Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Saturday 21 April 2012

Review: Vol. 1: IFall, IRISE: The Chronologies

Buku: Vol. 1 : IFall
Siri: IRise : The Chronologies
Publisher: Kerat Studio


IFall ada lah buku pertama dalam siri IRise: The Chronologies. Ia ada lah sebuah kronologi kehidupan yang menceritakan jatuh bangunnya seseorang daripada cinta yang gagal. Seperti tajuknya, IFall, ia penuh dengan kompilasi kispen-kispen, puisi dan lukisan yang menceritakan tentang kejatuhan dalam sebuah cinta yang gagal, cinta tidak berbalas, cinta yang terputus di tengah jalan, dan juga kematian. Sarat dengan emosi daripada penulis-penulis yang mampu membawa pembaca berkongsi rasa sedih, hampa, dan jatuh bangun mereka. Ada dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

Bila aku baca buku ini, aku dapat rasa setiap emosi yang penulis cuba sampaikan melalui tulisan mereka, hinggakan aku berkata, "Tak adil juga dunia ni.". Ada juga sesetengah cerita yang buat aku rasa, "Ah, ini lah yang aku rasa sekarang!". Berbeza dengan buku-buku yang berada di pasaran, aku rasa IFall ada lah sebuah buku yang wajib dimiliki oleh pembaca-pembaca novel kerana bukan semua orang berpeluang merasai pengalaman yang mereka lalui ini.

Dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Lucifer, yang buat kalian rasa ingin membaca semua buku-buku dalam siri ini. Ada 2 orang penulis yang aku kagum yang menulis dalam buku ini, iaitu Lucifer ([1] dan Hantu Masa Lepas) dan Zoul Yazix (A+B=C2 dan Mimpi (1)). Seperti jelmaan sebuah mesin kispen yang berada dalam tubuh manusia, bohonglah jika aku katakan yang tulisan mereka ini sampah.Walaupun semua cerita yang ditulis dalam buku ini adalah fiksyen semata-mata, tapi mereka mampu buat kita merasakan yang ia seperti benar-benar berlaku. Kadang-kala hingga mahu menitis air mata.

Ada sepotong ayat yang sangat memberi kesan kepada aku, Penghuni Ruang Kecil nukilan Rifa Johan.

"Ruang kecil itu,
walau sebesar hama
tetap ada
untuk dia
Perempuan itu"

"Untuk cinta pertama yang tak jadi,
Bukan aku rindu kamu,
Cuma kadangkala aku...
Teringat."

Selepas IFall, akan ada lagi 4 buku yang akan menyusul iaitu IWeep, IRetaliate, ISedate, dan yang terakhir IRise. Aku jangkakan yang siri ini akan membawa pembaca semua dalam satu perjalanan yang luarbiasa tentang jatuhnya seseorang dalam lubang cinta yang gagal dan berjuang untuk kembali berdiri melihat dunia. Ada sepotong ayat yang tertera di belakang kulit buku ini yang berbunyi, "Fall aplenty, rise wholeheartedy".

Jadi, aku rasa pembelian terbaik aku untuk tahun ini adalah buku IFall ini dan aku rasa kalian semua patut lah membeli buku ini kerana ia akan jadi satu pembelian yang berbaloi dan tidak merugikan. Aku berikan standing ovation kepada penulis-penulis muda yang berbakat, ada 22 orang semuanya kerana menghasilkan sebuah buku yang sangat berkualiti.

Untuk membeli buku ini, boleh buat tempahan di Kerat Studio. Cetakan pertama dah habis. Tunggu cetakan kedua lah ya.

5 comments

terima kasih, terima kasih, terima kasih. :)

Sama-sama, sama-sama, sama-sama. :)

takda kat bookstore ka??

Takde lah rasanya. Boleh try tengok kat web keratstudio kat atas tu.

Amboi bestnya buku ni. Kakaka.

Tak ada di kedai buku besar, cuma ada dijual di acara tertentu ataupun melalui tangan tangan abang posmen bermisai tebal sahaja.

Terima kasih bang Ariff.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...