Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Monday 5 March 2012

Dua file dalam pendrive...


Ok, aku tahu kisah ini tidak logik, tapi ia memang berlaku. Berlaku kepada aku. Tidak perlu percaya, apatah lagi terpengaruh...kisah ini aku simpan lama dalam kotak fikiran sebelum mengambil keputusan menulisnya di sini..ia bukan pengakuan tapi adalah dua file persitiwa yang wujud dalam satu pendrive yang dinamakan pendrive hidup. Ada banyak lagi file menarik dalam pendrive aku. Aku letak dua file ini dulu...

File 1
Ketika duduk sambil minum teh dan makan nasi lemak di kantin Malaysia Hall, aku menghadap tingkap untuk menikmati biru pada langit. Di luar cuaca sejuk gila. Sangat sejuk. Nasi lemak Pak Awie itu memang sedap, ya lah kalau harganya RM25 sepinggan, dimakan bersama teh tarik, kuih seri kaya, karipap inti daging dan kuih ketayap...(semua kuih aku tapau) memang sekeliling pun aku tak peduli..tapi ya..aku terpaksa peduli kerana beberapa sebab:
"Bercuti?" Dia tegur aku.
"Bercuti sambil bekerja," aku senyum.
"Berapa lama?"
"Dua minggu saja."
"Oh lama juga tu..."
"Tuan?"
"Saya pun bercuti.."
"Seorang?"
"Ya.."
"Nasi lemak ni sedap kan.."
"Bolehlah...lepas ni ke mana?"
"Saya ada perjumpaan dengan beberapa individu di University Art of London..."
"Owh...nak sambung belajar?"
"Tidak, dalam rangka kerja. Tuan ke mana selepas ini?"
"Saya nak ke Wembley.."
"Berapa lama Tuan di sini?"
"Tiga bulan..."
"Hmm lamanya.."
Dia senyum..senyum yang lama sambil memandang tepat ke wajah aku.
"Ok, kita jumpa lagi..jaga diri. London sejuk sekarang..harap dapat berjumpa saudari lagi..."
"InsyaAllah Tuan..jaga diri juga.."
Ketika dia bangun, aku melihat dia menapak perlahan keluar dari kantin tidak sebesar mana itu...seperti mengetahui aku memerhatikan derap langkahnya, dia menoleh..senyum..dan aku senyum, juga..dia terus melangkah..senyum lagi...dan ketika aku mahu membayar nasi lemak di kaunter, petugas di kaunter menyatakan nasi lemak aku sudah dibayar seseorang...

File 2
Aku sudah tujuh hari tiba di sini, di kota sejuk. Dan menginap di tingkat dua di Hotel Byron ini buat aku berasa kaku..tapi lantaran di hadapan tingkap kayu aku ada Hotel Hyde Park, aku jadi jahat...memerhati setiap individu yang keluar masuk ke hotel itu. Pantang ada masa percuma, aku lepak depan tingkap sambil tengok salji turun, sambil tengok pasangan kulit putih bercumbu..tidak menarik perhatian aku ok! Tapi..ada satu perkara yang mencuri pandang aku...sudah hampir tiga hari juga aku melihat dia, setiap malam selepas midnite, dia keluar merokok di tepi kaki lima. Roman mukanya jelas air muka Melayu...dia ada kumis nipis di atas bibir...mata sedikit sepet, berkulit kuning langsat...tapi aku tak pasti dia tunggu siapa..kerana aku tidak kenal dia, tiada peluang untuk bercakap dengannya..gila lah aku kalau tiba-tiba menegurnya tanpa sebarang sebab. ahh abaikan dia..yang aku teringat kini adalah perbualan aku dengan Dodi di dalam train menuju Gare Du Nord..
"Dodi, jangan lupa beli tiket Phantom of The Opera ya..aku mohon sangat.."
"Kenapa kau suka sangat teater tu.."
"Ntah..mungkin sebab ia cerita yang bagus.."
"Eleh..cerita bagus konon...kau bukan tahu pun sapa penulis skripnya kan?"
"Ceitt suka hati akulah...datang jauh-jauh tapi tak jejak Hay Majesty Theatre rugilah beb.."
"Ok esok balik London kita browse..mana tahu ada tiket lebih. Kau tahulah teater macam tu cepat je habis tiketnya walau panggung lama..."
Seterusnya aku berbual dan ketawa tanpa henti dengan Dodi, kawan yang berasal dari Terengganu tapi sudah bermastatutin di kota sejuk ini. Dari bilik hotel yang pengap hinggalah kepada Umi Aida dan suaminya yang aku terserempak di kedai nasi Arab Lebanon, semuanya aku ulas dengan Dodi sambil ambil gambar, buat catatan dan makan kek kismis yang aku beli di Mayfair Street, Dodi juga yang belanja kuih tu..sedap ngkau. Di dalam keretapi laju itu ada ramai orang..dan aku yakin ada Melayu di dalam keretapi itu...apa-apa pun, aku nak tengok The Phantom of The Opera di panggung teater Hay Majesty walaupun Dodi kata tiketnya berharga RM250 untuk seorang.
Dua hari selepas balik dari day trip melawat bandaraya eifel, aku teringin nak lagi nak makan nasi arab di kedai Lebanon. Balik dari membeli nasi arab, Adel, budak hotel panggil aku...dia bagi aku satu envelope. Aku naik atas dan sejurus melempar kunci, aku menghempas diri di atas tilam empuk sambil membuka envelope berwarna kuning cair itu..terjatuh dua keping tiket ke Hay Majesty untuk menonton The Phantom of The Opera. Ada sama sekeping nota kecil.."Enjoy the theatre...from: The Phantom, Hyde Park". Aku bangun menghala ke tingkap dan dia ada di bawah melihat ke jendela bilik aku di tingkat dua...ada sekilas senyum sebelum dia berlalu pergi. Ahh salji lebat pula turun...

Korang semua ada berapa banyak file dalam pendrive? Banyak kan? Aku ada berpuluh..nantilah bila ada masa kita share!

4 comments

Salam.

Mungkin pendrive saya tak sebanyak tu dan semenarik tu. Tapi, cukup untuk buat saya merasa segala rencah hidup.

dlm pendrive saya pun byk juga.. ada yg saya share.. ada yg saya pinjamkan dlm watak kispen saya :)

*bestnya dapat tiket tu :)
manis yg membuahkan senyuman..

byk... cerpen2 lama... yg bersarang.... hahahha. yg ni best....

dalam pendrive ada gambar memori. :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...