Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Monday 27 August 2012

Senyum




Sepanjang Hans mengenali Risa, dia langsung tidak pernah melihat gadis itu tersenyum. Bila ditanya kenapa, Risa tetap bermasam muka. Seperti ada asam jawa dalam rongga mulutnya, mungkin juga asam keping, ntah, dia tak tahu. Banyak kali juga Hans cuba membuatkan gadis itu tersenyum dan tertawa, dia mahukannya. Dia inginkannya. Dia rela berbuat apa saja walaupun bergadai nyawa dan rasa.

Tetapi setiap kali dia mencuba, pasti hanya kekecewaan yang dia rasa. Risa langsung tidak makan saman. Kekadang buat dia terpikir ‘patung ke awek ni?’. 

Hari itu, Hans bawa Risa ke taman tema. Ada banyak tunggangan disitu. Ada banyak keseronokkan di situ yang bisa membuat mereka tertawa. Dibawa Risa menaiki setiap tunggangan, dibawa Risa meneroka setiap pelusuk taman tema. Hasilnya, Risa masih lagi membatu, diam dan tiada senyum yang terukir. Bila ditanya kenapa?

“Aku tak suka, aku tak gembira...” Risa Bosan

“Kenapa?” tanya Hans lagi

“Sebab aku tak bisa tersenyum...aku jelak!” pedas saja ayat yang termuntah. 

Malam itu, Hans bawa Risa ke restoran mewah yang ada di tepi tasik. Tujuannya mahu melamar, kerana cintanya pada Risa tidak pernah putus walaupun gadis itu tidak pernah tersenyum. Di bawa ibu dan bapanya untuk turut sama merasakan kegembiraan itu. dia pasti, kali ini Risa pasti tersenyum gembira, dia tersangat pasti.Dipersiapkan majlis itu dengan sempurna dan cukup romantik.Cincin bertatahkan berlian sebesar biji sagu dikeluarkan dari bekasnya. Diberikan kepada Risa yang tercengang tanpa kata.

“Kahwini aku,” minta Hans

“aku...” Risa terkelu. Mukanya bingung. Dipandang wajah ibu dan bapa Hans yang tersenyum gembira. Secara otomatik, Risa termuntah ke lantai. Hal itu membuatkan anak beranak itu terperanjat besar. Pelik melihat sikap Risa yang kurang ajar itu.

“Perempuan begini yang kau nak kahwini, Hans. Sudahlah termuntah bila pandang cincin kau, segaris senyuman pun Ibu tak nampak dekat muka dia. Nampak sangat dia menghina kau!” Ibu bising-bising.

Hans termenung memandang Risa yang berlari meninggalkan dirinya. Tidak sangka, Risa bersikap begitu. apalah ertinya cinta yang diberikannya selama ini, jika balasannya tidak seromantik yang dia sangka.

‘aku fikir kau akan tersenyum...’ hati Hans mulai kosong.

***
Menggeletar Risa di atas katil bila melihat Hans datang menghampirinya dengan wajah yang kosong. Di tangan kanannya terpegang pisau skapel yang bersinar tajam. Dia yang terikat kaki dan tangan lansung tidak dapat menggerakkan badan. kerana telalu takut akan Hans, jantungnya seakan mahu berhenti di situ juga. Nafasnya tersekat-sekat menahan takut yang menggila.  
“Apa yang kau nak buat ni Hans!” jerit Risa menggila

“Aku mahu lamar kau..aku mahu jadikan kau isteri aku,” Hans sudah berteleku lutut di hadapannya. Pisau skapel tadi kini sedang bermain-main di setiap pelusuk tubuh Risa. Risa hanya memerhatikan pisau itu dengan wajah yang pucat membiru. Tidak dapat mengjangka apa yang bakal dilakukan oleh Hans kepadanya.

“kahwini aku?” tanya Hans buat kesekian kalinya

“iya, iya, aku akan kahwin dengan kau!!” jerit Risa sambil menangis kuat. 

“Kahwini aku?” kali ini suaranya lebih keras. Tidak percaya dengan kata-kata Risa yang amat dicintainya.

“aku akan kahwin dengan kau, aku janji, jadi lepaskan aku...lepaskan aku, Hans..” kali ini Risa merayu lembut, pinta dilepas. 

“Kau gembira, sayang?” tanya Hans

“Ya, aku gembira...”Jawab Risa ketakutan. Riak wajahnya lansung tidak berubah. Tetap masam mencuka.

“kalau kau gembira, kau seharusnya tersenyum...” ketika itulah pantas saja Hans menoreh halus  bibir mungil Risa hingga ke bahagian pipi,  mengukir sebuah senyuman yang gembira, biarpun ketika itu nyawanya sudah berada di hujung tanduk. terkebil-kebil mata Risa menahan sakit yang perit, suaranya sudah tersekat dikerongkong, tidak bernada dan tidak lagi berlagu tangis. yang ada cumalah senyuman yang selalu ditunggu-tunggu oleh Hans , dan kini mereka sama-sama tersenyum gembira. Hans puas. Hans tidak lagi kecewa. Hans tahu, senyum itu akan kekal untuknya, biarpun tubuh gadis itu kini sedang membeku. membeku bersama senyum yang gembira. senyum miliknya seorang.

1 comment

Joker sgt nyah ~

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...