Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Monday 14 May 2012

Bukan Karipap Cinta


Di dapur, kelihatan emak sedang menguli kulit karipap. Di sisinya ada inti karipap yang sudah siap dimasak. Aku terus datang duduk berdekatan emak. Gundah di hati. Aku perlukan seseorang untuk mengurangkan rasa sakit itu.

“Mak, meh sini orang tolong uli tepung tu..”

“Tak payahlah. Dah nak siap ni..” balas Puan Samini sambil tangan terus menguli tepung tu. Tak lama, dough siap. Emak terus membahagikan kepada bebola kecil. Mudah untuk digelek menjadi kepingan nanti.

Karipap dibuat secara manual. Tiada cetak digunakan. Tiada mesin untuk menggelek tepung. Untuk menggelek juga tidak menggunakan roll. Tapi emak lebih suka menggunakan botol kicap kosong yang sudah dibersihkan badannya. Dapat bayangkan?

“Nanti kenduri Ayu, jemputlah kawan kau tu datang rumah Nur.” Mak masih tekun membuat bebola tepung tu. Tidaklah bulat sempurna rupanya.

 “Orang dah takda apa-apa mak dengan dia” Sayu. Bernada perlahan. Bukan dah lama Azwan beri kata putus. Baru petang tadi.

“Kenapa..?” Mak tidak mengangkat muka. Sedia untuk menggelek kulit karipap. Tiba-tiba Kak Ayu datang dari sisi.

“Dia dah ada orang lain..hahaha..” tergelak sendiri. Mahu memujuk hati. Dan tak mahu emak risaukan keadaan aku. Aku kan suka berlagak kuat.

“Takpa lah..” Mak diam. Kak Ayu diam. Aku pun diam. Aku suka dengan suasana itu. Mujur emak tidak bertanya dengan lebih lanjut. Kalau tak, mahu terburai juga air mata. Cepat benar jatuh air mata ni bila meluahkan rasa yang terbuku dalam hati ni. Bukan aku tak mahu meluah tapi aku peluah yang gagal sebenarnya.

Sebenarnya kisah aku dan Azwan tidaklah terlalu tragik. Kisah normal. Cuma masa tu aku terlalu ambil serius hubungan tu. Mind-set aku untuk perkahwinan. Tapi tindakan aku tidak ke arah itu pun. Banyak silap aku masa tu.

Normal hidup sebagai pelajar, bila dibasuh sedikit mindanya tentang perhubungan antara lelaki perempuan, pasti ingin ada perubahan. Itu buat hubungan kami renggang. Aku sendiri tidak tetap pendirian. Aku goyah. Sekejap nak. Sekejap taknak. Mungkin dia juga keliru.

Sampai satu masa, bila aku rasa dia makin jauh, aku nak tarik kembali. Tapi waktu tu, sudah terlambat. Dia sudah ada teman yang lebih caring mungkin padanya. Yang lebih manis juga manja. Sedangkan aku, apa aku ada..?

“Saya keliru. Tak tahu nak pilih mana. Bila tunjuk gambar dua-dua pada emak, mak suruh pilih dia. Mak kata kahwin bukan 2-3 hari. Nak ngadap muka setiap hari. Kena lah pilih yang sedap mata memandang..” macam tu lah bunyi mesej dia lebih kurang. Tak kuasa lah pulak aku nk ingat semua kan..? sejarah sudah. Pedih. Lama aku pandang cermin. Rasa takde lah huduh mana pun. Kakakaka..

Bila melibatkan emak/ibu, memang aku lemah. Siapa aku untuk menentang..? Mampu ke aku untuk tabah andai aku berkeras. Ah, lagipun masa tu hati dia dah pada orang lain. Aku memujuk rayu pun takda gunalah. Lagipun aku tak mampu nak berubah jadi macam dia nak. Rupa aku pun takdalah boleh tiba-tiba berubah jadi cantik kan..? Tapi adik dia pernah puji aku comel. Mujur sempat dipuji sebelum dikeji.

Pernah aku berdoa, moga dijodohkan kami di kemudian hari. Tapi bila difikir balik, andai aku dan dia berjodohan, kekecewaan antara mereka berdua pasti berlaku. Akhirnya aku doakan agar hubungan mereka berkekalan. Baik kan aku..? Lama nk lupa. Tapi akhirnya berjaya aku lepaskan. Susah nk pujuk hati sendiri.  Lega aku tengok sampai ke hari ini pun, hubungan mereka masih berkekalan. Dia tak silap buat pilihan.

“Mak, nanti carikan orang calon eh..?” Tersengih-sengih membuat permintaan tak terduga pada emak. Tergelak sendiri. Macam tak sangka juga keluar permintaan tu dari mulut sendiri. Rasa-rasanya tak pernah lagi anak-anak emak yang lain kata macam tu pada emak.

“Taknak lah mak..”

“Eh. Kenapa..? bukan ke selalu mak ayah suka kalau anak suruh carikan..?” Aku keliru. Kak Ayu pun.

“Nanti mak kecil hati kalau kau tolak pilihan mak..”

“Eh..? Cepat merajuk juga mak ni..” Kami tergelak.

“Mestilah..susah-susah carikan calon, lepas tu kene tolak.. sedih tau..” Jawab emak yakin. Tangan aku dan emak galak mengkelim tepi karipap. Kak Ayu pula menggelek kulit karipap. Aku suka buat pertandingan secara senyap. Kelim siapa paling kemas. Dan semestinya aku menang. Dah aku yang cipta kategori tu sendiri kan..? Tapi itu bila rajin. Mak pulak jenis sekali buat karipap, bukan untuk sekali makan. Kadang-kadang makan 2kilo tepung juga. Pengsan kan..?

Budak-budak...umur aku masa tu baru 20tahun. Dengan dia, aku belajar pujuk diri sendiri. Dengan dia, aku belajar terima hakikat. Tapi sekarang datang gak perangai entah hape-hape tu. Saje nak manja-manja.

Aku perlukan penjelasan. Bukan penipuan. Biarpun menyakitkan.

4 comments

Anonymous
20:25

seronok lak baca kish niee :D

@farah hanim thanks Hanim =) kisah betul kan,memang seronok ^-^

aik..blog akk yg baru ke ni??

18:04

pujaan hati milik orang
sayu hati pujuk sendiri
apa lagi yang mampu dikenang
semoga ada yang bertakhta di hati
satu tika nanti

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...