Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Thursday 26 April 2012

Dia Bukan Rapunzel iii




Semenjak perbualan bersama Badrul di gerai burger itu, dia lansung tidak pernah lagi bertemu dengan pemuda itu. Fikirnya memang betullah Badrul sudah berhenti kerja. Hatinya sedikit kecewa. Di balkoni, dia tidak lagi melihat motorsikal Badrul melintas membawa surat. Jiwanya terlopong kosong. Biarpun perasaannya itu hanyalah mainan otaknya sahaja.
Sesekali dia berteleku di atas lantai balkoni sambil membelek bunga-bunga yang ada di dalam pasu. Sedang tangannya asyik membelek bunga-bungaan itu, tiba-tiba angin petang meniup lembut rambutnya yang panjang itu lalu menutupi separuh mukanya. Dia tersenyum lalu menyelak rambutnya ke belakang. Ketika itulah dia terlihat seorang pemuda merenungnya dari dalam perut kereta. Biarpun dia di tingkat 4, matanya masih lagi boleh melihat dengan jelas siapa atau apa yang ada di perkarangan flat itu. Hatinya berdebar seperti mahu luruh. Siapakah itu? Soal hatinya. Apakah benar dia memandang ke sini, ataupun itu hanya perasaanku saja? Soalnya lagi. Takkala dia bangun untuk memerhati lebih tepat. Cermin kereta ditutup dan bergerak meninggalkan kawasan itu. Perasaannya berubah resah. Orang jahatkah itu? Soal dirinya lagi.
***
            “Tadi aku berjumpa Badrul. Dia kirim salam dengan kau,” Nadya selamba mengatur cerita.
            “Badrul, kau jumpa Badrul..Errr di mana?” tanya dia lambat-lambat.
            “Aku jumpa dia di Mid Valley dengan seorang perempuan,” Nadya menjawab dengan nada yang masih juga bersahaja.
            “Pe..perempuan!”  terketar suara dia melafazkan ayat perempuan itu. Jiwanya luluh berkecai. Memang benarlah Badrul akan berkahwin seperti apa yang dikatakan Nadya sebelum ini. Jiwanya sedikit kecewa. Biarpun dia dan Badrul bukan siapa-siapa, namun dia sendiri tidak mengerti mengapa hatinya bisa berperasaan begitu. Dia seakan suka, sukakan Badrul. Dia seakan tidak boleh mengelak semenjak pertama kali Badrul merenungnya di gerai burger itu. Perasaan apakah itu, adakah ianya hanya sekadar suka yang biasa-biasa sahaja?. Dia memang lansung tidak mengerti, inikan pula yang berkaian dengan kasih sayang dan cinta.
            “Semalam ada posmen hantar barang lagi untuk kau,” Nadya mulai teringat.
            “Barang apa?” tanya dia pelik.
            “ Itu, ambillah dekat atas rak tu,” Nadya menunjukkan tempat barang itu diletakkan dengan jari telunjukknya. Kali ini barang itu datang dengan kotak yang agak kecil dari sebelum ini. dia mula membukanya.
            “Aku rasalah, kau ni ada peminat rahsia lah,” Nadya meneka. Dia yang sudah selesai membuka balutan kotak itu terus mengeluarkan sepasang sikat berwarna coklat cair. Keduanya mempunyai bentuk yang berlainan dan kelihatan mahal sekali.
            “Wah, cantiknya,” Nadya terpegun. Begitu juga dia.
            “Samada peminat kau ni gila atau kaya, itu saja yang boleh aku cakap,” Nadya masih melihat sikat itu dengan mata yang bersinar-sinar.
Dia hanya berdiam. Tidak tahu apa yang harus diungkap. Setahu dirinya, dia tidak pernah mempunyai peminat rahsia, jadi..
            “Siapa pula yang bagi ni?” soal hatinyasendiri.
***
Kepulangannya ke kampung benar-benar membuka akalnya untuk lebih cerdas berfikir. Tidak sangka panggillan yang membawa dia pulang ke kampung dihujani dengan hajat yang cukup besar.
“Ibu rasa, ibu patut terima lamaran itu,” luah Ibunya.
            “Lamaran apa pula ni Ibu?” soal dia yang semakin keliru.
            “Semalam ada rombongan yang datang meminang kau. Jadi Ibu fikir baik Ibu menerimanya memandangkan keluarga lelaki itu suka benar dengan kau,” Ibu menerangkan. Terkedu dia mendengar kata-kata Ibunya. Ada yang datang melamarnya, tapi siapa?
            “Ta..tapi dari siapa lamaran itu Ibu?” terketar-ketar suara dia bertanya. Tidak sangka dalam diam ada juga yang menginginkan dia menjadi suri.
            “Satu keluarga dari Kuala Lumpur. Puas juga Ibu bertanya siapa yang menghantarkan pinangan, tetapi mereka pinta ianya dirahsiakan,” jawab Ibu sambil menghulurkan cincin berlian kepada dia. Dia mengambil cincin berlian itu perlahan-lahan. Tangannya menggeletar kuat. Milik siapakah empunya cincin ini, mengapa harus berteka teki kalau jujur mahu melamar dirinya.
            “Kata keluarga itu, kamu kenal siapa orang yang menghantar lamaran ini?” Ibu bersuara lagi. dan kali ini kenyataan Ibu benar-benar menyesakkan akal dan fikirannya. Kenal apa?, Siapa? Dia semakin kusut.
            “Katakan saja pada mereka yang saya masih belum bersedia,” dia sudah malas mahu berfikir. Lamaran itu ditolaknya mentah-mentah tanpa berfikir panjang. Dia tidak mahu menikahi orang yang tidak dikenalinya biarpun orang itu datang dari keluarga yang kaya. Dia masih punya hati dan perasaan, dan perasaannya kini sudah semakin berkecamuk.Dia bermenung di tepi tingkap sambil memerhatikan matahari yang semakin hilang di balik bukit. Apakah yang hatinya mahu, dia sendiri tidak pasti.
***

3 comments

cepat tol ko update... kelasss... leh wat novel ni...

sambung kak..

benda mmg dah ada la noks...tu yg cpat ja. cuba tader..hehhe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...