Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Friday 3 August 2012

Ayam Goreng Berempah

Jam menunjukkan pukul 4 petang. Perut dah berkeroncong bercampur bunyi gamelan. Segala kerja di pejabat serba tak kena. Tak ada satu perkara pun yang dapat mengubah otak daripada berfikir tentang kelaparan.

“Aduhh, laparnya. Menyesal tak bersahur pagi tadi. Nak makan apa ye untuk berbuka puasa nanti?”

Net membuka dompetnya. Cuma ada 3 keping ‘Raja Kertas’ berwarna biru. Net menggeleng-gelengkan kepala.

“Hurmm.. Tinggal 3 ringgit je duit aku. Kenapalah gaji tak masuk lagi ni. Ni je lah duit yang terakhir. Dah la lapar, nak makan pun kena catu”.

Tepat jam 5 petang, cepat-cepat Net ‘punch card’. Throttle motosikal dipulas sehabisnya. Matlamat pemanduannya cuma satu iaitu…. Bazaar Ramadhan!

..............................................................................................................................................
Bazaar Ramadhan hari ini meriah. Orang berpusu-pusu membeli juadah. Malas nak memasak barangkali. Mata Net melilau mencari-cari sesuatu. Tiga keping kertas biru digenggam erat. Toleh ke kanan terlihat murtabak, toleh ke kiri ternampak pulak laksa. Net tak berhenti . Dia terus berjalan mencari-cari sesuatu, sehinggalah langkahnya terhenti…

“Yes!! Inilah diaaaaaa… gerai Ayam Goreng Berempah. Tak makan nasi pun takpe hari ni, yang penting aku dapat makan ayam goreng berempah ni. Dari semalam lagi mengidam ni.”

“Adik nak ayam goreng?”, ujar si penjual.

“Ya kak, bagi saya satu. Nak bahagian peha ye.” Wang kertas RM3 dihulur. Sekeping duit 50sen dikembalikan. Cepat-cepat dimasukkan elok-elok ke dalam poket. Rugi kalau tercicir, sekurang-kurangnya boleh dimasukkan ke dalam tabung simpanan. Net terus berlalu pergi,tiada apa yang nak dicarinya lagi di Bazaar Ramadhan itu dengan berbekalkan baki sekeping syiling………
........................................................................................................................................
Tiba di persimpangan keluar Bazaar, seorang pemuda berlari laju seolah-olah mengejar sesuatu. Secara tak sengaja, beliau terlanggar Net. Net jatuh tersungkur. Kepalanya pening seketika. Genggaman tangannya dirasakan longgar.

“huh?? Mana bungkusan ayam goreng aku?”. Ketika itulah dilihatnya ayam goreng kegemarannya dah tercampak ke dalam longkang. Hancur luluh harapan Net. Dunia bagaikan gelap seketika. Terasa sangat kempunan tatkala perut berkeroncong semakin kuat.

Net melabuhkan punggungnya di tepi longkang. Ayam goreng yang tercampak ke dalam longkang itu ditenungnya tanpa kerdipan mata. Sayu hatinya.

“Dik, ambil ni…….”, seseorang menyapa…
Dilihatnya kakak penjual ayam tadi tersenyum sambil menghulurkan satu bungkusan.

“Akak nampak kamu terjatuh tadi. Ini akak ganti dengan yang lain. Tak perlu bayar. Makanlah ye. Selamat berbuka”.

“Terimakasih kak. Tuhan je yang boleh balas budi baik akak.”, Net tersenyum.
Hatinya kembali berbunga-bunga. Telinganya terdengar aluanan azan berkumandang.

“Eh, dah masuk waktu berbuka ye? Macam cepat je masa berlalu. Ahh lapar dah ni, jemput makan ye..hehe”, bisiknya sendirian. Mulut dibuka seluasnya dengan harapan untuk meratah ayam goreng kegemarannya. Tiba-tiba………..



“Nettttt!! Bangun Net. Mak siram dengan air ni kang!”.





“Krukkkkkkkkkkkkk~", bunyi keroncong kedengaran lagi.





**Oleh : Yazid Torpedo.

13 comments

13:48

ala comel :)

dill.

sweet nye mimpi :)

ehehehehehe...
ciss..
geram betul..
daripada terharu terus geram tau..!

tapi..mmg terbaik la entry nih..!

:)

aiyaaaa...

1st respon. sama macam kak dilla.

alaa.. comel..

xsngka yazid ley mengarang

yeah comel!

Tertipu2, cis3, aaaaaaa

comel lukisan tuh...haha

lorh! mimpi rupanya

skali mimpi daa...

Aiyak! terkena den

klakor...hahaha

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...