Last Monday gua jalan-jalan lepas gian kat Jusco, Ipoh.
Cam selalu, kedai buku gua wajib singgah kalau tak rasa cam menggigil 1 badan.
Dari jauh gua usha panas je novel-novel situ.
Pap!
Mata gua tangkap susuk novel gua idam!!! Gua meroyan sat kat situ. Jerit ala-jumpa-Bruno Mars.
Weh! Gua jumpa BISIK kot. Phew. Gua dah gigil. Gua rembat. Gua g kaunter. Gua bayar!
Gua beli Isnin. Dan tadi petang. Maksud gua Jumaat la. Gua settle 1 buku. Sekarang, gua kasi review, lu orang baca k. Sumpah weh! Novel cam ni dah lama gua tunggu! Gua bajet nak tulis 1 la kan, sekali Syafiq ni dah tulis. Tapi citer dia bagus. So, jom kita terbang kejap.
* * * * * * * * * * * * *
Cerita bermula dengan Mikael pindah masuk rumah barunya. Kemudian kisah dia dan kerjayanya. Kisah dia dan teman serumah misterinya, Nazzman. Kisah dia dan Suraya, bekas kekasih teman serumahnya Arman yang mati di rumah sewa lamanya akibat terjatuh dari balkoni.
Kemudian terbit satu konflik bila dia bangun pagi dan Suraya sudah mati di atas katilnya. Dia yang panik, meminta bantuan Nazzman yang digelar 'Chipsmore' oleh rakan-rakannya, Shah dan Julia. Suraya yang sudah jadi mayat tidak disemadikan dengan betul sebaliknya, cara dia disemadikan sangat kejam.
Tidak lama selepas itu, Mikael berhubungan dengan Ayu, rakan perniagaan Julia. Mereka berasmara di hotel setiap kali suami Ayu, abg Mael tiada di rumah. Namun, kejadian serupa berlaku. Ayu dibunuh namun tanpa niat.
Kemuncak cerita apabila Julia diperangkap di dalam rumah Mikael, lalu 1 persatu cerita terhurai. Siapa dia Mikael sebenarnya, siapa Nazzman, siapa mereka berdua apa kaitan antara 1 sama lain.
Pada gua, BISIK novel thriller dengan caranya tersendiri. Buku sebegini tiada dalam pasaran Malaysia. Kalau ada pun, susah nak jumpa. Kalau lu orang rasa nak baca, gua nasihatkan baca jangan berhenti. Baca sampai habis. Once lu dah start lu memang tak leh stop. Lagi-lagi bila lu dah sampai part Mikael beli kapak, gergaji, paku, pisau nak uruskan mayat Suraya. Phew. Lu gigil weh bila baca. Terbayang-bayang teknik si Nazzman tu buat.
Ending novel ni, paling mengancam bila kita tahu siapa Nazzman dalam hidup Mikael. Setelah bercerita tentang masa lalu yang semakin terhakis dari kotak fikiran Mikael, beliau mula sedar Nazzman itu sudah dianggap seperti saudara kandungnya sendiri.
Jadi,
selamat membaca.
Gua harap lu orang melayang cam gua melayang tadi.
Sekian sahaja review dari gua. Selamat maju jaya!
Hakhakhakhakhakhak~~~~~
10 comments
Ah... jelez. aku pun nak jugak. Dah lama aku skodeng buku ini kat website FIXI tapi tak boleh.. Payment dia susah aku nak buat. hehehe. Alaa... review la sampai habis.. =)
@reenapple
Mana boleh review semua! :D
pergh..nice..
gua masih belum bkesempatan nk baca yg ini
Nice entry! :) hee.. tengok cover pun gua dah gigil2 ! haha
pinjam boley?? siyes nk pinjam...
@jani
harus baca woih! :P
@Muna
serious best! gigil baca. :P
@kaizen
bila beli, lagi PUAS! :D
thanks for the positive feedback from my debut novel.
lepas ni insyaAllah kalau ada rezeki akan buat yang lebih baik.
=)
@shandye.
nak lagi yang ni. :) imaginasi awak saya suka. teruskan ya. good luck!