Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Saturday 31 March 2012

REVIU: BATU KETIGA DARI MATAHARI

Buku: Batu ketiga dari matahari.
Publisher: Kerat Studio.



Batu ketiga dari matahari, bagi pemahaman aku, "batu ketiga" adalah planet yang kita duduk sekarang. Bermakna buku ini berkisarkan tentang kehidupan di dunia ini dan menurut mereka ada 40 kisah benar dari 47 cerita yang ditulis. Makna 90% cerita di dalam buku tersebut adalah pengalaman mereka .

Bila baca cerita dalam buku ini, lebih-lebih lagi bab patah hati para homosapiens, kamu akan berkata "kasihan mereka" atau kamu akan berkata "inilah perasaan aku!" dan mungkin juga kamu akan berkata "iya." sambil mengangguk kepala. Kebanyakkan cerita yang ada dalam buku ini adalah bukan seperti cerita novel yang selalu di pasaran, dimana kamu boleh teka apa yang terjadi selepas itu. Ini adalah cerita tentang kehidupan yang bukan semua orang akan dapat pengalaman seperti homosapiens BKDM.

Sepanjang aku baca buku ini, aku seolah-olah melihat satu rancangan televisyen yang berbagai program yang dimainkan terutamanya cerita Zoul Yazix. Setiap satunya ceritanya ada menyangkutpaut antara satu sama lain. Cerita April pula, aku senang nak hadam, mungkin sebab aku juga berjiwa 'lembut'? Ophan bunjos, seperti biasa, bakal penganti A.Samad Said. Lucifer, bagi aku ini salah seorang homosapien yang tidak boleh jangka apa yang akan terlintas di fikiran dia. Encik Nasyrun, mula-mula aku baca karya dia, agak tersesat juga. Otak aku tidak dapat tangkap yang dia me'melayu'kan ke'inggeris'. Tapi, lama-kelamaan, otak aku jadi lembut dan sekali tangkap bila baca cerpen seterus beliau. Antara banyak-banyak cerita Encik Psychopath, aku paling suka 'stalker'. Hei encik, kamu boleh jadi penggoda wanita dengan cara itu. Encik Sahidzan, kalau tiada cerita dia bunuh-bunuh dengan segala pistol itu, bukan dia. Tapi bila dia bercerita tentang jiwa, menusuk juga. Pengalaman lattew. Akhir sekali, Encik KHRLHSYM, aku rasa beliau ini sudah banyak makan garam, berguni-guni rasanya. Pengalaman beliau, keinginan beliau di 'Taman Masa', dan yang penting cara dia mengambarkan sesuatu dalam karya beliau, kamu akan rasa seperti hidup di cerita beliau.


Secara keseluruhan, lebih dari berbaloi beli buku ini dan sahabat aku baru sahaja jadi kirim duit kepada aku sebagai wakil dia untuk beli buku BKDM. Apa-apa pun, Batu Ketiga Dari Matahari, *genggam tangan, ibu jari ke atas sambil tersenyum manis!


Untuk membeli buku BKDM, bolehlah melayari keratstudio.

Thursday 29 March 2012

kerana sebiji gula-gula

*sebuah perkongsian kenangan yang bermain seolah tayangan filem di depan mata ..


                    --------------------


Tengah chat dengan Cik Nget tadi, terborak lah pasal gula-gula..
sebab aku bersahur dengan sebiji Hudsons pagi tadi.


Ingat lagi masa kecik-kecik dulu ibu jarang bagi aku gula-gula sebab katanya gula je lebih, khasiat x ada. Berlainan dengan baba, dia suka beri aku gula-gula berbanding coklat. Lepas dia bagi aku gula-gula, ibu selalu tarik muka.


Kata baba ,


"baba x mampu nak beli coklat dulu, keluarga baba orang susah. sebiji gula-gula yang diperbuat daripada gula melaka tu baba makan 4 hari baru habis"


Punyalah berjimat baba aku nih, makan time dia rasa nak je. Dan benda tu berlarutan dari dia kecil hingga sekolah menengah. Masa sekolah dia just calit dengan jari sikit je gula-gula tu masa dia mengantuk nak revision.


Masa darjah satu hingga darjah enam, asal balik je dari sekolah petang tu ibu mesti check poket. Dan jumpa lah gula-gula dalam poket aku. Dia membebel start dari dia check poket hingga aku nak tidur. Tapi bila baba balik dia senyap la sebab baba aku x suka dengar orang membebel kat anak-anak tapi kalau marah disebabkan kesalahan anak x pe.


Gula-gula yang aku suka beli adalah gula-gula monster, ala yang bila makan tu mesti lidah jadi kaler gula-gula tuh. Bila balik rumah, ibu ternampak terus dia suruh aku pergi gosok gigi dan lidah. Dan masa tu jugak la aku akan selalu muntah. Sebab dulu aku x suka gosok lidah~!


"ibu.....muntah dah~!!!!"


"biar la muntah, kasi keluar balik apa benda x bagus dimakan tadi"


=.=" fedap tetibe ...


-------


Penderaan mental sebab gula-gula ni mula dari umur aku berapa tahun entah,tapi seingat aku sebelum aku ke pra-sekolah.


Baba aku dari aku kecik memang dia sibuk tapi bila dia nak pergi outstation, dia kasi aku 1 gula-gula. Aku pun berjalan macam perompak pergi simpan dalam peti sejuk bahagian buah-buahan.


Satu hari, aku lupa nak ambik gula-gula tu. Dan aku juga lupa yang ibu memang obses buah-buahan~!


"zuemiey~!!!!!!!!!!!!!!!!! siapa punya ni?",


Dengar je ibu laung macam tu,terus aku lompat dari kerusi dan lari ke dapur.


"errr...me...Maa...yaaa..",


Ok ibu aku nama Maya, memang kadang-kadang aku panggil ibu aku Maya dan baba aku panggil Iva. Ada orang kata x baik panggil emak dengan panggilan nama. Tapi memang ibu aku macam tu, bila baba x ada je dia akan suruh aku panggil dia Maya.. ibu pon x pe. Katanya aku pun buah hati dia, bagi dia x salah pun benda tu. Cuma sekarang aku dah jarang panggil Maya sebab takut orang dalam rumah aku fikir bukan-bukan. Ok sambung cerita...


Lepas aku mengaku gula-gula tu aku punya, ibu ambik dan nak buang dalam tong sampah. Sepantas kilat aku ambik dari tangan ibu, bukak wrap, masuk mulut dan kunyah...~!!! Sebab tu baba aku bagi, mana boleh buang..


"gosok gigi cepat...cepat~!"


Owh nasib baik x pekak la telinga aku ni sebab dari kecik dengar orang menjerit high pitch. So dengan selamba aku senyum dan masuk bilik..tido..


"sayang..bangun..jom makan", kejut ibu dan aku turut dia ke meja makan. Baru je nak suap nasi ke mulut..


"dah gosok gigi yang makan gula-gula tadi?", tanya dia dan aku geleng..


"kenapa x nak dengar sangat ibu suruh? hah?~! bla3..... ",


Tibe-tibe teringat baba masa tu dan air mata bergenang, terus turun dari kerusi dan lari masuk bilik,masuk bawah katil dan nangis.... tertido..


Sedar je dari tidur,jam hampir pukul 11 malam. Dengar ibu masuk nak letak baju yang dah siap gosok dalam bilik. Rutin macam tu dan dia tahu aku bawah katil..


"eii..makan gula-gula..x gosok gigi.. esok ulat penuh dalam mulut..muntah keluar ulat...bla3", kata ibu


Ibu tutup je pintu terus aku keluar dari bawah katil dan gosok gigi,lidah.. Lepas tu duduk depan cermin sebab nak check ulat sampai la tertido. Ok ni cerita masa pra-sekolah.


Bila besar masuk darjah 1 macam tu, cakap la hantu nak jilat kaki ke... Aku makan je gula-gula tu..


Ok..kerana sebiji gula-gula jugak aku fall in love..
Kerana sebiji gula-gula jugak aku dapat tengok senyuman di wajah seorang anak kecil..
Banyak lah kerana sebiji gula-gula...


Thanks baba... and sorry Maya =)


:051211




                       ----------------


* re-post semula apa yang ada di blog sendiri, kekangan masa =)

Tuesday 27 March 2012

Kawan

"Ahmad...Ahmad... Ni aku dah datang ni..." Arman masuk ke dalam rumah sambil pintu dikuak.

"Oh, Man. Haa... masuk lah. Duduk lah dulu kat sofa depan sana..." Sayup kedengaran suara Ahmad di dapur.

Arman duduk di sofa merah empuk di ruang tamu rumah Ahmad. Arman mengambil alat kawalan jauh permainan konsol PS3 dan menyambung permainan yang ditinggalkan oleh Ahmad. Permainan kegemaran mereka, Pro Evolution Soccer.

"Woi! Jangan usik lah! Kau ni!" Ahmad datang sambil menyepak perlahan betis Arman. Tercampak alat kawalan jauh itu. Mujur jatuhnya di atas bantal.

"Ala...aku baru nak main sekejap. Haa... Mat, macam mana projek kita minggu ni? Jadi tak kita ke rumah kosong atas bukit sana?" Arman bersemangat menyoal Ahmad yang masih marah dengan tindakan Arman menyambung permainannya.

"Haa... tu yang aku panggil kau datang teratak buruk aku ni. Okay, macam ni lah. Khamis malam ni kita siapkan semua barang-barang yang perlu. Torchlight, alat pengesan gerakan, alat pengesan haba, haa... lagi satu jangan lupa bawa krim. Apa-apa krim. Aku tak nak derma darah aku kat nyamuk liar atas bukit sana." Ahmad menggelengkan kepalanya dan menghirup nescafe panas, homemade katanya. Ah, kurang susu. Biasalah orang bujang.

"So, kita dua je ke? Yang lain tak nak ikut? Apa lah! Penakut!" Arman terbayang Suhail yang penakut itu. Suhail memang terkenal dengan sifat penakutnya.

"Suhail ada sekali. Dia lah driver kita. So, Khamis malam? Set?" Ahmad mengangkat ibu jarinya dan menghalakan ke arah Arman.

"Cantik! Aku okay je. Khamis malam! Kita teroka Bukit Stephen tu!" Arman melagakan ibu jarinya dengan ibu jari Ahmad tanda setuju.

"Haa... Dah! Kau pergi solat dulu lah. Lepas tu kita main game. Takkan kau tak nak tebus kekalahan kau tempoh hari?" Ahmad dengan bongkak cuba menimbulkan perasaan marah Arman.

"Kurang ajar! Kau tunggu. 10 minit! 10 minit!" Arman berlari ke bilik tetapi sempat membaling bantal tepat ke kepala Ahmad.

"Woi! Sakit lah!" Ahmad menjerit.

Bersambung

Monday 26 March 2012

Pengalaman Misteri Maizura


“Cik Maizura, Pakcik dah nak turun ke tingkat bawah ni. Kalau Cik Maizura nak balik, tolong tutupkan suis lampu dan aircond ye,” pesan Pakcik Kassim. Pakcik Kassim adalah pengawal keselamatan tempat Maizura bekerja.


“Baiklah, Pakcik. Terima kasih ya. Nanti apa-apa saye call Pakcik,” jawab Maizura sambil tersenyum. Maizura memandang Pakcik Kassim sekejap sebelum meneruskan kerja-kerjanya yang bertimbun dari siang tadi.

Sudah pukul 9 malam. Maizura masih menaip dokumen tender syarikatnya. Tiba-tiba dia terasa badannya seram sejuk. Terasa seperti ada mata yang merenungnya. Maizura mengangkat kepala dan matanya meliar ke sekeliling. Tiada sesiapa. Hanya dia seorang sahaja yang tinggal. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi tangisan dari tandas berdekatan. Semakin lama tangisan itu semakin kuat dan menghampiri Maizura. Bulu roma Maizura meremang. Dia sudah tidak senang duduk. Maizura kelam-kabut mengemas barang-barangnya dan ketika dia mahu berdiri, badannya seperti ditolak seseorang. Maizura jatuh tersembam.

“Aduh...” Maizura menjerit kecil. Pergelangan kakinya perit. Sudah terseliuh barangkali. Maizura terdengar derapan kaki disulami dengan tangisan awal tadi. Maizura cuba membaca ayat Kursi namun bacaannya tunggang-langgang kerna dia terlampau takut.

Derapan kaki makin hampir. Maizura menutup matanya rapat-rapat. Matanya sudah basah dengan air mata.

“Ya Allah..macam ni ke nasib aku...” rintih Maizura dalam hati.

Ketuk..ketak..

Uwaa...uwaa...

Ketuk..ketak..

Uwaa...uwaa...

“Isk..Isk..Isk..” Maizura cuba menahan tangis.

“Cik Maizura, kenapa baring di sini? Aduh...kenapa menangis?” satu suara memecah kesunyian. Maizura mengangkat kepala. Kelihatan Makcik Susanti, cleaner bangunan sedang mendukung seorang bayi berdiri di hadapannya.

“Maaf nak. Bayinya tiada orang bisa jaga di rumah. Ibunya kerja. Makcik terpaksa bawak ke sini. Cik Maizura usah bilang sama bos nya ya. Kasihan sama makcik Susanti.” Makcik Susanti tersenyum.

Maizura melepaskan satu keluhan. Makcik Susanti rupanya! Tapi macam mana dia terjatuh tadi? Siapa yang tolak? Ia masih menjadi misteri.

Sunday 25 March 2012

Nota Cinta Yang Kau Tinggalkan



“saya tak mau la kak” panjang mulut Alya Zulaikha

“lagi cantik kalau awak pakai bulu mata palsu nie” tak habis Mak Andam memujuk Alya Zulaikha. Tetap mahu juga dicuba meskipun awal lagi telah diberi amaran oleh bakal pengantin baru dihadapannya.

“kalau akak lekat jugak menda alah tue, saya basuh semua yang ada kat muka nie” ugut Alya Zulaikha.

“haishhh yela, susah betul dengan budak sorang nie” Alya Zulaikha tersenyum  menang.

“….Aku terima nikahnya Alya Zulaikha binti Shaari dengan mas kahwin….”

Geli hati Faiz Danial tatkala memandang wajah lega isteri yang baru dinikahinya. Bukan dia tidak ingat pada nota yang ditinggalkan gadis kesayangannya sebelum hari bahagia mereka ini.

“sesudah ijab Kabul, selesai membatalkan air sembahyang. Saya tak mau awak cium dahi saya di khalayak, saya tak mau saat itu diabdikan dalam gambar. Cukup hanya antara awak dan saya”

Kerana itu dia hanya menarik tangan isteri tersayang dan menciumnya sebagai ganti ciuman didahi yang diminta oleh jurukamera.

Majlis perkahwinan mereka serba ringkas dan sederhana. Dia bersyukur dikurniakan isteri sebaik dan sehebat Alya Zulaikha. Tiap tingkah laku dan permintaannya tidak pernah tiada siapa yang berani membangkang. Iyalah siapa yang berani membangkang andai permintaannya lebih kearah mencari keredhaan Allah. Teringat pula Faiz Danial pada nota-nota ringkas yang diterima dari kekasih hatinya beberapa bulan sebelum segala persiapan dibuat.

“pelamin yang dihias hanya untuk saat bergambar bersama pengantin. Saya tak mau bersanding! Biarlah kiranya ada kecantikan saya, hanya untuk suami saya”

“saya berharap sangat saya dan awak tidak terabai dengan meriahnya walimatul urus hingga terlepas solat zohor. Sama-sama kita mengingatkan ye?”

“abang senyum apa? Berangan la tue” usik Alya Zulaikha, selebihnya dia tidak selesa ditenung suaminya sebegitu. malu.

Senyuman Faiz Danial makin lebar tatkala mendengar panggilan buatnya yang sudah bertukar. Pantas pinggang isterinya dirangkul.

*****
“abang nanti kita singgah kedai kek tue boleh? Ika teringin nak makan muffin lah”

“tak payah lah, kita terus balik jela” sengaja Faiz Danial menggiat isterinya. Suka benar dia melihat rajuk buah hati didepannya ini.

“yelah kita balik” pantas Alya Zulaikha menarik muka. Berkecil hati dengan suaminya.

“abang tak nak beli muffin tue untuk isteri abang, sebab abang nak buatkan muffin untuk sayang. Kita singgah beli barang lepas tue kita balik buat sama-sama ye sayang” pantas jari mulus Alya Zulaikha dibawa ke bibirnya.

Tersentuh Alya Zulaikha dengan kata-kata dan tindakan suaminya. Tidak semena-mena air matanya tumpah. Beruntungnya aku Ya Allah punya suami sehebat Faiz Danial. Hatinya sebak, air matanya laju, tiada sebutir kata yang mampu keluar dari bibirnya. Hanya pelukan hangat buat insan bernama suami.

*****


“Awak kata nak tolong saya masak, tapi dari tadi awak dekat situ jelah merenung saya” sudah mula panjang muncung Alya Zulaikha, menuntut janji si suami yang mahu masak bersamanya.

“kalau abang tolong sayang masak, tak dapat la abang dekat dengan isteri abang macam nie” pantas Faiz Danial memeluk pinggang isterinya dari belakang. Suka benar dia bergayut begitu saat kekasih hatinya berhempas pulas menyediakan juadah buat mereka berdua.

Alya Zulaikha pantas tersenyum. Faham benar dia dengan sikap suaminya yang satu ini. ada sahaja tindakan nya yang mampu membuat hati wanitanya cair.

“papa, papa menung apa tue? Dari tadi Asha tengok papa tenung nasi tue.”

Faiz Danial tersedar dari lamunanya. Kenangan itu hadir lagi, namun pantas diusir agar tidak terkesan wajah sendu dihadapan permata hatinya bersama Alya Zulaikha, Asha Amira.

“mata tue melihat kekadang habuk masuk dalam mata dan menjadikannya pedih. Kemudian kelopak mata tutup untuk bersihkan mata. Sama macam melinduni dan menyejukkan mata yang kepedihan. Abang nak jadi kelopak mata pada saya –suamimu- “

*****
Pantas dilipat nota kecil tinggalan Faiz Danial sebelum lelaki itu keluar menunaikan solat Asarnya. Alya Zulaikha pasrah andai kebahagiaan yang dicapai bertahan sekejap Cuma. Dia tetap bersyukur kerana Allah memberinya peluang merasai cinta dan sayang dari seorang suami bernama Faiz Danial.

Dia tiada pilihan, dia sayangkan nyawa baru yang hadir dalam rahimnya. Alya Zulaikha memilih menggadaikan nyawanya demi kelahiran cinta hatinya bersama Faiz Danial. Kanser rahim yang dihadapinya sudah berada ditahap terakhir.

Jika dia memilih nyawanya sudah pasti anak yang dikandung terpaksa dikorbankan. Namun, harapan untuknya sembuh juga tiada andai cinta itu dikorbankan. Biarlah cintanya itu menjadi kekuatan buat Faiz Danial andai ajal memisahkan mereka nanti.

Pantas kertas dan nota yang dipesan pada suaminya semalam digapai. Dengan tangan yang bergetar Alya Zulaikha tetap teruskan jua.

“Ya Allah Ya Tuhanku, aku bersyukur kerana berpeluang mencintai dan merasa cinta Alya Zulaikha. Aku redha Ya Allah andai apa jua yang terjadi. Pintaku Engkau panjangkanlah jodoh kami hingga ke syurga. Dan berikan aku kekuatan untuk terus menjadi kekuatan isteriku.” Lencun wajah Faiz Danial dengan air mata. Dia pasrah. Allah mengujinya kerana dia mampu. Hanya itu kekuatan yang dipegangnya hingga kini.

*****
“Asha minta maaf papa” pantas wajahnya diangkat merenung permata hati yang disayanginya. Sumber kekuatan untuk dia terus gagah berdiri selepas pemergian arwah Alya Zulaikha.

“kenapa sayang? Asha minta maaf kenapa nie?” pantas dirangkul Asha Amira.

“sebab Asha mama meninggal, sebab Asha papa menangis” kolam mata Asha Amira sudah bertakung. Pantas diseka Faiz Danial.

“tak sayang. Mama tinggalkan Asha untuk papa sebab mama nak Asha jaga papa, teman papa. Dan sebab mama tahu Asha Amira anak papa dan mama akan menjadi anak solehah, satu-satunya yang akan mendoakan papa dan mama bila kami tiada nanti” biarpun Asha Amira baru berusia tiga tahun namun anak ini sudah faham apa yang berlaku. Faiz Danial sendiri sering berterus terang dengannya agar Asha Amira tidak terbeban dengan perasaan menanggung rindu pada Ibu yang tidak sempat dilihatnya.

Hanya sekali sahaja Asha Amira menyusu dari Alya Zulaikha.  Selepas Asha Amira tertidur kekenyangan Alya Zulaikha pulang menemui sang pencipta. Saat itu Faiz Danial terjatuh ke lantai. Insan yang amat dicintai dan disayangi telah pergi meninggalkan dirinya buat selamanya. Jika tidak kerana iman di dada, jika tidak kerana seraut wajah mulus Asha Amira pasti Faiz Danial sudah rebah ditelan kesedihan.

“saya cintakan abang” –isterimu-

Buat kesekian kalinya nota terakhir dari buah hatinya dibaca. Sayu hati Faiz Danial melihat getaran pada tulisan kekasih hatinya. Dia tahu pasti saat itu Alya Zulaikha sedang menahan derita dan sakit yang maha hebat.

Petang itu Faiz Danial hanyut dalam tangis kerinduan buat isteri tercinta. Lebih sebak hatinya saat mendengar tangis Asha Amira yang menyebut rindukan mamanya.

“Ya Allah, Engkau ampunkan dosa mama Asha. Asha rindu sangat dengan mama”

Saturday 24 March 2012

Part 1: A man among men

Langkahnya mati di situ. Ditenung wajah lelaki bersuara garau dalam. Geram pula hatinya mendengar kata-kata sindiran yang terpacul dari mulut sang jejaka bernama Aiman Ridza.

“Say it again!” Getaran suaranya menampakkan kemarahan meluap. Aiman ketawa sinis.
“Aku darah melayu. Aku tak faham satu apa pun kau cakap wahai minah miskin kain,” Elma Nabila mendengus.
“Kau jangan buat-buat bengap. Orang tak sekolah pun fahamlah. Miskin kain kau kata? Kau tahu apa makna miskin? Kau tahu yang miskin tu sebenarnya kau. Buang masa aku layan kau. Baik kau blah dari sini,” 

Jelingan maut diberikan. Sedikitpun tidak menggusarkan hati Aiman. Malah menjengkelkan. Kata-kata Nabila baginya melampau. Dia tahu dia bukan doktor bukan juga jurutera. Cukup dengan Ijazah seni kulinari. Dia tahu letaknya nilai ilmu bagi perempuan itu. Apalah ada pada kerjaya tukang masak. Hatinya terguris. Namun, dia diamkan saja. Pandangan orang ramai menyesakkan dada. Ingin saja dia menampar mulut cabul milik wanita bertubuh sederhana tinggi.

‘Aiman sabar Aiman. Dia sengaja cari pasal dengan kau,’ Aiman bermonolog sendiri. Nabila menanti respon Aiman dengan harapan Aiman akan bengang dan pergi dari situ.
“Kau apasal tak blah lagi?”
“Ada aku kata aku nak pergi? Sekarang ni kedai makan ni bukan bapak kau punya. Jadi jangan nak suka-suka halau orang. Ingat aku tak ada duit ke apa?” Aiman membalas dengan tenang. Suara perlahan saja. Enggan dia malukan diri lagi. Amarah Nabila memuncak lalu dia sendiri pergi dari kedai makan itu.

Xxxxx

Malam terasa panjang sekali. Perbincangan  orang tua benar-benar menyesakkan dadanya. Nabila ingin membantah namun apalah dayanya. Dia merupakan anak tunggal kepada keluarga Datuk Syahreza dan Datin Maimun. Tak mudah untuk dia menolak permintaan orang tua. ‘Blind date’ seterusnya berjalan seperti yang dijadualkan.

Dia perlu jumpa dengan semua lelaki yang diaturkan keluarganya. Nabila hanya akan dapat menjadi pewaris tunggal sekiranya dia berjaya menemukan lelaki idaman dan berkahwin tahun ini juga. Nafasnya sesak mengenangkan nasib dirinya. Siapa kata orang kaya semestinya bahagia?

“Bella, dengar tak apa papa cakap ni?” Suara Datuk Syahreza mula memetir. Dia angguk lemah. Enggan menerima tapi terpaksa juga merelakan.
“Baiklah. Esok date kamu anak kawan papa. Dia baru balik dari Saudi Arabia. Chef terkemuka. Harap jodoh kamu dengan dialah. Senang papa nak buat bisnes kat Arab sana,” Ketawanya senang.

Setiap kata papa Nabila adalah muktamad. Tiada bantahan boleh dibuat. Tiada penolakan bisa diluahkan. Hanya anggukan atau jawapan positif yang mahu Datuk Syahreza terima. Datin Maimun membatu di sisi tak mampu menghalang lagi.

“Bella maafkan mama. Papa buat semua ni untuk Bella juga. Mama pasti Bella akan jumpa juga lelaki yang sempurna sebagai suami,” Air mata Datin Maimun bergenang.
“Mama, semua untuk Bella? Mama nampak ke mana baiknya untuk Bella? Mama nampak ke betapa bahagianya Bella bila dipaksa jumpa entah lelaki mana yang papa aturkan. Mama seronok dengan permainan aturan papa ni? Mama kejam!”

Nabila kecewa. Seperti selalu dia tersepit. Terdesak dan terpaksa menurut segala percaturan papanya. Di hatinya sungguh mendahagakan kasih ayah yang tak bertepi. Namun, sudah takdir mendapat lelaki bengis dan ditaktor seperti papanya. Hatinya masihmengharap seseorang akan datang menyelamatkan dia dari belenggu boneka ciptaan papa sendiri.

Bersambung...

Wednesday 21 March 2012

Ais krim berwarna purple..

Satu suap ais krim yang pertama adalah AKU, satu suap ais krim yang kedua adalah NAK, satu suap ais krim yang ketiga adalah HATI dan satu suap ais krim yang keempat adalah KAU....itulah kata-kata Usop kepadanya....dan pada suap yang ke lima, rama-rama berwarna pelangi terbang comel memenuhi hari indah itu..


Semalam, dia melihat satu kejadian yang membuatkan jiwanya sentap. Satu pasangan bergaduh di hadapan mata kerana si lelakinya gemuk manakala si perempuan pula langsing, tapi tidaklah secantik manapun. Kalau muka cantik, tapi hati busuk dan menghina teman lelakinya di khalayak, itu bukan perempuan jenis yang boleh dijadikan 'bahu untuk bersandar'. Kesian si lelaki itu, yang kelihatannya terkesima menghadapi situasi di khalayak hanya kerana berbadan gemuk dan menikmati ais krim...hmmm hidup!

Dan hari ini dia bakal membuat keputusan, keputusan untuk menjawab satu pertanyaan yang sudah lama disimpan di dalam telefon bimbitnya. Soalan itu diberikan oleh rakan yang sudah lama dia kenal, bukan setahun dua, bahkan lebih dari lima tahun.

Sambil menunggu kedatanan individu yang berkehendakkan jawapan itu, dia memilih ais krim mana yang hendak dipesan..oh ada keladi dengan waffer...cukup untuk jadi pemanis mulut sementara menunggu Yusof datang.

Tiba-tiba tanpa disedari Yusof  atau Usop sudah mencuit bahunya dari belakang.
"Duduklah..." katanya pada lelaki bernama Usop yang segala-galanya tampak sempurna itu.
"Terima kasih sebab sudi terima ajakan aku..."
"Terima kasih juga, sebab kau sanggup meletakkan air muka di tapak kaki, kerana sudi keluar dengan aku yang..."
"Ok ketepikan soal itu....aku nak tahu jawapanmu."
"Kau jawab soalan aku dulu...kenapa kau nak aku jadi makwe kau. Ada ramai perempuan langsing di luar sana...cantik dan bergetah. Jawab soalan aku sekarang. Kalau jawapan kau tidak memuaskan hati aku, kau melantaklah ais krim yang aku dah pesan tadi..."
"Begini, aku dah kenal kau lama. Kau baik, kau pandai masak, kau pandai ambil hati. Setiap hari aku nampak kau pergi surau. Setiap hari aku nampak kau bawa makanan untuk rakan. Malah, aku tahu apa yang kau buat kerana kau ceritakan semuanya pada aku setiap kali kita bersms."
"Itu saja?"
"Banyak, tak cukup masa kalau aku nak perincikan semua..."
"Tapi aku ini bukan kategori wanita cantik, langsing atau lawa..."
"Hahahahahaha....dangkalnya fikiranmu..."
"Cissss...kenapa kau ketawa?"
"Aku dah dua minggu tunggu jawapan kau. Aku nak jawapan kau sekarang. Kali ini kau dengar cakap aku baik-baik. Kau tak cantik, kau gemuk, kau tak pandai bergaya, kau tak de buah hati, kau rasa diri kau gemuk. Kan? Its not that..its all about feeling. My intuition towards you. Its about sharing and caring. Its about appreciate. Come one..ok last aku cakap...aku nak hati kau...hati kau yang tulus bersih, hati kecil kau yang sentiasa penyayang, hati kau yang tak sentiasa rela menelan segala cemuhan...hati kecil kau yang sangat besar daya ketahanannya. Dan aku tahu, hati kau yang sangat setia..aku mahu yang itu. Dah...aku dah lama mengumpul kekuatan ini. Aku dah ketepikan ego aku rendah-rendah untuk mendapatkan kau walau sudah dua kali kau tolak apa yang aku propose...."
Usop bangun ke kauntera ais krim..hatinya terkesima lagi...Usop muncul sambil membawa dua ais krim yang sudah sedari awal tadi dia pesan. Usop makan ais krim perlahan-lahan tanpa menoleh kepadanya...dia juga makan ais krim itu..

Dan pada suapan ais krimnya yang terakhir, dia menyuapkan Usop ais krimnya kerana itu adalah ais krim permulaan kehidupan untuknya dan Usop...

Tiada jawapan ya...hanya senyap adanya....dua hati itu sedang enak menikmati ais krim berwarna purple pada satu hari yang sangat indah...

Sunday 18 March 2012

Aku dan Pari-Pari Senja



Langit ungu magenta. Bertompok-tompok dengan jingga yang samar-samar. Celahan buat anak burung main-main dulu sebelum pulang. Pedulikan warna langit, aku lebih selesa melontar batu ke tengah tasik. Kilauan tenang yang mengujakan. Dua tiga ketul batu sebesar genggaman, jadi panah. Entah, buat siapa. 

Lama-lama pusaran makin ligat. Makin laju. Makin terganggu. Dalam sedar, rupanya kilau itu makin bercahaya, menyilau pandangan. Dan tiba-tiba, dia muncul. Kehadirannya benar-benar mengerdipkan mataku berulang kali. 

"Giselle? Giselle, Enchanted?" Tanya dia sambil sayapnya dikibar-kibarkan. Uniknya, warna sayap persis bendera Malaysia. Soalan tak bersambut, aku hanya tergelak kecil sebab dia macam pengibar tegar Jalur Gemilang. 

"Manakan? Sedang loghat dia lain benar." Aku berbasa-basi dalam hati.
 
"Oh, ini Malaysia. Tanah Melayu, dulu kala. Maafkan aku, teman. Aku lupa." Buat kali kedua, hati aku teruja. Dia yang berwajah pan-asia rupanya lulus berbahasa Melayu. Aku tenung dalam-dalam. Dia menundukkan kepala, tanda hormat. Aku sekadar melontar senyum.  


"Lalu, kalau kau bukan Giselle. Siapa namamu? Tun Fatimah? Atau Hang Li Po? atau Cik Siti Wan Kembang?" Kali ini, dia terbang dekat. Melingkar di kepalaku yang bertutup. 

"Aku.. aku."  Suaraku tersekat-sekat. Dia melirik manja. Sayap Jalur Gemilangnya dikipas-kipas lagi. 

"Oh, tidak mengapa. Teman, aku pari-pari senja. Peneman susahmu. Penghibur laramu. Katakan, apa hajatmu? Akanku tunaikan."

Aku lagak kisah dongeng Cinderella, tanpa pakaian cantik yang didatangi pari-pari. Atau pari-pari tua dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah, ya? Ataukah aku ada menggesek mana-mana tembikar seperti Aladdin.. eh, Aladdinah? Ah, pedulikan. 

"Kau mahu ke pesta tari, tapi tak punya pakaian indah? Atau kau mahu ke Zauk, tak punya BMW? Atau kau mahu menemukan cinta sejati dari pemuda tampan? Atau kau mahu rasa kilau emas dari Habib Jewels?" 

Aku terpempan. 

"Tidak. Itu bukan budaya kami, negara Islam. Aku Muslimah." Kata-kataku buat dia tersentak. 

"Oh, namamu Muslimah?"  Aku mengangguk, mengiyakan.

"Namaku Muslimah. Namun, hatiku juga Muslimah, dan seluruh hidupku harus Muslimah. Prinsipku bertentangan dengan segala tawaranmu." Kataku, bangga. 

Dia mengangguk-angguk. Dia senyum dengan cara tersendiri. Peliknya, tetap manis tanpa gigi. Serasa aku juga, lidahnya biru laut. Oh!

"Kalau begitu, aku tahu apa mahumu. Kau mahu jubah kilat-kilat? Atau sepersalinan kebaya moden? Atau selendang dengan bonggol meninggi, buat tampak ranggi? Atau tudung dari kain bawal yang tipis dan selesa?"

Aku geleng lagi.

"Maaf, sudah aku katakan. Aku Muslimah yang Muslimah. Muslimah yang berpegang pada syariat dan hukum Allah. Dan aku cukup berbangga dengan itu."

Wajahnya memerah. Tidak puas lagi dengan itu, dia membangga-bangga diri. Merisik diriku, tanpa jemu. 

"Kalau itu mahumu, aku beri kau tudung labuh. Aku beri kau sepersalinan kurung sopan. Aku penuhkan di dadamu, dengan ilmu. Aku corakkan pemikiranmu, biar matang. Aku tampakkan kau 'alim di depan semuanya. Lalu, kau akan dipuji-puji. Bukankah itu akan membanggakanmu, wahai Muslimah? Err, maksudku, membanggakan agamamu jua, seperti yang kau mahu?"

Aku terdiam sejenak, memikir. Camar senja menghilang. Tinggal pondok yang bercahaya terang disinar lampu dinding. Bunyi air yang ligat. Dan juga, dua tiga ekor nyamuk yang nyet nyet, tak putus asa mencari darah. 

Dia senyum manis-manis. Sepertinya, pancingannya cukup mengena. 
"Duhai pari-pari senja, bolehkah kau jadikan aku..?" 

Tanpa sempat menghabiskan kalam, dahiku terasa gatal. Pap! Aku tenyeh kuat-kuat. Darah merah kelihatan pada telapak tangan. Sambil dalam hati menyumpah-nyumpah, "Cis, nyamuk! Berjaya juga kau." 

Langsung hati cepat-cepat pula beristighfar. 

"Izinkan aku.. Izinkan aku jadi perempuan sederhana. Yang mencintai akhirat. Kabulkanlah!" 

Aku sedar dari mimpi. Mujur sekali, doaku pada Allah, bukan pada pari-pari. 

Astaghfirullah, syirik tu!

Friday 16 March 2012

Ais Krim



Sudah jadi kebiasaan untuk Sunny menyiapkan kerjanya di luar rumah. Kerjaya sebagai seorang penulis sepenuh masa memerlukan Sunny untuk memilih tempat yang boleh membuatkan fikirannya gembira. Bagi Sunny, fikirannya akan dipenuhi dengan warna-warna keceriaan apabila perutnya dipenuhi dengan makanan yang digemarinya. Antara tempat yang menjadi tumpuan untuk Sunny menyiapkan tulisannya adalah di Baskin & Robbins. Sambil menaip cerita kanak-kanak yang comel, dia memuaskan seleranya dengan menikmati Baskin & Robbins chocolate cookie dough. Walaupun dia menyiapkan kerjanya di merata-rata kafe ais krim, namun Baskin & Robbins adalah tempat kegemarannya. 

Malahan pengurus Baskin & Robbins iaitu Shikin sudah mengenali dirinya. Dari segi pemakaian iaitu t-shirt watak-watak kartun atau superhero dari DC dan Marvel, sehinggalah tabiat Sunny yang suka menggoyangkan kepalanya ketika mendengar lagu dari iPod dengan kuat sambil menaip.

"Caramel Crush. Perisa Baskin & Robbins bulan ni. Awak nak cuba?" Shikin bertanya setelah Sunny memasuki kafe Baskin & Robbins.

Sunny tersenyum dan mengangguk. Dia mencuba perisa terbaru itu dan memilih untuk memesan beberapa skop ais krim. Sunny ke meja yang selalu dipilihnya ketika membuat kerja. Ketika dia sedang asyik menaip sambil mendengar lagu Madonna, seorang gadis seksi menarik earphone-nya dengan rakus. 

"Hish! I dah call you berapa kali? You tak dengar ke? Pekak?" pekik gadis seksi itu, sambil membuat muka masam. 
"Sorry le Eza, I tengah sibuk buat kerja...," Sunny menerangkan.
"Sibuk buat kerja ke, sibuk makan ais krim? Patut le gemuk, asyik mengkedarah ais krim je!" kawan baik gadis seksi itu menyampuk.
"Bising la kau, Aiza! Sibuk pasal kitaorang tu kenapa!? Kau tu patutnya risau pasal diri kau sendiri. Badan kau lagi gemuk dari aku!" Sunny bengang dengan kawan baik kesayangannya yang bernama Aiza.
"I pun tak suka you asyik makan ais krim je! Gemuk! Boyfriend I dah boroi! Buruk! I nak boyfriend I ada badan kotak-kotak macam dulu!..." Eza membebel dengan suara yang meninggi.

Oleh kerana beberapa pelanggan terganggu dengan situasi ini, Shikin terpaksa mendekati mereka.

"Kakak-kakak, boleh tolong perlahan sikit suara tak? Tak elok perempuan menjerit. Buruk...," Shikin berkata perlahan.

Eza dan Aiza memandang Shikin dari atas ke bawah. Melihat tubuh Shikin yang seksi seperti Saloma, membuatkan Eza bertambah marah.

"Kau tengok Eza, patut le dia selalu suka makan kat sini. Bukan sebab ais krim, sebab awek cun. Dasar jantan!" Aiza menghasut.
"Sayang! I beri pilihan! Kalau you nak lagi kat I, you kena berhenti makan ais krim! Kalau tak, kita putus! You pilih sekarang! " Eza marah.
Sunny rasa serba salah. Dia tak sanggup untuk berpisah dengan ais krim kegemarannya.
"Orang gemuk macam kau mana lagi nak dapat awek hot macam Eza ni, Sunny!" Aiza menambahkan lagi bara api.
Sunny masih diam dan tidak dapat buat keputusan. Melihat Sunny gelisah, Shikin bimbang.
"Rilek ar kak. Tak kan pasal ais krim pun akak nak putus?" Shikin cuba memujuk.
"Kau diam!" Eza naik angin, menyebabkan Shikin segera melarikan diri. Eza memandang Sunny dan menengking, "Nampaknya you lebih sayangkan ais krim dari I. Baik, kita putus! I pun dah muak ada balak yang gemuk, berlemak macam you! Bye!" 
Eza merampas baki ais krim Sunny dan mencurahkannya atas kepala Sunny. 
"Percaya la cakap aku. Tak lama lagi kau akan kena kencing manis. Tunggu kitaorang ziarah kau kat wad ek! Ok, bye!" Aiza berkata sambil menarik tangan Eza untuk beredar pergi.

Ketika itu jugalah, lagu "Selamat Jalan Romeo" berkumandang diradio. Sunny menjerit, "Tidak!!!"

Seminggu kemudian

Eza bangga kerana dia mempunyai kekasih baru yang lebih kacak, lebih sasa, lebih kaya dan lebih segalanya dari Sunny. Dia bertambah bangga apabila ramai gadis yang mencuri pandang kekasihnya yang persis seperti Aaron Aziz itu. Namun, dia juga rasa marah apabila kekasih barunya membalas renungan gadis-gadis itu. Malahan kekasih barunya mengenyitkan mata beberapa kali setiap kali mereka bertembung dengan gadis yang jauh lebih seksi dan cantik dari Eza.

"B, tolong la I angkat barang-barang ni," Eza berkata gedik kepada B-nya kerana hanya dia saja membawa beg-beg hasil membeli-belah di Jusco. 
"Tak mau ar. Nanti jatuh imej jantan I sebab angkut barang-barang awek!" Kekasihnya marah.

Tidak lama kemudian, Eza melihat kekasih lamanya, Sunny sedang duduk di sebuah kerusi sambil membaca komik Pokemon. Eza yakin tentu Sunny masih merindui dirinya. Ketika itu jugalah, barulah Eza mengingati kebaikan Sunny berbanding kekasih barunya ini.

"Aku mesti dapatkan dia semula," bisik Eza.

Eza meninggalkan kekasih barunya yang sedang sibuk mengayat gadis penjual minyak wangi. Eza terus mendekati Sunny. 

"Sunny, sayang. I rindukan you. Sorry sebab hari tu. I rindukan you...," Eza berpura-pura sedih.
"Oh, maaflah ya. You dah terlambat. I dah ada orang baru..." Sunny berkata bangga.
Eza terkejut kerana dia tidak menyangka, Sunny juga berjaya mendapatkan orang baru dalam masa seminggu sepertinya. Tidak lama kemudian, Shikin muncul sambil membawa ais krim Baskin & Robbins. 
"Kau!?" Eza bertambah terkejut.
"Dia lah kesayangan terbaru I. Dia sanggup terima I. Kami blah dulu. Lagipun, I tak nak ganggu you dan balak you yang sibuk meraba awek kat sana tu," Sunny berkata sambil menunjukkan ke arah kekasih baru Eza yang sedang menggatal dengan perempuan lain.

Sunny dan Shikin meninggalkan Eza yang menyesal dan menjerit, "TIDAK!!!"

p/s : Am poking fun at myself for creating some cliché. haha

Tuesday 13 March 2012

Tawaran Kemasukkan


Kegembiraan terpancar di wajah setiap individu lepasan SPM , STPM mahupun Matrik disaat tawaran kemasukkan ke institut pengajian tinggi diterima. Impian dan cita-cita harus dicapai juga walaupun apa jua halangan depan mata. Begitu juga yang berlaku kepada Azzam , pelajar lepasan STPM yang diterima masuk di sebuah IPTA dalam jurusan kimia.Tahun 2007 menjadi saksi Azzam menjejakkan kaki ke menara gading. Setelah pendaftaran selesai, Azzam dibawa oleh seorang pelajar senior ke asrama ditemani oleh kedua ibu bapanya.

ni biliknya, kemas-kemas barang. Nanti malam lepas Isya’ program orientasi berjalan”, kata Mahmud yang merupakan senior tahun tiga disitu. Dia menyalami ibu bapa Azzam lalu berlalu dari situ.

baik budaknya, ehh kamu tinggal sorang ke dalam bilik ni?”, tanya ibu Azzam. Lalu Azzam memulas tombol pintu biliknya dan dibontoti oleh kedua ibu bapanya untuk masuk ke dalam bilik.

ada orang lah mak, senior kot. Duk tidur tu sana”, kata Azzam separuh berbisik. Diletakkan barang-barang miliknya berdekatan katil dan loker besi sederhana besar.

kami balik dulu la, ada apa-apa call je ayah. Nanti ayah datang lah, bukan jauh sangat pun. Belajar elok-elok”, katanya klise seperti ibu bapa yang lain yang menyuruh anaknya belajar sebaik mungkin.

Sedang Azzam menyimpan beg ke dalam loker setelah semua barang-barang lain dikemas, lelaki yang tidur di katil sebelah Azzam bangun dan mengambil tuala. Azzam memandang, “aku Azzam, pelajar baru. Kau?”, tanya Azzam dalam nada sederhana.

Afif, sama macam kau”, pintu bilik ditutup. Hendak kemana Azzam pun tak tahu, tandas mungkin.

pelik je lah budak bilik aku ni.. harap lah tak sombong”, ngomel Azzam sendirian.


Dua bulan berlalu, Afif belajar dalam jurusan bioteknologi. Mereka hanya berjalan bersama ketika ingin ke kelas. Afif jarang makan di kafe , dia lebih suka makan apa sahaja makanan yang dibawa bekal. Hujung minggu makanan akan di’refill’, Afif juga jarang untuk bercakap. Dia lebih suka diam dan duduk merenung langit yang terbentang luas.

kau percaya hantu?”, soalan yang tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Afif. Matanya memandang Azzam.

tak..mengarut je. Dari aku duduk asrama masa tingkatan satu hingga lima, aku tak pernah pun jumpa. Carita hantu semua tu hanya imiginasi je. Aku tak takut pun”, jelas Azzam bersungguh-sungguh. Afif hanya angguk, lalu baring. Matanya ditutup perlahan-lahan. Begitu juga Azzam.

Azan Asar berkumandang, cepat-cepat Azzam bangun untuk mandi. Afif sudah tiada di katil, sudah bangun mungkin. Seusai mandi, Azzam segera menuju ke surau dan ke kelas. Memang kebiasaan untuk balik ke bilik hanya untuk mandi sahaja. Setibanya waktu malam, kelibat Afif masih belum kelihatan. Azzam hanya memandang sepi katil Afif, dia tidak risau kerana Afif lelaki yang mampu fikir baik buruk. Bantal ditepuk beberapa kali, kepala di”smooth landing”. Mata kian layu, akhirnya mimpi dikarang kalah filem David Teo.


Sudah tiga hari Afif tidak pulang ke bilik, Azzam mula risau. Hatinya tertanya-tanya kemana Afif pergi. Ada masalah kah? Sakit kah? Tetapi akan menjadi kesalahan jika dia tak melaporkan hal ini kepada pihak admin. Lalu Azzam ke pejabat untuk melaporkan tentang kehilangan Afif.

Assalamualaikum, saya Azzam pelajar tahun 1. Saya nak laporkan tentang kawan saya, Afif. Dia dah tiga hari tak balik ke bilik”,

Afif pelajar tahun berapa? Jurusan?”,

pelajar tahun 1, jurusan bioteknologi”,

sebilik ke? Nombor bilik? Blok mana?”, tanya wanita awal 30an tersebut bertalu-talu.

ye sebilik. Bilik 303, blok Angsana”, balas Azzam sambil menanti jawapan.

maaf ye Azzam, dalam rekod kami kat sini tak ada pelajar bioteknologi tahun satu bernama Afif”,

saya tak tahu nama penuh dia, mungkin Afif tu nama timangan kot”, kata Azzam.

tapi, bilik 303 blok Angsana memang ada nama Azzam je. Bilik tu memang hanya Azzam je duduk, sebab katil sebelah tu untuk pelajar second intake nanti”,

maksudnya?”, Azzam seakan tidak mampu berfikir apa-apa.

maksudnya, Azzam tak ada roommate. Ada 3 orang pelajar bernama Afif tapi mereka tahun 2 dan tahun 3. Jurusan lain”,

tak apa lah kak, terima kasih”, kata Azzam lalu berlalu pergi.


Pada malam itu Azzam meracau, suhu badannya naik tiba-tiba. Ketua warden telah menelefon keluarga Azzam dan mereka datang bersama seorang ustaz. Azzam duduk di hujung katil, tangannya memeluk lutut. Matanya terbuntang luas, air matanya tak henti-henti mengalir.

macam mana boleh jadi macam ni Shuib?”, tanya ketua warden kepada ketua blok.

saya tak tahu,saya hanya dengar cerita yang Azzam ni pelik. Dia selalu berjalan sambil tersenyum, kadang-kadang macam payungkan seseorang. Bercakap sorang-sorang. Sebab tu tak ramai berkawan dengan dia”,

sepatutnya awak laporkan awal lagi”, suara ketua warden ditekankan.

saya minta maaf”, jawab Shuib perlahan.

Ustaz Ismail sedang khusyuk membaca ayat-ayat suci Al- Quran. Azzam kelihatan sudah penat, dia hanya terbaring lesu disisi ibunya.

Azzam ni tak ada apa-apa, lemah semangat je ni”, kata ustaz Ismail. Ketua warden dan ketua blok meminta diri kerana ada urusan, lalu mereka meninggalkan Azzam bersama keluarganya dan ustaz.

tapi ustaz, Afif tu siapa? Kami masuk baru ni, dia ada. Tapi dia tidur”, tanya ibu Azzam.

Ustaz Ismail berjalan ke katil tempat dimana Afif tidur, lalu dia berjalan ke loker. Pintu loker dibuka, tiada pakaian atau apa pun. Tangan ustaz Ismail mencapai botol yang berisi air. Lalu diletakkan di bawah lampu.

apa ni ustaz?”,

air kencing bercampur darah”,

Afif sakit? Dia ada?”, soal ibu Azzam.

mungkin dia hanya datang menumpang”,

ustaz, bukan kah kalau macam ni, ini tandanya hantu raya?”, duga bapa Azzam.

hanya Allah yang tahu..”, ustaz Ismail hanya tersenyum. Azzam lena tidur di pangkuan ibunya.



Tinta penghujung :

  1. Jangan kita menidakkan ciptaan-Nya. ‘mereka’ itu ada, wujud. Tetapi itu tidak bermakna kita harus mengagungkan mereka. Kita lebih hebat, kita makhluk terbaik. Kita ciptaan paling sempurna.
  2. Apa sudah jadi pada Azzam? Dia sudah percaya bahawa di dunia ini ada bermacam makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Dia masih trauma, dia masih takut hingga detik ini. Tetapi dia lebih takutkan Allah S.W.T.
  3. dia’ meminjam jasad siapa? Wujudkah Afif di alam nyata? Aku pun tak pasti, Azzam juga tak pasti.
  4. Itu pengalaman, mungkin untuk menyedarkan. Walaupun apabila difikirkan balik, ianya sedikit menakutkan. Duduk sebilik bersama ‘Afif’ berbulan lamanya.
  5. Hanya Allah yang tahu kenapa ini terjadi, yang selalu dilihat di dalam kaca televisyen dipaparkan didepan mata menjadi kisah hingga mati.

Monday 12 March 2012

Salju Di Danau Rindu

" Man nak tahu tak? " soal aku tiba-tiba. Waktu itu kami sedang duduk menikmati keindahan Tasik Titiwangsa. Tempat yang selalu menjadi tempat pertemuan kami dulu. Dulu. Sebelum semua ini jadi macam ini. Jadi seperti sekarang. Dekat tapi jauh. Wujud tapi kabur. Aku merapatkan duduk kami. Lalu tangannya aku capai dan aku genggam. Aku pandang wajahnya dalam-dalam. Kelihatan dia seperti termenung jauh. Matanya ralit memandang air tasik yang tenang.

" Man? " 
" Hmmm? "

Barulah dia mengalihkan pandangan matanya ke wajah aku. Ada kekosongan yang aku lihat.Sekosong itukah hati dia kala ini? Senyum. Itu saja mampu aku berikan. Melihat raut wajah hampa dia, aku bagai hilang kata. Berat di hati dia yang menanggung, berat lagi hati aku yang menerima. Kekuatan yang entah sampai bila masih berbaki. Entah sampai bila aku boleh berdiri seteguh ini. 

" Tak. Nur tanya, Man nak tau sesuatu tak? "
" Cakaplah. Apa dia? "

Dia berpaling mengadapku. Kalau tadi aku yang genggam tangan dia, kini tangan aku dalam genggamannya. Erat. Aku menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus perlahan. Aku tak tahu bagaimana caranya untuk aku beritahu dia apa aku rasa. Tapi, semakin aku pendam semakin aku sakit.

" Nur dah tak tahu nak sayang orang lain. " Lega.

Jelas dia terkejut dengan jawapan aku. Mungkin bukan ini jawapan yang dia harapkan. Berkali-kali dia meraup wajahnya. Sebuah keluhan dilepaskan. Dia menggeleng perlahan sebelum melepaskan pandangan ke arah tasik. Aku tahu, jawapan aku mengecewakan dia. Tapi kecewa aku? Bagaiamana? Suasana sepi seketika. 

" Dah tu, Nur sayang siapa? "
" Man. "


Dia terdiam. Aku rasa kalau jantung dia ada speaker, mesti aku boleh dengar degup jantung dia berhenti. Maaf. Nur tak bermaksud macam ni. 

" Nur ada cerita lagi pasal Man pada family Nur? " soalnya tanpa menoleh memandang aku. Marahkah dia?
" Tak. Nur tak mahu nanti ibu soal Nur macam-macam lagi. "
" Salah Man. Sebab tinggalkan Nur. Maafkan Man. "


Terus dia menyentuh lembut tanganku. Serasa ada kasih sayang mengalir. Kenapa ya, jalan takdir kita begini? Kenapa Tuhan datang kan awak dan kemudian awak pergi? Kenapa awak datang dan hidup dalam hati saya, kemudian awak bunuh separuh diri saya dan kebumikan dengan nisan cinta kita? Air mata yang mula mengalir aku seka. Tabah hati. Cekal. Jangan serapuh ini. Aku memaniskan muka.  Tudung yang ditiup angin aku betulkan.


" Tak Man. Man tak salah. Man tak pernah bagi harapan. Nur jer....Nur je yang mengharap sangat dulu. "


Dia cuma diam. Air mata yang aku tahan sedari tadi menitis juga. Sungguh aku penat. Sebulan dia menghilangkan diri, sebulan juga hidup aku merana. Entah kenapa, cinta dia yang tak seberapa itu yang aku kenang, yang aku ingat. Kadang aku marah dengan hati aku sendiri. Tapi apa aku boleh buat? Mencuba berkali-kali pun, aku tahu aku tak mampu. 


"  Nur  rindu Man, diari  Nur  tempat Nur meluah segala rasa. Penuh dengan nama Man . Nur  rindu  Man . Nur  sayang  Man .   Nur  cinta  Man. Semua ada di situ. ," sambung aku setelah melihat dia menyepikan diri.      

" Apa agaknya yang Nur tulis. Teringin nak baca. bukan Man tak tau perangai Nur tu. Suka gelakkan Man. " Usiknya. Ada senyuman di hujung bicaranya. Senyuman yang direka untuk menutup resah hatinya. Aku membalas senyumannya. Semanis mungkin. Seikhlas hati. 

" Salah Man hadir dalam hidup Nur," Keluhnya. Matanya pantas mencari mata aku. Tak sangup menentang pandangannya, aku melarikan wajah. Melihat kawasan tasik yang sudah dipenuhi orang ramai. Aku tak mahu dia membaca apa yang aku simpan jauh dalam lubuk hati aku. Sungguh aku tak sanggup. 

" Man tak salah. Allah dah tetapkan begini. Mungkin hadir Man dalam hidup Nur ada hikmahnya. Cuma Allah tak mahu tunjukkan lagi." 

" Nur, maafkan Man. " Mohonnya. Mahu saja tubuhnya aku dakap kala ini. Tetapi dia bukan yang halal buat aku. Air mata aku mengalir deras. Luluh hati aku mendengarkannya. Man tak salah....Man tak ada salah apa pun....Namun kata-kata itu hanya menjerit dalam hatiku,tak terluah.

" Tak apa . Nur faham. KIta tak boleh paksa orang sayangkan kitakan? Tapi...kalau Nur sayang Man dari jauh boleh kan? " Soal aku perlahan. Aku tak tahu kenapa aku buat permintaan seperti ini. Cuma, aku rasa aku tak mampu untuk buang dia dari hati aku. Apa lagi untuk berhenti mencintai dia. Aku tahu aku tak mampu.

" Nur kuat ke nak buat macam tu?" 

" Nur kuat untuk 6 bulan ini, Nur rasa Nur kuat untuk 6 tahun yang mendatang. Bukan Man dan Nur minta jadi begini. Nur okay je. Cuma masa Man mula-mula hilang dulu je Nur sasau kejap. Tapi kejap je. Ni, Man nampakkan Nur okay je. Boleh senyum lagi hah." Pipinya aku pegang lembut. 

Aku tersenyum manja. Ya Allah, hilangkanlah gusar di hati dia. Jangan seksa hati dia lagi. Biar aku saja yang menanggung . Bukan dia. Melihat redup wajah dia, aku tahu dia masih rasa bersalah. Dan aku mahu rasa itu hilang dari hati dia. 

" Maafkan Man. I hope you know how sorry I'am. "

" Nur faham. Nur cuma nak hati Man tenang. Nur taknak Man keliru pasal hati Man lagi. Kita memang tak ditakdirkan. Bila Man mula bercerita tentang dia, Nur tahu dia sayang sangat dengan Man. Nur tahu dia boleh jaga Man dan Man akan baik-baik di sisi dia. Man tak salah apa. Dah eh. Janganlah rasa bersalah sangat, " tutur ku . Aku menyeka air mata yang mula mengalir di pipi. Aku hadiahkan senyuman manis untuknya. Moga hati awak tenang Man. 

" Agaknya, kalau Man tak jumpa dia, dan dia tak makan ais krim Man, Man takkan sukakan dia. Kenapa Nur tak halang waktu Man bagi tau Man nak  keluar jumpa dia petang tu? "

Aku menggeleng kepala. Peguam memang begini ya? Selagi tak dapat jawapan dia mahu, bertubi soalan diberikan. Aku cuma mampu tersenyum. 

" Man, Nur bukan siapa-siapa waktu itu. Cuma seseorang yang rapat dengan Man. Bukan isteri Man. Takkanlah Nur nak halang. Walau hati ni suruh , Nur takkan buat. "

Dia membetulkan duduk. Kemudian dia pegang bahu aku. Dagu aku disentuhnya agar memandang wajahnya. Gayanya seprti mahu aku fokus dengan apa yang dia ingin katakan. 

" Hari itu masa Man suruh Nur sms Man kata kita dah tak ada-apa. Bukan untuk dia. Man cuba nak sakitkan hati nur. Man nak Nur lupakan Man. Man nak Man nampak jahat di mata Nur. "

" Tak kan boleh. Man tak kan boleh buat Nur macam tu.  Nur  dah cuba sebelum ni. Setiap malam  Nur  nangis.   Nur  rindu Man .  Nur  cakap dengan diri sendiri.  Man  tinggalkan Nur. Man  yang pergi.  Nur paksa hati  Nur   benci   Man . Sebab  Man  jahat. Tapi akhirnya Nur  putus asa.  Nur  tak boleh buat.  Nur  tetap sayang  Man . So  Nur  biarlah perasaan tu ada dalam hati Nur." 

Tangannya pantas menyeka air mata aku yang mengalir bagai hujan. Dia menggeleng perlahan. Matanya juga berkaca. Tangannya menggengam tangan aku erat. Seperti disiat rasanya saat aku meluahkan semua ini. Aku tak pernah salahkan dia. Dan benar, aku dah cuba. Puas aku mencuba. Aku paksa hati aku yang degil ini membenci dia. Aku cari salah dia. Aku cuba dendami dia. Tapi setiap kali itulah aku menangis sendiri. Aku takkan mampu membenci dia. Takkan mampu.ri.

" Nur, Man minta Maaf dari sekecil-kecil zarah hingga sebesar alam."

" Nur tak marahlah. Keadaan buat kita macam ni. Cuma, lepas ini Nur kene carilah lelaki yang boleh buat Nur jatuh cinta macam Nur jatuh cinta kat Man. Kalau tak, mimpilah lelaki itu nak hidup dalam hati Nur ni," kataku cuba berseloroh. Dia tersenyum. Senyuman terpaksa. 

" Hati Man dah pilih dia. Mungkin Man bukan ditakdirkan jadi pemilik tulang rusuk Nur tapi mungkin dah tertulis untuk dia."

" Nur okaylah. Jangan risau. Nur doakan kebahagiaan Man dan dia. " Aku tepuk belakang tangannya. Cuba menghantar semangat buatnya. Kalau Nur kuat, Man pun kenalah kuat. Nur tahu pilihan Man paling tepat. Dia akan Membahagiakan Man. Sampai bila-bila.

Redup diwajahnya, melahirkan resah dijiwanya. Dia memalingkan tubuhnya kembali menghadap tasik yang membiru. Airnya yang tenang, mendamaikan hati aku. Aku merapatkan duduk kami. Kakiku dilunjurkan ke depan. Sisa air mata yang masih bersisa aku seka. Jari aku pantas mencari jarinya yang menongkat siku dirumput.Aku letakkan tangan aku di atas belakang tangannya. 

" Nur,  Man selalu harap walau Nur bukan jadi milik Man, walau Man bukan pilih Nur, walau Man tak dilahirkan untuk Nur, Man selalu harap yang terhebat itu Nur, yang tercantik itu Nur, yang paling bahagia tu Nur dan yang tersenyum itu jugak Nur."

Dan Nur harap Man tahu yang Nur akan sayangkan sampai bila-bila, Khairil Aiman.

* * * * * * * * * 

Dan malam itu, aku sempat update status facebook dengan kata-kata ini :


" Selamat malam pemilik rusuk kiri yang hilang. "


Benarlah katamu hidup penuh pura
Tetapi tidak pada diri ini
Cintaku tulus suci lahir dari hati
Salju di danau rindu

Mengapakah sukar menyakinkan cinta
Yang terbiar layu disirami duka
Sedangkan diriku umpama pengemis
Mengharap kasihmu itu
Izinkanlah aku menyintaimu
Dan sesungguhnya cintaku satu...


-Tamat-


*tulis kisah benar, tak semudah yang disangka.*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...