Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 16 September 2012

Kunci Hati Dia #3

Episod 1 | Episod 2

Maisarah berlari masuk ke dalam kamarnya. Bunyi pintu dihempas membuatkan Ayu dan Ilyani yang sedang khusyuk menyiapkan kerja masing-masing segera menoleh ke pintu.
“Sarah, dah jumpa ke kau punya…” Kata-kata Emilia mati melihat Maisarah sudah meniarapkan tubuhnya di atas katil. Dia bangkit dan duduk di sisi gadis itu. “Sarah, kau kenapa?” soalnya.
“Kenapa? Gaduh dengan siapa yang hempas-hempas pintu tu?” soal Ilyani pada Emilia.
Emilia sekadar mengangkat bahu. “Sarah, jangan macam ni. Cuba kau cakap kat kitorang. Pendam sendiri macam ni, sakit kau tau tak?” Ayu cuba memujuk.
Maisarah mengangkat kepalanya dari bantal. Air mata yang mengalir dikesat. “Kenapa, hmm?” soal Emilia. Terus Maisarah memeluk Emilia dan menangis di bahu gadis itu. Ayu dan Ilyani menggosok belakang tubuh gadis itu.
“Kau gaduh dengan Nawfal?” soal Emilia. Hanya Nawfal sahaja yang suka mencari fasal dengan gadis itu.
“Atau ada orang marah kau lagi sebab kau sorang je perempuan dalam group tutor-tutee Nawfal?” soal Ilyani pula. Tragedi yang berlaku tempoh hari. Tetapi, dia tidak pula menangis sebegini rupa.
“Kenapa ni, Sarah?” soal Emilia lagi. Maisarah yang dikenalinya tidak mudah menunjukkan kesakitannya di hadapan orang lain. Boleh dikatakan, inilah pertama kali gadis itu menangis teruk dalam lima tahun mereka bersahabat.
“Korang jangan tanya apa-apa boleh? Aku nak nangis je. Dan jangan sebut nama dia lagi depan aku.” Maisarah bersuara dalam tangis.
“Dia siapa? Nawfal?” soal Emilia. Maisarah tidak menjawab. Dia hanya terus menangis. Emilia mengerut dahi. Apa yang dilakukan oleh Nawfal sehingga Maisarah menangis begini?
******************************************************************************
“Sara…” Nawfal cuba menegur. Masuk hari ini, sudah hampir dua minggu gadis bernama Arshiya Maisarah itu tidak bercakap dengannya. Selalunya ada sahaja bebelan Maisarah memecah gegendang telinganya.
“Sarah lah! S-A-R-A-H. Berapa kali aku nak cakap bagi kau faham ni?” Dingin suara itu bagai menampar kuat pipinya.
“Aku ada buat salah dengan kau ke?” soal Nawfal.
Maisarah tidak menjawab. Buku latihannya dikeluarkan dan diletak di atas meja sebelum dia mencapai beg galasnya dan berlalu keluar. Borhan yang duduk bersebelahan meja Nawfal menoleh pada sahabatnya yang sudah berkerut dahi itu. Bergaduh ke?
Maisarah masuk ke dalam bilik buletin dan berteleku di situ. Sudah hampir dua minggu perkara ‘itu’ berlaku. Namun kenapa sakit hatinya masih belum surut? Bunyi pintu ditolak dari luar membuatkan Maisarah spontan menoleh. Aku tak kunci pintu ke?
“Sara, buku kau.” Nawfal meletakkan buku latihan milik gadis itu di atas meja.
“Macam mana kau masuk?” soal Maisarah.
“Aku minta kunci dari Idham.” Nawfal memberitahu. Maisarah hanya mengangguk sambil menyibukkan dirinya menyusun majalah buletin di dalam rak.
“Sara, kau marah aku ke?” soal Nawfal. Maisarah menggeleng.
“Aku ada buat salah dengan kau ke?” Geleng lagi.
“Aku ada buat kau marah ke?” Geleng juga.
“Habis tu kenapa kau tak nak cakap dengan aku?” soal Nawfal.
“Aku banyak kerja.” Maisarah menjawab datar.
“Kau tak suka aku?” soal Nawfal.
Maisarah menarik nafas dalam-dalam. Dia menoleh pada Nawfal yang berdiri agak jauh di belakangnya. “Ya, memang aku tak suka kau! Aku tak suka kau rapat dengan aku! Semua orang cakap, aku sengaja nak menggedik dengan kau! Aku tak suka benda macam tu! Aku nak hidup aku aman macam dulu.” Lantang dia bersuara menahan sebak di dada.
“Sara, aku…”
“Dan berhenti panggil aku dengan nama tu! Aku benci! And one more thing. Jangan cari aku lagi kalau kau tak ada apa-apa hal.” Maisarah mencapai beg dan bukunya dari atas meja dan berlalu keluar menuju ke asrama.
Maisarah menolak pintu kamarnya dan membuka lampu meja. Emilia, Ayu dan Ilyani belum pulang. Pasti masih sibuk dengan study group mereka dengan kumpulan masing-masing. Dia duduk berteleku di situ. Air mata yang cuba ditahannya sedari tadi mengalir juga. I hate this feeling! Kenapalah aku terlibat dengan puppy love dan cinta monyet yang menyakitkan hati ni?
Lambat-lambat dia mencapai buku latihan Biologi yang diserahkan oleh Nawfal sebentar tadi. dia membaca nota kaki yang tertulis di bawahnya.

Sara,
Full mark! Great! Aku bagi sebuluh bintang tambah satu. I bet you’ll be a great pharmacist.

Ingatannya terus berlalu ke hari itu.

“Aku nak jadi pharmacist. Ayah dengan ibu aku pun setuju. Tapi, subjek Bio ni buat aku takut. Orang cakap, bio kena dapat A kalau nak jadi pharmacist.” Maisarah bersuara sambil menyelak buku rujukan Biologinya.
“Aku yakin kau boleh. Kau pandai. Kalau kau rajin sikit, kau mesti boleh tackle subjek Bio ni. Markah kau pun dah naik, kan?” Private tutor yang begitu sabar melayannya saban hari. Private tutor = Nawfal Danish.
“Betul ke?” Bercahaya matanya dipuji oleh tutornya itu.
“Cikgu Zaid pun setuju. Kau belajar rajin-rajin, nanti, kita boleh kerja sekali. Aku jadi BioChemist, kau jadi Pharmacist. Okay tak?” Nawfal beria-ia memberi semangat.
“Set!”

Maisarah menarik laci mejanya dan mengeluarkan telefon bimbit miliknya. Dia menekan butang speed dial dan menanti panggilan berjawab.
“Assalamualaikum.” Suara itu membuatkan air matanya mengalir semula.
“Waalaikumussalam ayah.” Ditahannya suara yang terasa serak.
“Ni kenapa Angah telefon ayah malam-malam weekdays ni? Tak ada study group ke malam ni?” soal ayahnya.
“Ayah…”
Yes, my dear?
“Angah tak mau jadi pharmacist lagi dah.”
“Hah?”
******************************************************************************
“Sarah, kau ni kenapa? Kau rindu dekat bilik buletin? Ke kau rindu nak tengok performance drama club?” soal Emilia pada Maisarah yang sedang duduk menopang dagu di atas katil.
“Taklah, aku tak sabar nak habis sekolah.” Maisarah menjawab.
“Sabarlah. Last paper Chemistry minggu depan. Lepas tu habis. Aku jamin kau bakal rindu zaman sekolah. Belum habis lagi pun, aku dah rindu.” Emilia berbaring di atas katilnya.
“Aku tak rasa aku bakal rindu zaman sekolah.” Lambat-lambat Maisarah menuturkan.
“Kau ni memang tak ada perasaan.” Emilia mencebik. Maisarah hanya tersenyum tawar. Riang ria zaman sekolahnya sudah mati kerana hal ‘itu’. Salah siapa sebenarnya? Salah dia sebenarnya. Salah dia yang mencuri dengar. Dan salah hatinya yang berbekas dengan perkara itu walaupun cuba dilupakannya. Maisarah mengeluh lagi.
******************************************************************************
“Kau kat mana tu Sarah?” soal Emilia.
“Jusco. Saja jalan-jalan tengok movie.” Maisarah membetulkan letak telefon bimbitnya di telinga.
“Dengan siapa?”
“Sorang je. Abang aku keluar pergi seminar. Dia takut aku meroyan kat rumah sorang-sorang, dia hantar aku pergi shopping dekat Jusco.” Maisarah ketawa kecil.
“Lah, kenapa tak ajak aku?” soal Emilia.
“Aku ajak nanti, kau bising. Tak dapat cutilah, apalah. Kau dah dapat lesen?” soal Maisarah.
“Aku taulah kau dah dapat. Eh, okaylah. Rehat aku dah habis ni. Raya nanti jangan lupa datang rumah aku. Assalamualaikum.” Talian dimatikan selepas salam dijawab. Tengok? Busy betul mak cik Emil ni.
Maisarah menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam beg. Secara tidak sengaja, tubuhnya terlanggar sesorang. “Sorry, saya tak sengaja.” Pantas dia meminta maaf.
It’s okay.” Gadis itu tersenyum dan mereka berpandangan.
“Sarah!”
“Kak Mira!”
“Sarah buat apa kat sini?” soal Amira.
Window shopping. Kak Mira?”
“Tengok movie dengan lunch sekali. Eh, dah lunch? Jomlah join akak.” Ajak Amira ramah.
“Eh, tak apa ke?” soal Maisarah.
“Tak pe, jomlah.” Ajak Amira lagi. Maisarah menurut. Mereka beriringan ke kedai makan Assam Pedas.
“Along, tengok siapa join kita ni.” Amira bersuara sambil melangkah masuk ke dalam kedai itu diikuti Maisarah.
“Lah, ada orang lain ke? Seganlah, kak.” Maisarah mencuit lengan Amira.
“Nak segan apa? Duduk jom.” Amira menarik tangan Maisarah duduk di sisinya.
“Apa?” Satu suara menegur dari belakang. Mereka sama-sama menoleh.
“Jumpa Sarah tadi. Ajak dia join sekali.” Amira menjawab.
“Okay.” Pemilik suara itu tersenyum. Maisarah terkejut namun riak wajahnya segera dikawal. “Papa telefon tadi.”
“Abang Long cakap apa?” soal Amira.
“Dia datang ambil pukul 4. Dia takut orang culik adik kesayangan dia. Menyampah. Anak dia ni dia tak risau pulak.”
“Awak tu lelaki okay. Jangan nak mengada.” Amira mencebik. “Eh, Sarah nak makan apa?” soalnya pada Maisarah.
“Nasi goreng Thai.” Jawab Maisarah perlahan.
“Minum?”
“Limau ais.”
“Along, pergi order jap. Thanks.” Amira sudah menghalau ‘teman’nya itu pergi.
“Kak Mira, Along tu siapa?” soal Maisarah menunjuk pada lelaki yang menemani Amira.
“Nawfal tak pernah cakap apa ke dengan Sarah?” soal Amira.
“Cakap apa?” soal Maisarah.
“Lah, lembab rupanya anak sedara aku ni.” Amira merungut sendiri. “Sarah, Nawfal tu anak saudara akak. Dia anak abang sulung akak. Sebab mama dengan papa dia selalu outstation ke luar negara, dia tinggal dengan mak dengan abah akak.” Amira menceritakan semula.
“Oh…” Maisarah terkejut mendengar cerita itu.
“Akak saja je tak bagi dia panggil akak Mak Usu dekat sekolah. Segan. Sorry, Sarah. Jangan salah faham, okay?” Amira tersenyum. Maisarah menggeleng sendiri. Aku salah fahamlah selama ni?
“Dia tak pernah langsung cakap apa-apa ke pada Sarah? Beria-ia dia cakap dengan akak dia nak cakap lepas habis paper Chem hari tu.” Amira bertanya semula.
“Cakap apa?” soal Maisarah.
“Dia suka Sarah.” Amira berterus-terang.
“Dia suka saya?” soal Maisarah semula. Kaget seketika.
“Sarah, Nawfal dah lama suka Sarah. Dari form three lagi. Takkan Sarah tak perasan langsung kot?” soal Amira.
Maisarah segera menggeleng. “So, Sarah dah tahu.” Amira ketawa sebelum merapatkan wajahnya ke telinga Maisarah. “Tapi, jangan cakap dengan Nawfal akak beritahu tau.” Amira berbisik. Maisarah mengangguk.
“Bisik-bisik.” Nawfal menegur sambil meletakkan dulang yang dibawanya di hadapan Maisarah.
“Sara, kau…” Nawfal tidak menyambung kata-katanya. Bibirnya diketap. Sedar dia sudah terbiasa dengan panggilan ‘Sara’, dan bukan ‘Sarah’.
“Tak apa, kau boleh panggil aku Sara.” Maisarah menjawab sambil mencapai sudu dan garfu dari dalam dulang. Wajah Nawfal langsung tidak dipandang. Dia malu sendiri denhgan dirinya yang suka sangat memndam rasa. Ambik kau, curi dengar lagi, kan dah tersakit hati dan termalu sendiri? Amira hanya tersenyum.
******************************************************************************
“Angah, buat apa tu?” soal Hakim.
“Isi borang biasiswalah.” Maisarah masih sibuk menaip di komputer ribanya.
Oh yeah! What’s your first choice?” soal Hakim.
Pharmacist.” Maisarah tersenyum.
“Demam puppy love dah sembuhlah ni?” soal Hakim sambil ketawa kecil.
“Tak semestinya semua puppy love tu akan jadi kenyataan, Along. Dan Angah tak adalah bodoh sangat nak sia-siakan cita-cita Angah sebab puppy love tu.” Maisarah selamba menjawab.
“Iye?” Hakim tersenyum sinis dan berlalu keluar.
Maisarah mengetap bibir. Iya ke Sarah? Bukan nak jadi pharmacist sebab dah tahu rahsia besar ke? Pantas Maisarah menggelengkan kepalanya. Biarlah cerita itu tersimpan kemas di dalam hatinya sebagai memori cinta monyetnya di bangku sekolah.
Maisarah mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej sebelum dia tersenyum sendiri.


To : Emil
Aku rindu zaman sekolah, Emil!

To : Sarah
Kau ni betullah ada masalah jiwa. Kau kena cerita A sampai Z bila kita jumpa nanti!

To : Emil
Beres!

Tamat.

4 comments

sweet je cite bebudak

laa nawfal tu x gentleman la..minang la terus kikiki

wuhuuuuuuuuuuu, kiuttt sehh~~

surh dak ni nulis panjang sket, musti dy bakal byk peminat..hehe

Tamat jua akhirnya cerita ni. ;-)

Hehe, kalau ikut versi novel diorg kawen. Versi cerpen dipendekkan.

Masih dlm proses pembelajaran... Insya Allah. ;-)

Olololooooooooooo haiiiiiii shomeeeyyyy Kekekekeke

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...