Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Saturday 19 November 2011

surat untuk kekasih

Kuala Lumpur
11 November 2011

Assalamualaikum Abang.

Lea doakan abang sentiasa sihat dan dirahmati Allah. Sebelum apa-apa Lea nak ucapkan terima kasih sebab abang sudi luangkan masa untuk membaca surat Lea.

Abang, sepanjang perkenalan kita Lea bahagia sangat-sangat. Macam-macam yang kita buat tanpa kita rancang. Ingat tak dulu abang sanggup datang pagi-pagi buta sebab Lea kata Lea lapar? Tak lama lepas Lea mengadu kat abang, tengok-tengok abang dah ade depan rumah. Kite lepak kat kedai mamak. Hehe. Lepas tu kelam-kabut balik rumah sebab masing-masing nak pergi kerja. Best sangat momen tu.

Abang selalu buat Lea ketawa. Walaupun kadang-kadang lawak abang tak berapa nak lawak, tapi Lea ketawa juga. Lea bahagia, abang.

Abang, Lea mintak maaf sangat-sangat sebab tinggalkan abang tanpa pesan. Lea pergi bersebab. Lea tak sanggup nak tengok muka abang. Lea tahu abang kecewa. Maafkan Lea. Lama Lea kumpul kekuatan untuk menulis surat ini. Kali ni Lea tekad untuk memberitahu kesemuanya pada abang.

Abang, ingat tak dulu Lea pernah beritahu Lea pernah terlibat dalam kemalangan dan Lea memerlukan pemindahan darah? Darah tu berpenyakit abang. Lea menderita HIV positif. Doktor kata Lea cuma ada tiga  bulan sahaja untuk berada di dunia ni. Bulan ini bulan terakhir. Abang tolong doakan Lea ye. 

Lea tak nak abang sedih-sedih lagi. Mesti makan tau. Tengok badan tu dah kurus melengking. Biar besar sikit. Nanti abang sakit kalau tak makan.  Macam mana Lea tau abang kurus? Lea teka je. Hehe. 

Abang, Lea tak pasti sama ada Lea masih bernafas tika abang menerima dan membaca surat ni. Walau bagaimanapun Lea sentiasa mendoakan abang bahagia. 

Lea sayang abang selalu.

Ikhlas,
Nur Alea.

16 comments

hurmm... kenapa ya bila hati dah terbuka untuk terima cinta... dia mesti pergi...

ps: perempuan ni pasrah... tetapi tak putus asa... ajal maut ditangan Dia. dah lama dia terima hakikat barangkali sebab itu dia berani jua akhirnya...

sweet, artikel kita hampir sama :)

23:58

sedihh T.T

salam... dahsyatnya

orlando ahmad
20:55

cik abang, sila sapot Lea

kesian lea jadi mangsa HIV...

sedihnye la

cinta tak kenal.. hadir tanpa dipaksa...cinta tak kenal.. hadir tanpa dipaksa...

sedihnya.. kalau buah hati lea tu th yg lea tu hiv positif.. lea akan ditinggalkan ke tak ek.. :(..

ini surat chentaku buat dia yang terchenta....http://ch000tz.blogspot.com/2011/11/suwaat-chenta-untuk-yang-terchenta.html

adusss... cita sedih lagi... :(

Anonymous
15:28

KLISE

abang doakan lea tenang di alam sana.



semoga kita berjumpa.

mangsa keadaan.

abang.. sila cari lea walau sudah terkubur dalam tanah.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...