapi, aku tak rasa aku mimpi pun.”
“Dahlah, aku rasa kau ni fikir banyak sangat kau tahu tak?” Tina menoleh memandang wajah sahabatnya itu.
Maybe.” Iman akhirnya mengalah. Tidak mahu berfikir lagi.
******************************************************************************
Iman memandang telefon bimbitnya berulang kali. Dia memandang keluar tingkap. Hujan masih belum berhenti. Mahu sahaja dia menumpang di bilik Tina tetapi rakannya itu ke kenduri ibu saudaranya di Taiping. Ayah dan ibunya sudah menjemputnya selepas solat Jumaa tadi. Mesej yang dihantar Luqman dibacanya sekali lagi.

From : Abg Luqman
Abg balik tgh malam. Balik naik bas eh. Sorry. L

Iman mengeluh seketika dan kemudian telefon bimbitnya menunjukkan tanda kehabisan bateri. Baru dia teringat yang dia terlupa mengecas telefon bimbitnya. Sudah jatuh ditimpa tanggalah pula.
Jam menunujukkan pukul 6.30 petang, jadi Iman mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Walaupun kemungkinannya untuk demam apabila terkena hujan adalah sangat tinggi, dia perlu meredah juga. Hari ini hari Jumaat, jadi tidak ramai rakannya yang berada di asrama. Takkanlah dia nak menumpang di bilik sesiapa yang dia tidak kenal. Lagipun, kalau dia demam, Sabtu dan Ahad kan cuti?
Iman berlari anak menuju ke stesen bas. Nasibnya baik kerana tidak sampai 5 minit, bas pun tiba. Setelah 20 minit di dalam bas, dia perlu menukar bas namun dia memilih untuk menaiki teksi pulang ke rumah kerana dia belum solat Maghrib lagi.
Setibanya di rumah, Mak Limah menantinya dengan wajah yang risau. “Mak Limah belum balik lagi?” soal Iman.
“Mak Limah tunggu Iman. Dah banyak kali Luqman telefon tanya Iman dah balik ke belum. Kenapa Iman tak angkat telefon?” soal Mak Limah.
“Telefon Iman habis bateri. Mak Limah, Iman naik dulu. Iman nak solat Maghrib. Ah, kalau Abang Luqman telefon, cakap Iman dah balik ye Mak Limah.” Iman bersuara sebelum berlalu.
Iman masuk ke dalam biliknya dan membersihkan diri sebelum solat Maghrib. Selesai Maghrib, Iman turun ke bawah. “Iman, mari makan.” Ajak Mak Limah. Iman duduk di meja makan.
“Mak Limah tak makan sekali?” ajak Iman.
“Mak Limah dah makan dengan Pak Uda tadi.” Mak Limah memberitahu. “Ni, lepas makan, makan ubat. Iman kena hujan kan tadi? Mak Limah balik dulu ya. Hujan pun dah berhenti ni.”
“Terima kasih, Mak Limah.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Usai makan, Iman memandang ubat yang diletakkan Mak Limah di atas meja. Dia mengambilnya dan disimpan ke dalam laci ubat semula. Iman Nazihah dengan ubat adalah musuh tradisi. Iman naik ke atas dan solat Isyak.
Seketika kemudian, Iman berbaring di atas katilnya. Dia cuba melelapkan mata namun seketika kemudian, tekaknya terasa loya. Iman menuju ke tandas dan memuntahkan isi perutnya. Keadaan berterusan hingga ke Subuh membuatkan Iman terbaring lemah di atas katil. Dia menggagahkan dirinya bangkit untuk Solat Subuh sebelum kembali berbaring di atas katil.

bersambung...

4 comments

menarik

takkanla tok uda suaminye kan

harap2 tekaanku benar belaka heee

salam.
Terima kasih sudi singgah..
Best juga bce ttg cucu tok uda

kalau buat novel , mesti dpt sambutan ^^

Salam,
Minggu depan boleh baca bahagian akhir. :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...