Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 2 September 2012

Kunci Hati Dia #1

Penulis: Amienieya Yusof
Blog: -


The one who holds the key without realizing…

            “Sarah! Kau lari laju-laju nak kejar siapa?” soal Ilyani sambil mengejar langkah sahabatnya yang semakin laju itu. Hish, budak ni!
“Kejar masa. Cepatlah. Kau ni apasal lambat sangat?” Maisarah melaung pada Ilyani di belakangnya.
“Masalahlah kau ni. Nak terberak baru nak korek lubang, macam nilah jadinya.” Ilyani merungut lagi.
“Kau ingat aku kucing ke main korek-korek lubang? Aku pergi toiletlah.” Maisarah membalas.
“Dah tu, yang kau melibatkan aku sekali ni apahal?” soal Ilyani lagi.
“Liya, takkan kau nak biar aku buat kerja berdua je dengan si Nawfal tu? Tak maulah aku. Kau kena teman aku, alright? Kalau kau boring sangat, kau main je game kat komputer tu. Main facebook ke, update twitter ke, tengok youtube ke. Apa-apa jelah. Aku janji aku akan siapkan teks dia cepat-cepat, lepas tu kita balik, okay?” Maisarah berjanji.
“Yelah, kau ni selalu buat aku cair dengan muka puss in the boots kau tu.” Ilyani mengalah. “Anyway, teks apa yang kau nak tolong dia buat tu?” soal Ilyani.
“Dia kan antara calon Headboy semester depan. Aku tolong jelah.” Maisarah menjawab sambil berjalan beriringan dengan Ilyani.
“Oh, dia nak buat teks untuk kempen nanti ke? Kau ni, memang kalau orang nak menang cari kau je kan? Pandai kau melobi orang. Kenapa kau je tak jadi Headgirl?” Ilyani bertanya.
“Sebab aku tak layak. Emilia jadi Headgirl tu tak cukup okay lagi, ke?” Maisarah bertanya.
“Memanglah. Emilia memang terlebih-lebih layak pun.” Ilyani menjawab.
“Aku tak naklah jadi Headgirl sebab aku kempen je, tapi tak bertanggungjawab. Aku memang kurang sikit bab-bab ni. Lagipun, I’m helping the one yang paling layak. Yang aku undi. Kira main kotor jugaklah. Tapi, aku sure Emilia dengan Nawfal confirm menang. Sebab tu, aku okay je tolong buatkan teks pun.” Maisarah menerangkan.
“Yelah sangat. Kau memang sangat baik hati, Sarah.” Ilyani menolak pintu makmal komputer tersebut. “Good luck.” Ilyani menepuk bahu sahabatnya itu sebelum berlalu ke salah satu PC kegemarannya setap kali dia ke makmal komputer ini.
“Kau nak aku tulis apa?” soal Maisarah sambil mengeluarkan pensel dan buku notanya.
“Amboi, tak menyempat.” Nawfal sengaja mengusik rakan sekelasnya itu.
“Aku ada latihan drama petang ni, encik Nawfal. Baju aku belum iron lagi. Homework aku yang bertimbun tu tak siap lagi. Kalau kau nak tolong siapkan tak apalah jugak.” Maisarah bersuara separuh merungut.
“Woah, rilekslah Sara. Kau ni cepat sangat sentap.” Nawfal mengeluarkan buku notanya.
“It’s Sarah! Maisarah. Ada H.” Maisarah menekan.
“Ikut suka akulah nak panggil apa, mulut aku.” Nawfal embuat muka.
“Mulut kau, tapi nama tu nama aku. Buat, buat. Aku tak nak tolong padan muka kau.” Maisarah mengugut.
“Yelah. Nah, kau nak cepat sangat, kan? Aku dah buat senarai benda apa nak tulis. Kau boleh buat dan hantar kat aku sebelum Isnin, boleh?” Nawfal menyerahkan buku notanya.
“Ini je kau nak aku tulis?” soal Maisarah dengan muka berkerut.
“Weh, aku habiskan seminggu tau untuk benda tu!” Nawfal mengetap bibir geram.
Sorry. Kau tunggu kejap tau.” Maisarah mengalih pandang ke arah skrin komputer. Penselnya berlari laju menulis sesuatu sementara menunggu komputer di hadapannya itu terpasang. Nawfal duduk di meja hadapan sambil menggendang meja.
Seketika kemudian, Maisarah memulakan kerjanya. Laju sahaja jemarinya berlari di atas papan kekunci sebelum tangannya bermain dengan tetikus.
“Oh mak kau!” Nawfal termelatah mendengar bunyi printer di sisinya.
“Itulah, berangan.” Maisarah menutup buku notanya dan bangkit.
“Kau print benda apa ni? Nak buat apa?” soal Nawfal sambil mencapai kertas yang baru sahaja keluar dari printer di sisinya itu.
“Teks kaulah. Dah siap. Aku balik dulu. Jom, Liya.” Ilyani tersenyum pada Nawfal sebelum mengatur langkah mengekori sahabatnya itu keluar dari makmal komputer tersebut.
Nawfal memandang jam di tangannya dan jam yang terletak di dinding makmal komputer tersebut. 15 minit, keluar dua muka surat full macam ni? Budak ni biar betul!
******************************************************************************
“Bangunlah Liya!” Maisarah masih menggoncang bahu Ilyani yang masih lena di atas katil di petaknya itu.
“Awal lagi. Kejap lagi aku bangun, okay?” Ilyani memusing badannya ke kiri.
“Liya, dah pukul 6 ni. Tak baik tidur senja-senja, nanti kena sampuk.” Maisarah sudah mula membebel. Dia berlalu ke petaknya.
“Liya, baik kau bangun. Sarah tu bukannya kau tak tahu. Macam mak nenek. Boleh pekak telinga aku nanti.” Giliran Ayu yang berkongsi petak dengan Ilyani itu pula berbisik perlahan mengejutkan Ilyani.
“Sarah, kau ada kerja tak malam ni?” soal Emilia.
“Aku lepak bilik buletinlah. Macam biasa. Kenapa? Kau ada dating dengan siapa pulak kali ni?” soal Maisarah dengan senyuman nakal. Sudah faham dengan Emilia yang sememangnya ramai peminat itu.
“Entah, ada senior nak jumpa aku. Kali ni perempuan. Scary. Kau temanlah aku.” Emilia memberitahu.
“Senior perempuan pulak? Sejak bila sekolah kita ni ada suku sakat perempuan suka perempuan?” Ayu menjengul dari petaknya.
“Ish, mulut kau tu cuba letak minyak brek sikit, Ayu. Main aci sondol aje.” Emilia segera membantah.
“Tak apa, aku pakai tali pinggang keselamatan. Kalau sondol pun, aku selamat lagi.” Ayu membalas.
“Bukan, senior ni budak yang orang kata admire si Nawfal tu. Dia macam nak bagi amaran aku jangan rapat-rapat sangatlah dengan ‘boyfriend junior’ dia tu. Ei, menyampah.” Emilia mencebik.
“Kau belum confirm jadi Headgirl lagi pun. Anyway, kalau menyampah, kau tak payahlah pergi jumpa dia. Apa susahnya?” Maisarah memandang sahabatnya itu.
“Dia dah jumpa semua calon Headgirl kalau kau nak tau. Aku dengar semuanya dia dah basuh kaw-kaw.” Emilia menjawab.
“Okey, aku temankan kau dengan syarat…” Maisarah sudah mengangkat sebelah kening memandang sahabatnya itu.
“Air kotak Dutch Lady Nescafe? On.” Laju Emilia menjawab.
******************************************************************************
“Tapi…” Nawfal memandang wajah gadis yang tua setahun daripadanya itu.
“Nawfal tu diam sudah. Kenapa? Nawfal dah tak percaya Mira ke?” soal Amira pada Nawfal di hadapannya itu.
“Bukan Nawfal tak percaya Mira, cumanya…”
“Shhh, Emil dah sampai. Nawfal pergi sembunyi kat belakang meja tu.” Kata-kata Nawal segera dipotong oleh Amira.
“Apasal pulak Nawfal kena…”
“Ikut ajelah. Banyak songehlah.” Amira segera mendesak.
Emilia melangkah masuk diikuti Maisarah. “Awak buat apa kat sini?” soal Amira pada Maisarah.
“Saya temankan dia.” Tenang sahaja Maisarah menjawab.
“Saya nak cakap sendiri dengan Emil. Awak boleh tunggu kat luar.” Amira memberi arahan.
“Saya tak akan keluar. Saya akan duduk sini. Akak boleh cakap sendiri dengan Emil.” Maisarah selamba sahaja duduk dan mengeluarkan buku notanya.
“Arshiya Maisarah!” Amira bersuara agak keras.
“Akak, saya cuma duduk aje kat sini. Kalau akak nak humban ke, basuh ke, cuci ke Emil tu, akak buatlah. Saya tak akan ganggu sikit pun. Saya janji.” Maisarah masih menjawab tanpa memandang Ketua Asrama Puteri itu.
“Emil, sini. Akak nak cakap sikit.” Emilia bergerak menghampiri seniornya itu.
“Dekatlah sikit. Ini rahsia. Akak bukannya nak makan Emil pun.” Amira menarik tangan Emilia menghampirinya. Dia berbisik sesuatu ke telinga Emilia membuatkan wajah gadis itu berubah.
“Akak biar betul??” Emilia bersuara tidak percaya. Maisarah segera berpaling.
Amira meletakkan jari telunjuknya ke bibir Emilia. “Shhhh… lepas tu…” Amira berbisik lagi di telinga Emilia.
“Okay. Beres.” Emilia tersenyum kecil.
Seketika kemudian, Emilia mengajak Maisarah keluar dari bilik tersebut. “Apa benda korang bisik-bisik tadi tu?” soal Maisarah ingin tahu.
Curiosity kills the cats.” Selamba sahaja Emilia menjawab.
“Ish, kau ni sama je dengan Liya selalu samakan aku dengan kucing.” Maisarah mencebik.
“Nantilah aku bagitahu. Ini amanah. Rahsia.” Emilia tersenyum lagi sebelum berlalu meninggalkan Maisarah yang masih terkulat-kulat sendiri di hadapan tangga.
******************************************************************************
“Apa benda yang bersepah sangat bilik ni? Mana Ketua Pengarang?” Satu suara melaung dari muka pintu bilik buletin tersebut.
“Kau apahal Nawfal nak jerit-jerit? Tak nampak ke anak-anak buah aku tengah bekerja keras mengemas bilik ni? Kau pakai specs takde power ke?” Maisarah membalas dengan laungan juga.
“Eh, aku tanya Ketua Pengarang! Kau jangan sibuk boleh tak?” Nawfal membalas.
“Maafkan saya, Saudara Nawfal Danish. Semua kelab dan persatuan dah dirombak lepas kau dengan Emil memerintah. Sekarang ni, aku dah jadi Ketua Pengarang. Ada apa-apa masalah?” Maisarah bersuara sambil memegang bulu ayam yang digunakan untuk mengemas habuk di rak sebentar tadi.
“Aku acah je, Sara…” Terhenti seketika kata-kata Nawfal melihat mata Maisarah berbara. “Opss… Sorry, Sarah. Nah, ni Cikgu Zul suruh aku serahkan pada kau untuk buat last check. Jangan marah-marah, nanti cepat tua.” Nawfal segera berlalu.
Maisarah hanya menggeleng sendiri. “Sarah, kau ada apa-apa ke dengan si Nawfal tu? Kau jangan cari fasal. Awek dia senior kau tau?” Atiqah mengusik.
“Tak adanya aku nak ada apa-apa dengan mamat tu.” Maisarah menjulingkan matanya ke atas. Rahsia hatinya disimpan kemas-kemas jauh di sudut hati.

“Kau, Arshiya Maisarah, kan? The one yang menang pertandingan menulis esei Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan tahun lepas.” Perkenalan pertama mereka ketika melangkah masuk ke Bitara High School ini.
“Aku Nawfal. Nawfal Danish. Esei kau memang best.” Nawfal mengangkat kedua-dua ibu jarinya ke udara sebelum menghilangkan diri dari dewan besar itu.

“Eh, kau budak Bitara Girls ke? Kita duduk sebelah menyebelah je selama ni? Kau kenal aku tak?” soal Nawfal.
“Tak, kenapa aku kena kenal kau pulak?” Maisarah menjawab selamba lepas. Sebenarnya, dia kenal dengan Nawfal Danish. Nawfal Danish yang selalu muncul di sekolah mereka kalau ada apa-apa event. Dia adalah pelajar paling popular sekali di Bitara Girls, Bitara Boys dan Bitara High School. Sebut je nama dia, semua orang kenal, pak cik guard, pak cik tukang kebun, mak cik jaga kantin, mak cik cleaner, kerani, abang-abang dengan kakak-kakak dewan makan, pembantu makmal dan lain-lain lagi. dan mengikut fakta, sembilan dari dua belas orang pelajar perempuan akan minat dengan dia sekali pandang je?
Iya ke? Maisarah, jangan cakap orang, awak pun sama tau! Cuma tak ada sesiapa pun tahu.
******************************************************************************
bersambung...

6 comments

lame tak bace cite dak skola

next please

Nostalgia zaman sekolah dulu2. :)

Next part, kena tunggu minggu depan. :)

ni kisah skolah anda ke..?

49.67 percent. :)

sila sambung~

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...