Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Tuesday 31 January 2012

Kispen #2 - Kertas Warna


Boy cuma diam bila ditanya tentang ibunya.

Jalang. Jalang. Jalang.

Tak ada yang lain dalam akalannya bila nama 'Mak' melintas lalu di ruang fikiran. Dia terlalu malu untuk berkongsi cerita keluarga dengan sahabat-sahabatnya. Cuma dia yang tahu segala keheningan di balik tunggul kepalanya yang pegun dari tadi.

"Boy, kau ok tak? Mak kau tak datang ambil kau ke hari ni?"

Dia diam, cuma menggeleng kepalanya.

"Kalau macam tu aku balik dulu lah Boy. Bapak aku dah tunggu dalam kereta tu. Jangan lupa besok bawa kertas warna yang Cikgu Mail suruh kita sediakan tu."

Kali ini dia mengganguk, termangu.

Entah, ibunya terlalu sibuk dengan hal-hal 'peribadi'nya di luar sana. Dia sudah lali menapak pulang dengan kasut lusuhnya, yang kadang terkapur putih, yang selalu tercalit kotor hitam.

Baginya sekolah cuma neraka. Usai di kelas, sambung pula seksaan mentalnya di rumah. Hidup penuh murung dan durja. Keluh pun takkan didengar siapa-siapa.

"Lukman, awak ni bagus betul melukis. Cikgu kagum dengan kreativiti awak, tapi, ini kelas Matematik sayang. Kita jawab guna angka, bukan corak. Kita menghisab, bukan melakar."

Boy endah tak endah saja ujar Cikgu Mariam itu. Sarkastik, tak perlu dilayan.

Sementelahan di rumah, Boy cuma berbaring di tilam yang dihampar di lantai kamar biliknya. Berfikir seribu satu benda, biarpun di fikirannya cuma kosong.

"Boy, dah makan? Maaf mak tak sempat ambil Boy tadi. Mak nak keluar kejap ni. Nanti pergi beli makan dekat gerai depan tu ok. Mak dah tinggalkan wang atas meja ruang tamu."

Boy mengangguk, sambil matanya cuma merenung kosong kipas siling yang berputar pada kelajuan satu. Dia sudah terbiasa begini.

"Cikgu Mail, maaf kumpulan kami tak ada kertas warna untuk kelas pagi ni."
"Eh, bukan saya dah tugaskan dari minggu lepas ke untuk bawa kertas warna tu? Ni Lukman bin Abdullah ni mana? Bertuah betul budak ni tak sampai2 lagi ke kelas."

Pagi itu hening saja. Bayu meniup dan menggoncang lembut pohon-pohon di deretan jalan masuk Sekolah Rendah Sungai Angkasa. Segalanya berputar di bawah norma, biarpun ada bait-bait halus yang kurang enak di ulu hati Cikgu Mail.

Kringg. Waktu paling sibuk untuk peniaga di kantin sudah tiba. Murid-murid terpusu-pusu mengarus ke kantin menggendong beberapa syiling kecil yang dihulur ibu bapa masing-masing ketika bersalaman di pagi hari.

Cikgu Mail mahu ke pejabat pos untuk membayar bil. Tak jauh, cuma dua-tiga kilometer dari tempat kerjanya.

"Dik kau ok tak ni dik? Meh pakcik tolong bawa ke hospital nak? Siapa langgar kau ni?"
"Pakcik, saya dekat mana ni? Dah sampai sekolah belum?"

Baju yang baru dibasuh semalam sudah dihinggap merah darah yang terserak.
Mujur ada pemandu bas sekolah yang nampak sekujur tubuh yang terbaring di tepi pintu sekolah.

"Pakcik, kertas warna ni pakcik, tolong bagi dekat kawan saya. Saya baru beli tadi. Tolong, pakcik."

Helaian kertas berwarna hijau masih erat tergenggam di tangan ia. Kerumunan manusia keliling makin ramai.

Cikgu Mail memacu keluar dari pintu sekolah, melepasi kerumunan yang langsung tak ternampakkan oleh ia, yang sudah lari dari medan kesalahan di pagi hari.

Metafora Cinta bhg. 1

"Hey!!!"

"Hey, Cik!!"

Aku yang sedang enak berjalan menghirup udara segar pagi di taman terhenti langkah kaki. Berpaling pada suara yang memanggil. Panggil akukah? Aku tidak pasti sebenarnya. Tetapi naluri hati kuat mengatakan, ya.

"Cik."

Ya,benar. Suara itu memanggil aku.

" Hurm?"

" Maaf saya mengganggu. cuma sudilah kiranya cik menerima kad saya ni."

" Err..kenapa?"

" Supaya cik dapat menghubungi saya dan kita dapat berkenalan dengan lebih rapat."

Aku kaget. Lelaki dihadapanku ini terlalu berterus terang. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum membalas kata-katanya.

" Awak yakin saya akan hubungi awak?"

" Ya." Ringkas jawabnya dan dia kelihatan yakin sekali. Aku gugup.

" Saya ikhlas dan saya harap, cik tidak keberatan." Sambungnya lagi. Aku mati kata untuk membalas. Dia tersenyum memandangku.

" Hmm...tengoklah macamana." Kataku sambil memasukkan kad itu ke dalam kocek seluar.

" Saya tunggu cik hubungi saya. saya harap, cik tidak menghampakan saya. Saya minta diri dulu."

Aku termanggu dengan situasi yang tidak terjangka ini. Melihat dia melangkah pergi, aku juga berpaling kembali untuk pergi. Belum sampai 3 langkah aku menapak, dia bersuara lagi. agak kuat lontaran suaranya.

" Cik, dalam tidak cik sedar, kita hampir setiap hari berjumpa walaupun tidak bertegur sapa. Dan selama itulah saya selalu memerhatikan cik."

Usai kata-katanya, dia terus berlalu pergi dengan meninggalkan aku dengan kerut beribu di dahi.

'Macam ini pun ada?' Getus hati kecilku.

bersambung..............



p/s: Ini tertaip secara spontan dan tajuknya pun aku tak terfikir nak letak apa. Hanya mengikut gerak jari...hehe...nantilah aku fikir atau ada sesiapa ada cadangan.?? Oh, ya.....nama watak pun aku belum fikir

kahkahkah

Sunday 29 January 2012

Terima Kasih Cinta











Tubuh yang menggigil kedinginan dari tadi aku biar dijamah angin malam. Desir ombak yang tak pernah putus menghempas ke pantai, mendamaikan hati aku yang sedang gerhana. Langit begitu cerah malam itu. Taburan bintang menemani malam, menambah seri malam sepi aku. Aku duduk di atas pasir. Kaki aku dilunjurkan. Sesekali ombak menyapa tapak kaki aku. Sejuknya terasa. Seluar jeans yang aku pakai sudah separuh basahnya.


Sedari selesai menunaikan solat Isyak tadi lagi aku sudah di sini. Aku menginap di hotel ini pagi tadi. Setelah puas aku melarikan diri dari segala masalah yang melanda, akhirnya aku memilih untuk pergi bercuti di bahagian utara Malaysia dan Pulau Langkawi menjadi pilihan aku. Setidak-tidaknya, dapat menenangkan fikiran aku. Bukan aku pengecut hingga lari dari masalah, cuma aku buntu. Aku tak mahu lukakan hati Ibu Rohana. Cukuplah selama ini dia membesarkan aku dengan rasa cinta seorang ibu. Tidak seharusnya hati dia aku lukakan. Kejadiaan minggu lepas, menjengah lagi difikiran. Entahlah, bila segala ini akan selesai.




" Ibu, Hajar tak mahu. Tolonglah ibu. Jangan desak Hajar. "


" Sampai bila kamu nak hidup sendiri Hajar. Usia kamu dah nak masuk 28 tahun. Dah sampai waktu kamu memikirkan masa depan kau. "


" Hajar tak mahu ibu. Hajar...belum bersedia. Tolonglah Hajar ibu. Hajar merayu pada ibu. Jangan pasak Hajar."


Aku bangun lalu duduk bersimpuh di tepi Ibu Rohana. Pehanya aku sentuh. Aku sembamkan wajahku di situ. Dapat aku rasa hangatnya sentuhan tangan Ibu Rohana menyentuh rambutku. Setiap kali aku bersedih, itulah yang dia lakukan dan aku akan merasa tenang. Sentuhan kasih seorang ibu yang ikhlas menyayangi anaknya.


" Terimalah dia nak. Ibu tahu kamu takkan terluka. "


" Tak mahu ibu. Hajar tak kenal Saiful itu. Macam mana kalau dia jahat? Dia pukul Hajar? Dia sepak terajang Hajar? Macam yang papa buat pada arwah Mama. Hajar tak mahu ibu. Hidup sendiri pun tak apa. Hajar ada kerjaya. Hajar ada duit sendiri, rumah dan kereta sendiri. Semua itu hasil titik peluh Hajar sendiri. Hajar tak kisah pun kalau Hajar tak kahwin."


Ibu Rohana mengeluh mendengarkan jawapan aku. Dia bangun berdiri lalu berjalan mendekati tingkap biliknya. Dibuka sedikit lalu diintai langit malam.


" Tak semua lelaki macam papa kamu Hajar. Tak semua. Masih ada yang baik. Jangan kamu prejudis hanya kerana papa kamu kaki pukul, kaki judi, minum arak. Terima sajalah Saiful itu."


" Hajar tak mahu ibu! Hajar tak mahu! Ibu, tolonglah. Jangan paksa Hajar. "


" Kalau kamu tak mahu terima Saiful, sama seperti kamu membenci ibu. Ibu beri kamu masa hingga hujung bulan ini Hajar. Jika kamu masih berkeras, mahu atau tidak, kamu tetap akan disatukan dengan Saiful. "


Kata-kata Ibu Rohana ibarat batu besar yang dibebankan ke bahu aku. Air mata aku berlinang lebat. Sampai hati ibu. Sampai hati. Ibu paksa hajar sampai begini sekali. Aku mencapai beg tangan yang ditelakkan di tepi katil, kemudian tangan Ibu Rohana aku capai lalu aku cium. Tidak seperti kebiasaannya, pipi Ibu Rohana tidak aku cium seperti selalunya. Aku terus berlalu keluar dari Rumah Impian Kasih, tempat aku membesar. Aku mula kenal erti hidup. Aku belajar menjadi seorang yang kuat untuk hidup atas bumi Allah yang maha luas. Berbekalkan segala tunjuk ajar Ibu Rohana, aku mampu melangkah setelah dengan jerihnya aku melawan sakitnya kenangan masa lalu.


Dulu, aku ada sebuah keluarga yang bahagia. Aku ada mama, papa dan seorang adik perempuan. Kami hidup bersederhana. Papa bekerja sebagai seorang  kerani di sebuah syarikat pengangkutan dan mama cuma seorang suri rumah. Kami tinggal di sebuah rumah teres setingkat. Kelengkapan rumah, memang tidak semewah mana tapi cukup buat aku rasa bahagia. Kata mama, yang penting orang yang tinggal di situ bahagia. Bukan apa isinya dan aku tahu yang kami sekeluarga cukup bahagia.


Namun segalanya berubah setelah papa diberhentikan kerja oleh majikannya kerana masalah kegawatan ekonomi. Mama yang waktu itu tidak berkerja dan aku masih bersekolah di tahun 4 menjadi beban pada papa. Adik aku waktu itu baru berusia 3 tahun. Sikap papa berubah hari demi hari. Papa bukan lagi seorang papa yang penyayang. Seringkali aku melihat mama dipukul. Hingga ada waktu, aku dapat mendengar mama meraung di dalam bilik diperlakukan papa. Keesokkan harinya, bibir mama pasti lebam dan ada kesan tali pinggang di tubuh mama.


Tapi mama kata, papa sayang mama. Papa jadi seperti  itu kerana tekanan. Akhirnya, perangai buruk papa memakan dirinya sendiri. Adik meninggal dunia kerana demam panas dan mama tak punya duit untuk bawa adik ke klinik. Akhirnya adik meninggal dipangku mama. Mama pula, meninggal kerana pendarahan dalaman selepas dibelasah dengan teruk oleh papa. Mama meninggal di hospital.


Selepas itu, aku dihantar ke Rumah Impian Kasih kerana tiada siapa yang sudi menjaga aku sejak mama pergi. Papa pula, menghilangkan diri entah ke mana. Sejak hari itu aku tinggal di situ. Diberi kasih sayang Ibu Rohana. Dia dah banyak berkorban untuk aku. Aku tak sanggup lukakan hati dia.


Tubuh yang semakin kedinginan kian mengigil. Aku dongak melihat langit kelam. Taburan bintang seakan lukisan yang membentuk pelbagai rupa. Cantik ciptaan Allah. Langit malam, gelap. Untuk memberi cahaya biar terang, dijadikan bulan. Kemudian, dihiasi bintang. Subhanallah. Terasa kerdil diri ini.


" Assalamualaikum. "


Suara seseorang memberi salam membuatkan tubuh aku tersentak. Segera aku menoleh ke kanan arah di mana suara itu datang. Seorang lelaki memakai jeans hitam, t-shirt putih sedang berdiri di depan aku. Tanpa disuruh, dia melabuhkan punggung di sebelah aku.


" Jauh menung? Ingat seseorang ke?" Tegur lelaki itu. Aku cuma diam. Lelaki ini datang tiba-tiba kemudian berani duduk sebelah aku. Sekarang, mahu ajak aku berbual. Mengarut.


" Saya nak balik. Assalamualaikum. " Aku pantas bangun berdiri. Malas mahu berlama-lama melayan lelaki asing itu. Namun, sebaik sahaja aku mahu melangkah, dia segera menahan.


" Siti Hajar. Tunggu. Saya ada benda nak beritahu awak."


Tergamam. Dari mana dia tahu nama aku? Seingat aku, belum pernah aku bertemu dengan lelaki ini.


" Siapa awak? Macam mana awak tahu nama saya?" Aku berpaling mengadap dia. Dia yang tadinya duduk kini bangun berdiri. Dia berjalan mendekati aku. Cukup rapat. Hingga aku mampu mendengar desah nafasnya di malam yang sunyi sepi begini.


" Saya, Saiful. Lelaki yang ibu awak ingin jodohkan." ujarnya bersahaja. Dalam keadaan terlalu dekat begini, aku dapat memerhatinya dengan lebih jelas. Wajahnya nampak bersih. Janggut sejemput di bawah dagu itu, membuatkan dia nampak matang. Rambutnya, panjang hingga ke bahu. Sedikit beralun dan tidak di ikat. Boleh tahan. Detik hati aku. 


" Awak." Tangannya digoyangkan di depan muka aku.
" Errrr.... ya."
" Kita kahwin ya? Saya janji, saya takkan hampakan awak."
" Saya tak kenal awak. "
" Insya Allah Hajar, saya akan cuba jadi suami yang baik untuk awak."


Aku berpeluk tubuh mengadap laut yang terbentang luas. Mempertimbangkan permintaan Ibu Rohana dan Saiful. Ibu Rohana pasti lebih mengenali Saiful dari aku. Kalau tidak, takkan ibu beria suruh aku berkahwin dengan dia. 


" Macam mana awak tahu saya di sini? "


" Siang tadi, saya nak pergi rumah awak. Tapi saya nampak awak keluar. Saya ikut. Saya ingat awak pergi dekat-dekat sini. Mana saya tahu sampai Langkawi. Saya sehelai sepinggang ini. Tapi tak apalah. Demi awak, saya tak kisah. Hajar, kita kahwin ya? Esok kita balik KL. Kita jumpa ibu awak. Kita beritahu dia, 3 bulan dari sekarang kita kahwin," ujarnya bersemangat. Aku boleh dia jelas terpancar. 


" Jumpa ibu dan biar dia uruskan semua. Saya terima awak, sebab awak dikenalkan oleh ibu. Kalau tidak, jangan haraplah. Saya balik bilik dulu. Esok, pukul 9 saya tunggu awak di lobi. Kita terus balik Kl. Assalamualaikum Saiful." ucap aku sebelum berlalu pergi. Semoga takdir Tuhan ini yang terbaik untuk aku. Semoga perencanaan ini tidak akan melukakan aku. Dalam,dia, syukur aku panjatkan ke hadrat Illahi.


x   x  x  x  x  x  x  x  x  x  x  x  x  x


Ketukan di pintu kamar, menyedarkan aku. Segera aku seka air mata yang mengalir. Terlalu jauh aku termenung. Mengimbau kembali bagaimana kerasnya aku menolak permintaan Ibu Rohana. Namun akhirnya, aku terima pilihannya kerana aku yakin ibu pasti tahu yang terbaik untuk aku. 


" Dah siap? Jom. Pengantin lelaki dah sampai," Ibu Rohana masuk menjemput aku. Sempat dahi aku dikucupnya. Debar di dada kian terasa. Hari ini, aku bakal menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang aku kenal 3 bulan lepas. Di ruang tamu Rumah Impian Kasih tetamu telah memenuhi ruan. Mata aku mencari susuk Saiful. Dia tersenyum memandang aku. Kami berpakaian sedondon putih hari ini. Ibu suruh aku duduk di atas tempat yang telah disediakan. 


" Aku terima nikahnya Siti Hajar binti Hisham dengan mas kahwin....."


Selepas mendengarkan perkataan 'sah', Saiful bangun mendekati aku untuk pembatalan air sembahyang. Dia menyarungkan cincin ke jari manis aku, kemudian aku pula menyarungkan cincin ke jari manisnya. Dahi aku dikucupnya. Tiba-tiba air matanya menitis ke pipi aku. 


" Kenapa awak nangis? Patutnya saya yang nangis," soal aku perlahan tidak mahu didengar orang. 


" Terharu. Saya ingat saya tak dapat miliki awak. Tapi alhamdulillah, Tuhan makbulkan doa saya. Saya sayangkan awak Hajar. Terlalu sayangkan awak. Dah lama saya tunggu awak. Kita bina rumah tangga kita bersama ya. Saya cuba jadi suami yang terbaik untuk awak. Saya janji."


Aku hanya mampu tersenyum mendengarkan lafaz janjinya. Semoga, bahagia itu milik kami. Insya Allah. 




p/s : semoga terhibur. 

Friday 27 January 2012

Kekasih Terakhir


2011

Kelopak mawar aku cabut satu persatu. Aku buang ke tanah. Itu adalah kuntum mawar ke-6 sejak setengah jam yang lalu. Suasana di tanah perkuburan itu sunyi sepi. Sesepi hati aku. Pohon cempaka yang ditanam di sekeliling tanah perkuburan ini seolah mengerti tentang apa aku rasa saat ini. Aku duduk di atas tanah di tepi pusara dia. Tanah yang masih merah, aku gengam. Air mata yang aku tahan sedari tadi menitis jua. Batu nisan yang berukir nama Ahmad Afnan Abdul Halim aku sentuh dengan hujung jari. Pagi tadi, majlis pengebumian Afnan. Tetamu sudah hampir 2 jam balik dan aku masih mahu menunggu di situ. Puas kak long Munirah ajak aku balik, tapi aku ingin di sini sebentar. Mungkin ini terakhir kali aku ke sini. Selepas ini, aku tahu kaki aku takkan kuat untuk melangkah ke sini lagi. Biarlah aku habis seberapa banyak masa yang ada, untuk temankan Afnan di sini. 

" Awak, orang rindu awak. Kenapa awak pergi cepat sangat? Siapa nak temankan orang nanti? Siapa nak mainkan orang gitar nanti? Awak kata nak bawa orang pergi laut minggu depan. Tapi sekarang awak dah tak ada. Siapa nak bawa orang pergi? "

Aku menangis semahunya. Pada usia aku 23 tahun, Afnan cinta pertama aku. Kami menyulam kasih sejak dibangku sekolah. Sejak dari aku  tingkatan 4. Sifat merendah diri, menghormati orang tua menarik hati aku. Bila aku mula mengenalinya, sifat romantis, penyayang, pelindungnya mula kelihatan. Dia bukan lelaki yang cemburu buta meski dia tahu aku punya ramai kawan lelaki. Dia matang. Sangat matang. Sifat dia yang satu itulah membuatkan aku makin menyayangi dia. 

" Tirah senyumlah. " katanya pada suatu hari. Waktu itu kami berdua sedang menikmati makan malam di restoran Pizza Hut. Dia berjanji untuk belanja aku seandainya aku lulus cemerlang dalam STPM dan hari itu apa bila keputusan diumumkan, aku antara pelajar terbaik sekolah. 

" Kenapa suruh orang senyum ni? "
" Senyumlah. Please! "
" Ok. " Aku melebarkan senyumku dan akhirnya membuahkan tawanya. 
"  Saya suka tengok awak senyum. Manis. Nah. Ini untuk awak. "

Dihulurkan sebuah kotak segi empat tepat. Agak besar. Sepantas kilat pembalut kotak itu aku koyak. Di dalamnya ada sebuah komputer riba yang aku idamkan. 

" Untuk orang? "
" Yup. Suka? "
" Suka! Thanks awak! "

Malam itu selepas makan malam dia membawa aku berjalan di sekitar Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan, lagu-lagu kumpulan Peterpan mengiringi kami. Bila sampai pada lagu kegemaran aku, dia akan menyanyikan sama dan menujukan lagu itu untuk aku. 

" Lagu ini untuk Tirah tau. Tak bisakah kau menungguku ku hingga nanti tetap menunggu..."

Dan aku akan mentertawaknnya apabila dia tersalah lirik dan aku akan menyanyi bersamanya sehingga lagu tersebut habis kemudian dia akan mencubit pipi aku. Bila jam menghampiri pukul 11.30 malam baru kami sampai di hadapan rumah aku. Ayah sudah menunggu di depan pintu bersama ibu. 

" Afnan, tak masuk dulu? " jerit ayah dari jauh. 

Afnan tersenyum memandang aku. Dia membontoti aku melangkah masuk ke perkarangan rumah. Dia menyalami ayah dan ibu. Sebuah senyuman di hadiahkan.

" Maaf uncle, aunty sebab bawa Tirah jalan sampai jauh malam. Tadi lepas makan, dia nak ronda-ronda KL katanya, Itu yang saya bawa. Maaf ya uncle, aunty. " sopan tutur bicaranya. Matanya mengerling aku yang berdiri sebelah bonda.

" Tak apa. Uncle faham. Asalkan kamu tak buat bukan-bukan dengan anak pakcik, cukuplah. " kata ayah sambil menepuk bahu Afnan. Afnan menyengih. Dia tahu ayah bergurau. Bukan baru hari ini dia mengenali ayah. Jika ada masa lapang ayah akan mengajak Afnan keluar bersarapan dengannya. Itu pun jika Afnan sedang cuti semester atau kebetulan balik cuti hujung minggu. 

" Tirah, saya balik dulu. Tidur malam jangan mimpi saya ya," katanya sambil mengenyitkan mata kanannya. Ayah dan ibu ketawa dengan seloroh Afnan. Aku membulatkan mataku sambil membuat gerak bibir, ' Tak ada maknanya!'

Dia menyalami ayah dan ibu dan selepas kereta dia beredar baru kami bertiga masuk ke dalam. Ibu memaut bahu aku. Ayah pula di sebelah kanan aku. 

" Ayah berkenan dengan Afnan. Semoga ada jodoh kamu berdua." doa ayah sebelum berlalu ke kamarnya. 

Bunyi dentuman guruh di langit mengembalikan aku ke dunia realiti. Hilang bayang ayah, ibu dan Afnan. Langit yang tadinya terik, kini beransur mendung dan aku dapat rasa rintik hujan yang mengenakan belakang tapak tanganku. 

" Tirah," panggil seseorang dan aku segera berpaling. Jazlan. 

Jazlan yang terpaksa bertongkat kerana kaki kanan patah dan bersimen hingga ke lutut berjalan menghampiri aku. 

" Kau buat apa kat sini? Kalau bukan sebab kau, Afnan tak tinggalkan aku macam ni!"
" Tirah. Jangan macam ni. Dah sampai ajal dia Tirah. " Pujuk Jazlan.
" Kau cakap senanglah tapi yang menanggung aku Lan! "
" Tirah. Aku tahu dan tolong, maafkan aku. Aku pun terasa dengan pemergian dia."


Petang itu, Afnan dan Jazlan ke KLCC kerana ingin Jazlan ingin membeli hadiah hari lahir untuk kekasihnya, Suhana. Sewaktu mereka membelok ke simpang kanan  menuju ke KLCC di simpang empat berhadapan Ampang Park, kereta dipandu Jazlan dilanggar oleh sebuah kereta pacuan empat roda yang datang dari arah kiri. Kereta Perodua Kelisa Jazlan berpusing beberapa kali sebelum terbabas melanggar salah satu lampu isyarat. Afnan meninggal ditempat kejadian akibat kecederaan dalaman. 

Seandainya Jazlan tidak melanggar lampu merah, pasti keretanya tidak bertembung dan melanggar keretanya. Dia tak akan patah kaki kirinya dan Afnan takkan pergi. Waktu itu dia ingin segera sampai di KLCC sebab dia sudah berjanji mahu menjemput Suhana di rumahnya malam itu untuk makan malam bersama. Siapa tahu, itu malam celaka dalam hidupnya. Suhana menangis memarahinya kerana cuai ketika memandu hingga mengakibatkan kematiaan Afnan. Hari ini, sekali lagi dia harus melihat tangis orang yang dia sayang juga kerana kecuaiannya. 

" Kau tak tahu Lan. Kau takkan faham apa aku rasa. Afnan cinta pertama aku Lan. Dia kata, 6 bulan lagi dia nak pinang aku kemudian lepas setahun dia nak aku menjadi isterinya yang sah. Kau dah musnahkan impian aku Lan. Kau.....kau pergi Lan. Aku taknak tengok muka kau. Baliklah. " Aku menyeka wajah yang basah dek air mata bercampur hujan. 

Aku duduk berteleku di tepi pusara Afnan. Air mata aku mengalir laju. Memang aku taknak tengok muka Jazlan sekarang. Pada aku dialah punca kematiaan Afnan. Sikap tidak tahu sabar dan cepat marahnya akhirnya membinasakan bukan saja dirinya tapi sahabat baiknya, Afnan. Siapa tidak kenal Jazlan yang memang terkenal dengan sikap kaki gaduh, ponteng sekolah, dan macam-macam masalah disiplin lain. Mujur Suhana dapat mengubah sedikit sebanyak tentang sikap negatifnya. 

Jazlan yang faham tentang amarah aku mula melangkah. " Tunggu! "

Jazlan menoleh. Bibirnya mengukir senyum. Terpaksa. 

" Kalau kau sayangkan Suhana, ubah sikap kau. Aku taknak kau rasa apa aku rasa sekarang. Kalau sampai Suhana juga pergi kerana khilaf kau, penyesalan kau lebih hebat dari ini. "

" Atirah, atas kereta kau, aku letakkan kotak peninggalan arwah. Tadi aku kemaskan barang-barang arwah. Aku rasa kau lebih berhak ke atas semua barang tu. Atirah, maafkan aku.  Bukan aku minta jadi macam ini. Salah aku Tirah. Salah aku. Kalau kau taknak maafkan aku pun tak apa Tirah. Aku faham. memang itu selayaknya aku terima. Aku pergi dulu. Kau jangan lama-lama. Hujan macam nak makin lebat. Aku balik Tirah. Assalamualaikum. "

Aku menghantar Jazlan dengan pandangan kosong. tangan aku menyentuh nisan berukir nama Afnan. Hujan yang makin lebat memaksa aku untuk balik. Aku cium nisan itu. air mata aku makin laju. 

" Awak, orang balik dulu. Orang terpaksa tinggalkan awak. Orang akan kenang awak selama-lamanya dalam hidup orang. Lepas ini, kalau orang sedih, dah takde yang nak mainkan gitar. Bila orang sunyi, dah takde yang nak nyanyikan lagu-lagu Perterpan. Awak, semoga tenang di sana ya. Orang balik dulu. Assalamualaikum. "

Berat hati aku nak pergi tapi aku harus balik. Jam sudah menghampiri pukul 5 petang. Ibu di rumah pasti risau. Aku segera berjalan ke kereta dan mengambil kotak yang Jazlan tinggalkan lalu segera memandu balik ke rumah ibu. Biarlah aku balik ke sana. Setidak-tidak ibu boleh tenangkan hati aku. 

Malam itu, setelah menunaikan solat Ishak, aku mencapai kotak berwarna biru, warna kegemaran Afnan dan membawanya ke katil. Tangan aku menggeletar sewaktu membuka tutup kotak tersebut. Aku muntahkan segala isinya di atas katil. Berterabur semuanya. Gambar, tiket wayang, hadiah yang aku beri, dan sebuah kotak kecil berbentuk hati, berwarna merah. Apabila di buka, di dalamnya adalah sebentuk cincin. Cincin yang aku pernah tunjukkan pada Afnan waktu dia bergurau ingin meminang aku 2 bulan lalu. 

Aku menarik keluar cincin itu dan menyarungnya di jari manis aku. Muat! Ya Allah, dugaan apa yang kau turunkan pada aku. Air mata aku mengalir bagai tiada hentinya. Aku mencari-cari dicelah longgokan barang-barang tersebut andainya ada apa-apa yang boleh aku kaitkan dengan cincin ini.  Tangan aku menyentuh sepucuk surat. Lantas aku baca.


10.11.11

Tadi aku ke Bukit Bintang. Akhirnya, aku dapat beli cincin yang Tirah pernah tunjukkan pada aku. Cincin idamannya dan 6 bulan dari sekarang, aku bakal menjadi tunangnya. Harap dia gembira dengan kejutan ini..


Awak, orang rindu awak. Tangan aku menyelongkar lagi barang-barang yang berlonggok di atas katil. Ada gambar waktu kami sekolah, waktu ulang tahun dia, waktu dia mengikuti aku dan keluarga bercuti di Langkawi. Tangan  aku berhenti di atas sekeping foto kami berdua bergambar di tepi Pantai Batu Feringghi. Coretan di belakangnya membuatkan tangis aku makin lebat. 

" Saya berdoa pada Tuhan, semoga awaklah rusuk kiri yang hilang dan bakal melengkapi sisi hidup saya. Saya sayangkan awak lebih dari nyawa saya. Dan saya tahu saya akan sayangkan awak sampai bila-bila. "

" Afnan! Kenapa tinggalkan saya? Kenapa Afnan?" aku menjerit semahunya. Sungguh aku tak tahu bagaimana mahu menerima semua ini. Segalanya mengejut. Baru semalam aku mendengar suara Afnan di talian hari ini, Afnan dah pergi tinggalkan aku sendirian. 

" Tirah! Kenapa nak? " Ibu muncul di bilik ku lalu duduk disebelah aku.  Dipeluk tebuh ku. Rambut aku yang terurus diusapnya perlahan. " Sabar Tirah. Jangan macam ni. " Ibu cuba memujuk. 

" Ibu....Tirah tak dapat terima semua ni bu. Kenapa mesti Tirah bu. Tirah tak mampu. Tak mampu. "

" Tirah, jangan macam ini. Afnan pasti sedih kalau tengok Tirah macam ni. Sudah sayang. Jangan menangis lagi. Kuat ya sayang. " Pujuk ibu. pipi aku dikucup kiri dan kanan. Aku tahu sedikit sebanyak ibu pasti terasa dengan semua ini. 

" Afnan dah takde ibu. Ini bu. Ini cincin yang dia nak  bagi Tirah masa kami tunang nanti bu. Tapi dia dah takde. Apa guna lagi cincin ini. " Aku memangis dipangku ibu. 

" Dah sayang. Ibu tahu Tirah penat. Tirah tidur ya. Ibu teman Tirah. " Ibu membelai-belai rambut aku hingga akhirnya aku terlena di pangku ibu. 

Aku berada di dalam sebuah bilik putih yang kosong dan yang ada hanyalah sebuah cermin besar di salah sebuah dinding di dalam bilik itu. Aku memusing melihat sekeliling bilik itu dan yang ada cumalah bayangan aku sendiri di cermin kaca itu. 

" Assalamualaikum Tirah. " Aku segera berpaling kebelakang. Dan aku nampak Afnan. Memakai jubah berwarna putih, dengan senyuman manis terukir dibibirnya. Dia berjalan menghampiri aku. 

" Awak! " Pantas tubuhnya aku peluk erat. Tapi tidak seperti selalu, dia tidak membalas pelukan aku. 

" Tirah. Maafkan saya sebab tinggalkan awak. Dunia kita sudah tidak sama sayang. Biarkan saya pergi ya. Masa saya sudah tiba. Awak mesti kuat Tirah. Atirah yang saya kenali seorang gadis yang tabah, yang cekal hatinya. Jangan menangis lagi. Relakan pemergiaan saya. Awak, tetap cinta pertama saya sampai bila-bila. Maut telah memisahkan kita tapi tak bermakna cinta kita juga mati Tirah. Jaga diri sayang. Jaga diri baik-baik. Saya tak dapat jadi pelindung awak lagi. Awak harus tahu menjaga diri . Saya pergi dulu. Saya, tunggu awak di sana. "

Perlahan-lahan bayangan Afnan hilang. Aku terjelepok ke lantai. Menangis semahunya. Bagaimana orang nak teruskan hidup tanpa awak. Jangan tinggalkan orang. Afnan!

" Afnan! "

Aku pantas membukak mata. Sinaran matahari yang masuk melalui celah-celah langsir menyakitkan mata. Aku meraba di sisi katil, dan jari aku tersentuh sesuatu. Cincin! Di sisinya ada sepucuk surat bertulis tangan. Tulisan agak comot namun masih mampu dibaca.

Atirah, 
masih ingat cincin ini. Awak hadiahkan pada saya waktu hari lahir saya tahun lalu. Awak kata, supaya orang tahu yang saya awak punya. Saya kembalikan pada awak. Ini, untuk awak. Saya sayang awak Atirah. 


Afnan.

2018

Sudah 7 tahun Afnan pergi. 7 tahun juga aku masih begini. Biarlah. Aku masih bahagia. Jazlan dan Suhana juga sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan. 

Awak, orang semakin dewasa dengan pengalaman lalu. Terima kasih pernah hadir dalam hidup orang meski seketika. Semoga Tuhan memberkati roh awak. Orang, tak pernah berhenti mencintai awak. Selamanya.



Wednesday 25 January 2012

Cinta Di Penghujung Hati



“Bila kau nak balik Malaysia? Dah lama kau kat sana. Tak rindu aku ke?” suaranya masih seperti dulu. Manja.
“tak lama lagi aku balik lah”
“bila?”
“tunggu kau kahwin la. Baru aku balik”gurauku.
“serious”
Aku gelak.
“promise?” dia masih menyoal.
“ok” jawabku.
“aku nak kahwin bulan depan. Aku nak kau datang. Kau dah janji nak balik kan” aku terkejut dengan berita yang baru disampaikan.
“kau gurau kan?”aku seolah-olah tidak percaya.
“tak. Aku serius. Aku nak kahwin bulan depan.” Aku dengar suaranya juga bukan main-main.
“aku nak kau raikan hari bahagia aku nanti. dulu kau kahwin, aku tak ada.” Ujarnya. Dulu aku kahwin di luar Negara. Masih study lagi. Suamiku sudah 2 tahun kembali ke Malaysia. Aku masih di sini walaupun sebenarnya pelajaranku di sini sudah tamat. Kalau boleh aku ingin mencari pengalaman bekerja dahulu di sini.
“kau akan datang, kan?” soalnya inginkan kepastian.
“insyaallah”
Maisara sahabat baikku. Sudah lama aku bersahabat dengannya. Sudah lebih lapan tahun. Dia yang banyak memberi  dorongan disaat aku kesusahan. Membesar bersamanya membuatkan aku bahagia. Ah, Maisara.
Alif : hi syg, miss u so much
Sha_iza : miss u too. Abg cht?
Alif : tak
Sha_iza: kenapa? Abg demam ke? Dh jumpa doctor?
Alif : abg sakit rindu
Sha_iza : ngada2.
Alif: bila syg nk blk ni? Syg kn dh hbs bljr.
Sha_iza : niza tak sedia lagi nk blk. 6t la
Alif : syg x kesiankn abg ke sorg2 kt cni.
Sha_iza : niza tak nak bincang pasal ni. Please.
Lama aku menunggu balasannya.
Sha_iza : abg msh d sna ke?

Tiada jawapan. YMnya sudah offline. Aku tahu dia merajuk. Dia tidak faham mengapa aku masih ingin disini. Bumi Malaysia banyak mengukir kenangan pahit dihatiku. Tiap kali aku teringatkan negaraku, pasti airmata ini tumpah. Disitu ada banyak kesunyian. Ada banyak kesepian. Aku tiada sesiapa di Malaysia. Keseluruh keluargaku mati dalam satu rompakan. Ayah, ibu, kakak, abang dan adik-adikku semua telah tiada. Tinggal aku sebatang kara di dunia ini. Peristiwa itu sungguh pahit untuk ku ingati. Aku ngeri untuk kembali. Airmataku kembali menitis.
Aku berjalan perlahan masuk ke banglo mewah milik papa. Terasa penat setelah semalaman bersengkang mata menyiapkan assignment yang berlambak.  Kutoleh jam ditangan sudah pukul 12 lebih. Entah mengapa suasana malam ini terasa lain. Cuaca mendung seperti hendak hujan. Dingin bayu menyapa tubuhku membuatkan aku mempercepatkan langkah. Agaknya semua dah tidur. Maklumlah dah lewat malam. Aku membuka pintu perlahan. Gelap. Aku berjalan ke tangga. Namun langkahku terhenti apabila kakiku tersentuh sesuatu. Aku pelik. Aku berpatah balik ke suis lampu. Apabila keadaan sudah terang, alangkah terkejutnya aku apabila ku lihat mama, papa terbaring berlumuran darah di ruang tamu.

“mama” aku menjerit. Aku pangku tubuh mama yang sudah kaku tidak bernafas.
“mama, bangun. Kenapa ni?” namun mamaku sudah tidak dapat lagi mendengar.
“papa”aku goncang tubuh papa disebelah mama. Papa juga seperti mama. Sudah tidak bernyawa lagi. aku kemudian berlari ke bilik kakakku. Kulihat semua adik-beradik yang lain terbaring berlumuran darah disitu. Tangan dan kaki mereka diikat. Entah bila duniaku menjadi gelap. Sedar-sedar  aku berada di dalam kamarku. Uncle Khalid, sahabat baik papa bersama isterinya berada disisku.
“Sabarlah Niza” ucap Auntie Maria. Aku menangis tersedu-sedan di bahu auntie Maria. Aku begitu berharap ini semua hanya mimpi ngeri. Namun reality tetap reality. Aku harus terimanya dengan redha.
Ketika aku sampai di Kampung Keramat suasana masih gelap. Baru pukul 6 pagi. Lamanya aku tidak kembali ke sini. Aku cuba mengumpul kekuatan untuk kembali ke tanah air. Nyamannya angin yang bertiup menyapa tubuhku. Tubuhku sedikit menggigil.

“Cik kita dah sampai”ujar pemandu teksi
“oh, ye ke? Terima kasih, pak cik”ucapku.
“sama-sama”
Aku melangkah perlahan ke rumah papan didepanku. Cantiknya suasana dibumiku, Malaysia. Aku rindu.
“Assalamualaikum” aku memberi  salam. Aku  berdiri tegak menghadap pintu rumah kayu didepan. Rumah itu masih tidak berubah. Masih seperti dulu.
“waalaikum....”seorang perempuan separuh abad membuka pintu.
“Ya Allah Niza, niza dah balik, nak” aku salam tangan Mak Cik Timah. Tubuh gempal itu ku peluk erat. Rindunya aku padanya hanya tuhan yang tahu.
“kenapa Niza lama tak balik, nak. Mak rindu”
“Niza dah balik kan” kusapu airmata di pipi Mak Cik Timah.
“Sara mana, mak?”soalku
“Petang nanti  dia sampai. Naiklah Niza.” Mak Cik Timah menarik tanganku. Langsung tidak di lepaskan.
“cantik Niza sekarang. Suami Niza tak ikut” soal Mak Cik Timah. Aku hanya menggeleng.
“Niza nak surprisekan dia, mak”ucapku.
“bang, oh bang. Tengoklah sapa yang datang ni” Laung Mak Cik Timah dari ruang tamu.
“siapa?”
“Niza bang. Niza dah balik”ucap Mak Cik Timah.
“ayah apa khabar?” soalku. Pantas ku hampiri Pak Cik Daud di muka pintu bilik.
“Niza, bila sampai, nak” ada nada sebak pada suara Pak Cik Daud.
“baru je, Ayah. Niza terus datang sini dari airport”
“lama ayah tak jumpa Niza. Niza dah banyak berubah.” Pak Cik Daud hadiahkan senyuman padaku.
“Dahl ah tu. Niza mesti penatkan. Mari mak tunjukkan bilik. Niza rehat ye”ujar Mak Cik Timah. Aku angguk sambil mengikut langkahnya.
“mak”panggilku. Mak Cik Timah berpaling.
“terima kasih” ucapku.
“Rehatlah” aku hanya angguk. Mak Cik Timah tutup pintu. Dia ibu dan bapa Maisara. Tapi telah ku anggap sebagai ibu dan bapaku sendiri. Hanya dengan mereka aku meneguk kasih sayang. Dulu papa dan mamaku terlalu sibuk mencari rezeki. Langsung tiada masa untuk anak-anak. Jadi aku sering ke rumah Maisara. Kadang-kala aku mersakan diri ini sebahagian dari keluarga Maisara. Alangkah bagusnya kalau aku ada keluarga sebegini.
Maisara masih menangis dibahuku.
“Sara dah la”pujukku.
“mana boleh.”
“habis kau nak jadi Kasim Selamat ke?”soalku.
“sampai hati kau buat aku macam ni”
“i’m here now. Is for you, dear”
“kenapa kau tak cakap kau nak balik. Kenapa lambat bagitahu aku. Kau tahu tak aku rindu sangat kat kau. Kenapa kau langsung tak balik. Kau tak fikirkan aku ke? Mak, ayah?” soal Maisara dalam sendu yang masih segar.
“aku pun rindukan kau. Tiap saat, tiap detik aku teringatkan korang. Tak pernah lupa. Tapi hati aku ni Sara. Susah untuk aku terima kenyataan yang aku dah tak ada sapa-sapa kat dunia ni” airmataku menitis jua.
Pantas Maisara meleraikan pelukannya.
“habis aku ni sapa, Niza. Mak dan Ayah aku, keluarga kau juga. Kami semua anggap kau keluarga. Kau bukan sendiri. Ingat tu” tegas Maisara.
“Aku minta maaf”ucapku dalam sendu.
“Dah, jangan nangis lagi. kau kalau nangis bukannya cantik pun” ujar Maisara.
“kau kata aku, abis kau tu. muka kau dah jadi buruk tau. Esok dah nak jadi bini orang”
“kau la buat aku macam ni” Maisara tidak mahu mengalah.
“apa pulak aku, kau lah dari tadi peluk aku. Habis basah baju aku tau”aku juga masih mahu melawan
“ah, takde. Kau jugak salah” maisara sudah berpeluk tubuh.
“Sara, Niza. Mari makan”panggil Mak Cik Tipah.
“baik, Mak”serentak mereka bersuara dan kemudian ketawa mereka berderaian.
“Sara,  bakal suami kau tu macam mana orangnya?” soalku sewaktu kami sedang terbaring di kamar pengantin. Suasana sudah gelap dan sunyi. Namun aku dan Maisara masih belum mengantuk.
“emm.. orangnya hensome bagi aku. Dia caring, sporting, sometimes tegas jugak. Dia ok la”ucap Maisara.
“sempurna la?”
“aku sendiri belum sempurna, Niza. Jadi haruskah aku mengharapkan kesempurnaan darinya?” Maisara memandangku.
“kau sayangkan dia?” soalan cepu emas dariku.
“tentulah aku sayang dia, kalau tak, takkan aku nak kahwin dengan dia” aku dengar Maisara ketawa perlahan.
“aku Tanya je. Manalah tahu kau kahwin kontrak ke. Maklumlah sekarang ni, kalau aku baca novel, banyak betul pasal kahwin kontrak”ujarku
“ke situ pulak kau, mak pesan kalau nak bina masjid, biar betul-betul. Ini soal hidup dan mati tau. Aku kalau boleh aku nak sehidup semati dengan dia” aku tersenyum mendengar tutur Maisara. Aku yakin Maisara betul-betul mencintai bakal suaminya. Maisara bukanlah gadis yang cepat mengatakan sayang pada seseorang. Dia sangat teliti dalam memilih. Bertuah siapa yang menjadi pilihan Maisara.
“kau macam mana? Bila nak ada anak?” soal Maisara tiba-tiba.
“belum ada rezeki. Lagipun aku dah lama tak jumpa dia. Aku balik ni pun dia tak tahu” ucapku.
“kau cintakan dia?”soal Maisara. Aku diam. Teringat penikahan aku yang diaturkan oleh sahabat papa. Katanya itu wasiat papa. Ingin aku dijodohkan dengan anak uncle Khalid dan auntie Maria. Aku yang tengah bingung ketika itu hanya mengangguk setuju. Lagipun itu amanah papa. Biar aku tunaikan kewajipanku sebagai anak. Aku menikah dengan Alif di England. Kami sama-sama menuntut di university yang sama. Setelah tamat belajar, Alif kembali ke Malaysia. Dan selama 2 tahun hanya YM yang menghubungkan aku dengannya. Namun satu yang aku pasti kami belum cukup memahami satu sama lain walaupun sudah hampir 5 tahun kami berkahwin. Aku dengan haluanku begitu juga dia. Namun dalam kesibukan mengejar ilmu, dia tidak pernah lupa pada tanggungjawabnya memberi nafkah padaku. Hanya nafkah zahir. Bukan kerana dia lelaki lemah tetapi aku yang belum bersedia untuk melayari hidup berkeluarga bersamanya. Aku memerlukan masa. Dia tidak pernah mendesak dan setia menanti.  Adakah aku mencintainya?
“Niza, kau dah tidur ke” aku tersentak.
“belum”
“kau dengan dia macam mana?” soal Maisara.
“ok. Dah lah. Esok kau dah nak jadi pengantin. Baik kau tidur. Nanti seri pengantin kau hilang” aku mahu menamatkan perbualan mengenai hidupku.
“ok. Gud nite”ucap Maisara.
“gud Nite”perlahan kelopak mataku tertutup.


Maisara Nampak cantik berbaju kebaya putih duduk bersimpuh penuh tertib. Diluar sudah riuh dengan suara kompang menandakan ketibaan pengantin lelaki. Maisara genggam erat tanganku. Aku membals. Menyalurkan sedikit kekuatan padanya.
“relax” aku berbisik di telinga Maisara.
Saat aku memandang kedepan, kulihat pengantin lelaki sudah duduk menghadap Kadi. Wajahnya tidak jelas kelihatan pada pandanganku kerana terhalang dengan orang yang ramai.
“Aku terima nikahnya Maisara bt Daud dengan mas kahwinnya RM80 tunai” sekali lafaz saja Maisara kini bergelar isteri. Tubuhnya ku peluk erat.
“tahniah”bisikku. Aku meleraikan pelukan apabila menyedari kehadiran pengantin lelaki untuk menyarungkan cincin. Aku memandang sekilas. Namun mataku lekat pada wajah lelaki itu. Sungguh aku tidak percaya pada pandangan mata ini. Aku bermimpi ke? Dia juga terkejut memandangku. Mulutku terkunci. Saat itu dapat kurasakan hatiku hancur lebur. Airmata cuba ku tahan. Cincin emas putih akhirnya tersarung kemas di jari Maisara. Aku sudah tidak mampu bertahan lagi saat maisara menyalami tangan suaminya dan sebuah kucupan sayang seorang suami hinggap di dahi  Maisara. Aku kalah membendung rasa. Aku gagal mengawal perasaan hiba. Airmata tumpah jua. Pantas ku larikan kakiku. Aku tidak peduli. Aku mahu lari dan terus lari.


  “Niza, kau pergi mana?”soal Maisara saat kaki aku melangkah ke halaman rumahnya. Aku anggarkan kekuatanku mampu untuk menempuhi segalanya.
“mari sara kenalkan suami Sara”Maisara menarikku. Aku hanya mengikut walaupun hatiku melarang.
“Abang nilah bestfriend Sara, Shaniza”lelaki itu berpaling. Pandangannya menikan jauh kelubuk hati.
“hi” ada getaran di suaranya.
“tahniah”hampir tidak terkeluar suaraku.
“korang borak dulu. Nanti Sara datang”Maisara terus berlalu.
“Bila Niza balik?” soal lelaki itu.
Aku diam. Aku ingin meniggalkannya. Dadaku mula sesak. Namun tangannya pantas mencengkam lenganku.
“lepaslah. Jangan sentuh aku” aku cuba mengawal suaraku. Ditarik tubuhku ke suatu sudut yang agak tersorot.
“Niza, abang minta maaf” suaranya perlahan. Bimbang ada yang mendengar.
“sampai hati abang buat Niza macam ni. Abang madukan Niza dengan kawan baik Niza sendiri.” Airmataku mengalir deras.
“Niza, abang...”
“Niza tak nak dengar” aku rentap tangannya dan pantas aku tinggalkan dirinya sendirian. Petang itu juga aku meninggalkan rumah Maisara. Hatiku sebak dengan pujukan ibu dan bapa Maisara. Tapi apakan dayaku. Aku tidak sanggup melihat suamiku bersama sahabat baikku sendiri melayari malam bahagia mereka. Aku tidak sanggup.


“Abang juga manusia Niza. Abang ada kehendak.” Ucap Alif.
“Abang terlalu selfish” tuturku
“siapa yang selfish? Abang atau Niza? Abang ni suami Niza tapi Niza tak pernah anggap abang begitu. Abang sendiri di sini. Sudah berapa kali abang merayu agar Niza kembali ke Malaysia.tapi Niza..”
“jadi salama ini abang tak ikhlas mengatakan rindu pada Niza. Pada Niza abang katakana sayang dan pada Sara abang katakan cinta. Betul kan?”tempikku.
Dia diam. Aku tahu dia resah.
“apa perasaan abang pada Sara?”soalku.
“abang...abang..”
“abang cintakan dia kan?” teka ku
“tidak” dia cuba menafikan.
“jangan bohong,bang. Kalau tak takkan abang sudi kahwin dengannya.” Aku tolak tangannya yang melekat dibahuku.
“sekarang abang pilih Niza atau Sara?” aku sudah tidak mahu memanjangkan cerita luka ini. Biarlah dia pilih siapa teman hidupnya.
“abang sayang Niza dan Sara”
“jangan jadi tamak. Niza tak nak hidup bermadu. Dan yang paling menyakitkan hati Niza, abang madukan Niza dengan kawan Niza. Kenapa, bang?”
“Abang tak tahu”
“kalau abang tahu pun, abang tetap akan kahwin lain kan”sinis tuturku.
“kalau abang nakkan Niza, abang ceraikan Sara. Kalau tak  abang ceraikan Niza”putusku.
“Niza adalah amanah uncle Shahril pada abang. Abang mesti jaga Niza”
“Niza dah dewasa. Dah tahu jaga diri.”tegasku.
“Niza....”
“abang ceraikan Niza, bang. Tolong jangan seksa Niza”rayuku. Aku tahu berdosa seorang isteri meminta penceraian dari suaminya. Tapi luka dihati ini terasa begitu menyesakkan dada. Alif diam. Aku terus melangkah pergi. Tidak mahu terus berlama di situ.


Sebulan kemudian...
Aku kini kembali ke England. Aku nekad untuk terus di sini sehingga luka yang bernanah di hati sembuh. Minggu lepas aku telah menerima surat dari peguam Alif. Dia setuju untuk melepaskan aku. Itu bermakna dia mencintai Maisara. Airmata aku bagai hujan di musim tengkujuh. Tidak pernah berhenti. Aku tahu kini aku mencintainya. Tapi untuk apa lagi cinta ini kerana aku sudah terlambat untuk menakluk hatinya. Hatinya kini milik sahabat baikku, Maisara. aku cuba meredhakan segalanya. Biarlah Maisara terus dibelenggu persoalan mengapa aku pergi meninggalkannya tanpa pamitan. Aku tidak tegar melukakan dirinya walaupun dia telah mencalarkan hatiku. Biarlah rahsia ini tersimpan kemas dalam kotak memoriku. Aku terima takdir ini andai sudah tersurat kepiluan itu, maka siapalah aku untuk menghalangnya. Cuma ku harap suatu masa nanti kan hadir mentari menyinari diriku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...