Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 29 July 2012

Pandiang


Aku bersandar lesu. Sebaik usai kemurkaan, rokok percuma itu aku jamah rakus. Lelaki bernafsu naif terus pergi meninggalkan kamar hapak ini. Tanpa sebarang pesan. Apa lagi kucup sayang. Melainkan tiga keping not RM10 beserta pengeras. Dan nafas aku lemah di ruang kamar sempit ini;

Siapa aku?
Adakah aku yang mereka panggil sundal?
Adakah aku yang mereka gelarkan jalang?
Adakah aku yang mereka katakan perempuan murahan?
Persetan!
Aku tak pernah ambil peduli.
Siapa aku?
Aku adalah aku sendiri.

Aku adalah puteri gelandangan. Aku berkhayal fantasi dengan kemahuan sendiri. Bila jiwa sepi, aku hiburkan dengan iringan muzik hap aeolia. Sambil mengibas sayap bidadari. Dan cuba terbang tinggi. Setinggi yang mungkin aku boleh pergi. Bukan setakat Menara KLCC. Tapi mungkin mencecah ke bimasakti. Agar aku boleh bermain dengan Venus. Mencelah riang di antara bintang-bintang.

Dan kupu-kupu kehidupan berterbangan mengiringi aku yang berapungan di udara. Membawa aku ke dunia yang lebih berwarna-warni. Dan menjejak aku ke aspal berbalut baldu. Menunjuk arah ke sungai madu yang berhias titi pelangi. Aku mahu menyeberang titi itu hingga ke penghujungnya. Dan mahu terus berkelana di sini. Meninggalkan sisi gelap di alam realiti. Dan rakyat jelata bumi yang lebih suka menjadi Tuhan dari menjadi hamba abdi(Nya);

Kalau aku menghuni di sisi gelap, tarik aku ke sisi terang,
Usah mengeji kerana kamu bukan Tuhan,
Tarik aku, tampar aku dan tunjukkan aku di mana cahaya Tuhan,
Bukan campak aku, tendang aku jatuh ke lubang hitam.

Aku adalah lambang kekosongan. Jiwa penuh lara. Perasaan tiada cinta. Aku mungkin kebuluran kasih kerana aku manusia delusi yang mencintai halusinasi. Aku lebih suka berkawan dengan pelangi. Dari bersekongkol dengan manusia bumi. Jika aku disuruh menikmati duniawi, aku lebih rela melemaskan diri di dalam lautan sepi. Dan biarkan aku ketawakan pada nasib sendiri.

Pecahkan hati ini. Apa lagi yang ada? Apa lagi yang tinggal? Tiada. Walau berlinang airmata. Ia tidak pernah bawa aku ke mana-mana. Tiada lagi. Tidak akan lagi. Dan sudah tiada apa-apa lagi. Apakah ada yang sudi menghulurkan tangan? Sudi membimbing ke pangkal jalan? Sudi mengajak aku menemui cahaya Tuhan?

Aku semakin lemas dibaham noda hitam,
Semakinku terkapai, semakin kuat sentuhan itu menghentam,
Di saat ini, aku membayang saat kelahiran,
Saat aku tergelincir dari rahim seorang ibu,
Saat aku menikmati nafas pertama di bumi,
Saat aku masih bertelanjang dengan dosa-dosa ini.

Aku masih mengharap cahaya itu datang. Aku mengharap agar sempat menghidu bau kemanisan syurga. Izinkan cahaya itu memancar sinar. Untuk aku pegang. Untuk aku keluar dari lubang hitam. Sedang aku tahu, tangan-tangan makhluk hitam ini akan rakus menyentap tubuhku. Dan menenggelamkan aku ke dasar neraka. Aku menunggu hukuman seterusnya.

8:45 AM.
Hotel murah.
Bilik 104.
Serpihan hablur ice baby.
Botol Thai Song kosong.
Puntung rokok kretek.
Mati.

Saturday 28 July 2012

Reviu: KasaRnova

Buku: KasaRnova
Penulis: Izwan Hafifi
Penerbit: Lejen Press




Berjaya membeli buku ini semasa ART FOR GRABS + KL ALTERNATIVE BOOKFEST kat The Annexe Gallery bulan Mei lepas.

Pernah aku bawa juga buku ini ke tempat kerja dan rakan sekerja mengatakan kulit muka hadapan buku ini adalah gambar bogel + lucah sebaik sahaja melihatnya. Jenuh aku menerangkan yang buku ini suci murni ye. Tak de adegan lucah. Kehkeh.

Hero cerita ni Bali dan aweknya Farah. Korang bacalah  buku ni kalau nak tau kisah diorang ye.

Antara konflik utama cerita ini adalah percintaan. Of course antara Bali dan Farah. Bagaimana Bali menangani konflik ini dalam caranya sendiri. Pada aku, dia banyak lari dari masalah dan bukannya menghadapi masalah tersebut. Apabila dia sendiri berasa rimas dengan layanan Farah, dia ambil keputusan untuk mengkuarantin dirinya dari Farah tanpa mempedulikan perasaan awek tu. Cara ni sedikit sebanyak memakan diri pihak yang satu lagi, Farah. Kadang-kadang manusia ingat apabila dia lari dari masalah, masalah tu boleh selesai. Padahal tidak. Masalah akan terus membelenggu hidup.

Penulis buku ini rajin menerangkan tentang sesuatu perkara. Contohnya macam nak menerangkan tentang rokok;
[...] melayan batang yang berisi lebih lebih 4000 bahan kimia berbahaya termasuklah tar, nikotina dan karbon monoksida yang membahayakan kesihatan.
Disokong pula dengan ayat Al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w. Panjang lagi. Korang baca sendiri tau. 


Penulis juga rajin menyelitkan diri sendiri dalam penulisannya. Sering dia memberi komen terhadap tindakan watak-watak atau cara penulisan dalam novelnya. Bikin aku sengih sendiri.
Bali agak mamat ni nak sailing girlfriend dia ni. Sailing? Bodoh punya autocorrect Microsoft Words ini; sumpah penulis tak terdengar.


Penggunaan bahasa santai memudahkan aku untuk menghadam cerita ini. Perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bercampur-aduk. Memang diakui rata-rata cara perbualan kita memang sebegitu. 
"Pasal I nampak boobs dia and she's wearing kurung, puas hati?" suara Tini sudah mula bersalut tone yang lebih tinggi.

Selain dari itu lebih berkisar tentang kisah cinta dunia zaman kini. Facebook, handphone dan macam-macam lagi la medium perantaraan. Kisah anak muda bercinta ^_^


Aku boleh agak ending cerita ini sebelum aku habis membacanya haritu. ^__^


*p/s: Kalau korang nak beli buku-buku macam ni, boleh klik link kat bawah ni




oleh: the ohsem dill

Thursday 26 July 2012

BINTANG RAMADHAN

“Bintang.. bintang.. apasal ramai orang pergi masjid? Ada kenduri ke kat masjid?”

“Oii kau tak tau ke? Kan bulan da bersalin.”

“Hah? Bersalin? Bulan da ada anak baru?”

“A’ah. Da anak baru. comel anak dia. Kau tak tahu ke dia da beranak?”

“Eh aku tak tahu.”

“Itulah kau. Dia da ada anak da. Namanya Ramadhan Jr 1433.”

“Pergh! Ada tag nombor.”

“Hebatkan bulan. Seorang diri, tapi anak da ramai.”

“Hebat-hebat. Bintang..bintang.. aku perasan sesuatu. Malam ini macam sunyi sepi dari ketawa Syaitoonn saja. Selalunya memalam gini, kuat gelak ketawa dia.”

“Engkau ini tak belajar agama ke apa? Kan bila bulan beranak, syaitan kena ikat. Tentulah masa bulan dalam pantang sebulan ini, syaitan takde.”

“Erk. Ye ker? Apasal masa kita beranak, syaitan tak kena ikat?”

“Engkau itu bulan ke bintang. Syukur-syukurlah engkau jadi bintang, sentiasa ada. Daripada engkau jadi syaitooon, kena kurung sebulan.”

“Erk, bintang ini.. Tanya pun tak boleh. Period la tu.”

“Grrrr!”

Aisyah duduk di tangga surau al-ikhlas mendongak melihat dua bintang paling bersinar malam ini. Berkilauan menemani bulan di ramadhan pertama. Solat terawih malam ramadhan malam ini seperti selalu hanya ditemani oleh ayahnya, Syawal. Ibunya sudah lama berada di alam lain. Mati sahid ketika melahirkan Aisyah.

Dari keramaian, jemaah-jemaah solat terawih saling bersalaman di pintu surau. Berjabat tangan dan mengucapkan selamat berpuasa untuk esok. Aisyah masih lagi duduk di tangga surau perempuan. mendonggak ke langit. Melihat dua bintang.

“Aisyah. Mari pulang sayang.”

Syawal membelai telekung yang menutupi rambut aisyah. Merenung satu-satunya anak perkongsian kasih dengan arwah isterinya, Radawiyyah. Aisyah mendepakan tangannya. Meminta dukung dengan ayahnya. Siapa lagi tempat dia mahu bermanja jikalau bukan dengan ayah kandungnya sendiri. Tahun ini tahun ke tujuh mereka beraya berdua. Walaupun hanya berdua, ramadhan ini tetap dinikmati sebaiknya.

Badan aisyah dikendong. Aisyah memaut leher ayahnya. Memberi kucupan di pipi ayahnya dengan senyuman yang paling manis.

“Ayah, boleh aisyah Tanya?” 

“Tanya apa sayang?”

“Bintang pandai bercakap?”

“Erk. Aisyah dengar bintang bercakap ke?”

“Rasanya tadi aisyah dengar bintang bercakap.”

“Hurm.. mungkin itu kawan ibu kot. Ibu minta dorang temankan aisyah sementara menunggu ayah siap solat tadi.”

Aisyah terdiam. Syawal hanya senyum. Walaupun aisyah tahu ayahnya bergurau, dia terima ulasan ayahnya. Tambahan lagi, di bulan ramadhan masakan syaitan pula yang berkata-kata. Bukankah bintang yang satu tadi sudah terangkan. Pabila masuk bulan ramadhan, semua syaitan diikat. Aisyah merangkul erat leher ayahnya. Setiap ramadhan, dia tidak rasa keseorangan. Ayahnya sentiasa menemaninya.

~|~|~|~|~ 

“Psst bintang. Budak itu dengar ke kita bercakap?”

“Entah, dengar kot. Kau punya pasallah ini. kecoh!”

“Ish! Aku pula di salahkan.”

“Kau la punya pasal!”

~|~|~|~|~ 

Aisyah mendonggak ke langit. Melihat bintang lalu senyum.

‘Selamat malam bintang ramadhan.’

Wednesday 25 July 2012

Cik Maid,I Need You! Ep1


Diletakkan novel yang semalam dibeli, termasuk yang ini sudah lapan novel sudah dibeli oleh Mirza pada bulan ini. Nak kata baca habis, tidak. Sekadar tulis nama,belek depan kemudian tengah-tengah dan akhirnya penamat. Entah apa alasan,sama ada novel itu tidak menarik ataupun fikiran Mirza entah kemana. Pagi kerja di pejabat, petang balik lepak kat rumah dan malam dihabiskan masa untuk merenung kerja ataupun menulis. Ya, menulis artikel atau novel menjadi kerja part-time Mirza.

“Encik.. Kawan encik,encik Nazir datang. Encik nak jumpa atau nak saya ‘halau’ dia?”, tanya Qibthiya yang merupakan pembantu rumah Mirza yang baru sebulan bekerja.

“Halau la kalau nak try rasa saya halau awak pulak. Panggil jelah masuk,bukan saya ada kerja pun”,jawab Mirza dalam nada tiada nafsu. Qibthiya seakan mencebik, dibuntangkan mata luas-luas memandang Mirza yang terbaring di sofa. “Awak tengok saya ke nak makan saya? Pelik la minah ni!”, sergah Mirza tiba-tiba dalam pitching rendah,kelam kabut Qibthiya lari dari situ.

Tidak lama kemudian, “apa cer la kawan aku sorang ni,terbaring macam ni. Kat office kemain muka ketat mengalahkan boss,kat rumah muka macam mati pucuk”,

“Woi..agak-agak sikit ayat tu. Aku tengah tak best ni,so jangan buat ayat tak best. Karang melayang pulak penumbuk sekali dua”,

“Lek bro,gurau je. Macam kau tak tahu aku kan gurau kasar”,

“Minum encik...encik.. Tak cukup panggil saya ye,saya tambahkan”,sengih Qibthiya lalu pergi semula ke dapur.

“Mak Minah mana? Sapa pulak awek tu? Cun gak..”,

“Anak sedara Mak Minah,budak baru habis master. So dia datang la tolong apa patut kat sini. Minum jelah,banyak soal pulak. Kau datang ni pehal?”,

“Demand gila kot nak pakai orang gaji ada master! Dunia..dunia..tak adil betul awek cantik kasi jadi pembantu rumah”, ujar Nazir lalu diteguk air di dalam gelas dengan sekali teguk. “Ahh ni, kerja baru. Aku terjumpa Julia,ala yang suka bagi plot cerita nak suruh kau karang novel tu. Hah ni dia plot tu,dia kata bila-bila masa siap pun takpe. Janji meletop!”,

“Meletop konon,kepala aku nak meletop adalah.. letak jelah kat situ,kalau rajin aku baca”,

“Dah kau ni kenapa? Seorang penulis tak boleh buat gaya hidup tak sihat macam ni. Kena semangat la baru idea datang. Bersenam kasi segar sikit badan, lepas tu..”,

“Air lagi encik...saya tambahkan ye..”,tiba-tiba Qibthiya datang memotong ayat dan memandang Nazir sambil melemparkan senyum tigaaa.

“Aaa...err..boleh..hahaha...boleh..”,Nazir kelihatan kaku sekejap. Mungkin pelik dengan cara Qibthiya. “Center ke tak budak ni..”, detik hati Nazir.

----

Hujung minggu yang dirasakan sangat boring sekali,entah apa yang mahu dia buat. Mirza mundar mandir di dalam biliknya. Tidak lama selepas itu telefon bimbitnya ‘menyalak’,

“Morning sayang..anak mama baru bangun ke?”,

“Assalamualaikum mama...bangun lama dah. Ada apa?”,

“Wasalam,ish suka tau perli mama macam tu! Ni mama call nak cakap yang mama belum bagi gaji kat workers dalam rumah kita tu. Dalam bilik mama,sayang pergi kat laci tepi katil. Papa ada tinggalkan beberapa envelope, dah tulis nama dah pun. So tolong bagikan ye, ok sayang mama got to go..tatata...”, talian dimatikan. Mirza menggeleng kepala beberapa kali.

Owh lupa nak cerita,mama tu mak tiri Mirza ni. Mak kandung yang dia panggil ibu tu masih ada tapi selalu stay di London,buka butik kat sana. Mama ni ada sejak Mirza buka mata lagi,masa Mirza kecil dia memang disusukan oleh dua mak. Dengar macam best je kan? Tapi kes lupa rasa susu macam mana,so tak boleh nak kata best sangatlah.

Mirza berjalan turun dari tangga,ditangannya terdapat lima envelope untuk para pekerja. Langkahnya dipanjangkan ke dapur, dia lihat Qibthiya sedang mengacau entah apa lauk.

“Eh minah..sini jap”,

“Ye,Mirza panggil Mak Minah..?”, tegur Mak Minah yang berada di tepi peti sejuk. Mirza tak perasan,sumpah!

“Ehh..tak..tak..tapi ok lah,cuma minah tadi tu Mirza nak panggil budak tu.”,muncung dipanjangkan sedepa. “Mak Minah, ni gaji bulan ni. Kira,tak cukup mintak mama ye. Hah budak..ni kau punya. Berjimat,jangan duk joli je keje”,

“Budak..budak..saya ada nama lah.Qibthiya,ingat elok-elok nama tu”, bebel Qibthiya sambil memandang tajam pada Mirza.

“Ada saya kisah? Takde.. budak ke,Qibthiya ke..sama je. Tak de masa nak ingat”,Mirza berlalu keluar dari dapur.

“Thiya,mak long tak suka Thiya cakap macam tu. Dia majikan kita,sebaik mana pun dia kita tak boleh nak cakap macam tu”,

“Baik la sangat..kalau parents dia tu memang la baik. Dia tu baik? Tolonglah.. cakap takde adab je”,marah Qibthiya sambil mengira duit di dalam envelope. 

Sedikit sebanyak hatinya suka sebaik sahaja nampak gaji. Kira ok la kan,pembantu rumah tapi gaji empat angka jugak.

----

“Apa hal pulak perempuan ni call,rimas betul lah!”, marah Mirza dalam hati sebaik sahaja mendapat panggilan Misya,awek yang dia admire masa zaman belajar dulu tapi sekarang tak lagi. Sebab apa? Gedik! “Emm apa?”, tanya Mirza sebaik panggilan dijawab.

“U...u..malam dinner nanti u pergi dengan sape? Bawak I ok? I temankan u”,rengek Misya.

“Dinner?”, tangannya mencapai sekeping kad diatas meja, “Owh dinner company. Sorrylah,I pergi dengan..ermm...dengan...”,

“Dengan sape!”,

“Qibthiya..ehh..a’a Qibthiya”,Mirza tepuk dahi,entah kenapa nama tu disebut. Gawatlah!

“Mencik tau! Tak suka! Malas kawan dengan u!”,

“Macam la I nak sangat kawan dengan u..bye then!”, talian diputuskan. 

“Aduhh,apesal nama minah tu jugak aku sebut. Sapa la nak menyamar jadi Qibthiya ni. Sah-sah dah Misya pergi jugak malam tu”,Mirza bercakap dengan dirinya sendiri. “Zie,tolong panggil Nazir masuk bilik saya sekarang”,kata Mirza kepada setiausahanya ketika punat merah pada telefon ditekan.

“Baik boss!”

Beberapa minit kemudian..

“Yess boss,ada apa?”, tanya Nazir dan Mirza terus cerita dari A hingga Z, dia sudah buntu. “Hahaha...kelakar boss ni. Nak tutup lubang ni,pergi korek pulak lubang ni. Dah-dah la buat lubang tu boss. Apa susah,suruh je Qibthiya ikut boss”,

“Minah tu selekeh la derr..apa barang nak bawak pergi dinner. Lagipun dia dah la pembantu rumah aku”,

“Tolak la pasal pembantu rumah tu boss, yang penting boss ubah dia...ubah boss...”,Nazir berkata sambil senyum kambing. Mirza angkat kening.

“Ubah? Hurm...”,Mirza garu dagu yang dihiasi janggut sejemput.

---- 

p/s : dah lama tak menulis,tak tahulah apa nak jadi ni..

Monday 23 July 2012

Lena -Yofi

Tak terasa kita telah bertemu bulan ramadhan, bulan penuh berkah yang selalu datang setahun sekali. Di mana ummat Islam berlomba beribadah untuk mencari pahala dan ridha Alloh. Apa sih yang menyebabkan bulan ini orang lebih bersemangat dalam beribadah? Alloh menjanjikan bahwa amalan baik sekecil apapun yang dilakukan akan diganjar berkali lipat; tidur pun dinilai sebagai ibadah; dan anugrah lain yang Dia berikan.

Lena dan Yofi adalah kakak beradik yang rukun. Mereka senang sekali menyambut bulan penuh berkah ini dengan kebiasaan rutin yang akan mereka lakukan: kegiatan sekolah tidak seberat hari biasanya; makan dan minum hanya dua kali—pada waktu berbuka dan sahur; menu makanannya pun sedikit lebih mewah di bulan ini; mereka berdua akan lebih lama berada di luar rumah pada malam harinya—ngaji di masjid dekat rumah mereka, kemudian diteruskan sholat tarawih setelah sholat ‘isya, hingga pulang lebih malam lagi karena mereka menyempatkan tadarus dulu. Hampir selama sebulan penuh mereka melakukan itu.

Ada beberapa kejadian yang membuat Lena dongkol karena perbuatan Yofi, saat pulang sekolah dia sering dikagetkan dengan suara petasan yang dibeli Yofi. Karena itulah, Lena ingin banget pulang diam-diam tanpa sepengetahuannya ke rumah karena sebal bila dikerjai seperti itu, tapi Yofi begitu sabarnya menunggu Lena keluar dari pintu gerbang sekolah—karena hanya pintu gerbang depan lah satu-satunya akses keluar-masuk—menguntit dan mengagetkannya dengan petasan.

“Kenapa gak orang lain aja sih?! Masih banyak orang di jalanan yang kamu temui untuk dikerjai!” Lena mencoba mengalihkan ketertarikan Yofi untuk menghentikan bullying ini padanya. Sesengalan, sambil menata irama napasnya yang masih berantakan itu.

“Kerjain kamu tuh menyenangkan!”

Tapi sorenya, mereka tetap ngaji dan sholat serta tadarus bersama, layaknya tak pernah terjadi hal jelek sebelumnya. Yah... sepertinya hal yang memang kecil tak perlu diperpanjang, apalagi diperbesar. Kalau seperti itu mah spesialisasi si dokter kelamin!

Anak-anak kebanyakan pasti sudah tenggelam dalam dunianya masing-masing sehingga membuat dinding tebal tak terlihat yang menjulang tinggi saat mereka sudah memasuki dunia SMP. Namun, mereka tetap rukun; bisa saling mengingatkan; berani meminta maaf karena salah, sekaligus memaafkan bila yang lainnya melakukan salah. Kehidupan Lena dan Yofi ini seperti langit dan bumi, beda banget, tapi dari situlah mereka bisa saling mengisi!

Lena hobby menikmati musik; bermain gitar sambil menyanyi; menulis cerita; dan membuat kerajinan tangan. Sedangkan si Yofi cenderung suka basket; break dance; dan kegiatan olahraga lainnya. Saat puasa gini, Yofi lebih memilih nongkrong dengan anak-anak ngaji lainnya menjelang sholat magrib saat kelas mengaji selesai, dan Lena pulang sejenak untuk membantu mamanya menyiapkan hidangan berbuka di rumah. Pada saat-saat tertentu, mereka saling mendatangi yang lainnya, misalnya ketika si Yofi yang nyamperin Lena di kamarnya...

“Len, lagi main musik apa sih, kedengaran bagus banget ampe kamarku lho”

“Apaan sih, biasa aja dong. Bilang aja jelek! Orang aku lagi belajar kunci gitar baru dari lagu keren ini nih” Dia menunjuk lyrics lagu pada selembar kertas di depannya.

“Wow, lagu keren nih! Tapi aku belum pernah denger.... Kamu ada lagunya kah?” Sambil meringis, dia mencoba merayu kakaknya yang tengah merajuk karena tersindir.

Mereka saling memasuki dunia yang lainnya agar komunikasi di antara mereka tetap terjaga. Walaupun hanya dengan sebuah pertanyaan... Sekedar ingin tau. Itu membuktikan Lena maupun Yofi tidak menutup matanya untuk saling cuek.

~

Tak terasa saat-saat Iedul Fitri akan datang seminggu lagi. Dalam rentang waktu tersebut, ada satu malam yang Alloh janjikan akan diampuni dosa seorang hambanya di tahun-tahun lalu dan yang akan datang, Lailatul Qadar. Sehingga, ibadah dan amalan baik yang kita lakukan selama bulan Ramadhan akan dibalas lebih dan lebih lagi saat malam tersebut.

Lena dan Yofi tak bosannya melakukan rutinitas yang dilakukannya selama hampir sebulan ini. Mereka sedikit menyayangkan saat indah seperti ini harus berakhir. Bukan karena makanan istimewa yang jarang mereka makan di luar bulan Ramadhan, tapi ya itu...! Karena mereka mendapat lebih banyak kesempatan untuk mencari pahala sebanyak-banyaknya.

***

“Hiduplah engkau di dunia ini seperti orang asing atau seorang yang melintas sebuah jalan”
—HR. al-Bukhori.


Mereka tetap ingat bahwa perjalanan mereka masih panjang. Perlu ada keseimbangan antara kehidupan rohaniah dengan duniawi. Mungkin sekarang mereka masih tak perlu berpikir ke mana dan dari mana mereka mendapat dan makan makanan enak, tapi perlahan mereka sadar itu semua pemberian dari orangtuanya, dan mereka juga akan menjadi seperti orangtuanya—mempunyai anak, pasangan, dan bekerja. Bagaimana mungkin kita ber-Haji bila kita tak mengumpulkan biaya dari bekerja; bagaimana mungkin kita bisa menjalankan kewajiban sebagai hamba Alloh bila lemas karena tak berbiaya untuk beli makanan; bagaimana pula kita bisa mencari makan dengan cara Halal bila tak mengakui diri adalah hamba Alloh? Jadi... yang mana lebih dulu, antara telur dengan ayam? Kesemuanya dari kita yang mengawali adalah Niat-dan-usaha-nya! Di luar itu, yang absolut itu tetap Alloh dong, Dia-lah Awal, dan Dia pulalah Yang Mengakhiri. Nah bingung kan?! Sama...!

Friday 20 July 2012

Gadis Berskirt Hitam dan Xylophone Warna-warni.


Hari ini aku pulang lambat lagi dari kerja. Jam pun sudah menunjukkan hampir jam 11 malam.  Orang sudah tidak ramai lagi yang berada di stesen LRT Masjid Jamek ini. Aku menunggu LRT untuk tiba. Tak sabar rasanya untuk pulang ke rumah di Taman Cempaka. Sejuk. Kipas yang berputar laju itu memang bertiup ke arah aku. Tiba-tiba aku ternampak kelibat seorang gadis genit. Comel. Berskirt hitam dan berbaju bunga-bunga. Di tanganya ada sebatang lolipop perisa strawberry dan dia menggalas kemas bag merah yang berisi sebuah xylophone warna-warni.

LRT pun sampai. Lambat 5 minit dari masa yang telah dipaparkan di skrin waktu ketibaan. Aku lihat dia masuk ke dalam LRT juga. Aku masuk dengan pantas sebelum pintu LRT tertutup. Aku hampir tertinggal kerana leka melihat gadis itu. Nama dia Luna.Kami berada di dalam gerabak yang sama. Aku rasa nama dia Luna. Mungkin kerana aku suka nama Luna dan dia seperti gadis yang bayangkan dalam mimpi aku setiap malam.

Dia duduk di sudut hujung LRT. Tiada sesiapa pun di sana. Dia tersenyum menikmati lolipop perisa strawberry nya itu. Dia membawa keluar xylophone warna-warni nya dan memainkan lagu kegemarannya. Aku rasa itu lagu kegemarannya kerana dia begitu asyik memainkan lagu itu. Aku juga terikut-ikut menggoyangkan badan mengikut irama lagu itu. Aku semakin mendekati Luna yang sedang gembira di sudut hujung gerabak ini.

Tiba-tiba aku terasa seperti kaku. Tubuh aku membeku. Aku lihat dia semakin rancak memainkan lagu itu. Semakin laju. Semakin laju hingga lolipop di mulutnya di campak jauh ke arah lain. Aku dapat rasakan kaki aku sudah membeku hingga ke paras lutut. Luna melihat aku sambil tersenyum. Selama aku hidup, itu lah satu senyuman yang paling manis dalam masa yang sama paling jahat pernah aku lihat.

Dada aku sudah pun membeku. Luna masih bermain xylophone warna-warninya. Dia ketawa melihat aku yang semakin membeku. Aku berharap sangat dia berhenti bermain. Tiba-tiba pemandu LRT membuat pengumuman. "Stesen berikutnya, Pandan Indah. Pandan Indah." Luna berhenti bermain dan mula mengemas barang-barangnya. Aku dapat rasakan badan aku mulai panas. Sebelum Luna keluar, dia melihat aku dan melemparkan satu senyuman yang manis dan satu kucupan terbang pada aku. Aku membalas senyumannya walau pun tubuh aku masih sakit dan menggigil. Dia keluar dan aku melihatnya...semakin hilang....semakin hilang....ghaib.

Celaka, aku masih tidak tahu nama sebenarnya.

Thursday 19 July 2012

Kuih Lapis



Azren sampai di rumahnya, dengan basah kuyup kerana hujan turut lebat di luar. Walaupun kakinya tersadung dan terjatuh beberapa kali akibat kasut lusuhnya yang licin, dia tetap tersenyum. Walau dompetnya dicuri oleh penyeluk saku ketika menaiki lrt, dia redha. Walau temuduga kerjanya tadi gagal, dia rasa gembira. Walau sudah enam bulan dia tidak bekerja, dia tidak mengeluh. 

Azren pulang ke rumah dengan membawa sebungkus kuih lapis, kegemaran isterinya, Mila. Sebaik sahaja dia membuka pintu rumah, Mila memandangnya dengan muka masam.

"Abang ni! Penat saya kemas rumah! Balik-balik je basah!" Mila memarahinya.
"Maafkan abang ya... Ni, abang ada belikan kuih yang Mila suka," kata Azren sambil menunjukkan bungkusan plastik dibasahi air itu.
"Saya akan berselera nak makan kalau abang bekerja balik!"
"Maaf ya, sayang... Tadi masa temuduga kerja... abang... Mereka mahukan pekerja yang ada ijazah..." 
"Alasan! Itu je yang abang tau! Itulah, dulu siapa suruh tak masuk universiti? Sekarang dah bodoh, siapa susah? Bini yang kena tanggung!"
"Abang lapar... Mila dah masak?"
"Nak masak dengan apa? Tahi kucing!? Makan kuih murah abang tu!"

Azren akur dan membuka bungkusan kuih lapisnya. Sudah menjadi kebiasaan, dia akan memakan kuih ini lapisan demi lapisan dengan perlahan-lahan.

Lapisan pertama.
Azren membuka mulutnya, Mila masih membebel.
"Menyesal saya kahwin dengan abang! Miskin!"

Lapisan kedua.
Milla masih marah.
"Kawan-kawan saya semua laki ada guna!"

Lapisan ketiga
Milla masih tidak berhenti.
"Semua mereka dapat. Emas, kereta! Saya habuk pun takda!"

Lapisan keempat.
Azren mengunyah perlahan sambil mendengar luahan Mila.
"Abang dahlah pokai! Pastu lembik! Sampai sekarang kita tak ada anak!"

Lapisan kelima.
Walaupun pedih, Azren tetap menelah lapisan keempat.
"Saya penat jadi bini abang!"

Lapisan keenam.
Rasa tidak puas hati itu diteruskan.
"Kalau saya kahwin dengan pilihan mak saya dulu, saya hidup senang!"

Lapisan terakhir.
Mila menjerit bagaikan orang gila.
"Saya menyesal kahwin dengan abang!"

Azren melepaskan keluhan berat. Dia masih tersenyum walaupun dicaci oleh Mila. Bukan saja hari ini, tetapi setiap hari selama enam bulan sejak dia dihentikan kerja oleh bosnya yang pernah mengadakan hubungan sulit dengan Mila, beberapa kali. Sehinggalah bos Azren sudah mula muak dengan Mila...

"Abang ceraikan kau dengan talak tiga..." Azren berkata dengan tenang.

Azren keluar semula dari rumahnya dengan senyuman luas. Walaupun Mila menangis dan menjerit seperti dirasuk, Azren tidak berpaling. Walau Milla merayu dan meminta maaf, Azren memekakkan telingannya. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia rasa bebas!

Wednesday 18 July 2012

Cinta Apam

“Alamak! Dah pukul  berapa ni? Boleh tertidur pulak tadi!” Akmal memarahi dirinya. Hasrat awalnya untuk tidur sebentar selepas Zuhur tadi terlajak sehingga ke lewat petang. Nasib baik tak terlajak Asar sekali. Lima minit kemudian, dia sudah berdiri di hadapan sebuah gerai kecil di tepi jalan. Gerai kecil bercat biru lembut dan beratapkan zink.  Kelihatan sekeping kad manila ditampalkan di bahagian hadapan gerai,

“Apam Balik 3 – RM1”

Akmal mendekati gerai kecil itu dan dia tidak dapat melihat gadis pujaan hatinya di situ. Puas Akmal tertoleh-toleh sehingga dia terperasan gadis itu sedang sibuk mengemas sambil melutut atas tanah.

“Patut lah tak nampak.” bisiknya.

“Kak, apam balik ada lagi?” Tegur Akmal sambil menjungkitkan sedikit kakinya untuk membolehkannya merenung ke sebalik gerai.

Gadis terus bangun apabila dia terdengar suara itu.

“Apam balik dah habis lah. Datang esok ye,” jawabnya dengan senyuman manis. Dia menyambung kembali kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.

Akmal tersengih gembira. Tak dapat apam balik pun tak apa. Asalkan dapat menatap wajah manis gadis penjual apam balik pun sudah cukup mengenyangkan perut Akmal.

Sudah lama Akmal memendam rasa dengan gadis penjual apam balik itu. Akmal menghitung dengan jari kurusnya. Mengira sudah berapa lama dia jatuh cinta dengan gadis penjual apam  balik itu.

“Dah empat minggu aku memendam perasaan. Aku kena buat sesuatu ni. Respon dia pun macam okay je.”

Sememangnya sudah empat minggu dia jatuh hati pada gadis itu. Setiap hari kecuali hari Isnin dia akan ke gerai itu untuk membeli empat keping apam balik. Hari Isnin gerai tu tutup. Cuti kata gadis itu.  Dia bukannya minat sangat makan apam balik. Dia cuma minat dengan gadis penjual apam balik tu je.

Malam itu Akmal bertungkus-lumus mencurah isi hatinya dalam surat. Dia lebih senang menggunakan surat berbanding emel.

“Klasik dan romantik,” kata Akmal sendiri.

Selesai puas merenyuk kira-kira dua puluh helai kertas, akhirnya Akmal berpuas hati dengan puisi yang dicipta sendiri dan sedikit kata-kata cinta yang dicilok dari majalah milik kakaknya.

Confirm cair punyalah!” Akmal menabur sedikit bedak Enchanteur Romantic atas surat sebelum melipat dan menciumnya. Akmal terlena dalam senyuman.

Esok petangnya, Akmal sudah segak dengan jersi berjenama Lotto dan seluar paras lututnya. Sambil berjalan sempat dia memetik beberapa kuntum bunga kertas atau nama hebatnya Bougainvillea dari pasu milik ibunya.  Akmal berjalan kaki dengan hati berbunga-bunga.

Dari kejauhan dia sudah dapat melihat gadis tu sedang asyik menyiapkan apam balik untuk pelanggan.  Akmal semakin mendekati dan senyumannya melebar. Akmal sudah berdiri betul-betul di hadapan gerai.

“Cik..” kata-katanya mati apabila seorang lelaki tiba-tiba bangun dan berdiri dari sebalik gerai.

“Sayang, kat mana sayang letak tepung bancuhan tadi? Abang tak nampak pun.”

“Ala abang ni. Ada kat bawah tu ha. Cuba cari betul-betul. Sayang dah bawak sekali dari rumah kita tadi,” jawab gadis penjual apam balik.

Akmal tergamam. Gadis itu menoleh ke arahnya.

“Eh. Ye bang? Nak berapa tadi?” Tanya gadis penjual apam balik.

“Err..empat,” jawab Akmal. Senyumnya tawar. Gadis penjual apam balik memasukkan apam balik garing ke dalam plastik dan menghulurkannya kepada Akmal. Duit dan plastik bertukar tangan.

Akmal melangkah pergi. Menjauhi gerai bercat biru lembut. Kuntuman bunga kertas bertaburan di atas jalan. Surat cinta direnyuk menjadikannya surat yang ke dua puluh satu direnyuk Akmal.

“Oh. Cintaku dibawa pergi. Lebih baik aku bercinta dengan apam balik je la," kata Akmal sambil mengunyah apam balik garing.

Monday 16 July 2012

Pet dan Nat- kisah 1 malam



“Kau yang cabut kan!”

“Suka hati kau je nak tuduh aku, dalam kes ni aku rasa dia yang cabut! Muka pun dah macam muka pembunuh, kau tak perasan ke.  Ada hati nak tuduh aku pulak!” 

Pet dan Nat saling berpandangan. Ada api yang marak bermain di sekeliling mereka. Pandangan yang tajam seperti itu tidak selalu muncul dalam setengah abad sekali. Manakan tidak, mereka spesis terancam.

“Habis, kau nak buat apa sekarang?”

“Buat bodoh lah pandai,”

“Ish, aku tak pahamlah dengan kau nih...bodoh ke pandai!”Nat cekak pinggang untuk kesekian kalinya.

“Bodoh...faham,” Pet pula menjeling. Akhirnya mereka sama-sama menggaru kepala.Saling tak memahami apa yang diperkatakan. Mereka terduduk di atas lantai.

Pet sambut kaki yang terputus dari tubuhnya. Begitu juga Nat, tapi bukan kakinya, sebaliknya lengan.

“Rasa-rasanya kalau kita pakai gam uhu, boleh tak sambung balik?”Pet mencadangkan.

“Brilliant...” Nat menepuk bahu Pet yang keras macam plastik.

****

Malam itu ketika Ana tidur nyenyak, mungkin kerana dibuai mimpi yang asyik. Dua patung barbie yang sama rupanya terburai di atas lantai. Kaki dan tangan berselerakkan.Semuanya kerana kerja Ana. Ini kerana Ana menangis mahukan mainan baru. Malangnya, mama lansung tak mengendahkannya. Hasilnya, Ana mencabut kaki dan tangan barbie-barbie itu. Dengan tersedu-sedu Ana mengerekot di atas katil lalu tertidur. Tidur dalam kekecewaan yang belum padam.

****

“Rasa-rasanya, esok, dia sambungkan kita balik tak? Aku tak tahulah dekat mana gam uhu tu...” Pet usap kakinya yang mulus.

“Mungkin, kalau dia tak gilakan benda tu lagi,” Nat juga mengusap lengannya. 

Mereka sama-sama merenung bulan yang semakin hilang di balik awan, terlalu lama rasanya menanti esok. Adakah esok akan sama seperti tadi . fikiran mereka saling bergolak.

Hanya Tuhan yang tahu.




Sunday 15 July 2012

Ceritera Buat Hati



Assalamualaikum, segumpal darah yang mendiami diri ini.
Duhai seketul darah yang bernama hati, bagaimanakah keadaanmu sekarang? Tenangkah kamu mendiam sekujur tubuh ini? Adakah seputih dan sejernih ketika jasad ini dihadirkan ke dunia fana 19 tahun lalu?Adakah titik-titik hitam terlalu mewarnai santak hilang putih nan suci. Warna apakah kamu sekarang, wahai hatiku?
Menurut akalku, usia kecil, tidak pernah aku rasa resah gelisah. Kegembiraan melakar segenap kehidupanku.Aku bahagia walaupun aku tidak mengerti segala perlakuan manusia di sekelilingku. Aku sentiasa tersenyum walaupun dicubit, digomol, digigit.  Aku relakan semuanya. Jasad penuh keriaan. Tiada rasa melainkan kegembiraan dan senyum lebar.
Menginjak remaja, mengapa tiada lagi perasaan seperti itu? Mengapakah hanya resah yang aku rasa? Mengapakah dada ini tidak setenang masa jagungku. Seakan-akan ketenangan dahulu tercabut daripada kehidupanku.
Duhai hati,
Aku teringat yang sebenarnya aku banyak mengabaikan kamu selama ini. Aku tidak menyiramimu dengan bacaan al-Quran dan sentuhan ilmu. Bonda pernah menasihatiku, banyakkan berzikir nescaya hati akan menjadi tenang. Zikir bukan hanya di tikar solat, tetapi semasa berbaring, berdiri, sekalipun mahu tidur.Bahasa zikir bukan hanya menggunakan lisan. Ingatan baik itu zikir. Mengulang perbuatan baik itu zikir. Melihat alam dan mengucap syukur itu zikir.
Mengingat apa yang aku lakukan dan menghisab diri sendiri, aku beruntung berbanding mereka yang kekurangan harta di dunia. Bagaimanakah mereka lebih bahagia berbanding aku. Wahai hati, aku sedar kamu bergetar saat aku menuju jalan merosakkan diri sendiri. Namun, sering aku tidak pedulikan rasa getar itu.
Akibatnya, aku tenggelam dan hati jasad suka kepada keburukan. Bukan sekali  kamu memberi amaran, sering tidak aku endahkan. Hati, baiknya kamu meninggalkan tanda benci kepada jasad ini walaupun diri sering engkar.
Aku teringat pesan seorang ustaz, semakin kita senang dipandang orang dalam soal dunia, selamanya hati tidak tenang.
Benarkah begitu, duhai hati?
Aku jarang memberi kamu makan. Aku teringat kata-kata guru agamaku, jika mahu badan yang sihat dan ceria sepanjang masa, jagalah hatimu. Hati yang bersih akan terserlah dengan penampilan yang menenangkan. Orang lain akan senang bersamanya dan wajahnya akan berseri-seri serta bibir akan sentiasa menguntum senyum. Itulah tanda hati yang bersih.
Patutlah wajah aku sentiasa masam mencuka. Maafkan aku duhai hati, aku kotorimu dengan makanan syubhah. Duit faedah hasil akaun yang aku tutup di bank konvensional itu tidak aku serahkan pada baitulmal. Aku gunakan untuk diri sendiri. Maafkan aku, hati. Tentu masih ada ruang untuk aku betulkan keadaan ini.
Aku calarkan jasadmu dengan membantah cakap ibu ayah. Aku hanya mendengar jika ianya memberi untung pada aku. Jika tidak, cakap mereka aku sanggah. Betapa tidak malunya aku.
Aku bangkang keinginanmu yang mahukan ilmu agama, sebaliknya aku berikan kau hiburan melalaikan. Aku tinggalkan solat, aku abaikan ayah, aku lupa mendoakan kesejahteraan orang Islam. Maafkan aku duhai hati. Berikan aku peluang untuk menebus kesalahan ini.
Duhai hati, jarang kau bisikkan kejahatan untukku, namun aku lebih mengikut bicara nafsu lawwamah yang sering mengajak aku mengotorkanmu dengan macam-macam acara yang pada zahirnya amat mengujakan fizikal dan diri mudaku. Aku tak hiraukan bisikan yang kau cetuskan.
“Jauhkan dirimu daripada kemusnahan!”
“Jauhkan dirimu daripada kecelakaan!”
“Ingatlah wahai diri, kematian itu menjengukmu saban masa, menanti ajal yang telah tercatat di loh mahfuz.”
***
Hari-hari semalam telah aku cacatkan engkau dengan keingkaran pada ayah. Hilang hormat pada guru. Hatta langsung tidak mengerti perasaan seorang sahabat. Aku mengerti akan pergolakan yang melanda ketika itu, namun kata hati tetap nombor satu. Aku tidak peduli akan segala nasihat iman yang hadir saat diri mahu melakukan pernderhakaan. Aku langgar bahu ayah pada suatu hari dengan sengaja. Ayah tersungkur. Ayah, usianya yang lanjut tinggal dua dekad mencapai satu abad terkaku. Anak yang diasuh sekian banayk ilmu agama sanggup sekasar dan bertinak sejauh ini? Akal hitam menguasai. Hati itu sudah bertukar warna.
Hari yang berlalu aku biarkan berlalu.
***
Allah memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Sendirian di rantau, jauh daripada ibu ayah, menyedarkan aku akan hakikat sesuatu. Jika aku tidak mengubah diri sendiri, selamanya aku akan di alam kejahilan. Allah berikan al-Quran sebagai panduan terlengkap untuk mereka yang mahu belajar.
 Belum terlambat untuk aku kembali ke pangkal jalan. Cuma aku perlukan kekuatan. Duhai hati, bertahanlah engkau pada jalan yang aku pilih ini. Aku hanyalah seorang insan yang masa silamnya penuh luka kerana perbuatan tangan ini sendiri.
Aku sedar amat Allah sentiasa membuka ruang untuk hambanya mengalirkan air mata taubat. Sedangkan saban malam Dia sentiasa mengabulkan permintaan mereka yang memohon pasanya dengan sepenuh hati.
Hati, akan aku selak lembar sejarah baru buatmu. Menyuci karat-karat dosa yang masih bertampuk di sini. Aku sedar masih banyak kesalahan yang perlu aku betuli, aku sedang dan akan meneruskan usaha ini. Biar semua karat kembali nampak sinarnya hingga aku mampu menyerap ilmu yang dipelajari ke dalam hati seterusnya jadi amalan.
***
Duhai hati, walaupun telah aku kotorkan dirimu dengan terlalu banyak maksiat, berikan aku peluang, duhai hati. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Penerima Taubat dan rindukan rintihan hamba-Nya. Usah kau merajuk lagi, bimbinglah aku dan nafsu yang sentiasa bersamaku agar sentiasa di jalan agamamu. Kau tahu segala yang aku lakukan meski tak siapa melihat. Kau tetapkan diri ini pada jalan kebaikan.
Aku harapkan warkah ini merupakan detik mula persahabatan kita yang lebih akrab. Berilah aku peringatan jika aku terlupa dan marahlah, pukullah aku jika aku melanggar suruhan Pencipta kita. Aku takut pada hari di mana manusia tidak mampu berkata-kata, tangan terbelenggu, diri ditenggelami peluh sendiri, kau hadir dalam keadaan teramat kelam, sehitam arang bakaran.
Maafkan salah aku duhai hati, terima kasih kerana setia menjadi sebahagian tubuh ini yang banyak melakukan salah.
Daripada : Jasadmu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...