Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Sunday 25 September 2011

LARI DAN KEJAR part 1

"nim, takyah lah pergi." afza memegang lengan hanim. merayu untuk kali terakhir.

"aku kena pergi juga za, aku perlukan masa untuk tenangkan jiwa. semakin lama aku disini, semakin sakit jiwa aku za." lembut pertuturan hanim memujuk afza.

"masalah tak akan selesai walau kau berlari sampai hujung dunia nim. engkau juga ajar aku kan." permain psiko cuba afza main namun dibalas dengan senyuman tawar hanim.

"aku nak masuk sudah ini, engkau tolong tengok-tengokkan mak aku ya. kalau mak aku sakit, tolong bawakan ke klinik ya. tolong ya afza." pengumanan penerbangan kapal terbang MH696 ke Queensland, Australia akan bertolak setengah jam lagi. mereka berpeluk lama sambil melepaskan tangisan.

~|~|~|~|~|~|~

2 bulan yang lalu.

aqmal menghirup perlahan neslo kegemarannya. ditenung muka tunangnya mendalam. rindu tapi otaknya sarat dengan seribu satu persoalan. hanim cuba untuk senyum, hatinya mula rasa tidak keruan, sesuatu akan terjadi pada pertemuan kali ini.

"hanim rindu abang tak?" aqmal cuba memulakan perbualan.

"mestilah rindu. abang itu kota tak rindu hanim." renungan aqmal cuba hanim balas namun hanya bertahan beberapa saat sahaja.

"abang ada benda nak bincang dengan hanim." aqmal mengukir senyuman nipis.

"abang nak kita bincang dari hati ke hati sebelum kita dirikan rumahtangga kita. hanim cintakan abang? abang nak dengar dari hati hanim." hanim berkerut dahi melihat persoalan aqmal. satu keluhan berat dilepaskan.

"abang cintakan hanim?" giliran hanim pula menanya aqmal soalan yang sama. aqmal senyum nipis.

"abang rasa kita tahu perasaan kita, cuba dan cuba. tapi semakin lama mencuba, kita masih rasa kosongkan. abang taknak masjid abang dibina atas dasar sayang sahaja. abang nak rumah abang nanti dipenuhi rasa cinta." terdengar keluhan berat aqmal.

"jadi, abang nak buat apa sekarang." perasaan hanim rasa kosong. sedikit menyesal mahupun sedih tidak dirasai.

"hanim carilah kebahagiaan hanim. abang tahu hanim masih rindukan dia, senyuman hanim untuk dia. abang dapat rasakan." digenggam tangan tunangnya seperti memberi semangat kepada hanim.

"dan abang? abang masih mahu tunggu dia?" aqmal tahu siapa yang hanim maksudkan. bekas kekasih yang masih dia tidak mampu lupakan. 

"abang akan uruskan pencarian cinta abang. tak pun abang akan buat status kat facebook, untuk pencarian bini aqmal hisyam." lesung pipit aqmal menceriakan perbincangan yang suram disambut dengan ketawa kecil hanim.

"okay, nanti hanim tolong promote juga okay tapi dengan syarat, mesti ada gaji!" kemesraan selama mereka bertunang kembali malah lebih mesra daripada ketika mereka bergelar tunang. 

suatu saat mereka terdiam, menatap anak mata dan kemudian tersenyum. pengisian hati kosong kena teruskan dan jodoh mereka hanya takat situ.

'pergilah hanim, cari cinta kamu dan izinkan abang cinta kamu dari jauh. cinta abang hanya untuk hanim seorang sahaja dan bukan orang lain. kebahagiaan hanim adalah kebahagiaan abang juga. pergilah sayang.' aqmal senyum, menghantar cinta jodoh tak kesampaiannya dengan pandangan mata. 

~|~|~|~|~|~|~

Queensland, Australia.

keriuhan pengunjung yang datang ke Coolum Beach membuatkan  hanim melupakan sedikit masalah perasaannya walaupun bukan kesemuanya namun sedikit sebanyak fikirannya dapat ditumpukan suasana baru di pantai jernih tersebut.

hanim bingkas bangun dari duduk dipasir bersih, menyapu lembut menghilangkan pasir yang melekat seluarnya dan berjalan perlahan memasuki air pantai. dari paras tumit, hanim berjalan lebih jauh lagi sehingga paras dada. pernafasan hanim mula tidak teratur, perlahan hanim melihat di daratan, pengunjung sibuk dengan agenda sendiri.

'kalau aku jalan lagi ini, cari maut namanya. sudahlah tak reti berenang.' badan hanim terapung-apung mengikut ombak namun kakinya seperti sudah diprogram mengikut gear D4 kereta automatik, terus berjalan ke tempat dalam. 

hanim cuba tenangkan diri dan cuba berpatah balik ke daratan. namun saat hanim cuba pusingkan kaki, seperti ada sesuatu melingkar dikakinya, serta merta hanim terjelebuk jatuh ke dalam air. dalam keadaan panik, hanim tertelan banyak air laut. tangan hanim cuba diayunkan keudara, mencari sesuatu untuk dipahut sebelum lemas. semakin hanim berusaha menyelamatkan diri, pandangan semakin kabur lalu gelap.

~|~|~|~|~|~

'aku masih hidup ker? atau aku sudah di syurga?' mata hanim celik melihat keadaan sekelilingnya. dilihat bilik warna biru laut, sofa di penjuru bilik, meja dan saat itu hanim terbaring di katil bercadar putih.

"assalamualaikum miss." sekujur tubuh yang dibaluti baju lengan panjang berwarna putih. muka berjambang halus membuat tuan diri nampak matang. senyuman di wajah membuatkan hanim  melayang.

'aku rasa aku di syurga. hensem gila mamat ini. terima kasih Allah kerana beri aku bidadara yang hensem.' hanim tersenyum sendiri.

"miss, are you okay? i think i should call a doctor." lelaki tersebut mula mengorak langkah cuba memanggil jururawat yang lalu di depan pintu bilik.

"erk, i'm okay. i'm fine." hanim cepat-cepat bangun dari pembaringan, cuba menghalang lelaki yang berdiri di hadapannya.

"no, i'm fine. great. nothing happened to me." senyuman paling manis cuba hanim beri untuk menyakinkan lelaki di hadapannya.

" you was drown in the sea and you said you were fine and nothing happened?" lelaki tersebut terus memanggil doktor yang bertugas. lebih sepuluh minit doktor bermata hazel cek keadaan dirinya. selepas doktor tersebut berbincang dengan lelaki, doktor tersebut keluar.

"doctor said you can discharge tomorrow. wait the minute, are you malaysian? " dahi lelaki terkerut.

"erk, ya. and you?" sesi suai kenal bermula.

perkenalan antara hanim dan lelaki yang dia gelar bidadara bernama haazam semakin rapat. dari insiden lemas, haazam yang selamatakan hanim dari lemas. hanim terkejut apabila haazam beritahu yang dia telah melakukan pernafasan mulut ke mulut. 

'habislah laki aku tak dapat first kiss aku. nak juga aku tuntut ganti rugi dengan haazam ini. nasib baiklah niat dia just nak selamatkan aku. kejap, kalau dia buat CPR dengan aku, mesti dia ada tekan dada aku. argh! tidak!' hanim teriak dalam hati, namun lain pula yang terkeluar dari mulutnya. ucapan terima kasih atas bantuan  CPR diberikan kepada haazam.

hubungan hanim dan haazam masih diteruskan walaupun sudah hampir 4 bulan hanim keluar daripada hospital. kini mereka berkawan rapat, berkongsi masalah suka duka malah kisah silam. mungkin kerana kekurangan kenalan dari negera sendiri buat mereka lebih senang bersama.

"hanim, aku akan balik malaysia minggu depan." sayu suara hazaam.

"erk? okay." mood hanim hilang pagi itu.

"jaga diri tahu. insyallah aku akan call kau." hanim hanya senyum tawar. pertemuan petang itu terasa hambar.

~|~|~|~|~|~|~

sudah dua minggu haazam balik ke Malaysia dan baru petang ini hanim tergerak hati nak pergi ke pantai Coolum. rindu pada deruan ombak dan sinaran mentari. sedang hanim berjalan perlahan di persisiran pantai, kakinya kaku melihat sekujur tubuh yang lama hilang dari bayangnya.

"abang aqmal?" hanya itu yang terkeluar dari mulut hanim.

"hanim? are you my hanim?" kening aqmal hampir tercantum melihat hanim.

"ya. abang buat apa kat sini?" hanim kaget dengan pertemuan yang tak dirancang.

"thanks Allah. abang datang nak cari hanim." senyuman aqmal semakin lebar. hanim hampir tidak percaya apa yang dikatakan oleh aqmal.

'buat apa dia nak cari aku? haazam macam mana?' hanim binggung. perlarian yang dicari untuk mencari ketenangan menyesakkan lagi kepalanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...