Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Wednesday 2 November 2011

Kerana mimpi itu~


Dahlia tersentak. Terus bangun lalu duduk kaku di tempat pembaringannya tadi. Aneh. Dadanya berombak kencang sekali. Apa yang terjadi tadi? Dibelek dirinya yang masih bertelekung putih itu di tikar sejadah. Pipinya masih basah berlinangan air mata. 
.................................................................................................

Intan kejut Dahlia perlahan. Dahlia tersentak sedikit lalu tersedar.

“Eh, kat mana aku ni?”

Tiada bait kata yang terlontar, hanya desis hati kecilnya. Melihat sekeliling. Majlis apakah ini? Kelihatan semua sedang khusyuk seperti sedang mendengar suatu tazkirah. Dahlia masih kaget. Matanya semakin meliar memerhati ke sana ke mari. Apa yang dicarinya pun, dia sendiri tidak pasti.

Tiba-tiba, matanya tertumpu pada lelaki misteri itu. Sedang berada di saf hadapan sekali. Lelaki itu tidak perasan yang Dahlia sedang asyik memerhatikannya. Dalam tidak sedar, Dahlia sudah mula mengesot untuk ke saf lebih depan. Sepertinya dia, mahu mendekati lelaki itu. Semakin dekat, wajah lelaki itu semakin ketara sekali. Wajah yang sangat dirinduinya. Tapi tidak mampu didekatinya.

Dahlia nekad. Malam ini, dia harus berusaha sampai berdepan dengan lelaki idamannya itu dan luahkan apa yang dia rasa selama ini. “Mesti!” bisik hati Dahlia. Sedar tak sedar, dia sekarang sudah berada di belakang saf lelaki itu duduk. 

Belum pun sempat dahlia menegurnya. Majlis sudah bersurai. Semua hadirin dijemput untuk menjamu selera di ruang makan. Lelaki itu semakin hilang dalam orang ramai yang sedang bergerak ketika itu. Dahlia cepat-cepat mengekorinya laju-laju dari belakang. Mulutnya seakan terkunci untuk memanggil lelaki itu. Kelihatan dia bersama jemaah lain sedang makan sambil berbual-bual. Dahlia berdiam di sudut, memerhati, takut hilang lagi.

Kelihatan lelaki itu bergegas keluar seusai menjamu selera. Dahlia membelah keramaian itu lalu mengejarnya dari belakang. Walaupun lelaki itu tenang saja langkahnya. Aneh. Dahlia tetap tidak dapat menggapainya jua. 

Sesampai di luar, Dahlia terkaku di pagar. Matanya tertancap pada seorang wanita yang sangat dikenalinya. Melalui penampilan wanita itu, Dahlia sudah dapat mengagak siapa dia. Kelihatan gembira sekali wanita itu sedang bermain bersama tiga orang anak kecil. Tertanya hati Dahlia, siapa anak-anak kecil itu? Mungkin juga anak-anaknya. 

Lelaki itu muncul kembali di hadapan Dahlia, lalu menuju ke arah wanita dan kanak-kanak comel itu. Mereka sama-sama beredar dari tempat itu. Dahlia terdiam. Inikah sebabnya kenapa sedari tadi, Dahlia tetap gagal berhadapan dengan lelaki itu. 

Apakah yang tertulis di sebalik yang berlaku itu? Apa yang mahu DIA tunjukkan pada Dahlia? Menitis air mata Dahlia laju, mengiringi langkah-langkah mereka yang sedang beredar pergi itu.

...............................................................................

Sedang dalam keadaan termanggu lagi, tiba-tiba, bunyi mesej baru masuk. Dahlia cepat-cepat mencapai telefon bimbitnya. Ditekannya punat ‘baca’. 

“Salam. Awak ok tak ni? Tadi saya mesej awak, awak tak reply-reply. Saya risau. Awak ok tak ni?”

“W’salam. Saya ok. Cuma ngah terkejut lagi. Tadi lepas solat saya tertidur, saya mimpi sesuatu. Saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Mimpi tu lain sangat. Saya rasa tak sedap hati. Awak ok? Awak kat mana ni?” laju Dahlia membalas.

“Saya ok je. Emm… mimpi je tu, mainan tidur je. Tak de pape lah. Awak jangan fikir bukan-bukan ye. Saya baru balik ni. Tadi saya pergi majlis kuliah agama kat masjid. Ada jamuan makan lepas kuliah. Sebab-tu lewat sikit balik.” 

Balasan mesej si dia mengejutkan Dahlia. Dadanya kembali berombak. Adakah itu suatu kebetulan? Atau punya maksud yang tersirat? Dahlia mohon Allah tunjukkan dia jalan~ 

                                                                   

11 comments

ada sambungan tak???

hehehe

Lieyanna Esmeralda:
err... rasanya xde... ni je kot.. hehe..

alaa.. sambung la..

20:48

dahlia.

sedapnye nama. sila sambung. haha!

dill.

tak sangka ada kisah cinta dari definisi yang berbeda di sini.

mcm nak beritahu lelaki yg disyanagi tu bukan jodohnye jerk.. :(

nice story :) jmput lwt blog kami :)

jodoh, bukan kita yg aturkan.

cari jodoh!

kadang cinta itu, bukan milik kita.
yakinlah dgn janji Ilahi.
rahasianya tak tercapai dek akal kita.

=)

nice..
mimpi...
realiti dalam fantasikah itu?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...