Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Monday 9 January 2012

Balang Hati



Hari itu, hari ulangtahun cinta kami yang ke10. 10 tahun yang mungkin neraka pada aku. 10 tahun yang aku rasa tak sepatutnya berlansung pun. Tapi aku tak tahu kenapa aku masih mahu bersama dia. Dia panas baran. Tubuh aku sudah lali dengan sepak terajang dia. Pipi aku sudah serasi dengan sentuhan keras dia. Tapi aku masih mahu bersama dia. Dia tak romantik. Tak pernah ingat walau hari lahir aku. Apa lagi hari-hari bermakna lain sedangkan aku, setiap tarikh penting aku catat dalam diari. Dia tak penyayang. Aku tak ingat bila kali terakhir aku dia dakap. Aku tak ingat ciuman terakhir dia di dahi aku itu bila. Aku tak ingat. Serius. 

Tapi hari itu dia berbeza. Dia datang ketuk pintu rumah aku. Dia datang dengan sebuah BMW 5 siries milik dia. Dengan jambangan bunga dan beg kertas warna merah jambu di tangan. Warna kegemaran aku. Bunga itu pula warna putih. Dia pakai sangat kasual. Jeans biru dan kemeja putih berbelang halus hitam. Rambut dia disisir rapi. Bau dia pun wangi. Tak macam selalu. 

Dia kata, " Jom, saya bawa awak berjalan. Oh, ini untuk awak. Khas untuk awak. " 

Aku sambut jambangan bunga itu. Aku cium baunya. Harum. Seperti baru dipetik. Beg kertas itu, aku intai isi dalamnya. Cokelat. Kegemaran aku. 

" Terima kasih awak. Susah-susah saja. " ucap aku. Perlahan. 
" Tak apa. Errr...tapi, awak nampak cantik sangat hari ini," ucapnya sambil sebuah ciuman singgah di bibir aku. 

Pipi ku merah. Serta-merta. Ah, sudah! Hari itu aku pakai kebaya putih dan di pasang dengan batik lepas warna hitam. Rambut panjang aku sanggul biar kemas. Dia tarik tangan aku ke kereta lalu dibukakan pintu sebelah penumpang untuk aku. Dan dia berlari ke sebelah tempat duduk pemandu. Lalu kereta meluncur laju.Hampir sejam perjalanan tapi masih tidak sampai. Aku sudah mula resah. 

" Lama lagi ke awak? "
" Kejap je. Sabar ye sayang. "

Akhirnya kami tiba di sebuah pondok usang. Duduknya jauh dan terpencil. Di situ hanya dikelilingi hutan tebal dan hanya punya satu jalan untuk masuk. Itu pun cuma muat untuk laluan kereta. Dia bukakan pintu kereta untuk aku lalu mencempung tubuh aku ke dalam pelukannya.

" Kenapa mahu didukung? Saya boleh berjalan. "
" Biarlah. Saya dah lama tak dukung awak. "

Sebaik saja pintu rumah usang itu terbuka, di dalamnya sudah tersedia sebuah meja bulat, ada lilin di atasnya. Candle light dinner! Detik aku dalam hati. Bibir aku mengukir senyuman. Perlahan-lahan dia dudukkan aku di atas kerusi. 

" Duduklah," pelawa dia. Aku senyum. Bahagiakah ini? Aku cubit peha aku sendiri. Sakit! Tiba-tiba dia menghulurkan tangannya sambil matanya memberi isyarat agar aku menghulurkan tangan aku juga. Situasinya, kami di meja makan. Di tengahnya ada lilin dan tangan kami berada di kiri kanan lilin itu. Seperti filem orang putih rasanya. Dan aku, tunduk memandang kaki aku sendiri. 

" Sayang," oh, kenapa indah aku rasa bahagia saat dia panggil aku begitu. Aku mendongak memandangnya.  

" Saya tahu saya bukan kekasih yang baik. Saya panas baran. Selalu sakiti awak. Selalu buat awak menangis. Selalu. Saya tahu. Saya terkadang merasakan bukan yang terbaik untuk awak. Dari dulu, belum pernah saya membelai manja awak. Belum pernah saya walau sekali mencium dahi awak. Tapi, sakiti wajah comel awak, itu sering." Dikucup jemari aku. Terasa basah. Kamu menangis? Aku lihat matanya basah. Hidung tingginya merah. Sebak mungkin.

" Oleh itu, ini untuk awak," katanya sambil tunduk mengambil sesuatu di bawah meja. Meja yang beralas kain merah itu melindungi sesuatu di bawah meja itu. Diletakkan sebuah balang ungu di atas meja. Balangnya sebesar dua lengan lelaki gagah. Cukup besar. Dan tingginya seperti botol kicap. Keliru. Balang? Untuk apa?

" Ini balang. Tiap kali saya sakiti awak, hiris hati saya dan simpan di dalamnya. Jika besar silapnya, hirisannya besar. Jika kecil hirisannya, maka kecillah kesalahan saya. Hirislah selagi hati saya masih berbaki. Apabila sudah tiada bakinya lagi, beritahu saya. Waktu itu, saya akan tinggalkan awak, dan jahit hati saya sendiri."

" Hiris hati awak? Untuk apa? "
" Supaya saya tahu, berapa besar dan berapa kerap saya sakiti hati awak. Dan ini, hati saya."

Diletak seketul hatinya di atas meja. Juga di dalam balang. Aku menggeleng. Ini salah. Bukan ini aku mahu di hari ulangtahun cinta kami. Kenapa kau memulakannya dengan tawa gembira dan akhirnya, kau tikam aku pula? Aku bangun dan ingin segera beredar dari situ. Aku tak suka ini semua.

" Sayang!" Jeritnya. Aku tidak endahkan. Biar saja aku pergi. Aku rela. Dan dia mengejar aku dengan hatinya di dalam balang. Dan akhirnya, entah dari mana datang seperti asap berwarna putih pekat, mengelilingi dia hingga aku sendiri tidak dapat melihatnya dan akhirnya membawa dia pergi. Dan meninggalkan balang hatinya. Balang berisi hati yang ingin dia beri pada aku. 

" Awak!!" tapi tiada sahutan lagi. Mungkin asap putih jahat tadi telah membawa dia pergi ke daerah tak terjejak oleh aku. Aku capai balang hatinya, masuk ke rumah mencari kunci kereta dan pulang ke tempat di mana bermulanya cerita ini. Rumah aku. Hati ini takkan terhiris sayang. Akan aku simpan meski kau tidak lagi terwujud di mana sudut dunia ini lagi. Aku akan merinduimu. Selamanya.


kadangkala termimpikan dia yang tiada, masih mampu buat aku rasa bahagia. setidak-tidak aku pernah rasa bahagia dicintai dan mencintai dia. Kan?


16/11/11
5.40 p.m
Kampar, Perak.





13 comments

ni kerja gila~!
tapi aku suka..

heee! =) gila itu seksi.

seksi..yup.

kenapa hati aku x henti2 ketawa..demm!

hahaha!

mesti hati kau tengah menari2 zapin kan.

jangan tipu.

AKU NAMPAK.

:P

mati benaran atau sekadar monolog?

06:14

ada makna tersendiri.

:)

dill.

thank you. =)

walapupun hanya mimpi... tapi ia bermakna.. serius betul.

kalau sudah namanya 'sayang'...

Anonymous
22:30

cerita ini ala romantik seram.

TQ nea. memang itu yang cuba ditunjukkan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...