Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Tuesday 21 August 2012

Janji ~ Part 1



Petang itu seperti biasa, Murni berjalan menyelusuri taman permainan di kawasan perumahannya. Suasana yang redup ketika itu memberikan ketenangan kepada Murni. Sejak akhir-akhir ni, fikiran Murni agak berserabut dengan kerja di pejabat dan juga hubungannya dengan Kamal. 

Penat berjalan, Murni mengambil tempat di sebuah bangku kosong bercat putih yang menghadap sebuah tasik buatan yang sederhana besarnya. Dia hanya membuang pandangan kosong ke arah tasik tersebut. Melihat alam kadang-kadang dapat membuatkan Murni merasai ketenangan yang jarang sekali bertandang di lubuk hatinya.

.....….


Zailan menarik nafas dalam-dalam sambil memejamkan matanya. Dia kemudian menghembuskan nafasnya sepenuh hati, seakan melepaskan semua beban yang bertamu di bahu. Sebaik sahaja matanya kembali dibuka, pandangan Zailan kembali tertumpu kepada seorang gadis bertudung bawal pink, berblouse dan berskirt labuh yang sedang duduk di bangku tidak jauh daripadanya. 

Sejak beberapa hari ni, Zailan perasan yang gadis itu pasti akan muncul di kawasan tasik ini setiap pukul 6 petang. Dia sendiri pun baru mula ke sini baru-baru ini sahaja. Ya, dia perlukan ketenangan. Segala masalah yang dihadapinya sudah terlalu berat rasanya untuk digalas. Sekurang-kurangnya dengan mengambil angin petang seperti ini, dapat juga memberikan sedikit ketenangan untuk meneruskan kehidupan. Dia percaya, berbicara sama alam pasti buatkan dia tenang. 

......……


Murni terasa sedikit kekok. Dia perasan lelaki yang sedang duduk di bangku berdekatan itu, sedang merenungnya. Rasanya sejak akhir-akhir ini, selalu juga dia nampak lelaki itu. Beberapa kali juga mereka berselisih ketika berjalan-jalan di kawasan tasik itu, tetapi belum pernah bertegur sapa. Murni sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan dia rasa tertarik untuk memberi perhatian pada kehadiran lelaki itu. Selalunya dia memang tidak akan ambil peduli dengan sesiapa pun di sekelilingnya. 

“Assalamualaikum…” sapaan seseorang dari belakang membuatkan Murni cepat-cepat menoleh. Dia baru tersedar lelaki yang dia perhatikan dari tadi itu kini sudah berada di belakangnya.  

“Waalaikumussalam..” Murni jawab perlahan. Lelaki itu duduk di hujung bangku tanpa meminta izin. Dua-duanya diam. Kelu. Hanya kedengaran suara riang kanak-kanak yang sedang bermain di playground bersebelahan tasik tersebut. 

‘Dia nak buat apa duduk kat sini. Bukan nak berbual pun, duduk membatu je pun. Hmm…’ Murni mula merungut dalam hati. Terasa sedikit terganggu dengan suasana ketika itu.

‘Aku buat apa pulak kat sini? Kenapa lak tiba-tiba aku boleh sampai kat sini. Duduk satu bangku dengan dia ni pulak. Adehhh..’ Zailan mati akal dengan perbuatan sendiri. Nak bangun balik, dah terasa segan. Lama mereka diam. Hanya membuang pandang ke tasik di depan.

“Saya balik dulu. Kbai.” Tiba-tiba tanpa diduga, Murni terus bangun dan melangkah pergi dari situ laju-laju. 

“Errr.. awak.. jap.. tunggu jap…” Sekelip mata Murni sudah hilang dari pandangannya. Zailan mengeluh lemah. Menyesal sebab mendiamkan diri dari tadi. 

........

bersambung...


1 comment

sambung jangan tak smbung..ehkeh

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...