Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Friday 31 August 2012

Merdeka!

Nurhan mencampakkan tiga bunjut serbuk kabait atas tanah. Tangannya menggenggam sebatang buluh sebesar lengan, separas pinggangnya. Nurhan berlutut dan membuka ikatan bunjut kabait. Dia menuang serbuk ke dalam muncung buluh dengan penuh hati-hati.

Nurhan. Seorang budak lelaki berumur 10 tahun. Berhasrat untuk menyambut hari merdeka dengan dentuman mercun buluh ciptaannya. Sedang Nurhan menggoncang buluh untuk memadatkan kabait. bahunya dipegang dari belakang. Nurhan menoleh. Dia tersengih.

"Nurhan buat meriam buluh? Bahaya kan?"

"Ala Ayah. Releks la. Meriam je kot. Bukannya Nurhan buat tarian Oppa Gangnam Style yang hodoh tu. Haha!"

"Mari sini Nurhan. Ayah nak cakap sikit." Nurhan membontoti Ayahnya. Mereka duduk di kerusi batu buatan Ayah Nurhan.

"Ada apa, Ayah?"

"Nurhan, Ayah lahir selepas Malaysia merdeka. Alhamdulillah masih bernafas sehingga saat ni. Nurhan, dah berapa tahun kita merdeka?" tanya Ayah Nurhan.

"Sekarang ni tahun 2020. Dah 63 tahun, Ayah!" jawab Nurhan teruja.

"Apa yang Nurhan faham pasal merdeka?"

"Merdeka? Bunga api! Orang nyanyi!" Nurhan tersengih-sengih.

Ayah Nurhan tersenyum. Tangannya mengusap kepala anak lelakinya."Nurhan, merdeka ni bukan setakat bunga api dan orang nyanyi. Merdeka ni kan Nurhan, hati kita ni tak de perasaan jahat," Tangan Ayah Nurhan beralih dari kepala ke dada anaknya. "Biar jiwa penuh dengan sifat mahmudah. Jauhi mazmumah. Usah biarkan perjuangan datuk nenek kita dulu sia-sia. Mereka bermandi darah membebaskan negara. Anak muda zaman sekarang ni sibuk dengan hiburan yang melalaikan. Nurhan kira beruntung sebab tinggal di kampung. Masih belum tercemar walaupun dah tahun 2020. Ayah harap Nurhan tak sia-siakan jiwa Nurhan dengan bermain meriam buluh tu. Nyawa tak dapat dibeli dengan duit, nak." 

Nurhan diam. 

Ayah Nurhan tahu penerangannya masih belum utuh. Namun buat masa ini biarlah anaknya memahami apa itu kemerdekaan dalam jiwa Islam. Tak mati kalau tak sambut merdeka  dengan terpekik terlolong seperti orang tiada berjiwa. Tiba-tiba Nurhan bangun dan berjalan menuju ke meriam buluhnya. Diangkat dan dicampak ke dalam semak.

"Nurhan sayang Malaysia, Ayah."


SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-55 BUAT SEMUA PEMBACA WARNA KASEH.

Thursday 30 August 2012

Balang kosong

Balang itu dipandang sepi. Setiap hari Rosnah memandang saja. Kosong. Balang itu kosong tiada isi. Setiap kali raya itulah dapatannya. Duit raya sedikitpun tak berjaya dikumpul. Malah makin banyak kata cacian dan makian dia carutkan apabila duit tak berjaya dia kumpul. Mak, ayah, saudara mara lain juga tak mahu beri. Dia kecewa.
“Alang, kenapa kau tak penuh-penuh. Aku nak tengok kau penuh!’ Tangisan hiba masih bersisa. Rosnah sungguh kecewa. Tahun ini adalah tahun ketiga balang itu masih kosong. Dia tersisih. Adik-adiknya dapat duit raya banyak sekali. Tapi dia? Dia satu sen pun tak ada. Pernah sekali dia tanyakan hal itu pada emaknya. Sedikitpun tak diendahkan. Kewujudannya macam tak memberi kesan kepada orang sekeliling. Sejak tiga tahun dia bersama balang kosong itu. Nama manja balang itu ialah Alang. Itulah satu-satunya teman akrab yang Rosnah ada.
“Alang, kau mesti faham apa aku rasa. Sebab kau dan aku sama je…” Lagi sekali empangan air mata pecah. Berderai seakan hujan.
“Alang…kau kosong…aku juga…aku benci hidup macam ni…” Rosnah menangis dalam sendu. Kuat! Namun, hanya dia dan Alang yang mampu mendengarnya. Sekali lagi dia tertidur di saat orang lain bergembira makan ketupat dan rendang.

Tiga tahun sebelumnya…
“Ros, bangun Ros…” Suara tua itu mengejut Rosnah. Si gadis lincah yang genit. Tubuhnya yang montok digoyangkan perlahan.
“Anak dara apa ni bangun lewat ni… Kita nak solat raya Ros oiii!” Mak Jemah membebel sendiri. Badan anaknya dipusingkan. Alangkah terkejutnya dia melihat buih-buih putih di mulut anaknya. Segera rumah sunyi di pagi raya bertukar hiruk pikuk. Tangisan wanita tua di sisi mayat beku tak bernyawa masih kuat kedengaran. Wajah Pak Leman pucat umpama tak bernyawa. Adik-adik Rosnah menyorok di belakang pintu kayu usang.

Keesokan harinya, terpampang di dada akhbar seorang gadis bawah umur mati bunuh diri. Panadol ditelan 30 biji semuanya. Gara-gara mahu membunuh bayi dalam kandungan yang terhasil dari hubungan haram atas kerelaan. Lebih mengejutkan usahawan berjaya mengaku yang anak itu adalah benihnya. Dia tak dijatuhkan hukuman kerana mempunyai masa depan yang cerah dalam hidupnya. Akhirnya, Rosnah mati. Anaknya mati. Sia-sia cintanya. Cuma jasad dan rohnya tak diterima bumi.

Balang kosong itu adalah balang berisi panadol tiga tahun lepas. Cuma itulah yang menemaninya entah sampai bila. Walaupun mati, dia tetap tidak mahu menghantui bekas kekasihnya, kerana cinta. Cinta kepada lelaki yang sukar dikikis biarpun jasadnya telah lama mati. Cintanya tetap subur buat Fendi Ghazali, usahawan terkenal.

Tuesday 28 August 2012

Pulang


Entah kenapa, tahun ini adalah tahun paling teruja. Ismail sudah berniat tekad, Syawal kali ini biarlah sempurna. Tiada lagi sambutan sambil lewa dan alpa; Ya Allah! Izinkan aku berkesempatan untuk menghargai mereka. Ismail merenung wajah isteri dan anak, bersilih-ganti. Sesekali mengukir senyum sendiri. Apa lagi harta dunia yang tak terkira nilainya selain keluarga? Tiada.

Perjalanan masih berbaki 50km. Ismail resah. Jalan-jalan kampung bagai ular kena palu. Mencemaskan. Apalagi bila memandu di tengah gelap malam. Tapi Ismail mahu mengejar waktu. Sampaikan jalan berliku pun, direntas bahaya. Tidak berhati-hati. Malah, Ismail memintas apa saja kenderaan yang menghalang. Walau beberapa langkah kaki di hadapan, lori treler menyala lampu tinggi berulangkali.

Abang!!!!!!!
***

Ismail tersentak dari lena. Serta-merta bangkit dari perbaringan. Menjejeh peluh jantan melencun wajah. Mata meliar memandang keliling kamar; Astaghfirullah!. Ismail meraup wajah, tanda lega.

Ruang dapur dituju pantas. Sekujur jasad bernyawa sedang asyik menganyam ketupat. Tatkala wajah isteri bermain di pandang mata, Ismail menguntum senyum mesra. Sekali lagi dia lega. Seakan mahu merangkul erat tubuh Salbiah, isteri nan setia. Namun niatnya mati bila anak-anak datang lari berkejaran menggegar lantai papan. Jelas terlihat wajah keriangan. Mahu saja Ismail mendakap mereka satu-persatu dan mengucup pipi bertalu-talu.

Dari anjung dapur, muncul wajah tua ibu sedang menatang nyiur berisi daun palas. Ismail pasti, juadah ketupat palas akan turut serta menghiasi meja di pagi raya nanti. Nun di bawah rumah sana, ayah tekun menghidup bara api untuk menggulai rendang. Ismail mengernyih bagai kerang busuk. Bergegas dia menuruni anak tangga, membantu ayah tanpa disuruh.

Alhamdulillah! Tercapai juga niat aku untuk meraikan lebaran tahun ini bersama mereka.

Getus hati kecil Ismail, mengucap syukur ke hadrat Illahi. Tahun-tahun yang sudah, dia alpa. Sibuk mencari rezeki dunia. Pujuk rayu ibu ayah langsung tak diendah. Salbiah pula mangli dengan jerit jerkah setiapkali menyata hasrat untuk pulang berhari raya. Ismail kesal.

Ismail menggeleng kepala sendiri. Cukuplah kenangan lalu. Biarlah dia merentas lebaran tahun ini dengan satu kepuasan. Ismail menguntum senyum sendiri. Songkok baldu dikenakan ke atas kepala. Langsung dia dapatkan ibu dan ayah, bersalaman dan bermaafan. Tubuh tua itu dipeluk erat. Hingga menitis airmata satu persatu membasah pipi.

Maafkan Mail, ibu. Maafkan Mail, ayah. Mail berdosa. Mail derhaka. Mail lupa yang Mail masih punya ibu dan ayah yang sentiasa mengambil berat, yang sentiasa terbuka hati untuk menerima Mail seadanya. Ampunkan Mail....

Ismail mengalih pandang. Wajah lembut Salbiah direnung dengan penuh kasih sayang.

Maafkan abang, Sal. Selama ini abang tak menghargai Sal, isteri abang yang sah. Abang abaikan Sal. Abang biarkan Sal dan anak-anak.. Namun Sal tetap setia di sisi abang. Biar abang susah, mahupun senang. Sal tak pernah merungut. Sal tak pernah menafikan. Sal tak pernah menyoal...

Ismail masih menangis, sambil memeluk erat sepasang kurung biru lusuh. Sesekali dia meraung kesal. Payah untuk menerima kenyataan. Wajah tua ibu dan ayah semakin kabur di hadapan mata.

Ibu!!! Ayah!!! Jangan tinggalkan Mail!

Perlahan-lahan bayang ibu dan ayah menghilang. Ismail tidak keruan. Serta-merta menoleh pandang ke arah Salbiah, mesra berpelukan bersama anak-anak sambil wajah menguntum senyum.

Sal....jangan tinggalkan abang....anak-anakku, jangan tinggalkan ayah!!!

Ismail cuba memeluk namun pelukannya kosong. Hanya angin lesu memenuh ruang. Mereka sudah pergi. Rumah kayu ini kembali sepi. Hilang seri. Tiada raya lagi. Apa yang ada hanya tiupan bayu yang datang menyinggah sesekali waktu. Meniup wajah comot Ismail yang tidak pernah kering dengan airmata kesal.

***

Seram betul aku tengok sebelah rumah atok kau ni Liza. Usang, gelap, sunyi.

Choi Ling menyelak sedikit tirai jendela, memerhati rumah kayu usang seberang jalan. Liza turut menjenguk ke luar jendela.

Ada cerita di sebalik rumah tua tu. Aku pun kabur-kabur kisah sebenar. Lagipun masa tu aku kecil lagi. Dengar cerita, anak tunggal tuan rumah accident masa malam raya. Anak bini dia meninggal masa tu juga. Dia pula koma, lama terlantar kat hospital. Bila sedar dari koma, dia tak boleh terima kenyataan. Menangis saja kerja sampai hilang akal. Mak bapaknya yang dah tua tu la yang jaga anaknya sampai mereka berdua meninggal dunia. Lagi teruk dia terabai. Merayau sekitar kampung. Makan minum pun ihsan orang keliling. Lama-lama, dia pun meninggal sebab accident juga.....

Liza mengeluh sendiri. Membiar Choi Ling yang ralit bermain mata dengan rumah kayu yang kian mereput tua.

Kalau kau berani, kau masuk dalam rumah tu. Kau tak akan jumpa apa-apa barang kecuali sepasang kurung biru milik arwah isterinya...

Liza mengujar sambil mengernyih, membikin Choi Ling diselubung ketakutan. Serta-merta tirai jendela dilepaskan.

Monday 27 August 2012

Senyum




Sepanjang Hans mengenali Risa, dia langsung tidak pernah melihat gadis itu tersenyum. Bila ditanya kenapa, Risa tetap bermasam muka. Seperti ada asam jawa dalam rongga mulutnya, mungkin juga asam keping, ntah, dia tak tahu. Banyak kali juga Hans cuba membuatkan gadis itu tersenyum dan tertawa, dia mahukannya. Dia inginkannya. Dia rela berbuat apa saja walaupun bergadai nyawa dan rasa.

Tetapi setiap kali dia mencuba, pasti hanya kekecewaan yang dia rasa. Risa langsung tidak makan saman. Kekadang buat dia terpikir ‘patung ke awek ni?’. 

Hari itu, Hans bawa Risa ke taman tema. Ada banyak tunggangan disitu. Ada banyak keseronokkan di situ yang bisa membuat mereka tertawa. Dibawa Risa menaiki setiap tunggangan, dibawa Risa meneroka setiap pelusuk taman tema. Hasilnya, Risa masih lagi membatu, diam dan tiada senyum yang terukir. Bila ditanya kenapa?

“Aku tak suka, aku tak gembira...” Risa Bosan

“Kenapa?” tanya Hans lagi

“Sebab aku tak bisa tersenyum...aku jelak!” pedas saja ayat yang termuntah. 

Malam itu, Hans bawa Risa ke restoran mewah yang ada di tepi tasik. Tujuannya mahu melamar, kerana cintanya pada Risa tidak pernah putus walaupun gadis itu tidak pernah tersenyum. Di bawa ibu dan bapanya untuk turut sama merasakan kegembiraan itu. dia pasti, kali ini Risa pasti tersenyum gembira, dia tersangat pasti.Dipersiapkan majlis itu dengan sempurna dan cukup romantik.Cincin bertatahkan berlian sebesar biji sagu dikeluarkan dari bekasnya. Diberikan kepada Risa yang tercengang tanpa kata.

“Kahwini aku,” minta Hans

“aku...” Risa terkelu. Mukanya bingung. Dipandang wajah ibu dan bapa Hans yang tersenyum gembira. Secara otomatik, Risa termuntah ke lantai. Hal itu membuatkan anak beranak itu terperanjat besar. Pelik melihat sikap Risa yang kurang ajar itu.

“Perempuan begini yang kau nak kahwini, Hans. Sudahlah termuntah bila pandang cincin kau, segaris senyuman pun Ibu tak nampak dekat muka dia. Nampak sangat dia menghina kau!” Ibu bising-bising.

Hans termenung memandang Risa yang berlari meninggalkan dirinya. Tidak sangka, Risa bersikap begitu. apalah ertinya cinta yang diberikannya selama ini, jika balasannya tidak seromantik yang dia sangka.

‘aku fikir kau akan tersenyum...’ hati Hans mulai kosong.

***
Menggeletar Risa di atas katil bila melihat Hans datang menghampirinya dengan wajah yang kosong. Di tangan kanannya terpegang pisau skapel yang bersinar tajam. Dia yang terikat kaki dan tangan lansung tidak dapat menggerakkan badan. kerana telalu takut akan Hans, jantungnya seakan mahu berhenti di situ juga. Nafasnya tersekat-sekat menahan takut yang menggila.  
“Apa yang kau nak buat ni Hans!” jerit Risa menggila

“Aku mahu lamar kau..aku mahu jadikan kau isteri aku,” Hans sudah berteleku lutut di hadapannya. Pisau skapel tadi kini sedang bermain-main di setiap pelusuk tubuh Risa. Risa hanya memerhatikan pisau itu dengan wajah yang pucat membiru. Tidak dapat mengjangka apa yang bakal dilakukan oleh Hans kepadanya.

“kahwini aku?” tanya Hans buat kesekian kalinya

“iya, iya, aku akan kahwin dengan kau!!” jerit Risa sambil menangis kuat. 

“Kahwini aku?” kali ini suaranya lebih keras. Tidak percaya dengan kata-kata Risa yang amat dicintainya.

“aku akan kahwin dengan kau, aku janji, jadi lepaskan aku...lepaskan aku, Hans..” kali ini Risa merayu lembut, pinta dilepas. 

“Kau gembira, sayang?” tanya Hans

“Ya, aku gembira...”Jawab Risa ketakutan. Riak wajahnya lansung tidak berubah. Tetap masam mencuka.

“kalau kau gembira, kau seharusnya tersenyum...” ketika itulah pantas saja Hans menoreh halus  bibir mungil Risa hingga ke bahagian pipi,  mengukir sebuah senyuman yang gembira, biarpun ketika itu nyawanya sudah berada di hujung tanduk. terkebil-kebil mata Risa menahan sakit yang perit, suaranya sudah tersekat dikerongkong, tidak bernada dan tidak lagi berlagu tangis. yang ada cumalah senyuman yang selalu ditunggu-tunggu oleh Hans , dan kini mereka sama-sama tersenyum gembira. Hans puas. Hans tidak lagi kecewa. Hans tahu, senyum itu akan kekal untuknya, biarpun tubuh gadis itu kini sedang membeku. membeku bersama senyum yang gembira. senyum miliknya seorang.

Thursday 23 August 2012

Cinta Layang-Layang

Pagi ni aku dan kembarku shida bersarapan di luar. Jemu asik makan hidangan dewan makan buat tekak kami meragam nak cari menu istimewa di luar. Aku memesan teh tarik kurang manis dan roti canai, shida memesan roti telur dan kopi tarik. Pemandangan indah mengadap laut buat hati kami tenang. Sesekali mata kami menangkap aksi merpati dua sejoli sedang bermain layang - layang.

"Abang, boleh tambah air sikit tak? kopi ni manis macam madu, tak boleh telan!"shida menghulurkan kopi tariknya ke arah pelayan warung.
"okey." ringkas saja jawab abang tadi. Aku masih melayan aksi pasangan kekasih tu. Lelaki tu tinggi sikit mungkin dari aku, kulit cerah kuning langsat. Kategori kacak di mata aku, hehehe. Kekasihnya rendah sikit mungkin dari aku, make up dua inci, kening di pantis, ala-ala retis gituw.

"wei, asik pandang mamat tu ngan makwe gedik dia buat apa?" shida dah bebel kat aku. "hehe...aku suka tengok mamat tu, 'jambu'. Lepas tu dia nampak sabar je layan kegedikan makwe dia yang terlebih manja tu...ehehehe. Terjerit-jerit macam budak 5 tahun kejar layang-layang."Mana roti canai ni? dah nak habis air pun tak sampai lagi." aku mengomel sendirian. "Abang, roti canai kami mana, lambat lagi ke? tambah teh tarik dan kopi taruik satu lagi ye" shida dengan selamba melaung pada abang yang kami order tadi."Jap dik, 5 minit lagi."laung abang tu...perut dah berkeroncong buat aku dan shida mati kutu. Takda modal nak mulakan cerita. 


Selesai bersarapan kami lepak tepi pantai, saja nak habiskan masa menikmati keindahan pantai. Angin agak kuat dan akhirnya kami memutuskan nak main layang-layang. "Shima, kau beli layang-layang kat sana tu, syok pula aku tengok minah gedik tu main layang-layang." Shida arahkan aku beli layang-layang. "beres!" aku terus berlari anak membeli layang-layang untuk kami seorang satu. Shida membantu aku menaikkan layang-layang, dia memang mahir bab menaikkan layang-layang. Shida main hampir ke tengah laut memandangkan air laut surut. Aku main tepi pantai saja berhampiran dengan mamat kacak tadi bersama makwe gedik dia tu. Sedap je aku gelar minah tu gedik, tapi...semua mata yang memandang dia mesti mencebik tengok aksi mengada-ngada dia tu..huhu.

"Hai, pantai awak main layang-layang."glurp...bila masa mamat ni depan aku. Mana makwe dia. "saya jarang main sebenarnya, saja suka-suka."jawab aku sambil memberikan mamat tu senyuman paling manis yang aku pernah lontarkan. ecehhh.
"Saya Ridhwan Helmi, awak?'
"saya shima..panggil saja shima. Sana tu kembar saya shida."aku perkenalkan shida sekali tanpa dia bertanya. "Dari tadi saya perhatikan awak, nampak familiar. Saya tak pasti kita pernah jumpa atau tak, saya tak boleh berbual panjang. Tapi saya nak sangat tau siapa awak, macam biasa kenal awak, selalu nampak awak. Ini kad saya, please miss call saya nanti saya akan call awak semula. Please ye?" Aku hanya mencapai kad dia sambil mengangguk dan senyum saja. "Bye, saya pergi dulu."dia melambaikan tangan sambil berlari ke gerai makan di depan tu. 

"Ehem, mamat tu nak apa?" Shida dah tercegat depan aku entah berapa lama. Aku hanya merenung kad yang diberi sambil berkira-kira bila masa sesuai untuk aku call dia. Sekarang macam mustahil memandangkan dia sibuk melayan gadis gedik di depannya. Dia masih memerhatikan aku sambil tersenyum manis dan sesekali membuat isyarat mengarahkan aku call dia. Adoi mamat ni...saja je buat aku dup dap dup dap.

"Kau jangan buat pasal, aku malas nak buat drama kena tarik rambut dengan perempuan gedik tu shima."sinis bunyi amaran yang shida berikan. Aku serba salah...huhu

*****

Gadis di tepi pantai
Bermata bundar, berbaju coklat dan shawl kuning buat aku berdebar kencang.
Wajahnya seperti aku kenal lama
Senyumannya buat hati aku terpaut
Dia begitu mahir bermain layang-layang sedangkan aku di depannya langsung tidak dihiraukan.
Wajahnya polos, bikin hati aku berkocak.
Andai aku mampu memutuskan ikatan kasih antara aku dan pasanganku saat ini
Akan aku berlari mengejar dan memburu cinta gadis itu.
Sungguh, aku telah jatuh hati.
Adakah dia tau gelodak jiwaku?

-RH-

Aku membaca coretan RH...siapa gadis berbaju coklat bershawl kuning. Macam aku je, siap mention main layang-layang lagi. Eh, mamat kacak tadi tu blogger RH ke? aduhh siapa dia ye?
Aku mencapai telefon bimbit aku dan cuba membuat miss call. Dua kali bunyi aku terus letak. Dada macam nak pecah, gemuruh sangat. Tak boleh jadi ni, aku malu pula nak miss call orang, macam jimat kredit la pula. Dail je lah shima...ehem, aku membetulkan suara. Serak pula suara aku malam ni.

Tut tut tut...
"Elo.."suara lelaki.Dia ke?
"Assalamualaikum, err..saya yang buat miss call tadi." aku tak tau nak cakap apa sebab aku tak kenalkan diri aku siang tadi. Tapi aku rasa ada bagi tau nama aku kot? lupa!
"Gadis berbaju coklat, shawl kuning main layang-layang?" dia terus bertanya pada aku.
"Ye, siang tadi..shima."
"Waalaikummussalam, tq sangat sebab sudi call dan miss call..hehe. Aku pun tergelak dengar ayat dia...

Kami berbual panjang wlaau pertama kali berbual. Rupanya perempuan gedik tu sepupu  dia. Jika sampai hujung tahun nanti  dia tak dapat menemui pilihan hati dia akan dijodohkan dengan gadis itu. Ibunya nak sangat dia bertemu jodoh dengan sepupunya andai dia tiada kekasih hati. Dia bercerita panjang tentang dirinya. Aku hanya mendengar tetapi dalam hati tertanya-tanya adakah dia rakan blogger yang aku kenali RH?


Dua bulan berlalu aku dan helmi berkenalan dan akhirnya kami sangat akrab. Dia dan aku hanya berhubung melalui sms dan sesekali kami bertelefon dan berbual panjang. Hatiku? pastilah aku dah berbunga-bunga. Macam orang dilamun cinta pun ada...hihi.
"Awak dah ada kekasih ke shima?" tiba-tiba dia bertanya.
"Takda, saya terlalu sibuk dengan kuliah sampai tak sempat nak bercinta pun."jawab aku acuh tak acuh. Malas nak kenang kenangan lalu antara aku dan Syukri sebenarnya.
"Kekasih takda tapi secret admire ramai kan?"Helmi bertanya lagi
"Takda la..hahaha...aku hanya tergelak. Memaang ramai yang cuba dekati aku tapi aku malas nak layan, tengok shida dengan hakim aku cemburu la juga tapi biarlah kembar aku yang menuju ambang kebahagiaan dulu. Aku? biarlah Allah yang tentukan.

"Salam garfileld comel, saya sangat meminati awak dari jauh. Boleh saya datang meming awak?" -tanpa nama-

"budak biol mana yang komen macam tak pakai otak ni? baik aku delete. ish!!" aku membebel sorang-sorang. Entri aku pasal kuih lopes takda kena mengena dia nak pinang aku pula. Dah la takda nama...grr

Tut tut tut...telefon bimbit aku berbunyi. Shida ke? 
"elo, shima...mak ni. balik esok ye, ada hal penting."
"Naper mak?"aku cuba bertanya...balik je, penting. mak terus memutuskan talian. Hairan, kenapa ye?

Sepanjang perjalanan aku dan shida tak berbual sangat. Kami tertanya-tanya kenapa mak suruh kami pulang tergesa-gesa. Sampai saja di rumah kami lihat ada 2 kereta lain. Siapa?
"Assalamualaikum..." kami beri salam.
"waalaikummussalam...masuklah", jawab pakcik bersongkok dan berkemeja hijau tu.
Aku yang terpinga-pinga terus masuk dan duduk di sebelah mak. 

"Shima, ada orang datang merisik kau, Dato' Khalid nak pinang kau untuk anak dia. Anak dia dah lama sukakan kau, tu yang mereka datang meminang tu. Lepas kau habis semester ni terus nikah sekali dengan shida ye?"

Aku rasa nak menangis, mak suka-suka je terima pinangan Dato' tu, entah siapa anak dia, aku pun tak kenal. Mak pula mesra alamnya dengan semua tetamu yang dari mana datangnya tu. Aku memendam perasaan tunggu tetamu pulang. Hati dah nak meletup tuhan saja yang tahu. Siap berkemas aku tak mampu bercakap lagi dengan mak. Shida tak habis-habis membebel marah mak terima pinangan tu. Mak kata dia sangka kami memang dah kenal lama sebab lelaki tu sebut pelbagai perkara pasal aku. Dia memang kenal aku...mana lelaki tu? dia dah pulang 10 minit sebelum aku sampai tadi. Tak manis ada saat orang merisik katanya...huhu. Siapa dia? Apa nasib hubungan aku dengan Ridhwan Helmi?

Aku bertekad nak minta mak tolak pinangan orang tu...dalam pada aku sedang menyusun ayat telefon aku berbunyi. 
"Assalamualaikum....awak, saya sedih ni."
Waalaikummussalam..kenapa sedih.saya baru nak kongsi cerita gembira saya hari ni. okey saya dengar cerita sedih awak dulu ye."pujuk Helmi
"Tadi ada orang merisik, mak terima. Saya nak suruh mak tolak, malam ni nak berdepan dengan mak. harap mak faham." aku terangkan panjang lebar.
"Awak tak suka orang yang merisik tu, ada pilihan lain?"Helmi bertanya lagi.
"Err saya sukakan awak...saya tak kenal orang tu, saya nak teruskan hubungan kita. Awak tak sedih?" aku tak berselindung lagi..

"Saya lagi sedih kalau awak tolak pinangan anak Dato' Khalid tu, sian saya..awak tak sudi terima pinangan saya...huhu." Helmi buat nada merajuk sambil tergelak kecil.
"Awak?" aku sedikit terjerit
"Ye, saya...

Alhamdulillah...aku bertemu jodoh dengan mamat kacak bermain layang - layang tu. Pertemuan singkat tak bermakna kami tak serasi, moga ikatan kami kukuh dan utus hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat, amin.




Tuesday 21 August 2012

Janji ~ Part 1



Petang itu seperti biasa, Murni berjalan menyelusuri taman permainan di kawasan perumahannya. Suasana yang redup ketika itu memberikan ketenangan kepada Murni. Sejak akhir-akhir ni, fikiran Murni agak berserabut dengan kerja di pejabat dan juga hubungannya dengan Kamal. 

Penat berjalan, Murni mengambil tempat di sebuah bangku kosong bercat putih yang menghadap sebuah tasik buatan yang sederhana besarnya. Dia hanya membuang pandangan kosong ke arah tasik tersebut. Melihat alam kadang-kadang dapat membuatkan Murni merasai ketenangan yang jarang sekali bertandang di lubuk hatinya.

.....….


Zailan menarik nafas dalam-dalam sambil memejamkan matanya. Dia kemudian menghembuskan nafasnya sepenuh hati, seakan melepaskan semua beban yang bertamu di bahu. Sebaik sahaja matanya kembali dibuka, pandangan Zailan kembali tertumpu kepada seorang gadis bertudung bawal pink, berblouse dan berskirt labuh yang sedang duduk di bangku tidak jauh daripadanya. 

Sejak beberapa hari ni, Zailan perasan yang gadis itu pasti akan muncul di kawasan tasik ini setiap pukul 6 petang. Dia sendiri pun baru mula ke sini baru-baru ini sahaja. Ya, dia perlukan ketenangan. Segala masalah yang dihadapinya sudah terlalu berat rasanya untuk digalas. Sekurang-kurangnya dengan mengambil angin petang seperti ini, dapat juga memberikan sedikit ketenangan untuk meneruskan kehidupan. Dia percaya, berbicara sama alam pasti buatkan dia tenang. 

......……


Murni terasa sedikit kekok. Dia perasan lelaki yang sedang duduk di bangku berdekatan itu, sedang merenungnya. Rasanya sejak akhir-akhir ini, selalu juga dia nampak lelaki itu. Beberapa kali juga mereka berselisih ketika berjalan-jalan di kawasan tasik itu, tetapi belum pernah bertegur sapa. Murni sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan dia rasa tertarik untuk memberi perhatian pada kehadiran lelaki itu. Selalunya dia memang tidak akan ambil peduli dengan sesiapa pun di sekelilingnya. 

“Assalamualaikum…” sapaan seseorang dari belakang membuatkan Murni cepat-cepat menoleh. Dia baru tersedar lelaki yang dia perhatikan dari tadi itu kini sudah berada di belakangnya.  

“Waalaikumussalam..” Murni jawab perlahan. Lelaki itu duduk di hujung bangku tanpa meminta izin. Dua-duanya diam. Kelu. Hanya kedengaran suara riang kanak-kanak yang sedang bermain di playground bersebelahan tasik tersebut. 

‘Dia nak buat apa duduk kat sini. Bukan nak berbual pun, duduk membatu je pun. Hmm…’ Murni mula merungut dalam hati. Terasa sedikit terganggu dengan suasana ketika itu.

‘Aku buat apa pulak kat sini? Kenapa lak tiba-tiba aku boleh sampai kat sini. Duduk satu bangku dengan dia ni pulak. Adehhh..’ Zailan mati akal dengan perbuatan sendiri. Nak bangun balik, dah terasa segan. Lama mereka diam. Hanya membuang pandang ke tasik di depan.

“Saya balik dulu. Kbai.” Tiba-tiba tanpa diduga, Murni terus bangun dan melangkah pergi dari situ laju-laju. 

“Errr.. awak.. jap.. tunggu jap…” Sekelip mata Murni sudah hilang dari pandangannya. Zailan mengeluh lemah. Menyesal sebab mendiamkan diri dari tadi. 

........

bersambung...


Sunday 19 August 2012

Manisnya Kurma Itu


Penulis : Paris Lipton

Suatu hari Jijah ke warung Pak Munawer....

Dup dap dup dap. Jantung Jijah berdegup laju. Berdegup umpama Nadirah berdeejavu bersama Amar. Milik siapakah jantung ini dituju degupannya? Haa itu yang kita tak tahu. Nadirah pantas menjeling ke arah jejaka yang baru dua saat berdiri tepat dihadapannya. Jijah terpana sambil membulatkan matanya.

Wajah jejaka itu saling tidak tumpah seperti wajah tunanganya dahulu. Lelaki berwajah Pan Asia. Itu yang diyakini Jijah sambil tangan kanannya memegang jantungnya terletak. Degupan jantungnya seakan mengiyakan perasaan Jijah itu. Ah Jijah seakan mengimbas memori lama bersama Kashah, bekas tunangannya.

Kashah...

Tidak semena nama itu yang terukir dibibirnya.

Jejaka itu memandang tepat ke arah Jijah. Sekali dia kaget. Kashah? Inikah Kashah yang aku cintai dulu? Plup. Beg dompet kecil yang dipegang Jijah jatuh ke lantas. Jejaka tersebut lantas membantu Jijah mengutipnya.

"Lain kali tak payah nak bulatkan mata tu sangat. Sampai barang berharga pon boleh terlepas. Tahulah saya hensem" berseloroh jejaka tersebut.

Jijah malu akan tindakannya itu. Lantas dia berlalu pergi sambil mengucapkan terima kasih atas pertolongannya tadi.

"Eh awak pon buka disini?"

Jijah kaget. Alamak mamat nih lagi. Tak kan la... Jijah seolah tidak percaya jejaka yang ditemuinya beberapa minit tadi kini berada disisinya.

"Saya Zarif. Awak?"

"Azizah." balas Jijah ringkas.

"Amboi banyaknya makanan dia. Jangan lupa ambil kurma pula ya? Awak duduk meja mana? Nak join boleh?" Jijah memandang tepat ke arah mamat tersebut.

"Saya dengan kawan perempuan saya. Kalau tak malu joinlah."

"Saya pemalu tapi hensem." selamba Kashah berlalu sambil tersenyum riang. Jijah seakan tidak puas hati dengan jawapan gelabah Kashah itu.

..............................

"Jijah kau buatlah keputusan. Mak dengan bapak kamu tu terima je. Kau tu dah semakin berusia. Karang takde orang nak kat kau baru tahu"

Setelah berfikir masak-masak dan yakin dengan segala petunjuk dari Tuhan, Jijah terima sahaje lamaran dari jejaka yang entah mana-mana entah asalnya. Tapi Jijah yakin dengan pengaturan kisah hidupnya.

8 Syawal.

Aku terima nikahnya Azizah binti Mahzan dengan mas kahwinnya RM 2juta tunai....

Jijah mengangkat manis wajahnya ke arah suaminya itu. Zarif?????
(jeng jeng jeng)

................................

Benarlah bagai dikata. Kalau ada jodoh tak kemana pon. Kashah Azarif jodohnya Azizah. Walaupun mereka pernah putus bertunang pada beberapa tahun dahulu atas sebab-seba peribadi, namun cinta mereka bersatu juga akhirnya. How sweeeettt.
Manisnya kurma itewwww. Awww

Friday 17 August 2012

Cik Maid,I Need You! Ep3

Sambungan kepada : Cik Maid,I Need You! Ep2

 “Tolong..!”,pinta Mirza. Beberapa orang nurse datang membantu, salah seorang dari mereka membuka pintu untuk ke bilik doktor. Mirza masuk dan meletakkan Qibthiya, seorang doktor lelaki masuk lalu memeriksa Qibthiya.
Mirza duduk di kerusi didalam bilik doktor tersebut. “Kenapa dengan dia doc? Is she okay?”,tanya Mirza sebaik sahaja doktor tersebut selesai memeriksa Qibthiya.
“Jangan risau,dia senggugut. Badan dia lemah,tu yang dia pengsan. Suhu badan dia pun naik”,
Mirza dan doktor tersebut berpaling kearah katil sebaik sahaja terdengar suara Qibthiya yang sudah sedar. Qibthiya bangun dan menekan perutnya, dia memandang Mirza yang kelihatan gelisah.
“I’m okay!”,kata Qibthiya kepada Mirza.
“Qibthiya?”,panggil doktor tersebut.
“Amir? Amir ni kan?”, soalan dibalas soalan. Doktor tersebut angguk dan senyum lebar. “Dah buka klinik? Wow..”,Qibthiya teruja,sakit tadi melayang entah kemana.
“Tak sangka jumpa kat sini. Dan ni your brother ke?”, tanya Amir sambil melihat Mirza.
“Nope, I’m Mirza,her future husband”,
“Owh...”,balas Amir pendek. Mukanya nampak lain, “Ok check-up dah siap. Boleh ambil ubat kat kaunter”,
“Ok,thanks Amir. Aku suka sangat dapat jumpa kau. Terima kasih!”,ujar Qibthiya. Mirza bangun dari tempat duduk,dia keluar sebaik sahaja Qibthiya keluar. Setelah siap membayar,mereka masuk ke kereta. Mirza membuka pintu kepada Qibthiya, dari jauh Amir memerhati kelakuan mereka.

“Gila la awak ni,ada patut kata macam tu kat kawan saya. Awak tak nampak muka dia berubah terus?”,Qibthiya tergelak besar.
“Kawan masa kat mana?”,
“Edinburgh la.. tapi dia tu senior la,dia habis tahun lepas. Mana awak tahu saya study situ?”,
“Assume je..”,balas Mirza pendek.
“Nonsense~!”,
-----

Pagi itu Mirza masuk pejabat dengan satu perasaan baru. Yelah, hari ni dah rasmi Mirza sebagai CEO syarikat. Rasa macam semalam baru Tan Sri Ismail umumkan penyerahan tersebut. Kerusi CEO ditarik, “Bismillah.. Permudahkan semua urusanku Ya Allah..”, doa Mirza di dalam hati ketika duduk di kerusi baru tersebut.
“Morning boss.. Kopi”,
“Ermm.. bodek la tu”, perli Mirza kepada Nazir.
“Mana ada boss, ni dokumen financial syarikat kita untuk bulan lepas. Saya dah buat baik punya”,ujar Nazir selaku pengurus kewangan Ismail Group.
“Target bulan ni berapa?”,
“Boss tambah 50% dari jumlah profit bulan lepas”,
“Hurm,banyak. Tapi ingat sikit Nazir,kita ni pembekal utama raw material untuk pembinaan di Malaysia. Kita dah tembus Singapura,Indonesia dan lepas ni Thailand. Aku tak nak dengar ada customer complaint pasal urus niaga kita,barang-barang kita. Yang paling penting, jangan buat ‘taik’ dengan customer. Kalau customer mengadu,ambil perhatian dan janga cepat melatah”,
“Baik boss, customer is always right. Right boss?”,
“Tahu pun,ok pergi buat kerja. Aku tengah nak adapt dengan tempat baru ni”, kata Mirza.
Nazir tersengih-sengih, “Boss,satu lagi. Qibthiya macam mana sekarang? Kat mana dia? Boss tak declare apa-apa lagi ke dengan dia?”,
“Mengarut apa ni? Dia tolong malam tu jelah,then langsai. Lagipun aku dah cakap awal-awal kat dia kan”,
“Boss taknak,aku nak. Ok boss,chow!”, Nazir keluar dari bilik Mirza. Fikiran Mirza terus tak tentu hala,dia tahu Nazir sekadar melawak tetapi Mirza tidak suka dengan lawak tu.

“Balik dah encik.. penat encik?”, tanya Qibthiya sebaik sahaja Mirza masuk ke dalam rumah. Briefcase Mirza dicapai, Mirza berlalu lalu duduk di sofa empuk. “Nak air?”,tanya Qibthiya lagi.
“Dari awak duk soal-soal,baik ambik je. Saya bukan puasa pun hari ni”,
“Tanya pun salah ke.. mana tau dah minum ke”, bebel Qibthiya lalu berlalu ke dapur. Selepas makan malam pada malam itu, Mirza sudah tidak menegurnya seperti malam itu. Dia kembali kepada biasa. “No smile again!”,Qibthiya menyampah tengok Mirza yang tak suka senyum bila balik. Kalau kat luar,bukan main senyum hingga telinga. “Nah minum.. kalau nak makan,pergi dapur. Makanan dah ada bawah saji. Cuma sambal yang encik suka semalam tu saya dah masuk peti,kalau nak makan sambal tu, encik pandai-pandai la panaskan sendiri”,
Mirza tersedak terdengar ayat last Qibthiya,tersembur sedikit air jarang dari mulutnya, “habis awak nak buat apa? Kenapa awak tak panaskan je untuk saya?”,
“Saya banyak kerja,saya nak angkat kain kat jemuran,saya nak kemas bilik membaca encik lagi,saya nak basuh baju encik yang berlambak tu lagi”,
“Pagi tadi awak buat apa?”,
“Baik saya ingatkan encik,bukan encik sorang dalam rumah ni. Ada Tan Sri,Puan Sri,baju-baju mereka saya kena basuh asing.Rumah ni pulak bukan sebesar reban ayam, so banyak tempat kena bersih. Kolam renang tadi yang besar tu pun saya sental. Encik apa tahu...”,
“Merungut la? Elok la awak banyak kerja,tak la bela lemak sangat. Mak Minah mana?”,
“Encik tengok saya gemuk ke? Bukan saya ni type model ke?”,Qibthiya angkat kening. Mirza balas angkat kening juga, “Mak Minah kan? Dia balik,cucu dia balik ke rumah semalam. So dia off tiga hari,Tan Sri dah izinkan”,
“Emm..pergilah buat kerja. Saya nak tidur jap,kejap lagi kejutkan saya”,
“Berapa minit?”,
“30 minit. Jangan lupa kejut”, Mirza terus merebahkan badannya ke sofa. Terus lelap.
Sementara menunggu 30 minit berlalu,Qibthiya sibuk mengemas sekitar kolam renang. Ladang mini untuk pokok liar seperti orkid juga dirapikan, dia sangat sukakan tumbuh-tumbuhan. Segala masalah dalam kepala boleh hilang kalau dia dah habiskan masa dengan pokok-pokok.
“Mirza..ehh dah lewat. Mati lah aku!”,tergopoh-gopoh Qibthiya masuk ke dalam rumah selepas menyedari dia sudah melebihi waktu 30 minit. “Aduhh, encik bangun. Lewat dah ni encik, karang saya tak kejut karang encik marah saya pulak. Encik..encik...”,Qibthiya menolak bahu Mirza lembut. “Tido mati ke apa dia ni..geram betul aku”,bebel Qibthiya perlahan. Mirza masih tidak bangun, mata Qibthiya melirik kepada water spray diatas meja kopi. Dia tersenyum.. “sitsss...sitsss...”,Qibthiya spray muka Mirza menggunakan water spray.
“Apa ni awak!”, marah Mirza tetapi sebenarnya dia bukan nak marah sangat. Terkejut je lebih!
“Bangun.. dah lebih 30 minit”, kata Qibthiya dan berlalu. Sedikit pun tidak kelihatan bersalah. Dalam hati, “Yabedabeduuu~~~~~~~”.
“Sewel la minah sorang ni,harap mengaji je tinggi”,

Thursday 16 August 2012

Cik Maid,I Need You! Ep2


Sambungan daripada : Cik Maid, I Need You! Ep1


           “Ehh budak,pergi tukar baju,ikut saya shopping”, arah Mirza sambil menarik tali lehernya dan dibiarkan tidak kemas.
“Ape pulak,kerja saya kat rumah je. Bukan jadi tukang angkat barang, tapi ada elaun tambahan tak?Kalau ada boleh jugak..”, tanya Qibthiya tetapi dibalas dengan jelingan maut dari Mirza. “Baik..baik..”,Qibthiya bangun dan bersiap.

Ditoleh kiri,ditoleh kanan. Qibthiya buat muka pelik, “nak buat apa ni?”, tanya Qibthiya ketika beberapa orang perempuan sedang meletakkan beberapa pasang baju di hadapannya.
“Malam ni ada dinner company,awak ikut saya. Just say yes,can’t say no”, arah Mirza. Qibthiya masih buat muka pelik tetapi dia suka pakai baju cantik-cantik. Disuruh pakai itu,dia pakai,semua dia pakai. Lebih kurang dua jam,Qibthiya telah melalui transformasi. Dari rambut hingga ke kaki, mata Mirza masih tak berkelip.
“Akak ni macam Marimar la..cantik”, puji seorang tukang jual.
Qibthiya hanya tersenyum. Setelah membayar kesemua,Qibthiya berjalan beriringan dengan Mirza,banyak pula mata yang memandang.
“Femes jap berjalan dengan orang terkenal ni”, kata Qibthiya. Apa yang Qibthiya katakan tu betul juga, yalah siapa tak kenal Mirza anak bongsu Tan Sri Ismail. Bakal pewaris Ismail Group beberapa tahun lagi.
Mirza perasan mata yang memandang,tiba-tiba timbul satu perasaan cemburu. Dia tahu mata tersebut memandang kecantikkan Qibthiya. Dengan spontan tangannya memaut mesra tangan Qibthiya,mereka berpimpin tangan. Qibthiya cuba menarik tangan tersebut tetapi gagal kerana genggaman Mirza terlalu kemas. Entah mengapa hati Mirza rasa senang sekali. Rasa itu terhenti seketika takkala Qibthiya berhenti secara mengejut,matanya memandang kearah kedai di sebelahnya.
“Jom”,Mirza menarik tangan Qibthiya masuk ke dalam kedai tersebut. “Nak apa? Cakap, saya belanja”,
“Ehh takpe,jom keluar”,
“Tauke,kasi tengok Ipad 3 tu”,
“Ya boleh..boleh..ini dia,manyak bagus la ni barang. Sekarang olang sudah tak pakai laptop kehulu kehilir. Olang pakai ni la”,
“Ermm..nak tengok jugak Iphone 4 tu”, kata Mirza lalu tauke tersebut menghulurkan Iphone 4 ke tangan Mirza. “Saya angkat la dua-dua ni..”,
“Waah,manyak bagus. Wa manyak untung ini hari,lu manyak bagus.. Ambil di kaunter ya”, arah tauke kedai dan Mirza angguk.
“Awak memang tak nak apa-apa ke?”, tanya Mirza pada Qibthiya yang dari tadi diam.
“Takde.. ehh pergilah ambil”,balas Qibthiya. Mirza berlalu dan setelah usai semuanya, mereka menuju ke kereta.
“Kita balik rumah kejap,solat Maghrib. Lepas tu kita pergi dinner. Jap,habis tu macam mana make-up awak tu? Habislah lepas ni?”,
“Saya ni terpaksa ok,terpaksa tak mandi. Lepas ni berbotol minyak wangi saya pakai semata-mata nak selamatkan make-up mahal kat muka ni. Eii rimas betul rasa,gatal muka”,
“Habis tu tak solat?”,
“Cuti la.. dah lah,cepat la bawak kereta tu. Lewat nanti”,
“Ye.. nah,ambik. Saya beli untuk awak”, Mirza menghulurkan paper bag yang berisi telefon bimbit dan Ipad. Pedal minyak ditekan dan mereka meluncur laju keluar dari pusat membeli belah tersebut.
“Gila! Mahal ni.. Takpelah”,
“Ambik jelah, memang awak nak Ipad kan?”,
“Mana tahu?”,
“Lain kali kira duit senyap-senyap,jangan duk fikir nak beli itu ini”, perli Mirza. Dia teringat sewaktu terpandang Qibthiya mengira duit di dapur.
“Telefon ni?”,
“Minah..sekarang ni ramai dah orang ‘murtad’ dari facebook. Mereka convert kepada Twitter pulak.Kalau ye pun awak masih tak convert,takkan nak layan facebook dengan telefon cikai? So,zaman maju ni mana la ada yang nak pakai 3310i awak tu”,
“Hah perli..bebaik sikit. Telefon ni saya sayang tau,parents saya yang hadiahkan lepas saya dapat keputusan SPM”,
“Ye..ye..sorry. Lepas ni guna Iphone tu,telefon lama tu simpan. So takde la dia rosak,ataupun beli sim satu lagi letak dalam tu. Guna kat rumah je”, cadang Mirza.
“Ehh pelik ni,apesal tetibe buat baik ni hah?”,
“Ikhlas..”,
“Konon la kan?”,
“Suka hatilah..yang penting majlis nanti awak kasi lancar je”,
Qibthiya mencebik lagi,apa Mirza fikir dia sedang bercakap dengan budak tadika? “Hey ni Qibthiya tau,anak cikgu Mahmud dengan Salmiah yang master dalam bidang ‘domestic engineering’. Tengok la nanti..” detik hati Qibthiya walaupun dia tak tahu agenda lengkap Mirza namun berkat dari novel-novel Mirza yang dicuri baca, ada terselit adegan makan malam untuk tolong selindung atau menyamar jadi ‘makwe’. Bijak!
----

Suasana ballroom yang dihias mewah,kelihatan pelayan-pelayan hotel begitu segak dan tertib melayan para tetamu. Kehadiran Mirza dan Qibthiya masuk ke dalam ballroom mematikan perbualan para staff, semua melihat kearah mereka berdua. Mata Mirza mencari kelibat Misya, ya itu Misya yang sudah menunjukkan muncung berdepa-depa. Mirza hanya tersenyum,rangkulan tangannya dipinggang Qibthiya dileraikan sebaik sahaja papa dan mamanya menghampiri mereka.
“Ibu tak datang papa?”, tanya Mirza.
“Tak, dia kata bagi mama jelah. Sebab tahun lepas dia dah datang”,
“Ni...ni Qibthiya kan?”,tanya mama yang kelihatan teruja.
“Yelah mama..takkan tak cam kot”,balas Mirza.
“Cantiknya Qibthiya..jom join mama. Mama nak kenalkan dengan kawan-kawan mama”, ditariknya tangan Qibthiya. Mereka memang rapat dan satu kepala,suka mengenakan Mirza dirumah.
“Ehem..anak papa. Sejak bila ni,tak inform pun”,
“Mintak tolong jelah papa,takkan la Mirza nak kawen dengan pembantu rumah..”,
“Pembantu rumah genius..siapa pun nak. Kamu taknak,papa boleh rekemen dekat anak-anak kawan papa”,
“Mengarutlah..Papa,sekejap ye,Mirza nak pergi kat abang Marzuki jap”,pinta Mirza dan Tan Sri Ismail hanya angguk. Marzuki merupakan abang kepada Mirza,yang sulung pula Mariatul. Mariatul seorang designer yang sudah menempa nama di dalam dan luar negara,sekarang dia stay dengan ibu di London. Marzuki ni pula sudah berkahwin,umur pula genap 38 tahun pada tahun ini. Beza umur dengan Mirza adalah 10 tahun.
“Hah bang,lama tak nampak batang hidung. Datang sorang ke?”,tegur Mirza sewaktu Marzuki sudah duduk di kerusi.
“Baru sampai dari Jakarta la,penat lagi ni. Tak,semua datang. Tu duk kat mama..”,tunjuk Marzuki pada sebuah meja tak jauh dari mereka. Mama memang suka kenalkan ahli keluarga dan menantu kepada kawan-kawannya,asalkan menantunya sedap mata memandang dan menepati seleranya.
“Abang ni tak terasa ke nak join company ni? Masuk jelah kerja sini,tak payah susah-susah”,
“Malas lah abang,Mirza jelah take over. Abang senang buat kerja ni,lagipun syarikat abang baru lepas buka dua cawangan lagi di Kelantan dan Terengganu”,jelas Marzuki.
Marzuki telah berkecimpung dalam pernigaan kain sejak 10 tahun lalu. Sekarang syarikatnya menjadi pengedar utama kain bercorak batik dari Pantai Timur. Nama syarikatnya sudah satu taraf dengan Euro Moda, Saleem Aziz yang menjual kain-kain untuk dijadikan baju pengantin,baju kurung atau baju melayu serta langsir. Pendek kata semua jenis kain lah ada.
Tidak lama kemudian,Tan Sri Ismail naik ke pentas untuk memberikan ucapan untuk makan malam tersebut. Semua mata tertumpu kepada Tan Sri Ismail,dengan meja press yang betul-betul di hadapan stage yang dipenuhi dengan press dari pelbagai agensi. Mirza hampir tersedak setelah Tan Sri Ismail mengumumkan akan menyerah jawatan CEO dan seterusnya menyerahkan syarikat kepada Mirza awal bulan depan di akhir bicaranya. Tepukan gemuruh diberikan oleh para staff dan semua yang hadir ketika itu.
“Ehh abang..ni bukan macam papa plan. Sepatutnya beberapa tahun lagi lah”,
“Apa pulak,papa dah tua la. Dalam umur nak masuk 60 tahun ni,kasi chance la papa rest. Main cucu pulak”, Marzuki tersengih melihat muka pucat adiknya.
“Maaf,ni Encik Mirza kan? Kami wartawan dari Biz World,boleh kami temu bual encik?”,
“Sure,sila duduk”,balas Mirza penuh yakin. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa takutnya dia. Tidak lama kemudian beberapa orang press dari agensi lain pula datang. Mirza dihujani dengan pelbagai soalan.
“Encik Mirza tahun ni dah masuk 28 tahun kan? Masih tak sedia nak habiskan zaman bujang ke? Ataupun Encik Mirza dah ada yang istimewa?”
“Haha..pandai awak ni nak korek cerita ye”,kata Mirza.
“You, tahniah. I proud sangat dengan you,muda-muda lagi dah dipercayai nak galas tugas besar ni”,tiba-tiba Misya datang dengan gaya gedik. Dia pandai gunakan tubuh badannya untuk goda dan tarik perhatian.
“Wah,ni la ye buah hati Encik Mirza? Cantik...”, ujar seorang wartawan lelaki.
“Ehh sorry,I tak perasan ada press..”,Misya merengek. Ahh alasan tak masuk akal, ramai press depan Mirza,takkan dia tak perasan. Mirza buat muka.
“Ni Misya,kawan lama saya. Kawan je ok,tak ada lebih-lebih pun”, jelas Mirza. Misya tarik muka.
“Habis tu,takkan Encik Mirza tak ada yang istimewa lagi kot?”,
Mirza memandang Misya yang seakan memohon simpati, “Ada...ada..sekejap ye. Ermm mana dah dia..”,mata Mirza mencari-cari kelibat seseorang. “Ahh,Qibthiya.. Qibth.. come here”,panggil Mirza.
 Misya yang seakan kanak-kanak merajuk berlalu dari situ,beberapa orang press tergelak kecil. Sudah nampak riak dimuka mereka yang mereka tidak senang dengan Misya.
“Ni dia,Qibthiya”,kenal Mirza kepada para press.
“Cantiknya,macam Jenny dalam cerita Endless Love la”,
“Thanks, I take it as a compliment”,balas Qibthiya simple.
“Dah berapa lama Cik Qibthiya kenal dengan Encik Mirza?”, tiba-tiba soalan diajukan. Qibthiya memandang Mirza yang tersenyum,Mirza kenyit mata pada Qibthiya.
“Ikut bulan tu baru je lagi. Nak masuk 3 bulan”,
“3 bulan tu kenal lebih rapat la,before this I dah pernah jumpa dia waktu melawat my mom di London. Masa tu dia tengah study dekat Edinburgh. So nak dikatakan jodoh,terjumpa pula di Malaysia ni”,sambung Mirza.
Tercengang Qibthiya dibuatnya,kening Qibthiya terangkat sebelah.
“Kat mana pulak dia tahu aku study situ? Rasanya jadi maid ni tak pakai resume pun..hish!”,kata Qibthiya dalam hati.
“Jodoh betul tu Encik Mirza, macam mana boleh terjumpa tu?”,tanya press lagi.
“Banyak yang peribadi ni. Nak masuk jugak ke? Alahai.. hurm sebenarnya Qibthiya ni anak saudara kepada salah seorang pekerja saya. Tapi dah lama dah pekerja tu kerja dengan keluarga kami,kira dah anggap family pun. Dari situlah kenal..”,
“Tak ada plan dalam masa terdekat ke? Mana tahu kami dijemput makan nasi minyak pula?”,
“Owh,belum lagi. Kami pun masih tengah kenal antara satu sama lain,bagi saya untuk mengharungi perhubungan dalam rumahtangga ni kita perlu sangat-sangat bersedia. So, sekarang kami gunakan peluang yang ada untuk kenal hati budi masing-masing. Kalau jodoh tak kemana kan?”, jawab Qibthiya lancar. Senyuman tak lekang dari bibirnya,Mirza kelihatan senang dengan jawapan Qibthiya.
Setelah sesi soal jawab habis, beberapa jurugambar meminta Mirza dan Qibthiya membuat beberapa pose untuk dimasukkan ke dalam surat khabar dan majalah. Semestinya ini berita hangat untuk diberitahu kepada orang ramai, hati pewaris Ismail Group yang digilai ramai gadis-gadis single sudah dimiliki oleh seseorang. Pasti hangat!
Habis sahaja majlis,Mirza meminta diri. Qibthiya seakan sudah tidak selesa, sepanjang ingin keluar dari ballroom mewah tersebut, Mirza tidak putus-putus diberi ucapan tahniah. Ada juga yang sempat memuji kecantikkan pasangan Mirza pada malam ini iaitu Qibthiya. Mirza sudah rimas,dia tidak suka Qibthiya menjadi ‘magnet’ pada malam itu. Mirza tidak mahu lelaki-lelaki dari pelbagai lapisan umur memandang Qibthiya dengan pandangan ‘double-meaning’.
Mirza dan Qibthiya berjalan seiring ke kereta,muka Qibthiya sudah pucat. Keringat di dahi kelihatan jelas.
“Are you okay? Sorry sebab buat awak tak selesa hari ni”,
“Sakit..”,tiba-tiba Qibthiya mengaduh ketika masuk ke dalam kereta. Air matanya jatuh setitik dua,dia menekan-nekan perutnya.
“Kenapa? Cakap..sakit macam mana?”, Mirza sudah cuak. Tidak lama kemudian Qibthiya tidak sedarkan diri. Cepat-cepat Mirza memandu ke sebuah klinik yang masih dibuka pada ketika itu. Sebaik sahaja sampai, tubuh Qibthiya dicempung dan Mirza berlari masuk ke dalam klinik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...