Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Tuesday 5 July 2011

DIARI SEORANG LELAKI

13 FEB 2010
hari ini aku nampak seorang makwe. aku tak sure samada dia adalah pesakit atau pun staff baru kat hospital ini. mata aku tidak boleh lepas dari tengok makwe ini. seperti ada magnet yang membuat aku terpaku melihatnya. indah sungguh ciptaan ilahi. sopan, matang dan sedap mata memandang. siapakah makwe berbaju ungu ini?

14 FEB 2010
penat. letih. ramai sangat patient hari ini. non stop working. tak sempat lunch. tak senang nak buat kerja sebab ingatkan cik makwe semalam. tapi masa aku balik tadi, aku nampak makwe itu. dia naik kereta myvi merah. aku rasa staff baru kot. yippi! nanti aku tanya staff nurse zila lah. diakan reporter kat hospital ini. dilamun cintakah aku? cinta pandang pertama?

16 FEB 2010
aku gembira hari ini. puan reporter bagitahu cik makwe itu staff baru bahagian lab. no wonderlah dia just pakai baju kurung. yes! nama dia adalah anis and the best part adalah cik makwe itu belum berkahwin. fresh graduate katakan. yippi! aku kena mulakan langkah. apasal aku gembira ini? bukankah hati aku tertutup selepas si nabilah curang dengan aku. binggung, keliru, tanda tanya dengan perasaan aku sendiri.

20 FEB 2010
teknik aku menjadi. yahuu! aku pergi ke lab tadi, hantar blood untuk health screening aku kononnya. dapat juga aku menatap wajah cik anis. berbaju kurung bunga-bunga kecil berwarna merah jambu. sesuai sangat warna itu dengan dia. nampak comel! dapat juga berbual kosong dengan dia. dia orang johor. gulp. jauhnya aku kena hantar rombongan  meminang ini.

25 FEB 2010
minggu sibuk sedunia. patient non stop. makan pun tak tentu. hati lagi lah tak senang. sudah seminggu aku tidak tatap wajah lembut anis. ada rindu yang bertandang. aku nak number phone dia!! besok aku kena jumpa dia. angaukah aku? ~sabar wahai hati. aku mesti cool. tak mungkin aku jatuh cinta pandangan pertama.

26 FEB 2010
wahai cik anis. kau buat aku angau, bangau, sangau, langau. argh! kau ada ambil susuk pemikat ker? kenapa tidur aku tak lena sekarang ini!

09 MARCH 2010
aku berjaya tahan diri dari mencari dia. aku berjaya menahan diri dari berlegar-legar di kawasan lab. aku berjaya menahan diri dari cuba terserempak dengan dia. tapi aku cukup terseksa tahan rindu. rindu? ya. aku amat merindui dia. rindu tengok muka dia. rindu dengan suara dia yang lembut. rindu pada anis. ya allah, adakah hati aku sudah terbuka untuk wanita lain? adakah wanita itu adalah dia? berikan aku petunjuk ya allah.

13 MARCH 2010
aku sudah buat solat istikharah 3 hari berturut-turut dan semalam aku dapat satu mimpi. dia hadir dalam mimpi aku. duduk bersimpuh di katil aku. tersenyum manis memandangku. adakah ini petunjuk dari mu ya penciptaku? jika benar dialah jodohku. terima kasih ya allah kerana memberiku wanita yang cukup sempurna untuk ku.

15 MARCH 2010
aku pergi lab tadi. tak tertanggung rindu aku. aku ada minta number phone dia dan dia bagi. yippi! terasa makin cerah peluang aku dan paling penting, dia cakap dia belum berpunya. don't worry sayang, u'll be mine.

16 MARCH 2010
baru habis bergayut dengan dia. seronoknya. lena tidurku di buai mimpi mu sayang.

20 MARCH 2010
hangout dengan dia dekat midvalley tadi. pusing-pusing, main bowling, makan pizza, tengok wayang. seronok! bising juga anis nie. ada saja cerita dia. tak kisahlah, yang penting dia happy dan aku pun bahagia.

2 APRIL 2010
rupanya hari ini adalah hari jadi dia. gulp. aku baru tahu, itu pun kawan dia yang bagitahu time kami nak kuar lunch. kelam kabut aku keluar beli present lepas lunch tadi. aku belikan dia telekung dan dia cakap inilah pertama kali orang hadiahkan dia telekung. dia cakap aku sweet sangat, dia sangat-sangat gembira dengan present aku. kehkeh.

18 APRIL 2010
tarikh keramat aku luahkan perasaan aku dekat dia. dia nampak terkejut sangat tadi. tapi akhirnya dia senyum  dan mengangguk tanda setuju. terima kasih sayang. terima kasih kerana terima diri ini. next week aku hantar rombongan meminang. aku tak nak tangguh. abang berjanji akan cuba bahagiakan sayang. percayalah sayang.

25 APRIL 2010
syukur alhamdulillah ya allah. kini dia menjadi tunangan aku. insyallah sebulan lagi kami akan bernikah. aku tidak mahu tangguh perkara yang baik atau lebih betul lagi aku tak sabar memperisterikan kamu wahai nur anisah binti ahmad.

24 MAY 2010
tinggal 3 hari lagi aku akan memikul satu lagi tanggungjawab besar iaitu menjadi suami kepada jodohku. segala persiapan telah sempurna. tinggal pasang khemah dekat rumah pengantin perempuan. dia sangat toleransi dengan aku, segala barangan kami kongsi bersama. dia tak nak aku bayar semuanya. katanya, yang akan berkahwin bukan aku seorang tapi berdua dengan dia. jadi segalanya perlu dikongsi. sayang, abang bertuah mendapat sayang. terima kasih sayang kerana menerima abang.

28 MAY 2010
alhamdulillah. syukur atas kurniaMu ya Allah. kini dia menjadi hak aku. milik aku. akan aku kasihi dia. akan aku sayangi dia. akan aku jaga dia. semoga malam kita diberkati allah. terima kasih sayang. abang cintakan sayang. abang amat bahagia. andai esok tiada waktu untuk abang. abang tidak pernah menyesal kerana abang bersyukur kerana dapat merasa bahagia begini.
~|~|~|~|~|~|~|~|~|~|~|~

bahu anis terenjut-enjut, terdengar esakkan nangisnya. dia baru menjumpai diari suaminya, tersembunyi di balik buku medical suaminya. sudah 6 bulan kejadian kemalangan ngeri kereta inspira silver suaminya bertembung dengan lori minyak. perit sungguh dia rasakan, baru sehari bergelar isteri kepada doktor luqman hakim, dirinya kini memegang gelaran balu. sakit yang dia tanggung, hanya allah saja yang tahu. anis mengambil air wuduk dan melakukan solat sunat tengahmalam itu. dalam tangisan, dia hadiahkan yaasin kepada arwah suaminya. 

"abang, walaupun abang telah tiada. abang tetap hidup di hati sayang. terima kasih kerana sempat memberi hadiah yang paling bermakna dalam hidup sayang." anis mengusap perutnya yang kian membesar.

3 comments

ala !!!! sad endinggggggggggg.....


menci lah ittew baca ending sedih2 ni..hihi..

doc lokman tu mesti nsem kan masa hayat nye..hihi

vl : hahahaha! dia jadi hantu pon hensem!

kenapa orang baik selalu mati awal???? hahaha... anyway nice la cerita ni.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...