Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Thursday 20 September 2012

Kalau dah jodoh...




“Ish, taknak lah mak. Abang ni bukannya kecik lagi sampai mak nak paksa-paksa gitu,” Mirul tension dengan kata-kata si emak. Setiap hari bila aje berjumpa, mesti tak ada cerita lain, kahwin, kahwin, kahwin. Nak kata dia dah tua, muda lagi kut, baru je 25 tahun. Masih layak lagi nak clubbing dengan member-member walaupun sebenarnya dia bukanlah kaki clubbing. Dia baik okey, anak soleh kut. Cumanya bila dah sampai bab kahwin sebab pilihan keluarga nih, buatkan dia jadi sedikit sensitif. Tak tahulah sebab apa.

“Mak bukan apa, Rul. Mak tengok kau ni macam tak ada perasaan je nak berbini. Sebab tu mak risau, sebab tu mak carikan kau bini,” Mak jelling tajam ke arah Mirul. Pandangan mak buatkan Mirul kurang selesa. Silap-silap Mirul boleh kalah disebabkan pandangan mak. Mirul tekad, dia tak boleh termakan pujukkan Mak kali ini. Dia mesti kuatkan semangat, kuatkan tekad dan kuatkan azam.

“Macam nil lah Mirul, kau pergilah jumpa dulu budak tu. Mak dengar cerita dia tu guru tadika tau. Kan ke elok tu berduet dengan kau, guru sekolah menengah. Tak betul cakap mak ni,” Mak tersenyum panjang.

Mirul buat muka selebet. Apa kena mengena pulak guru tadika dengan guru sekolah menengah boleh jadi sesuai. Tak ada dalam kitab pun tulis macam tu. Jodoh ni kan di tangan Tuhan. Kalau dah tertulis jodoh dia dengan awek pramugari, ha macam mana pulak, takkan Mak nak tolak mentah-mentah. Sebab pilihan dia tuh tak memenuhi citarasa Mak. Kalau macam tu payahlah, alamatnya sampai ke tua lah dia tak kahwin, jadi bujang trang tang tang…

“Ha macam mana, dah habis fikir tak. Kut dah habis fikir, mak nak kasi tahu dekat Mak Jemah nanti,”
“Mak Jemah mana pulak ni mak?” Mirul semakin gatal kepalanya. Bukan gatal disebabkan kelemumur. Tapi gatai disebabkan oleh maknya yang sudah cuba memandai-mandai.

“Mak Jemah, maknya si Nafissa, gadis yang mak nak kenalkan dengan kamu tu lah”

Mirul menggeleng perlahan. Masih tak faham dengan tindakan maknya. Mahu dibangkang rasa bersalah, mahu dijawab, dituduh anak durhaka pula. Dia hanya bersandar ke sofa, mendongak memandang siling yang kosong. Apalah nasib aku…rungutnya sendiri.

***

“Nafissa dah setuju nak jumpa kamu,” Mak kelihatan gembira sekali.

“Ish mak nih. Bila masa pulak abang kata abang nak jumpa dia…karang dibuanya dia tertunggu-tunggu, abang pulak tak datang, kan menaya anak dara orang tu namanya” Mirul mengaduh kesal dengan tindakan maknya.

“hai, bukannya mak nak suruh kau berjumpa berdua je dengan dia. Jumpa ramai-ramailah nak oiii. Jumpa dekat kenduri khatam Quran anak Haji Ehsan petang esok. Jangan kamu tak pergi pulak,”

“Esok abang ada hal lah mak,” Mirul cuba berdalih.

“Hal apanya, esok kan ahad. Kamu jangan nak memandai-mandai pulak nak lari ke pekan. Mak suruh si Din kejar kamu nanti,” Mak mengugut sambil menjeling. Mirul yang duduk mengadap peti televisyen mengeluh panjang. Kertas-kertas periksa yang berselerakan di atas lantai lansung tidak disentuh, moodnya hilang untuk menanda. Semua gara-gara ugutan maknya. Ugutan manja kata orang. Mak oh mak..aishh…

***

Lambat-lambat dia bersiap untuk ke majlis kenduri khatam Quran anak Haji Ehsan. Lepas satu demi satu baju melayu dibelek ke tubuhnya, namun semuanya terasa malap dan tidak sesuai. Mungkin kerana perasaan tidak rela untuk ke majlis itu membuatkan Mirul saja melengah-lengahkan keadaan. Mak yang sudah bersiap setengah jam yang lalu menolak daun pintu perlahan-lahan. Dilihatnya Mirul, anak teruna satu-satunya itu masih lagi mengadap almari yang terkuak pintunya. Sekejap-sekejap Mirul akan membongkok melihat laci, sekejap-sekejap dia akan menyelak satu persatu baju melayu yang tergantung kemas di dalamnya. Mirul pening.

“Cepatlah, sayang. Pilih apa ajelah sampai lambat sangat tu,”

Mirul tersentak dengan teguran maknya. Dia menoleh sambil meraut wajah mencuka.

“Abang tak mahu pergilah,”

“Alah, kita pergi sejap je. Kamu ni pun, dah mengalahkan anak dara pulak perangainya. Itu taknak, ini taknak. Macam mana nak jadi suami orang nanti ni,”Mak memerli.

“Memang taknak jadi pun,” Mirul menghenyak punggungnya di atas katil tanda protes. Setelah dipujuk-pujuk beberapa kali, Mirul akur dengan ajakkan maknya. Dia lantas bersiap seadanya lalu menghidupkan kereta untuk dipandu ke rumah kenduri.

***
“Macam mana, cantik tak budaknya?” Mak menyoal penuh gembira. Mirul yang kusyuk memandu lansung tidak menjawab soalan maknya itu. Mana taknya, dia sendiri tidak tahu yang mana satu perempuan yang dikatakan oleh maknya itu. Ada terlalu ramai anak dara di kenduri itu tadi sampaikan matanya sendiri menjadi penat untuk melihat.

“Ada tak Rul Nampak?”

“Nampak apanya mak, awek yang mana satu pun abang tak tahu,”

“Haah, eh, ye ke. Lah lupa pulak mak nak kasi tahu. Si Nafissa tu pakai baju kurung warna peach tadi, jadi ada kamu ternampak,”

“Peach ye mak, rasanya ada sepuluh orang anak dara yang pakai baju peach tadi mak, termasuklah Mak Leha yang bukan anak dara tu. Mak ni lain kali spesifik la sikit. Tunjuk gambar ke dulu, barulah suruh abang cari,” Mirul sengaja bergurau sambil bibirnya sudah tersengih kambing. Mak pula yang menggaru kepala. Ye tak ye jugak, punyalah puas dia menyuruh anaknya mencari gadis itu, terlupa pula dia yang anaknya itu lansung tidak pernah melihat wajah Nafissa. Inilah kesilapan remeh yang telah dibuat. Dia betul-betul kecewa. Rugi lagi satu hari. Keluhnya sendiri.

***
“Rul, tolong mak pergi ke market sekejap,”

“uish, Mak, market tu…” Mirul tertawa kecil mendengar maknya berbahasa inggeris.

“Ha.. iyerlah market, apa ingat mak tak belajar ke cakap omputih. Mak belajar tau…”

“Wahh, bukan main lagi yer mak cakap omputih. Setahu abanglah, abang tak pernah pulak ajar mak cakap omputih ni, macam mana mak boleh pandai pulak ye,” Mirul cuba berkias-kias. Mak yang tadinya sedang membasuh pinggan di dapur kembali ke ruang tamu sambil membawa sedulang teko berisi kopi. Dulang diletakkan ke atas meja ruang tamu sementara Mirul membersihkan majalah-majalah yang ada di atasnya.

“Ye la, nak tunggu kamu ajar, memang sampai ke sudahlah mak tak merasa nak cakap omputih…asyik sibuk je 24 jam,mengalahkan adun pulak,”

Mirul tergelak besar mendengar rungutan maknya itu. Bukan dia saja-saja tidak mahu membantu maknya yang beriya-iya mahu belajar bahasa asing. Tapi memang benar, dia sangat sibuk dengan aktiviti-aktiviti di sekolah sehinggakan dia tiada masa untuk berbual lama dengan maknya. Itulah yang menjadi punca maknya beriya-iya mahu mencarikan jodoh buat dirinya. Mahu teman katanya. Tapi haruskah mencari teman yang bergelar menantu? Itu saja yang menjadi persoalan hingga ke hari ini.

“siapa yang baik hati sangat mengajar mak cakap orang putih ni mak. wahhh, ni mesti si Aini anak Pak Akob kan, nak kerepek pisang free dari mak la tu. tu yang dia sanggup ajar tu,”Mirul masih terkekeh ketawa.

“ish, ada ke kerepek pisang free. Kamu tu jangan suka sangat buruk sangka dengan kebaikan orang nih Rul, berdosa kamu tahu,”

“Dah tu, siapakah orangnya wahai ibuku yang cantik lagi manis…” Mirul menyoal lagi sambil pipi tua wanita itu dicubit manja, itu membuatkan si emak tergelak kecil.

“Nafissa lah,”

Nafissa! Mirul hairan. Naffisa, awek yang mak aku nak jodohkan dengan aku tu ke?? Dia menyoal di dalam hati.

“Bila pulak Nafissa tu datang sini? Tak Nampak pun,” Mirul buat-buat menjengah ke seluruh rumah. Mak yang faham benar dengan sikap dan gurauan anaknya itu mula mencubit pangkal peha pemuda itu. Mirul terjerit kecil.

“Time kamu tak ada dekat rumahlah dia datang. Time kamu ada, dia seganlah nak datang. Lagipun mak memang tak mahu dia datang time kamu ada,”

“Aik, kenapa pulak?” Mirul pelik dengan kenyataan maknya. “ Ni mesti awek nama nafissa tu tak cantik orangnya, gelap, kulit menggerutu,gigi jongang, sebab tu mak tak mahu tunjuk dekat abang. Sampai hati tau mak nak jodohkan abang dengan perempuan jongang,” Mirul bergurau lagi. Kali ini Mak menarik cuping telinga milik Mirul sampai terangkat punggungnya. Berderai gelak tawa dua beranak itu bila saling mengena. Mirul memohon ampun beribu kali takkala maknya masih lagi menarik cuping telinganya.

“Gurau je lah mak, adoi, sakit telinga capang, abang…” Mirul mengurut-urut telinga dan bibirnya yang masih berbaki dengan gelak dan tawa.

“Mak pun ada taste tau, ingat suka-suka je nak jodohkan kamu,” Mak bersandar di sofa sambil matanya tertumpu pada drama yang sedang bersiaran di telivisyen.

“memanglah, tapi pelik. Mak beriya-iya nak jodohkan abang dengan si nafissa tu. Tapi mak tak nak pulak tunjuk gambar ke, muka dia ke dekat saya. Kan ke pelik tu,” Mirul bersangka lagi. Mak yang tersengih mendengar pandangan anaknya itu terus saja menyuakan cawan berisi air kopi ke bibir. Air diteguk sedikit demi sedikit.

“Itu permintaan dia lah sayang oii. Kata dia, dia nak kamu sayangkan dia seadanya, bukannya rupa dia ke, tubuh dia ke. Kalau macam tu, tak sampai 3 tahun lah perhubungan kamu, lepas tu bergoyah. Sebab tak ada perasaan kasih sayang yang sebenar. Cinta yang sempurna ialah cinta yang wujud dari dalam hati iaitu kerana Allah, bukan nafsu,” Mak membebel panjang.

Mirul yang terdiam mendengar kata-kata maknya mula bermenung sendiri. Dia cuba untuk menggambarkan wajah Nafissa di kotak fikirannya. Tapi dia tidak mampu, lukisannya kabur. Adakah kerana dia sedaya upaya menolak Nafissa jauh dari hatinya, itulah yang membuatkan dia tidak dapat mengukir walau sedikitpun bayangan gadis itu ruang mindanya. Mungkin.

“Lagipun, kan kamu tak suka dia. Jadi hujung minggu ni dia nak berangkat ke luar negara. Dengar cerita nak ke Korea. Sambung belajar katanya. Mak pun dah tak boleh kata apalah Rul. Tu kan hak dia. Lepas ni, kamu carilah jodoh kamu sendiri, mak dah malas nak masuk campur.”

“Mak macam putus asa je?” Mirul kesal dengan sikapnya sendiri. Seboleh-bolehnya mak cuba untuk menjodohkan dia dengan Nafissa. Tapi ditolaknya mentah-mentah kerana belum bersedia, dalam kata lain, belum kenal rupa bahkan hati budinya. Itu yang membuatkan Mirul ragu-ragu dengan segala apa yang ada pada Nafissa. Dia tidak mahu salah dalam memilih. Kalau boleh, dia mahu jodoh yang berkekalan, bukan jodoh yang sementara, ‘touch and go’…simpang malaikat 44.

***
Setelah agak lama mengayuh basikal di kawasan kampung. Mirul mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Nafissa, gadis yang diberkenakan sangat oleh maknya itu. menurut mak, Mak jemah dan mak merupakan sahabat ketika kecil dulu. Setelah mak Jemah berkahwin dengan pemuda yang duduk di kampong sebelah, Mak Jemah terus berpindah mengikut suami, sehinggalah sebulan yang lalu, Mak Jemah kembali ke kampung ini semula setelah kematian suami tercinta. Menurut Mak Jemah, tanah yang didudukinya kini adalah tanah pusaka arwah mak dan ayahnya. Jadi adalah lebih senang untuk dia dan anak gadisnya meneruskan hidup di kampung halaman mereka sendiri.

 Anak Mak Jemah pula seorang saja, iaitu Nafissa yang berkerja sebagai guru tadika di kampung sebelah. Mirul memang benar-benar tidak mengenali Nafissa, inikan pula cuba-cuba untuk menjadikan gadis itu sebagai suri di hatinya. Paling kurang, dia wajib untuk melihat dulu gadis itu sebelum menikahinya. Jadi, petang itu dia mengambil keputusan untuk meninjau-ninjau ke rumah Nafissa. Untung-untung dia akan ketemu Nafissa. Dengan kehendak tuhan, takkala basikalnya lalu di kawasan rumah gadis itu, Mirul dapat melihat seorang gadis betudung putih sedang memberi makan burung di tepi tingkap sambil mengalunkan asma ul husna. Wajahnya samar-samar kelihatan. Mirul yang sedetik leka mendengar gadis itu mengalunkan asma ul husna terus terkaku dan terpaku. Hatinya seakan terpaut dengan kemerduan si pemilik suara. Nafissa ke tu? Soalnya sendiri.

***
“kamu ni kenapa, dah buang tabiat ke apa!” mak mengcekak pinggang.

“Tak ada makna buang tabiat lah mak, ini betul-betul, ini kenyataan mak,”Mirul mula menjadi serba tidak kena. Kakinya seakan panas, sekejap ke hulu sekejap ke hilir. Jalannya sudah kacau bilau. Ini semua gara-gara gadis bertudung putih itu.

“Kamu jangan nak bergurau pulak Rul, budak Nafissa tu lagi 2 jam nak pergi ke korea. Tiba-tiba kamu kata, kamu nak menghantar tanda pula. Hal ni bukan hal kecil, hal besar. Mana ada masa mak nak kasi tahu saudara mara. Lagipun, bukan kamu dah tolak ke dia dulu. Jangan dikecewakan hati budak tu nak oii,”

“Saya tak pernak kata pun saya tolak, mak,”

“Eh, eh, habis kamu salahkan mak pulak. Kalau dah hari-hari ‘tak mahu lah mak, tak sedialah mak’, macam mana mak nak kata kamu tu betul-betul suka,” Mak pulak yang tension dengan sikap Mirul.

Tak semena-mena Mirul terus menarik tangan mak lalu membawa wanita tua itu masuk ke dalam kereta. Mak terperanjat dengan tindakan anak terunanya itu.

“kali ni, mak akan benar-benar bertemu dengan menantu mak…” Mirul tersenyum lebar sambil tanggannya pantas menghidupkan enjin kereta.

“walaupun perempuan tu tak cantik?” Mak menjeling kecil ke arah Mirul, ada senyum meleret di situ. Ada semacam ujian di situ. Ujian dugaan hati namanya.

“of course mak, abang tak kisah,” Mirul mengucup pipi wanita tua itu.  dan kereta terus bergerak menuju ke rumah Nafissa, gadis yang telah tetap menjadi pilihan hatinya.

***
Kini Mirul sentiasa tersenyum bahagia. Isteri yang diijabkabul kini sentiasa ada di depan mata, bersama-sama. Di korea pula tu. Mirul bersedia untuk menemani Nafissa ke mana saja isterinya itu pergi. Kini Nafissa lah jantung hatinya sejak pertama kali melihat si dia menyuakan muka di dada pintu. Pilihan jodoh maknya memang tepat, rugi betul rasanya bila dia cuba memikirkan kembali bagaimana teruknya dia menolak dahulu. Kalau tidak kerana tudung putih, asma ul husna dan hati. Pasti kini dia masih single seperti dulu. Siapa tak rasa rugi woooo…bini cantik gila tuuu…Mirul tergelak sendiri.

Memang betullah kata orang, Jodoh itu di tangan tuhan. Walau ke mana pun kita berlari, walau berjuta kali pun kita mengelak. Kalau dah jodoh, pasti akan bersatu jua.












11 comments

kahwin dipaksa-paksa... nasib baik mak aku tak berani hahahaha

yela kan...kalo da jodoh xkn ke mane

12:17

like. :)

Terbaik! ^_^

@Asrul "iLham" Sany

ye la, sb ko duk jauh. cuba ko duk dpn dy ari2...hihi

Sweetnya ^^
Tu la org serius2 dia boleh main2 pula kan?
nasib baik dpt juga ;P

@Everything's Everythings

mmg sgt naseb baikkkk...

Heheheheh....cute!

sweetnye citer ni.... ;)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...