Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Saturday 30 June 2012

Reviu: Awek Chuck Taylor

Buku: Awek Chuck Taylor
Penerbit: Lejen Press



Serius aku tidak perasan cover depan buku ni merupakan kasut Chuck Taylor. Ignorant sungguh.

Menceritakan tentang pengalaman Hafiz dengan perempuan-perempuan yang berada dalam kehidupannya. Sheila, Fadilah, Bella, Azrina, Mira dan Nana. Dari apa yang aku tahu buku ni berdasarkan cerita benar. Pada 10 Jun 2012 lalu, Ezreen Emira (Mira) telah kembali ke rahmatullah. Kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk dia dan Nana ya. Moga ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.


Dari apa yang aku baca buku ni banyak menyentuh tentang aspek kehidupan anak muda; pergaulan, cara hidup, kekeluargaan, akademik, cinta dan macam-macam lagi.

Kehidupan anak-anak muda banyak juga dipertontonkan dalam buku ni. Selain teruja dengan bola sepak, masing-masing jiwa-jiwa jugak. Watak Hafiz dan Aiman masing-masing minat bola sepak dan dalam masa yang sama Aiman sibuk hendak menekel awek-awek yang diminatinya. 

Rasanya fokus besar dalam buku ini adalah tentang Hafiz dan teman wanitanya, Mira. Pemikiran Mira yang lain dari yang lain bikin aku ingin terus membaca. Kadang-kadang pelik juga dengan pemikirannya. Yeap, sometimes women are unpredictable. Mira sedikit sebanyak boleh menjadi antagonis. Haha! Bukan nak kata dia jahat, cuma tindakannya sometimes bikin Hafiz haru-biru.

Elemen kekeluargaan juga ditunjukkan dalam buku ni. Mira sangat-sangat menyayangi Nana, adik bongsunya. Keadaan Nana yang sering kurang sihat membuatkan Mira menjadi protective. Sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang berlaku pada Nana. Part ni aku sangat suka. ^^

Konflik cinta antara Hafiz, Mira dan Nana seperti mengundang virus dalam perhubungan mereka bertiga. Hafiza sayangkan Mira dan dalam masa yang sama mengasihi Nana. Aku tahu Hafiz sayang Nana. Sayang sangat. Kalau korang tak tahu apa yang aku bebelkan ni, korang kena beli buku tu dan baca sendiri okei.

Aku rasa dah panjang ni. Maaflah kalau ada terkurang apa-apa dalam reviu ni. Aku budak biasa.

oleh: the ohsem dill

Thursday 28 June 2012

Aku, Temu Duga dan Darah.


Aku berlari ke tandas dengan kelajuan semaksimum mungkin. Aku sudah tidak mampu tahan lagi rasa ingin membuang air ini. Hampir 30 minit aku menunggu teman serumah aku selesai mandi. Apa yang dia lakukan di dalam bilik air tu, aku pun tidak tahu. Apa yang seronoknya duduk lama-lama di dalam bilik air yang busuk dan tidak berbasuh yang boleh dikatakan hampir 3 bulan tidak berbasuh. Kali terakhir ia dibasuh pun, oleh aku. Nak harapkan dia, memang tak lah. Hidup dia hanya DOTA, DOTA, DOTA. Kepala otak dia!

Aku dah serabut dah memikirkan apa alasan aku nak bagi pada bakal bos aku nanti. Temu duga sahaja aku sudah lambat. Kemungkinan besar apabila diterima berkerja nanti, aku akan datang lambat juga atau mungkin tidak datang langsung. Tapi, biarkan itu semua Dia yang tentukan. Jam di dinding terus berdetik.

Aku sarungkan kemeja merah maroon lengan panjang yang sudah siap diseterika malam sebelumnya dan seluar slack hitam yang nampak jelas kesan diseterika itu. Tak sia-sia aku masuk asrama dulu. Aku capai tali leher hitam yang siap digantung dibelakang pintu dan stokin di atas almari dan aku bergegas keluar .  Sebelum keluar aku cuba membasahkan tekak aku dengan meminum kopi o sejuk semalam. Sempat juga aku menjeling ke arah jam di dinding sekali lagi. “Celaka. 30 minit dah aku lambat!”

Setibanya ke pejabat tempat temu duga itu diadakan, aku lihat ada 2 orang calon, bukan, musuh yang mahu mencuri kerusi tempat duduk aku di dalam pejabat ini. Hey, aku keturunan Hang Tuah lah. Takkan mudah mengaku kalah. Aku masuk dengan muka yang paling angkuh walau pun sebenarnya aku lambat hampir 1 jam untuk temu duga ini. Peduli apa aku? Aku keturunan Hang Tuah.

“Ya. Boleh saya bantu?” seorang gadis cantik berambut panjang beralun, berkaca mata, berbaju kemeja putih, berseluar slack hitam menegur aku dari balik meja kaunter pertanyaan. Cantik. Sekali lihat adalah seperti Zooey Deschanel. “Oh, saya datang untuk temu duga.” Aku menjawab sambil menolak rambut aku yang menutup mata aku. Mana mungkin aku membiarkan mata menghalang aku untuk menatap wajah gadis cantik itu. “Nama encik?” dia bertanya lagi. “Nama saya, Ahmad Fuad bin Zainal.” Aku menjawab dan senyum kepadanya. “Erm…encik dah lambat untuk temu duga. Tapi, tak mengapa…saya akan beritahu pada bos. Sila duduk dahulu ya?” dia mengangkat ganggang telefon dan menekan butang nombor yang ada pada telefon itu. Aku mengucapkan terima kasih dan terus duduk di ruangan menunggu.

Menunggu itu ada lah sesuatu yang tak pernah seronok. Lebih-lebih lagi menunggu sesuatu yang penting untuk kita, dan kita perlu duduk bersama mereka yang ingin mengambil perkara yang penting itu daripada kita. Aku hanya melihat 2 orang lelaki yang lain dengan perangai mereka masing-masing. Lelaki pertama yang memakai kemeja biru dan seluar slack hitam dipadankan dengan tali leher putih itu, sibuk bermain dengan telefon pintarnya. Aku syak dia sedang asyik di Twitter berkongsi perasaan gemuruhnya. “Aku sedang tunggu untuk temu duga ni. Gemuruh baq hang!”. Mesti dia mengharapkan ucapan “all the best!” atau “awak boleh!” daripada kawan-kawannya di Twitter. Yang lagi seorang itu, dengan baju kemeja biru lengan panjang dan seluar slack hitam, dipadankan dengan tali leher berwarna hijau. Aku syak dia itu buta warna atau pun dia punya citarasa yang teruk dalam berpakaian. Jelas kelihatan perasaan gemuruhnya itu. Tak senang duduk dia di kerusi itu. Sibuk menyelak sijil-sijil yang ada di dalam fail yang dibawanya. Aku sekadar menggelengkan kepala dan membiarkan mereka. Lebih baik aku main game Angry Bird di telefon pintar aku. Kisah apa aku orang nak kata apa. Aku gemuruh juga sebenarnya. “Encik Ahmad Fuad. Sila masuk.” Nama aku dipanggil. Aku menjeling ke arah 2 lagi lelaki tadi dengan angkuhnya.

“Selamat pagi, tuan.” Aku senyum dan meletakkan fail yang penuh dengan sijil-sijil yang aku rasa mampu meyakinkan lelaki dihadapan aku ini untuk memberikan kerja sebagai pelukis plan itu kepada aku. Aku berdiri melihat dia. “Oh, selamat pagi. Kamu lambat.” Dia melihat aku sambil memeluk tubuhnya.

Aku sudah mula berasa gemuruh, tapi aku tahan dan tenang menjawab soalan dia. “Maafkan saya tuan. Saya ada hal penting tadi…” aku menjawab dengan yakin. “Oh, ada kerja penting eh? Lebih penting daripada temu duga ini?” Dia semakin serius. Aku sudah mula menggigil. Celaka! Sepatutnya aku sudah sediakan alasan untuk semua ini. “Hari ini…hari ulang tahun kelahiran saya tuan.” Aku tidak tahu macam mana boleh keluar jawapan itu. “Oh, happy birthday. Mesti mak dan ayah kamu sediakan sarapan yang sedap-sedap untuk kamu. Oh, saya patut beri kamu kek kan? Kek coklat boleh?” dia menjawab sambil menjeling aku.

Aku mula berasa marah, tetapi aku tahan lagi. Boleh tahan juga perangai bakal bos aku ni. Aku cuba mencari alasan yang power untuk selamatkan aku. “Erm…biasanya setiap kali ulang tahun kelahiran saya…” belum sempat aku habiskan ayat aku, dia mencelah. “Apa? Setiap kali ulang tahun kelahiran kamu, kamu lambat untuk semua perkara?” dia ketawa dengan sangat angkuh. “Tidak tuan. Setiap kali ulang tahun kelahiran saya, saya pergi derma darah di hospital. Sebab itu saya lambat hari ini” Aku menjawab dengan muka yang paling tenang. Dia berhenti ketawa dan berubah wajahnya. Aku bagaikan terdengar petikan piano bermain di dalam bilik. Aku ketawa di dalam hati.

“Erm…erm…sila kan duduk. Kita mulakan temu duga sekarang.” Aku lihat dia sudah tidak senang duduk. Rasa bersalah lah tu. “Oh, terima kasih, tuan.” Aku duduk di kerusi empuk yang disediakan. Temu duga pun bermula. Aku harap aku dapat kerja ini dengan berbekalkan sijil-sijil aku dan alasan yang power sebentar tadi. Yang lain aku serahkan kepada Dia di atas. Tapi, aku masih marah dengan teman serumah aku. Celaka! Dia lah punca aku lambat untuk temu duga. Mandi lama sangat apa hal? Celaka!


Wednesday 27 June 2012

PARI-PARI PUTIH

Di pagi nan indah, kicauan burung bernyanyi riang riang, bunga mekar mengharumkan dunia, awan putih membentuk corak, mentari jingga sinar gembira, berdiri seorang pari-pari putih. Mengibar sayap dari bulu-bulu ayam yang dijahit dengan benang putih. Memakai gegelung bulat di atas kepala. Diperbuat dari dawai yang digulung ketat. Berdiri seorang diri di atas bumbung Pakcik Kasmat. Bersedia memulakan misi sebagai  seorang pari-pari di awal pagi. Misi menaburkan serbuk ajaib ke atas kehidupan di muka bumi ini. Itulah utusan yang di amanahkan kepada pari-pari putih ini.

Pari-pari putih mendepakan tangan, bersedia untuk terbang dari atas bumbung rumah. Dengan kerdipan mata yang perlahan, senyuman yang penuh ayu, lebih ayu dari perempuan-perempuan yang masih bernafas di muka bumi ini dan mengalahkan keayuan Cik Siti Nealopa, gadis paling cun di kampung ini. Pari-pari putih bersedia untuk terbang. Kedua tangannya memegang sayap bulu ayamnya. Mengibar dengan perlahan, mengambil mood untuk terbang tinggi. Sementara itu, di sisi pinggangnya tersemat bungkusan hitam yang mengandungi serbuk-serbuk ajaib.

Dengan lafas Bismillah, kibaran sayap si pari-pari semakin kuat. Daun pokok pisang di belakang rumah Pakcik Kasmat turut berkibar. Tidak semena-mena, angin kencang melanda di kampung si pari-pari putih. Semua ini  terjadi kerana tempias kibaran sayap-sayap si pari-pari. Si pari-pari putih tersenyum riak dengan kuasa yang ada. Walaupun orang ramai mempertikaikan sayap bulu ayamnya, tetapi mereka semua tidak tahu akan kekuasaan di sebalik sayap ini.

Tangan si pari-pari makin laju, dan semakin laju dia mengibar, kakinya mula terapung dari atas bumbung rumah. Satu sentimeter, dua sentimeter, tiga sentimeter. Terpancar wajah 'Woww!' di wajah pari-pari. Dia sendiri tidak menyangka kuasanya sudah masuk ke tahap begini. Tanpa menghiraukan peluh yang semakin menggila mengalir di kepala. Rambut yang disanggul elok kini semakin kusut. Solekan yang semakin pudar. Pari-pari putih mesti terbang hari ini. Ya, hari ini dalam sejarah hidupnya dan juga sejarah kampungnya.

Empat sentimeter, lima sentimeter, enam sentimeter. Pari-pari meneruskan terbangannya. Kelihatan di bawah rumah, Pakcik Kasmat melihat pari-pari putih dengan riak yang sukar dimengerti oleh pari-pari putih. Mungkin bangga melihat pari-pari putih berjaya terbang akhirnya. Pakcik Kasmat mencekak pinggang, melihat detik-detik bersejarah pari-pari putih. Dari enam sentimeter pari-pari putih terapung, dia terbang ke tujuh sentimeter, lapan sentimeter. 

Namun tangannya mula berasa letih, pari-pari putih menggigit bibir merahnya. Cuba bertahan untuk terus mengibarkan sayap.

"Oii, sudah puas kau berangan jadi pari-pari?  Sudah! Turun cepat!" bertak Pakcik Kasmat.

Pari-pari putih tidak menghiraukan kata-kata Pakcik Kasmat. Baginya, kata-kata yang diucapkan oleh Pakcik Kasmat hanyalah kata-kata cemburu melihat kejayaan orang lain. Pari-pari tetap mengibarkan sayapnya.

"Aku kata sudah! Jangan sampai aku naik atas sana! Turun cepat!" suara Pakcik Kasmat semakin meninggi.

Kibaran pari-pari putih terhenti. Peluh yang mengalir di dahi dikesat perlahan. Pari-pari putih mengeluh.

"Alaa, Pakcik ini. Orang mula nak terbang da tadi tu," pari-pari putih menghentak kaki di atas bumbung.

"Oii! Oii! Kau hentak kaki di bumbung rumah aku. Kalau bocor itu, kau yang aku suruh ganti tau. Terbang konon, padahal kaki sebelah saja yang terangkat, sebelah lagi terjongket. Turun aku kata!" 

Dengan wajah yang masam, pari-pari putih berjalan perlahan ke hujung bumbung. Memijak tangga satu persatu. Sesudah sampai ke daratan, pari-pari putih terus berjalan menuju ke belakang tanpa menghiraukan Pakcik Kasmat yang mencekak pinggang. Mengambil serbuk ajaib di bungkusan hitam yang diikat di pinggangnya. Menabur ke tanah.

Kurrrr.. Kurrrr.. 

Ayam menjeling tajam melihat pari-pari, lalu makan jagung kering yang ditabur oleh pari-pari putih. Hari ini, sekali lagi ayam-ayam ini lambat sarapan pagi. Pari-pari putih masih meneruskan misinya. Menaburkan serbuk ajaib.

Kurrrr.. Kurrrr..

Monday 25 June 2012

Aku Okay!

Sofia gigit bibir sambil bermain dengan jarinya sendiri. Semalam Hakim telefon kata mahu jumpa dia KL Sentral. Sudah dua jam Sofia tunggu. Jangan kata batang hidung, bayang si Hakim pun tak nampak. Dikeluarkan Samsung SII dari beg, cuba menghubungi Hakim sekali lagi. Masih suara gadis operator menjawab. Sofia makin resah. Sedang Sofia masih gigit bibir sambil bermain jarinya, Hakim muncul. Berjalan bersama seorang gadis kecil molek bertudung ala-ala Yuna.

" Maaf. Aku lambat. Lama dah sampai? "
" Baru lagi. "

Sofia berbohong. Tak mahu Hakim rasa bersalah. Mereka bertiga berjalan bersama menuju ke KFC ditingkat atas. Hakim beriringan dengan gadis bertudung ala Yuna dan Sofia berjalan di belakang mereka. Ceria betul mereka berdua. Sofia gigit bibir lagi. Sampai di kaunter, masing-masing membuat pesanan. KFC kan? Haruslah ayam. Sofia memilih Hot and Spicy manakala Hakim dan gadis bertudung ala Yuna memilih original.

" Siapa ini? " soal Sofia. Tangannya lincah meracik-racik isi ayam. 
" Oh, lupa aku nak kenalkan. Ini Tira. Bakal tunang aku. Tira, ni Sofia, bestfriend yang I selalu cerita. "

Tira senyum. Sofia membalas. Tak ikhlas. Perbualan mereka cuma berkisar tentang tarikh majlis pertunangan mereka. Tira senyum manis, Hakim berbunga, Sofia gigit bibir. Sebelum mereka berpisah, Hakim sempat mengingatkan Sofia supaya hadir di hari pentingnya nanti. Tira menghulurkan tangan untuk bersalam. Sofia menyambut. Tak ikhlas.

Sofia menghantar mereka berdua balik dengan hati yang kosong. Dikeluarkan Samsung SII dari beg, ingin menghantar pesanan ringkas untuk Hakim. Jarinya pantas menaip. Lalu butang send ditekan. Kemudian Sofia berjalan keluar ke tempat menunggu teksi. Sebuah teksi di tahan dan pemandunya seorang India tua. Mungkin sebaya ayah Sofia.

" Uncle, Hentian Pudu Raya. "
" Baiklah.

Dan teksi pun berlalu meninggalkan KL Sentral menuju ke destinasi pilihan Sofia.

* * * * * 

Nokia Lumia milik Hakim berbunyi isyarat sms masuk. Lalu sms dibaca. Ianya datang daripada Sofia. Hati Hakim pecah. Sofia...

" Kau jangan risau. Biar semua lelaki patahkan hati kau, tinggalkan kau, aku akan selalu ada untuk kau. Aku janji aku akan temankan kau. Aku akan selalu ada untuk kau. Sampai bila-bila Sofia. Sebab, aku sayangkan kau. Aku sayangkan kau lebih dari nyawa aku sendiri. - Hakim, kau masih ingat ayat ni? "



Sunday 24 June 2012

Air Mata Alia



Sayunya azan subuh sayup-sayup berkumandang dari surau berhampiran mengejutkan lenaku. Aku mengeliat malas di tempat pembaringanku yang hanya beralaskan tikar mangkuang buatan ibu yang sudah terlalu uzur usianya. Kutoleh ke kiri, adik lelakiku masih lena di tempat pembaringannya. Begitu juga dengan adik perempuanku yang masih lena dibuai mimpi-mimpi indah. Satu keluhan berat keluar dari mulutku. Aku tidak tahu untuk apa keluhan ini kukeluarkan. Adakah aku bosan dengan hidupku? Atau aku yang tidak tahu bersyukur kepada Pencipta Agung kerana pada saat dan tika ini aku masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup udara segar di bumi ciptaan-Nya. Masih lagi diberi kesempatan untuk melihat wajah-wajah insan yang ku sayangi, Adik-adikku, ibuku....ayah??? Masih adakah kasihku untuk insan yang ku gelar ayah?
Disekolah aku termenung sendirian. Seperti biasa waktu rehat akan ku habiskan di pondok bacaan ini. Wang yang diberikan oleh ibu untuk makan pada waktu rehat kusimpan dan hanya digunakan untuk keperluan penting sahaja. Aku lebih gemar membawa bekalan air tangan ibu. Lebih enak dan lebih terjamin kebersihannya.Tapi kini ibu jarang masak untuk aku jadikan bekal ke sekolah. Kesihatan ibu telah menghalang ibu untuk membuat kerja-kerja berat.
Teringat aku akan perbualan yang kudengari secara tidak sengaja antara ibuku dengan mak cik Senah kelmarin.
“Kalau aku tiada nanti kau tengok-tengokkan anak-anak aku. Kau didiklah mereka seperti anak sendiri. Tegur kalau mereka buat silap. Hanya kau harapan aku. Doktor cakap aku dah tiada harapan untuk sembuh. Penyakit aku ni sudah sampai tahap kritikal. Aku hanya mampu menunggu masa, Senah”
Kau sabarlah Mariam. Ini ujian Allah untuk kau. Fasal anak-anak kau tu kau janganlah risau. Aku akan bantu selagi aku mampu”
“Alia tu pun aku tengok dah matang. Walaupun usianya baru 12 tahun tapi aku yakin dia mampu jaga diri dan adik-adiknya. Kau sayangilah mereka macam anak–anak kau sendiri, Senah.” Suara ibu semakin sayu. Ada sendu di sebalik suara itu.
“ Yelah Mariam. Aku tahu tu. Alia tu budak pandai. Aku yakin dia mampu hadapi semua ni. Lagipun budak-budak sekarang cepat matang berbanding dengan zaman kita dulu. Kau jangan la risau ya.”
Bunyi suara sekumpulan pelajar lelaki yang berjalan di tepi pondok bacaan mengembalikan aku ke dunia yang nyata. Tanpa aku sedari setitis air mata gugur di pipiku mengenangkan nasib yang menimpa aku sekeluarga. Mengenangkan tingkah laku bengis ayah yang selalu perhambakan ibu tanpa rasa kasih. Apa yang mampu aku lakukan pada usia mudaku yang baru mencecah 12 tahun ini. Terfikir juga aku untuk berhenti belajar dan bekerja agar aku dapat membantu ibu menjalani pembedahan buah pinggangnya. Tapi kelulusan apakah yang aku ada untuk bekerja. Sekadar mencuci pinggan di warung mamak belum tentu aku dapat membantu ibu. Lebih malang lagi jikalau wang hasil titik peluhku itu diambil oleh ayah untuk berjudi dan berfoya-foya dengan perempuan lain.Walhal ayah tahu akan penyakit ibu. Sudah berkali-kali mak cik Senah menasihati ayah sebaliknya mak cik Senah pula yang ditengkingnya.
Cuti sekolah sudah bermula. Banyak kerja rumah yang guru-guruku sediakan memandangkan kami akan mengambil peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Aku masih lagi termenung di hadapan buku penulisan Bahasa Melayu. Sudah hampir setengah jam aku menghadap buku ini tetapi tidak satu perkataan pun tercatat di halaman tersebut. Aku buntu untuk menulis karangan yang diberikan cikgu Hamid. ‘ pengorbanan seorang ayah’, itulah tajuk yang membuatkan aku langsung tidak berminat untuk menulis karangan ini. Apa yang harus aku tulis? Betul ke ada pengorbanan ayah untuk kami semua. Suara ibu yang tiba-tiba menegurku menjadikan aku serba tidak kena.
“ Dari tadi ibu tengok Alia temenung je depan buku tu. Kenapa nak? Susah sangat ke soalan yang cikgu bagi tu? Mari sini biar ibu tengok.” Lemah suara ibu. Walaupun usia ibu belum mencecah 40 tahun tetapi ibu nampak agak tua. Mungkin kerana penyakit yang ibu alami. Mungkin juga kerana ibu terlalu kuat bekerja.
“ Eh, takpe la ibu, Ibu rehat la. Ibu kan tak sihat. Banyak lagi masa ibu. Nanti Alia boleh siapkan kerja sekolah ni.” Jawabku sedikit gugup kerana takut ibu akan bertanya lebih lanjut tentang kerja sekolahku. Aku terus bangun lalu duduk di sebelah ibuku. Ibu mengusap- ngusap rambutku.
“ Alia...” panggil ibu lembut. Matanya tidak lepas dari memandang raut wajahku.
“ Ya ibu” sahutku dalam suara yang sebak. Aku tidak tahu mengapa. Hatiku rasa tidak enak. Kulihat mata ibu sungguh bercahaya di kala itu.
“ Adik- adik Alia mana?” tangan ibu masih lagi mengusap ngusap rambutku.
“  Ada di luar ibu, bermain.”
“ Alia ingat pesan ibu ni tau, nanti kalau apa-apa terjadi pada ibu, Alia kena kuat. Alia tak boleh menangis, tak boleh cepat mengalah. Alia kena jaga adik-adik. Alia dah besar sayang. Jangan lupa solat. Solat tu tiang agama sayang. Di sekolah Alia belajarkan hukum bagi orang yang suka tinggal solat?”
Aku mengangguk-anggukkan kepalaku. Air mata mula keluar setitis demi setitis.Air mata ini cukup mudah untuk keluar.Tanpa kupinta, tanpa dijemput, air mata ini tetap akan keluar.  Aku sayang sangat pada ibu. Aku tidak rela berpisah dengan ibu.
“Alia pergi panggil adik-adik sayang. Ibu nak jumpa anak- anak ibu.”
Aku akur dengan pemintaan ibu. Terus aku ke ruang tamu memanggil adik-adikku. Kami adik beradik berkumpul di tepi ibu. Ibu memandang seorang demi seorang antara kami lalu diraihnya kami dalam dakapan tubuhnya yang sudah tidak berdaya itu. Dikucupnya dahi kami secara bergilir-gilir. Tiba–tiba ku rasakan dakapan yang tadinya begitu erat kini semakin kendur, kendur dan akhirnya terlerai begitu sahaja. Ku lihat wajah ibu pucat. Mata ibu terkatup rapat. Tiada lagi nafas ibu yang turun naik seperti tadi. Tahulah aku bahawa ibu telah pergi meninggalkan kami.
Ibbbbbbbbbbbbbbbbbbbbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu” laungku sekuat hati. Tubuh ibu ku goncang berkali-kali. Namun ibu masih lagi kaku tanpa sebarang reaksi. Aku menangis semahu-mahumya. Adik-adikku yang tadinya diam kini turut sama menangis denganku. Meratap pemergian ibu.
Tiba – tiba aku terdengar seseorang membuka pintu dengan kasar.
“Woiii!!!! Apa yang menangis sakan sampai kat luar rumah pun boleh dengar ni? Tak tahu malu ke? Mana ibu kamu?? Aku nak duit. Woi, jawablah aku tanya ni. Ibu kamu mana???” Jerkah ayah. Ayah mula menghampiri kami dengan muka bengisnya. Tatkala dia terpandang akan tubuh kaku ibu, tiba-tiba wajah bengisnya bertukar menjadi pucat. Sama pucatnya dengan wajah ibu yang sudah tidak bernyawa di kala itu. Dengan tidak semana-mana ayah meraung dan menghentak-hentakkan kepalanya di dinding. Semakin lama semakin kuat raungan ayah. Tiba- tiba aku rasa ada satu perasaan benci terbit di hatiku sebaik sahaja terpandang wajah ayah. Aku benci!
Sudah tiga bulan permegian ibu. Dan lagi beberapa hari aku akan menduduki peperiksaan UPSR. Aku seperti sudah tidak mahu belajar lagi. Buat apa aku masih belajar sedangkan ibuku sudah tiada. Kalau aku berjaya sekalipun ibu tidak akan dapat berkongsi kejayaanku itu. Ayah?? Semenjak pemergian ibu ayah telah banyak berubah. Ayah tidak lagi berjudi dan mabuk seperti dahulu. Ayah kini sudah bekerja. Solat juga ayah sudah tidak tinggalkan. Pernah sekali aku melihat ayah berdoa sambil menangis. Tetapi hingga ke saat ini aku masih tidak dapat memaafkan ayah. Bagiku pemergian ibu adalah disebabkan ayah. Kalau dari dulu ayah menjaga ibu pasti ibu tidak akan pergi seawal ini. Pasti ibu dapat berkongsi kejayaanku nanti.
Sesudah membaca Surah Yassin buat ibu, aku merebahkan tubuh ke atas sejadah sementara menanti azan isyak. Beginilah keadaan aku setiap hari. Aku pasti akan bersolat di atas sejadah yang selalu ibu gunakan dulu. Tiba–tiba aku terasa mengatuk yang teramat sangat. Aku cuba bertahan tetapi aku terlelap juga akhirnya.
“Alia....”
“ Ibuuuuuu..” Aku terus berlari ke arah ibu yang dari tadi asyik tersenyum melihatku. Ibu mendepakan tangannya menanti aku menghampirinya. Tetapi aku merasakan kakiku masih berada ditempat yang sama walaupun aku sudah berlari sekuat hati. Aku mula menangis.
“ Ibu..jangan tinggal Alia lagi. Alia sayang ibu. Ibu baliklah..Ibuuuu.” Laung ku dalam sendu.
“ Jangan menangis sayang. Alia sayang ibu tak?”
Aku lantas menganggukkan kepalaku.
“Kalau Alia sayang ibu, Alia dengar nasihat ibu baik-baik ya sayang. Mulai hari ini ibu tidak mahu Alia membenci ayah. Dia ayah Alia. Alia kena hormat ayah Alia. Berdosa Alia membenci ayah sendiri. Tak berkat hidup kamu nanti nak..Kalau Alia anak yang baik, pergilah minta maaf dengan ayah. Jangan jadi anak yang derhaka. Ingat pesanan ibu ni sayang.” Bayangan ibu semakin kabur dari pandangan mataku. Semakin lama semakin jauh, jauh dan akhirnya terus ghaib begitu sahaja.
Aku terjaga dari mimpi yang kurasakan sungguh aneh itu. Badanku berpeluh-peluh. Takut, sedih, rindu pada ibu, rasa bersalah terhadap ayah, semua berkumpul menjadi satu. Akhirnya aku menangis teresak-esak di situ. Azan isyak mula kedengaran. Semakin sayu suara bilal melaungkan azan semakin sayu hatiku. Semakin kuat tangisanku.
Dalam aku menangis itu tiba-tiba aku merasakan ada tubuh sasa datang menghampiriku.
“Alia kenapa nak?” Suara garau ayah menegurku. Tanpa aku sedari, buat pertama kalinya aku menghampiri ayah lalu memeluknya sekuat hatiku. Aku menangis semahu-mahunya di dada ayah. Ayah pula mengusap-ngusap kepalaku untuk meredakan tangisanku.
“Alia minta maaf ayah kerana membenci ayah. Alia minta maaf. Alia anak ayah yang derhaka. Alia minta ampun ayah. Maafkan Alia” Ucapku dengan penuh rasa kesal.
“ Jangan menangis lagi Alia. Alia anak ayah. Ayah dah maafkan Alia. Jangan menangis lagi sayang.” Lembut suara ayah memujukku. Tiada lagi tengkingan dan suara keras ayah yang sering ku dengar dahulu.
Kini baru aku sedar. Ayah benar-benar berubah. Aku berdosa dengan ayah. Air mataku mengalir lagi. Maafkan Alia ibu. Maafkan Alia ayah.

Tuesday 19 June 2012

1901



"Aku bukan kedekut, aku berjimat," kata Fahmi kepada Yusof setelah dia diperli kerana tidak mahu ikut kawannya itu membeli-belah.

Itulah Fahmi, memang terkenal dengan perangai kedekutnya di pejabat. Walaupun dia sering kali dikutuk kerana enggan berbelanja lebih, namun dia berpegang keras dengan prinsip hidupnya yang tidak suka membazir. Baginya, asalkan ada keperluan yang cukup, sudah bagus. Dia tidak perlukan seluar berjenama, baju baru, kasut mahal dan semuanya yang memerlukan dia mengeluarkan belanja lebih. 

Biar semua orang mengata. Dia tidak mahu papa kerana bergaya.

"Kalau kau tak nak ikut aku shopping pun, makan tengahari pun tak nak?" Yusof bertanya kecewa kerana gagal meracuni rakannya untuk membeli.
"Kalau pasal makan, aku ok."
"Jom kita cuba makan kat Manhattan Fish Market," Yusof mengajak.
"Tak nak. Mahal. Hari ni 19 haribulan. Kita makan hot dog murah. Jom 1901!"

Akhirnya Yusof terpaksa mengikut kehendak Fahmi. Mereka segera ke kiosk 1901 berdekatan. Seperti dijangka kerana harganya yang murah setiap 19 haribulan, barisan menunggunya sangat panjang. 

"Jom la kita makan tempat lain. Malas aku nak tunggu," Yusof mula merajuk.
"Tak payah. Tunggu je. Lagipun dah sebulan aku tunggu nak makan hot dog murah ni."

Lantas mereka menunggu sehinggalah mereka hampir sampai di kaunter. Fahmi dan Yusof memesan hot dog mereka. Sementara mereka menunggu hot dog mereka di bungkus, jurujual hot dog tiba-tiba bersorak,

"Maaf. Untuk hari ni hot dog dah habis!"

"Alamak, tak adil la macam ni. Saya tunggu sebulan tau nak beli hot dog ni," seorang gadis di belakang Fahmi dan Yusof meluahkan kekecewaannya.
"Itulah kau, aku ajak pergi makan Manhattan Fish Market tadi tak nak!" kawan kepada gadis itu mengomel.

Semua pembeli yang berbaris terus beredar dari beratur dengan kecewa. Fahmi melihat gadis di belakangnya dan bungkusan hot dog ditangannya. Dia mengeluarkan sebatang pen dan menulis sesuatu di bungkusan putih hot dog 1901.

"Nah, untuk awak," Fahmi memberikan sebungkus hot dog 1901 kepada gadis itu.
"Tak apa ke? Awak nak makan nanti..?" gadis itu ragu-ragu.
"Tak apa. Saya beli dua. Satu untuk saya, satu untuk awak. Ambilah, ikhlas," Fahmi beria-ria.
Gadis itu menyambutnya dan mahu mengeluarkan duit untuk diberikan kepada Fahmi.
"Tak apa. Saya belanja. Jumpa lagi ya nanti..."
Fahmi mengajak Yusof beredar.
"Jumpa lagi? Tapi... Nama awak..?" gadis itu bertanya perlahan, melihat Fahmi terus pergi.

---

"Eh, mamat handsome tu bagi contact dia kat awak la," kawan gadis itu bernama Nani berkata setelah dia melihat ada nama Fahmi dan nombornya di kotak 1901.
"Huh? Dia suruh saya call ke?" tanya gadis bernama Fahmidah itu.
"Ye la kot. Tapi kalaulah awak pergi dating dengan dia, agak-agaknya awak dan dia sepadan tak?" Nani bertanya kembali.
"Entahlah... Nama pun dah dekat-dekat sama."
"Dah, hot dog dah dapat. Jom kita shopping!" Nani mengajak.
"Tak naklah," Famidah menjawab.
"Kedekutlah awak ni!" Nani merajuk.
"Saya bukan kedekut, saya berjimat," Famidah menjawab ringkas.

Walaupun Nani mengajak Famidah berkali-kali untuk menemaninya membeli-belah, Famidah tetap enggan. Baginya dia tidak mahu menghabiskan duit gajinya untuk memenuhi kehendak. Apa yang penting adalah keperluan. Dia tidak perlukan seluar berjenama, baju baru, kasut mahal dan semuanya yang memerlukan dia mengeluarkan belanja lebih. 

Biar semua orang mengata. Dia tidak mahu papa kerana bergaya.

---

Sementara itu, Yusof dan Fahmi berada di pejabat mereka sambil menikmati hot dog 1901. 
"Agak-agaknya dia akan call kau ke?" Yusof bertanya.
"Harap-harap la. Duit simpanan kahwin aku pun dah cukup," Fahmi menjawab spontan.
"Jangan dia awek pengikis sudah... Dapat kau yang kedekut ni, haru dia!" Yusof memerli.

Monday 18 June 2012

Sebalang Kaca Mata

Perlahan Manisah membuka matanya. Perit dan pedih namun Manisah usahakan juga untuk membuka sedikit demi sedikit. Pandangannya berputar tiga ratus enam puluh darjah. Tertanya-tanya di mana dirinya.

Bilik itu kelam. Cahaya lampu meja samar-samar menerangi bilik kecil itu. Di sebelah kiri kelihatan sebuah piano usang manakala di sebelah kanan hanya ada sebuah meja kecil. Dari kejauhan Manisah dapat lihat sebalang kaca terletak di atas piano. Bersinar-sinar. Menggamit hati Manisah untuk mendekatinya. Manisah cuba berdiri, terdengkut-dengkut berjalan ke sana. Tiba-tiba Manisah terjelepok jatuh. Diurut betis. Sakit. Dikerling apa yang menyebabkan dia jatuh. Matanya membuntang. Terlanggar sekujur tubuh tanpa nyawa. 

Aaaahhhhhhhhhh!!!!!!

Manisah menjerit lantang. Dalam kesakitan Manisah berlari ke pintu. Cuba membuka tetapi tidak berjaya. Dikunci dari luar. 

Bukak pintu ni! Bukak! Bukak! Kenapa aku kat sini! Bukak!

Ketukan Manisah semakin deras. Tubuhnya menggeletar. Manisah ketakutan. Tiba-tiba pintu ditolak. Suatu kelibat masuk ke dalam bilik. Bertubuh sasa sedang tersenyum konon manis.

Manisah sayang, kenapa menjerit ni? Terkejut ya? Oh. Jangan risau, itu bangkai tidak bernyawa. 

Manisah berundur. Selangkah demi selangkah. Sehingga sejajar dengan piano lama. Matanya mengerling ke arah balang kaca itu. Anak matanya membesar. Kelihatan berpuluh-puluh biji mata dalam balang itu. Semuanya seperti merenung tajam ke arah Manisah.

Aaaaahhhh!! Apa tu! Lepaskan aku! Kenapa aku kat sini! Bangsat! Lepaskan aku!

Tersenyum lelaki itu. Tangannya memegang erat sebatang sudu.

Manisah, aku cintakan matamu. Aku perlukannya. Kau sudi berkongsi matamu denganku bukan?

Tidak!!! Kau gila!!! Lepaskan aku!!

Manisah berundur sehingga dia terasa tulang belakangnya terkena dinding bilik. Lelaki itu sudah dekat dan sudu itu sudah menghampiri mata Manisah. Lelaki itu mencekik leher Manisah dan bersedia untuk menyudu mata Manisah. Korek. Sudu penuh bendalir jernih campur darah pekat.

Ah! Cukup sebalang kaca mata aku. *senyum*

Sunday 17 June 2012

360 Darjah



“Dah lama tak bau asap.” Nadia menjeling. 

“Impresif.” Tambah dia lagi. Gam mod pudge dibelek. Bersilih dengan kain organza yang sudah dikoyak separuh. Cat fabrik jenis Permaset bersepah sini sana. Merah hitam, warna kegemaran. Nadia tahu itu. Jat tengah sibuk cop t-shirt baru. Biasanya kalau lelaki tertekan, layan bola. Atau paling kurang, tonton berita, atau main game, atau layan muzik. Tapi dia duduk di bengkel; mengecat. Nadia pun tahu itu. 

“Kenapa? Kau suka, aku merokok?” Jat tekun. Gelung 12 inci dipegang cermat, sambil menekap huruf-huruf yang telah dilukis. Nadia, sekilas pun tak dipandangnya. Gara-gara tersilap langkah, warna akan tercapah pada bahagian yang dia tak mahu. Nadia pun tahu itu. 

Kotak rokok masih ada dalam dashboard kereta. Masih berpuntung-puntung banyaknya. Nadia yakin, Jat masih merokok. Itu telah Nadia. Entah, Nadia keliru. Nadia tak faham. Nadia tak tahu. Dia tak pernah melarang teman lelakinya merokok. Suka hati, asalkan Jat bebas bila bersamanya. Tak rasa dikongkong atau terkongkong. Kalau ada masalah, cakap. Kalau ada yang tak kena, bincang. Cuma itu, prinsip Nadia. 

“Aku cuma pelik. Kau banyak berubah.” Nadia bermain-main anak rambut yang terjuntai melepasi dahi. Kardigannya ditanggalkan, panas. Cuma, akhir-akhir ini dia tak faham teman lelakinya. Dia makin tak kenal dan tak tahu. 

-- 

Dua minggu lalu. 

Jat teguk Revive. Hari-hari biasa, dia dengan Nadia. Jalan-jalan, ambil angin sekitar Taman Tasik Titiwangsa. Pagi-pagi lagi, kalau bukan Nadia yang memandu, dia yang akan bonceng. Hari ini, Nadia sibuk. Entah, tiba-tiba bos Nadia buka kedai sampai hujung minggu. Banyak pelanggan menempah baju pengantin. Klise; cuti sekolah, ramai orang kahwin. 

“Orang lain yang kahwin, dengan awek-awek aku sekali kena kahwin.” Jat merengus, geram. Botol Revive dicampak, tepat mengenai tong sampah hijau di hujung jalan. Elok-elok dia mahu gerak, sepasang matanya terpandang segolongan anak muda. Semacam ada parti yang luar biasa. Ada gitaris, ada buku-buku, ada deklamasi puisi? Ramai orang duduk-duduk sambil membaca di rumput hijau. Kanak-kanak sedang riang-ria menconteng dan mewarna. Jat mendekat, tertarik. Jat baca papan tanda kayu yang dicat kuning terang; “Buku Jalanan”. 

“Abang, sila!” Seorang lelaki bawah 20-an bercermin mata Rayban menegurnya. Jat cuma senyum, segaris. Tersembol dua lubang, membenam kedua belah pipi. Cukup kacak, dengan gaya sederhana; jeans dan t-shirt kosong saja. 

“Dah lama ke buat benda ni?” tanya Jat. Tangan lincah membelek salah satu buku yang berderet tersusun. 

“Tak juga, Bang. Baru dua minggu.” Balasnya hormat, menanggalkan Rayban.

“Untung ke, buat benda-benda macam ni?” soal Jat lagi. Kali ini tangannya menarik “Jalaluddin Rumi; Qasidah Cinta”. Lelaki Rayban tadi tergelak. 

“Buat benda-benda begini, bukan untung yang dikira Bang. Kita nak didik masyarakat. Tak payah susah-susah pergi librari. Nak baca, bersantai-santai pun boleh. Gaya Indie.” Dia sengih lagi. 

“Buat benda kecil, tapi ada berkat, itu yang kita mau!” Terngiang-ngiang dalam kepala. 

"Kesucian Hati:  
Di manapun, jalan untuk mencapai kesucian hati ialah melalui kerendahan hati. Maka dia akan sampai pada jawaban “YA” dalam pertanyaan; bukankah Aku Tuhanmu?"
- Jalaluddin Rumi 

Itu patah kata yang sempat dia baca dalam buku tadi. Entah, kata-kata itu buat dia terfikir-fikir. Kata-kata lelaki Rayban tadi buat dia termenung-menung. Buat dia melangkau jauh, fikir sampai otak penat. Hidup dia untuk apa? Hidup dia sampai bila? Mati dia untuk apa? 

-- 

Sejak itu, paling kurang dalam sehari dia usaha cukupkan solat yang tak pernah cukup. Dia masih merokok, cuma sembunyi-sembunyi dan sendiri-sendiri. Paling kurang pun, mudarat biar saja terkena diri, jangan menimpa orang lain. Dia cuba cari buku-buku agama, lengkapkan asas yang masih kurang. Paling ringkas pun, dia telaah bab wuduk dan rukun solat. 

Dia cuba mengeja huruf alif, ba, ta, yang dia tak pernah kenal sepanjang 25 tahun hidup. Dari ulasan ceramah-ceramah agama, kata Ustaz; biarlah sikit-sikit, asalkan buat. Dia masih teringat tentang ulasan hadis yang pernah Ustaz ceritakan. 

Tentang pemuda yang sedang bermusafir. Segala kelengkapan, makanan dan minuman diletak di atas unta tunggangannya. Tiba-tiba, untanya hilang, dan dia bagai kehilangan segalanya. Bayangkan, terik panas di padang pasir, tanpa apa-apa. Kepenatannya berfikir, membuatkan dia langsung tertidur. Bila tersedar, untanya berada di sebelah, dan dia tersangat gembira. 

Kata Ustaz, disebabkan terlampau gembira, dia langsung mengatakan, “Oh Allah, engkaulah hambaku. Akulah TuhanMu.” Dan kata Ustaz itu lagi, kalaulah begitu gembiranya seorang hamba, kegembiraan Allah malah lebih tersangat hebatnya dari pemuda tadi, kalau salah seorang hambaNya bertaubat dan kembali padaNya. Mendengarkan ulasan hadis itu, Jat menangis bertalu-talu. 

-- 

Nadia beria-ria datang bengkel. Dia dapat kerja baru. Kerani di salah sebuah syarikat. Gaji meningkat, berbanding kerja-kerja andaman yang tak seberapa. Dia mahu Jat tahu. Dia mahu Jat gembira.

“Jatt..” Nadia terdiam. Jat tengah sujud. 

“Kau.. kau solat?” Nadia terkelu. Entah, hatinya diserbu rasa haru, sesal, dan malu. Tak seperti selalunya dengan jeans, hari ini dia lihat Jat berkain pelekat. Rambutnya basah. Wajah dia tenang. Dan Jat menggumam bacaan-bacaan solat, yang dia sendiri tak pernah dengar.

Nadia mahu segera pergi, sebelum Jat sedar dia di situ. Nadia merasakan, dia sangat jauh. Mereka berbeza, mereka tak sepadan, mereka bukan lagi serasi. Mungkin inilah, sebabnya Jat makin banyak diam. Makin menjauh. Makin dingin. Mungkin tunggu masa saja, untuk Jat mengatakan semua itu. Untuk dia ditinggalkan sendiri.

Nadia mengundur setapak dua tapak, senyap. Dalam hati-hati, tanpa menoleh kakinya tersadung pada bucu meja. Nadia terjatuh. Jat berpaling. Nadia kaku. Tangisnya lebat. 

“Nadia.. kenapa?” Jat tertanya-tanya. 

“Aku..aku.. kau solat?” Jat angguk, serba salah. Jeda sesaat.

“Inilah sebabnya bila aku ajak ke mana-mana kau tolak? Makin diam? Dan, hubungan kita, makin dingin?” Nadia cuba bertenang. Dilapnya air mata dengan bucu Kardigan labuh yang disarung ke atas tee tanpa lengan. Nadia cuba berdiri. Kakinya pedih.

Jat diam, mengangguk lagi. 

“Kenapa tak beritahu aku? Aku akan faham, kalau kau tolak aku sekalipun.” Nadia pegang bucu meja, cuba berdiri lagi. Hatinya cukup terkilan. 

“Aku..aku belum bersedia. Takut kau tak boleh terima.” 

“Nadia..” Jat cuba menyusun kata, lembut. Mata mereka bertembung. Nadia tunduk.  

“Dulu, kita bersama Jat. Aku senang cara hidup kita. Kita bebas bercakap apa saja. Kita kongsi masalah masing-masing. Hidup kau, hidup aku. Takkan kau dah lupa?” 

“Aku cuma rasa, aku masih tak layak nak bimbing. Aku tak ada apa-apa nak dikongsi. Aku tak kuat untuk jadi penyokong. Masih banyak aku kena belajar.” 

“Bukan itu yang aku nak. Paling kurang, aku cuma nak teman untuk sama-sama belajar. Kalau kau berubah jadi baik, kita sama-sama berubah jadi baik! Sama-sama menyokong. Sama-sama membimbing. Sama-sama menguatkan. Itu saja.” 

“Nadia, aku sayang kau. Cuma, aku sedar, aku banyak buat salah. Kalau sayang, patutnya aku bawa kau kenal Tuhan. Bukan bawa kau ke jalan dosa. Aku, aku, entahlah!” Jat bingung.

“Kau.. nak kita pisah?” Tutur Nadia, jujur dalam sebak.

“Nadia, kita kahwin? Jadi yang halal untuk aku?” Spontan. Nadia ditenung dalam-dalam.

Dalam sedu-sedan yang masih bersisa, Nadia terpandangkan t-shirt putih tergantung di dinding berkayu, berlatarkan tulisan jawi merah putih, “mim-ya-ro-ya-mim-ya”, dan bertanda soal di hujung. Nadia cuba mengeja perlahan-lahan; 

“mim-ya-ro-ya mim-ya?”
“MARRY ME ?” 

"Kreatif!" Tukasnya.

Nadia angguk, setuju. Jat senyum, syukur.



-- 

Saturday 16 June 2012

REVIU: KONTROL HISTERIA



Judul: Kontrol Histeria
Publisher: Lejen Press
Halaman: 257 muka surat
Cerpen: 47 cerpen
Penulis: 23 penulis

Buku ini asalnya dari penulis-penulis Kontrol Histeria. Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu Kontrol Histeria, silalah terjah-terjah. 

Seperti dalam blog mereka, buku ini juga berkisarkan pembunuhan. Memang itu grene mereka. Cuma yang bezanya, setiap penulis mempunyai cara tersendiri untuk mereka melakukan pembunuhan. Ada yang masak setiap inci tubuh mangsa mereka, ada yang main kerat-kerat, dan tidak kurang main tembak-tembak guna pistol.

Yang istimewanya pasal buku ini, bagaimana penulis-penulis urus mayat-mayat yang mereka bunuh. Meh aku nak cakap, bagi siapa yang tak tahan geli-geli, tak tahan nampak perkataan 'tetak!, kerat! gergaji!' baik takyah. Untuk membaca buku ini memerlukan tahap imaginasi yang tinggi serta tahap muntah yang tinggi sebelum anda muntah dan membuat muka 'Euww!' kerana semuanya membuatkan anda HISTERIA.

Dalam buku ini, memerlukan anda berusia 18 tahun ke atas kerana ada 18SX dalamnya. Kalau anda tak cukup 18 tahun juga. Ha! kalau terjumpa cerita aksi-aksi ranjang, jangan buat muka pelik kemudian buat muka tersengih-sengih. Mak da khabor awal-awal. 

Bagi peminat cerita Horror, aku cadangkan anda membeli buku ini. Tak rugi. Berbaloi dengan minat anda. Berbaloi dengan cerita-cerita dalam ini. Dan berbaloi-baloi masa membaca tapi rasa macam menonton dekat panggung wayang.

Untuk membeli, boleh beli di Lejen Press. Hah, apa tunggu lagi. Belilah. Saya sudah Histeria, anda bila lagi?

Thursday 14 June 2012

Cinta berdarah

Dia berjalan sendiri di Tesco. Entah mengapa dia mahu keluar. Bosan barangkali. Troli ditolak lemah. Entah apa-apa yang dia ambil dan campak ke dalam troli. Matanya terpandangkan sesuatu. Baju! Bukan baju buatnya tapi baby. Comel sebab warna merah jambu. Dia suka baby girl.
“So cute!” Komennya sendiri. Tanpa sedar ada yang mendengarkan katanya. Deheman membuatkan Izzati terkejut lalu berpaling. Seorang lelaki. Agak berusia. Bukan tua, tapi nampak matang.
“Kenapa pandang macam tu?” Lelaki itu menegur. Haikal menghadiahkan senyuman. Lama dia perhatikan perempuan di depannya.
“Dah kenapa ehem ehem?” Izzati tak tahu ayat apa yang sesuai untuk dia guna.
“Ehem ehem?” Haikal ketawa. Lucu! ‘Kalau orang lain dengar bikin haru!’ Desis hatinya.
“Awak ni kenapa? Sibuk je,” Izzati membuang resah. Lantas baju pink itu disumbatkan dalam troli.
“Baju anak?” Haikal berminat nak tahu. Dia berminat dengan perempuan itu sejujurnya.
“Taklah baju saya,” Izzati lekas menolak troli ke kaunter pembayaran. Sekali lagi dia terhalang. Haikal sengih.
“Muat ke nak pakai? By the way, saya Haikal,” Soalan itu buat Izzati tersentap.
“Saya ada nampak macam nak pakai ke baju ni?” Geram!
“Ingat awak nak pakai tadi,” Senyumnya. Lantas mengeluarkan kad.
“Nah, ambillah,” Haikal tersenyum saja melihat Izzati tidak menyambutnya.
“Cik Merah. Awak janganlah sombong sangat. Saya nak kawan dengan awak. Itu je,” Haikal menyatakan hasratnya. Bukan sekadar kawan sebenarnya.
“Cik Merah? Okey saya terima,” Izzati malas memikirkan hal lain. Dia nak cepat-cepat pulang ke rumah.
“Aah, air bikarbonat strawberry, tudung awak, air yogurt. Selipar juga. Jadi saya anggap itu warna kegemaran awak bukan?” Izzati terkedu. Mata memandang ke arah troli. Dalam diam dia iyakan kata-kata lelaki itu.
“Nama saya Izzati. Bye, assalamualaikum,” Izzati menamatkan pertemuan di situ. Namun, sekali lagi ditahan. Dia naik rimas.
“Apa lagi?” Izzati geram. Lantas mulutnya ternganga.
“Siapa yang ganggu tadi?” Izzati cepat-cepat memasukkan kad nama lelaki itu ke dalam poket. Dia takut.
“Aku tanya kan? Siapa laki tu? Apa dia nak?” Gerun. Redza merenung tajam. Hatinya geram!
“Entah, dia cari barang. Saya kata tak tahu,” Terketar suara Izzati membohongi suaminya. Redza diam seketika.
“Lama sangat beli apa? Sebab tu aku tak bagi kau keluar sorang. Dah cepat pergi bayar!” Tegas. Terkocoh-kocoh Izzati mendekatkan diri ke kaunter. Baju bayi menarik perhatian Redza. Namun, tak pula dia bertanya. Matanya melingas melihat sekeliling. Gusar jika lelaki yang mengganggu isterinya kembali. Api cemburunya marak tadi. Izzati cantik. Di matanya isterinya sangat cantik. Jadi dia benar-benar takut dia akan kehilangan Izzati. Jadi dia sentiasa berada dekat. Dia sengaja datang dekat isterinya. Dia sengaja!
Barang dimasukkan ke dalam bonet kereta. Sedikitpun Redza tak membantu. Fikirannya serabut. Dia mahu cari tahu baju bayi siapa yang isterinya beli.
Kosong! Langsung dia tak bantu...
“Kejap!” Izzati mematikan niat menghidupkan enjin. Dia pandang suaminya. Dia tahu dia perlu menjaga hati suaminya. Perlu sangat!
“Baju baby tu siapa punya?” Izzati mengeluh. Dia terkantoi!
“Aa..aa baju baby tu? Saya sengaja beli. Simpan,” Itu saja yang dapat dia lontarkan. Tekak mula rasa tak enak.
“Baju baby buat apa nak beli? Kita bukan nak dapat anak pun?” Redza tak puas hati. Izzati tergugup sendiri. Dia diam. Redza malas bertanya lebih. Izzati dibenarkan pulang. Redza mengekor menggunakan keretanya. Dia sayang sekali dengan Izzati. Dia akan pastikan Izzati miliknya seorang dan kekal miliknya selama-lamanya!
Xxxxx
Kilat!
Malam itu kilat sabung-menyabung. Izzati menutup tingkap. Suaminya tak pulang lagi. Dia tekad untuk menelefon lelaki bernama Haikal. Entah mengapa dia terpanggil untuk telefon. Dia mahukan seseorang. Dia mahu lepas dari semua yang membelenggu dirinya. Bukan dia ingin menggoda Haikal. Jauh sekali. Cuma semua nombor kawan perempuan Izzati sudah dipadam. Lelaki itu takkan benarkan dia berkawan apatah lagi bersosial. Dia nak selamatkan anaknya. Ya, anak dalam perutnya.
“Hello!” Haikal menyapa mesra.
“Encik Haikal, saya Izzati. Tolong saya…” Nada sebak. Tangisan mula menderu. Haikal terperanjat. Dia masih berusaha mengingati siapa Izzati.
“Izzati…” Itu saja yang mampu Haikal lontarkan. Tangisan Izzati tidak berhenti. Haikal pula yang risau. Lantas dia menunggu Izzati tenang dulu.
“Maaf saya tak patut telefon awak…” Talian di matikan. Handset juga. Dalam diam dia membeli handset dan nombor baru. Dia simpan semula handset tersebut. Dia tak mahu Redza tahu.
“Izzati!!!” Suara Redza melaungkan namanya kuat. Tergopoh-gapah Izzati menyambut suaminya. Dia tahu mood suaminya tak baik melalui suaranya.
“Hoi pekak ke apa?” Kepala Izzati ditunjal. Redza bengang. Rumah berkunci. Dia tak suka menunggu. Dia benci!
“Maaf abang, saya kat atas tadi,” Izzati menyambut beg suaminya berhati-hati. Tiba-tiba rambutnya direntap. Izzati terjerit. Sakit!
“Kau dah pandai beralasan kan? Kau nampak aku letih tak? Letih kerja nak kasi kau makan. Kau buat apa kat atas lama-lama hah perempuan sundal?” Izzati menggeleng. Dia takut. Dia takut rahsianya terbongkar.
“Aku nak makan. Pergi masak sekarang!” Lalu Redza menolak kepala isterinya ke bawah. Izzati tersungkur. Bibirnya pecah. Cepat-cepat dia pegang perutnya. Risau!
“Terhegeh-hegeh kenapa?” Tendangan dibelakangnya sungguh sakit. Perlahan dia cuba bangun. Dia tahu suaminya sangat baran. Izzati berjalan ke dapur. Kelibat suaminya tak kelihatan.
Dia perlukan Haikal untuk pergi dari penjara cinta suaminya. Dia tak mahu dijadikan boneka di rumah ini. Cukuplah sekali dia pernah dibawa ke majlis makan malam. Ramai memuji kecantikannya. Balik rumah Izzati yang jadi mangsa. Cemburu dan amarah menguasai Redza. Suaminya terlalu taksub dengan kecantikan dan cinta. Atau lebih tepat taksub dengan Izzati!

Xxxxx
Redza mendekat. Rambutnya terasa dielus-elus. Izzati memandang suaminya pelik. Dia tahu Redza seperti dua personaliti berbeza. Dia yang baik dan dia yang panas baran. Izzati memegang tangan suaminya erat. Dia tahu dia perlu melayani suaminya. Kalau tak dia akan dibelasah lagi. Dia perlu jaga kandungan dia. Itu yang utama!
“Abang rindukan Ati,” Senyuman penuh makna. Izzati rindukan suaminya yang ini. Sikap inilah yang buat dia jatuh cinta dengan Redza buat kali pertama. Izzati rindukan saat itu. Tapi itu semua dulu. Kini bukan Redza yang dia dambakan.
“Ati…” Izzati senyum memandang. Suara suaminya sangat romantis.
“Ye, abang?” Tangan mereka bersatu. Ciuman yang hinggap di tangannya dihadiahkan oleh Redza.
“Isteri abang cantik dan seksi malam ni,” Deru nafas suaminya makin terasa. Dia tahu suaminya inginkan sesuatu.
“Malam ni aje?” Izzati bertanya menggoda. Dijauhkan sedikit jarak mereka. Redza makin tak keruan. Dia rindu isterinya itu. Cantik sangat Izzati malam ini.
“Sayanggg…” Izzati tersenyum kemenangan. Ini saja yang dapat menundukkan baran suaminya. Dia tahu kelemahan suaminya sendiri.
“Ati, jangan seksa abang,” Izzati mula bangun dan berlari jauh sedikit. Dia juga tahu jual mahal. Dia tahu suaminya akan mengalah jua.
“Cubalah kejar saya kalau dapat,” Izzati ketawa senang. Dia suka saat dia permaisuri dan suaminya raja. Dia bangga suaminya terkejar-kejar begini. Dia derita saat dia dijadikan hamba. Lalu ini saja yang mampu menghauskan sakit deritanya selama diperhambakan. Redza berjaya mendakapnya. Izzati kegelian saat bibir suaminya merayap. Dan malam itu milik mereka berdua. Dalam tak sedar, Izzati benar-benar rindukan Redza. Dia mahukan suaminya yang penyayang bukan seperti singa. Dia lemah dalam dakapan suami sendiri. Hati mula keliru sama ada mahu meninggalkan cinta itu atau tidak. Walau dia ada bersama Redza, hati dan mindanya menerawang jauh. Bukan Redza tak perasan. Namun, nafsu menggodainya. Nafsu adalah segalanya kini.
Xxxxx
Image Detail
Lama dia impikan saat ini!
Di tangannya pisau masih berdarah. Dia nampak Redza merayu. Dia lebih mementingkan nyawa anaknya. Kerana anaknya, dia sanggup begini. Darah masih ada. Menitik-nitik ke lantai. Redza terketar-ketar.
“Sampaaaii hati Ati…”  Redza menggelupur. Di hati Izzati timbul rasa simpati.
“Abang, maafkan saya. Saya cuma buat apa yang patut saya buat dari dulu!” Jeritnya lantang. Kelaran diperut suaminya dipegang kuat. Redza mengerang.
“Bunuh je aku ni Ati. Bunuh saja!” Suaranya kuat. Luka diperut makin sakit. Dia terasa ramasan tangan halus di situ.
“Aku takkan biar kau mati senang-senang. Kau buat aku tertekan. Kau dah bunuh aku. Dan aku takkan biarkan kau bunuh anak aku ni!!!” Izzati mengilai. Dia puas melihat Redza lemah terkulai. Dia puas sangat.
“Anak kau? Anak kita? Kau mengandung?” Izzati tersenyum sinis.
“Anak aku. Kau tu mandul! Ini anak aku!” Izzati menghunuskan pisau ke perut lelaki itu. Jeritan Redza kuat. Dia ketawa bahagia. Anak dia dan kawan Redza terselamat. Kawan Redza yang Redza agungkan. Rizal sudah mati. Tapi benihnya ada.
“Perempuan sial! Kau duakan aku? Aku ingat Rizal yang goda kau, rupanya…” Satu lagi tusukan di bahagian perut diterima. Darah makin banyak mengalir. Redza terbaring lemah.
“Ya, kami suka sama suka. Tapi kau bunuh dia! Kau bunuh bapa anak aku! Kau tak layak hidup!!!” 
Akhirnya...
Izzati duduk di atas perut berdarah suaminya. Lantas pisau itu dibenam ke dada lelaki itu. Dia ulangi perbuatannya hingga tubuh itu hancur. Ketawa Izzati saja yang kedengaran selepas itu. Dendam cintanya terbalas akhirnya. Ini semua kerana Rizal, demi cinta terlarangnya. Cinta yang wujud setelah cinta buat Redza tamat tempoh.
Xxxxx
Haikal sendiri...
Haikal masih memikirkan tentang Izzati. Sejak panggilan aneh itu. Izzati seperti ada sesuatu yang tersembunyi. Cuma dia tak tahu apakah ia. Makin lama dia fikir makin serabut dia rasa. Dia pening memikirkan masalah perempuan yang dia sukai. Ya dia mula sukakan Izzati saat mereka bertemu dulu. Dia sangat-sangat merindukan Izzati. Telefonnya berbunyi.
“Izzati!” Sapanya laju.
“Awak, awak tolong saya wak. Tolong saya,” Izzati cemas.
“Apa dia? Kenapa?” Haikal pula tak tenang. Izzati menjelaskan kesemuanya. Haikal terduduk. Dia terkejut. Lantas dia menjemput Izzati dan berjanji membawa dia pergi jauh dari sini. Itu janji Haikal!
Haikal bergegas melihat Izzati berlinangan air mata. Sebuah beg besar di sebelahnya. Haikal mengagak dia telah dihalau keluar.
“Saya tak ada tempat nak pergi. Tolong saya. Tolong anak saya,” Izzati menangis kuat. Haikal simpati lalu dirangkul erat pinggang perempuan yang dicintai dalam diam. Dia bawa perempuan itu masuk ke dalam kereta.
“Awak dah selamat. Jangan menangis lagi,” Haikal memujuk Izzati.
Matanya masih tertumpu di jalan raya sunyi. Dia tekad membawa Izzati pergi. Namun, Izzati sebaliknya. Senyuman penuh makna terukir di bibir Izzati. Dia gembira saat ini. Dia sangat-sangat suka dengan keadaan ini. Rizal mati. Redza juga. Kini dia ada Haikal. Haikal yang terlalu bodoh! Bahagia milik dia kini!


Ps: Kenapa cerita ini? Sebab ada part aku buang kat blog ini. Aku sayang. Jadi aku publish kat sini.=P Sambungan cerita ini di 
sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...