Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Thursday 7 July 2011

NAMA KITA BERDUA

Ayu menarik nafas lega setelah berjaya memboloskan diri selepas menulis nama di bukit Jabal Rahmah. terasa lapang dadanya ketika dia berjalan menuju ke bas kumpulan umrahnya sambil mencuci mata barangan yang dijual sepanjang dataran tempat bersejarah pertemuan nabi Adam dan Hawa itu.

~|~|~|~|~|~

"insyallah bie akan masuk meminang baby bulan depan okay. duit bie belum cukup lagi nak tampung kos perkahwinan kita ini. bie harap baby dapat bersabar sayang okay." syah memaniskan muka memujuk buah hatinya  Nurhidayu. dia tahu dia terlalu sibuk dengan kerja dan juga dunia dia sehingga dia mengabaikan ayu. walaubagaimanapun, cinta dia hanya untuk ayu cuma dia kadang-kadang alpa dengan dunia dia sendiri tanpa dia sedar yang hubungan mereka semakin hari semakin jauh.

ayu hanya memaniskan muka, di hatinya sudah tidak merasakan apa itu 'cinta' antara dia dan syah. dia cuba bertahan hubungan mereka yang hanya menunggu retak. dia sayangkan hubungan yang mereka jalinkan selama 4 tahun ini berakhir begitu saja. tapi semakin hari, hatinya semakin tawar hati dengan sifat syah yang sambil lewa. hanya mengingat akan kewujudan dirinya apabila dia merindui sahaja dan selebihnya dia dan syah akan menjalin kehidupan seperti orang biasa dan bukannya sebagai pasangan kekasih yang menjadi bualan rakan-rakan mereka seketika dahulu.

~|~|~|~|~|~

Ayu mengeluh berat apabila terpaksa bersesak di dalam bank, silapnya juga kerana sibuk membayar hutang loan yang dipinjam ketika gaji baru masuk. 

"tak baik mengeluh, allah tak suka." lelaki berkaca mata cuba berbicara dengannya.

ayu hanya diamkan diri, memang sifatnya kurang mesra dengan lelaki yang baru dia kenali lebih-lebih lagi lelaki muda. dia membelek nombor giliran di tangan, ada 6 orang lagi barulah sampai gilirannya. terasa lama sungguh penantian untuk membayar hutang lebih-lebih lagi lelaki sebelah cuba memancing dia untuk bercerita.

"awak duduk kat depan itu, sana ada kerusi kosong." ayu melihat ke arah kerusi kosong yang di maksudkan oleh lelaki yang duduk sebelah kanannya. mungkin lelaki itu kesian melihat dia asyik diganggu oleh lelaki berkaca mata tersebut. ayu bingkas berdiri dan duduk di kerusi kosong yang dimaksudkan oleh 'penyelamat'nya dari gangguan mental lelaki berkaca mata tadi. 

sebelum ayu keluar dari bank selepas selesai urusan pembayaran di kaunter, dia sempat memberi senyuman tanda terima kasih kepada encik 'penyelamat'. dia terus menuju ke pejabatnya, perutnya tidak menjerit-jerit meminta untuk di isi tengahari itu mungkin kerana pagi tadi dia telah mengambil makanan berat yang mampu bertahan sehingga pulang nanti. ayu menghabiskan masa makan tengaharinya di hadapan laptop apple sambil melayari laman web sosial popular iaitu facebook

terlihat ada 2 'friend request', satu lelaki dan satu lagi perempuan dan ada 23 'notification' di akaun facebooknya. ayu menekan butang 'accept' bagi kedua-dua kawan barunya tanpa berfikir panjang untuk tahu pemilik akaun facebook tersebut. memang menjadi kebiasaan ayu untuk menerima sahaja 'friend request' tanpa banyak songeh. sebelum ayu semak 'notification', matanya tertarik dengan gambar 'kawan baru'nya. dia merasakan pernah nampak dengan lelaki yang tersebut tetapi malangnya dia lupa. setelah letih memerah otak memikirkan gerangan lelaki yang bernama Khairil Iskandar, ayu cuba untuk melihat 'profile picture' lelaki berjanggut itu tetapi hasilnya tetap sama. ayu seakan mengalami masalah nyanyuk. 

seharian berada di pejabat tambahan lagi tengahari tadi ayu tidak menjamah nasi membuatkan ayu seperti orang yang berpuasa seminggu. setelah selesai solat maghrib dan isyak, ayu cepat-cepat melangkah ke dapur dan menjamu hidangan di atas meja makan. sudah menjadi rutin harian selama seminggu, selepas balik dari kerja, ayu akan bersihkan diri, solat, makan, tidur dan bangun keesokkan harinya untuk pergi ke pejabat. cuma seminggu dua ini, dia semakin aktif dengan laman web sosial facebook. ayu melihat akaun facebooknya terdapat satu masej di inbox daripada khairil iskandar. masej ringkas ucapan terima kasih kerana menerima dia sebagai kawan di facebook tetapi masej itu membuatkan ayu tidak senang duduk. entah kenapa hati ayu bagaikan tertarik dengan masej pendek itu namun ayu hanya membiarkan saja masej itu tanpa balas.

malam itu ayu tidak dapat tidur lena, fikirannya hanya memikirkan 'khairil iskandar'. dia seolah pernah jumpa dengan lelaki tersebut tetapi ingatannya masih liat untuk mengingatkan dia kembali. sebelum matanya tertutup, otak ayu seakan-akan tak mahu ayu cuba merehatkan matanya untuk hari itu. ayu teringat kejadian di bank tengahari tadi. 

'baru aku ingat! khairil iskandar itu adalah encik 'penyelamat' di bank tadi!' ayu tersenyum teringatkan peristiwa di bank tersebut. terasa kecil dunia ini menemukan ayu dan encik 'penyelamat' di dalam facebook. ayu membuka lappy kesayangnya kembali dan membalas masejinbox khairil iskandar sebelum dia kembali masuk tidur dengan aman. 

'terima kasih kerana menyelamatkan saya dari gangguan encik berkaca mata di bank tadi.' 

~|~|~|~|~|~

selepas ayu membalas masej encik 'penyelamat', hubungan ayu dan khairil iskandar semakin rapat. malah hampir setiap hari mereka akan ber'komen' status masing-masing dan juga masej diinbox. ayu merasa ada suatu perasaan halus apabila bersama encik 'penyelamat'. dia merasakan bahagia walaupun dunia meraka hanyalah di alam maya saja, tetapi khairil iskandar bijak memainkan peranannya sebagai lelaki gentleman yang menjaga hati ayu sehingga ayu terlupa masalah hubungan cinta yang semakin retak antara dia dan syah.

semasa ayu dan khairil iskandar bergurau mesra di alam maya, telefon bimbit ayu berbunyi. 
'assalamualaikum baby, baby sihat?' ayu membaca sepi masej syah. tiada lagi bunga-bunga rindu dan gembira setiap kali syah menghantar masej kepadanya. perasaan pasrah menyelubungi dirinya, ayu dapat merasakan hubungan dia dan syah akan berakhir tidak lama lagi. 
"setelah seminggu lebih senyap, akhirnya dia muncul." ayu membiarkan sahaja masej syah, dia cuba berharap syah menganggap dia sudah dibuai mimpi indah. 

~|~|~|~|~|~

"syah. saya nak tarik diri dalam hubungan kita ini. saya sudah tak mampu teruskan dan pertahankan hubungan kita ini lagi. maafkan saya." ayu mula mengatur langkah meninggalkan syah seorang diri. setelah 3 bulan lebih mereka tidak berjumpa walaupun tempat kerja mereka tidaklah jauh, tetapi kesibukan syah dengan dunia kerjanya menyekat kemesraan mereka. 

"tapi kenapa baby? apa salah bie? baby jangan buat bie begini. bie masih sayangkan baby." lengan ayu cuba dipaut. syah perlukan penjelasan daripada ayu.

"cinta itu telah hilang. hilang ketika kamu mula membiarkan saya keseorangan menempuh hari-hari sukar saya selama ini. hilang apabila hati ini mula merasakan pasrah dengan hubungan kita. hilang ketika perasaan kamu dan saya mula berjauhan walaupun jasad kita dekat. syah, apabila kamu jumpa dengan seseorang yang buat jiwa kamu tidak keruan, hargailah dia selagi dia disamping kamu. assalamualaikum syah, terima kasih atas kasih kamu terhadap saya." tenang ayu memulakan langkah pergi dari hidup Syahrul Izwan. syah hanya mampu terduduk di lantai selepas Nurhidayu berlalu pergi meninggalkan cinta dia untuk selama-lamanya. dia amat mengenali sifat wanita itu, tidak mudah untuk dia cuba pujuk buah hatinya.

~|~|~|~|~|~

'ayu, are you okay?' ayu hanya memandang sepi masej khairil iskandar. sudah seminggu dia 'menghilangkan' diri dari dunia facebook dan selama seminggu jugalah khairil tidak pernah putus-putus menanyakan keadaannya.

khayalan ayu terganggu ketika telefon bimbitnya memecahkan kedamaian di biliknya. ayu menyambut lemah panggilan daripada nombor yang dia tidak kenali. dia bagaikan terpaku apabila terdengar suara lelaki dihujung talian. 

"boleh saya tahu siapa ini?" ayu memperkemaskan pegangan telefonnya.

"ini khairil iskandar. maaf ganggu ayu malam-malam gini. is dapat nombor telefon ayu dari siti." jantung ayu seakan terhenti selepas mendengar nama 'encik 'penyelamat''. sempat ayu memarahi siti teman baiknya di dalam hati kerana senang-senang memberi nombor telefonnya kepada khairil iskandar. 

"ayu jangan marah siti okay, is yang paksa dia bagi nombor telefon ayu. siti risaukan ayu bila ayu ambil cuti panjang dan is pun sama. is risaukan keadaan ayu." kecil sahaja suara khairil iskandar apabila meluahkan kerisauan dia.

ayu menarik nafas panjang. dia dapat merasakan panggilan ini akan membuatkan hari-harinya semakin sukar.

~|~|~|~|~|~

hari ini adalah hari terakhir ayu berada di tanah air, sebentar lagi dia akan menaiki 'burung besi' yang mengantar dia ke bumi ambiya. dia ingin mencari ketenangan sambil melawat makam Nabi dan melihat kiblat umat islam. kepergian ayu ke tanah suci diiringi oleh keluarga angkatnya, memandangkan ayu hanyalah seorang anak yatim, tiada muhrim yang dapat menemaninya sepanjang dia di sana. 

'is, ayu nak minta maaf atas segala silap ayu. ayu akan pergi jauh, jika umur panjang, insyallah kita akan jumpa. is jaga diri okay. assalamualaikum.' perlahan ayu menghantar butang 'hantar' kepada khairil iskandar.

'ayu nak pergi mana? ayu nak tinggalkan is ker? :-(' terasa bahagia di hati ayu apabila masih ada orang yang mengambil berat tentangnya.

'ayu nak pergi jauh, jauh dari sini. ayu ingin cari ketenangan. ayu nak bersihkan hati ayu yang kotor ini. doakan ayu selamat kembali is. is jaga diri elok-elok.' terdengar suara lembut petugas syarikat penerbangan tersebut menjemput mereka masuk ke dalam pesawat.

'ayu nak pergi buat umrah ker? ayu hati-hati kat sana okay. sebelum itu, is nak bagitahu sesuatu kat ayu. sebenarnya, is jatuh cinta dengan ayu. is nak jadi imam ayu dan is nak ayu jadi ibu kepada anak-anak is. sebenarnya is nak jumpa ayu esok, nak luahkan perasaan is ini tapi masa tak mengizinkan. ayu fikirkan dahulu lamaran is ini. yang penting, is doakan semoga ayu selamat tiba dan selamat sampai ke sini. apa sahaja keputusan ayu nanti, is akan terima dengan ikhlas. jaga diri di sana sayang. assalamualaikum.' hati ayu menjadi tak tentu apabila is meluahkan perasaannya. dia merasakan bunga-bunga cinta mula tumbuh semula, tapi kini dia hanya ingin meminta petunjuk dengan Penciptanya sahaja. andai khairil iskandarlah yang tertulis untuknya, dia akan terima dengan hati yang lapang.

~|~|~|~|~|~

setelah 8 jam penerbangan dari Jeddah ke KLIA, kepulangan ayu di sambut dengan penuh kesyukuran di lapangan terbang antarabangsa tersebut. kehadiran keluarga angkatnya dan rakan baiknya siti membuatkan senyumannya semakin lebar. dalam masa yang sama, ayu juga mengharapkan kehadiran wajah berjanggut itu tetapi wajah itu tiada menyapa kepulangannya.

kenduri kesyukuran dibuat di rumah keluarga angkat, ketibaannya di rumah yang banyak memberi kasih itu disambut dengan pelukan dan tangisan kegembiraan. sesi makan di teruskan selepas bacaan doa selamat di ketuai oleh ayah angkatnya. semasa saudara angkatnya menjamu selera, tiba satu rombongan membawa dulang tapak sireh dan dulang bekas cincin masuk ke ruang tengah rumah keluarga angkatnya. ayu menjadi kaget dengan kehadiran rombongan tersebut.

'siapa yang nak kena pinang ini? setahu aku, semua anak ibu dan ayah sudah berkahwin.' ayu cuba mengintai rombongan meminang di ruang tengah rumah. hampir setengah jam ayahnya berbincang dengan rombongan meminang tersebut. dia dipanggil oleh ibu angkatnya ke hadapan.

"ayu, hajat mereka datang ini ingin meminang ayu dan ayah sudah terima pinangan mereka." gugur jantung ayu apa yang cuba disampaikan oleh ayah angkatnya. air matanya tiba-tiba gugur mengingati khairil iskandar.

"ayu terima sahajalah pinangan ini, ibu tahu dia mampu menjaga ayu dengan baik. dia mampu menjadi imam mu nak." ibu angkatnya mengusap lembut kepala ayu. ayu sudah hilang kata untuk membantah ayah dan ibu angkatnya.

'andai ini takdirku, aku terima ya allah. semoga aku sentiasa di bawah rahmatMu. amin.' jari manis tangan kiri ayu di sarungkan cincin emas. dahi dan pipi nya dicium dengan penuh kasih sayang oleh bakal mak mentuanya. semua orang disekeliling tersenyum, tumpang gembira melihat kasih sayang yang akan ayu kecapi. 

'pergilah cinta, pergilah khairil iskandar. semoga kamu ketemu wanita yang mampu menjadi bidadari hidupmu.' ayu penjam mata sambil memegang cincin pertunangannya.

~|~|~|~|~|~

hari yang dinanti telah tiba, ayu cukup manis berbaju jubah moden berona peach. terdengar paluan kompang di luar rumah memberitahu pengantin lelaki telah tiba. selama tempoh bertunang, dia hanya dapat mendengar sekali sahaja suara bakal suami dan suara itu mengingatkan dia kepada khairil iskandar. segala persiapan perkahwinan di buat oleh keluarga angkatnya, dan segala barangan perkahwinan dia ditemani oleh kakak angkatnya. tidak pernah dia bertemu dengan bakal suaminya. ibu kata darah manis tak elok kerap berjumpa dengan tunang, nanti hilang seri pengantinnya. malas ayu hendak bertekak dengan ibu yang banyak memberi kasih kepadanya tentang bakal menantu 'kesayangan' keluarga angkatnya kerana dari tempoh dia tunang sehingga kini, dia tidak tahu wajah sebenar tunangannya. dia hanya tahu nama tunangnya saja iaitu Tengku Idham Khairil Iskandar bin Tengku Idham Muiz, mirip nama encik 'penyelamat' tetapi dia bukanlah orang yang ayu harapkan walaupun ayu sebenarnya tidak pasti nama penuh si encik 'penyelamat'. 

ibu mengalirkan air mata kegembiraan, tanggungjawab memikul anak yatim ini telah berpindah kepada suaminya. hanya sekali lafas sahaja dia telah menjadi isteri orang. terdengar riuh rendah orang ramai di luar kamarnya, kini adalah acara membatalkan air sembayang. ayu tidak dapat perasaannya, air matanya gugur jatuh ke tangannya yang berinai. sukar untuk dia pastikan perasaannya ketika itu.

"assalamualaikum Nurhidayu binti Abdullah." debaran di hati kian terasa apabila 'suami' nya memberi salam. ayu menjawab salam dengan nada perlahan, sopan ayu menghulurkan tangan dan mencium tangan 'suami'nya. tak lama selepas itu, terasa hangat dahi ayu apabila dahinya dikucup dan dengan perlahan ayu melihat 'suami'nya. 

terlihat encik 'penyelamat' tersenyum manis melihat ayu. tangan Tengku Idham Khairil Iskandar atau ayu gelarkan si encik 'penyelamat' masih di bahu ayu. air mata ayu gugur kembali dan kini ia gugur atas perasaan syukur dan cinta.

~|~|~|~|~|~

ayu melihat kawasan masjidil haram dari bilik mereka. jarak hotel penginapan mereka dengan rumah allah itu hanya 200 meter. pagi ini mereka hanya berehat di bilik sebelum pergi ke Tana'im untuk berniat ihram pada malam hari. sedang ayu leka melihat keadaan negeri ambiya ini, terasa hangat tubuhnya dipeluk dari belakang. satu kucupan di pipinya membuatkan pipinya bertukar warna ke merah. bahagia dengan bulan madu dia dan khairil iskandar.

"abang, terima kasih kerana terima sayang dan bawa sayang ke sini lagi." lembut bicara ayu.

"abang pun nak terima kasih kerana terima abang jadi imam sayang." khairil iskandar memperkemaskan lagi pelukannya dan mereka tersenyum bahagia.

'terima kasih Ya Allah kerana makbulkan doaku. aku bersyukur kepada mu kerana memperkenankan nama aku dan nama suami ku di bukit Jabal Rahmah. sesungguhnya engkau maha mendengar lagi maha mengetahui.' ayu bahagia dalam pelukan khairil iskandar.

1 comment

tiga lelaki dalam hidupnya. aku? urmmm

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...