Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Monday 9 January 2012

Dosa Semalam ~ ~

Hujan yang tidak henti dari pagi meleret hingga ke malam. Terasa seperti sesuatu mencengkam kuat hingga ke tulang hitam, sejuk! Tangannya kini masih lagi ligat menari di atas papan kekunci, tugasan yang kian dilambak ibarat ada batu besar yang duduk bersemayam di atas kepala. Jiwanya sesak!

                “siapa tu?”, tanya lelaki itu takkala mendengar bunyi sesuatu yang terjatuh. Dia tidak menoleh ke belakang, matanya masih menatap skrin yang menyilau.

                Kembali sunyi, hanya titisan hujan yang kedengaran. Dia kembali menyemak kertas kerja yang berselerakkan di atas meja. Mata kian kesat, dia memandang kearah katil yang masih tidak terusik.  Dia bangun menuju ke dapur dek kerana tekak seakan menjerit minta dibasahkan.

                “pap!!!”, bunyi dari arah ruang tamu. Dia berlari-lari anak, “siapa tu?”, tanyanya sambil memerhati segenap sudut .  “jangan main-main dengan aku..”, ujarnya lagi.

                “hisssss........hissssss”, bunyi itu kedengaran jelas di cuping telinganya. Dia menekup telinganya menggunakan kedua-dua belah tangannya. “hisssss...........”, bunyi itu makin jelas kedengaran.

                “arghhh...!! Diam! Diam!”, pekik si lelaki kuat. Matanya dibuka saat suasana kembali sunyi, dia tersenyum sinis. Lantas dia berjalan masuk ke bilik dan meneruskan kerjanya.  Angin kencang dari sliding door menambahkan kedinginan, matanya menangkap sesusuk tubuh di balik helaian langsir. “siapa tu? Hey.. jangan main-main. Siapa tu?”, dia bangun dan pergi kearah tubuh itu.

                “hey jangan lari..”, lelaki tersebut seakan mengejar tetapi langkahnya terkunci. Tubuh itu menghampirinya, menjelma seraut wajah yang sedang tersenyum.

                “sayang...awak ke tu sayang? Jangan pergi!”, jerit si lelaki selepas tubuh itu hilang dibalik langsir.


                Pagi itu riuh di hadapan apartment Seri Wangi, ramai yang berkumpul betul-betul di hadapan blok B. Banyak mata yang memandang, telinga yang terpasang. Masing-masing bercakap tentang perkara yang tidak jelas.
                “kenapa tu?”, tanya seorang lelaki tampan kepada seorang makcik tua.

                “dia terjatuh dari balkoni tingkat 4, mati dah tu..”, jelas makcik ringkas

                Lelaki tampan tersebut mendekati mayat yang kepalanya bersepai, seakan jatuh dari tempat lebih tinggi. Darah pekat sudah mula mengering, dari jauh kedengaran bunyi siren dari kereta polis. Dia bangun dan berlalu pergi dari situ.

*** 

                “abang...abang..kenapa ni, abang bangun abang..”, Anis menggongcang kuat bahu suaminya setelah melihat suaminya seakan sesak nafas.

                “hah!!...hahhh... sayang, abang mimpi abang mati depan rumah kita”, jelas Syakir sambil tercungap-cungap seakan baru lepas menyertai larian amal.

                “istighfar abang.. itu hanya mimpi”, kata Anis sambil memeluk erat suaminya. Mata Syakir memandang meja kerjanya, sama seperti dalam mimpi. Dia melepaskan rangkulan hangat isterinya dan melangkah ke balkoni, dia melihat kebawah. Di atas jalan tar seakan ada darah yang masih panas, dia terus masuk ke dalam semula.

                “sayang.. awak kat mana tu?”, Syakir memanggil Anis yang sudah tiada di dalam bilik. “sayang...”, dia melangkah keluar dari bilik dan pergi ke dapur. Dilihat mug seperti dalam mimpinya semalam, dia mencapai dan meneguk air di dalamnya sambil berjalan keluar ke ruang tamu.

                “tap!!”,  mug terlepas dari tangan .. berderai. “sayang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”.

                Setelah mendengar jeritan yang kuat maka jiran berhadapan rumahnya segera masuk ke  dalam rumah Syakir yang tidak berkunci. Langkahnya mati setelah melihat mayat Anis tergantung di kipas dan telah mula reput dan berulat.

30 comments

kau pun gila juga la.
hahahaha!

weh. aku suka. :)

mimpi dalam mimpi punya mimpi kah..??

Mell : tapi aku x perlukan wad berwifi..haha


Mis : mimpi dalam mimpi.. terselit pulak mimpi diantara mimpi-mimpi tu..hahahah..pening?

antuuu... btw ni blog aweks2 kah?

wowww!!!! like.. like..

17:36

wuhu.. nice~

dill.

hahaha...nice!!

asrul : ni blog aweks bersama pemuda tunggal..hahaha..


Girls : thanks babes.. ;)

hahhaha aku dah pening baca cerpen ni hehe

sorry wen..nt try ubah genre :)

sila sambung sket citer ni, spy saye tak terus termimpi-mimpi

haha..akan diusahakan ANgah..tapi rasanya..kering idea dah..sebab mata masih terbayang mayat bergantung...comey lah pulak..pehh~!

wad gila ada wifi penting. kalau tak, kering idea aku. hahahaha!

p/s : mayat tergantung tu seksi. lagi2 yang jenis lidah terkeluar.

21:26

aisshh..

ada sambung tak ni??

Anonymous
22:25

penulisanmu aku suka.
cerita yang bagus.

nice one. hehe. mati dalam mati dalam mati dalam mati. adehh... bpe kali mati ni? sape yg mati? pening!

hahaha... ntah sapa yang mati,,

Hani : rasanya mcm xada sambung.. :)

Nea : thanks :)

Kenanga & WK : pemuda tampan dan Syakiradalah org yg sama, sbb tu Syakir kata dia nampak dia mati dalam mimpi. dan isteri tu hanyalah banyangan dia sbb isteri dia dah mati tergantung lama dah.. wanita di balik langsir tu jelmaan isteri dia..


sorry sape yg pening, taip ikut kata hati..macam ni la jadi :)

06:28

khair, dill faham cerite ni. hehe

dill.

hai, sy baru follow blog kamu..kalau sudi singgah la blog saya dan follow..blh share cerita nnt (^_^)

thanks Dill :)

insyaAllah Syira

jadi ini semua hanya mimpi? gua tengah digest.. rilek..

pada awalnya mimpi..sebab dia nampak dia mati..

dia nampak bini dia..padahal bini dia tu pun dah mati tergantung..

bukanlah mimpi 100%

seram sejuk bace

=) thanks baca..

cerita paling gila aku pernah baca...
ni la gayanya bila hantu bercerita..kan??

pening @_@

Ekah Puzi : mcm pernah dengar nama ni. kau nak cakap aku hantu ke ape? pun boleh.. cerita gila kena lah dengan tuan pencerita yg tgh gila..

Nj : :)

haha.. sori, aku kena selami jiwa hantu dulu, baru aku phm kot cerita gila kau. ok, nasihat aku, jgn gila lama2:)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...