Anda mempunyai karya nukilan sendiri? Berminat untuk dipaparkan dan menjadi penulis jemputan di Warna Kaseh? Hantarkan karya anda di warnakaseh@gmail.com. Kami akan menerima semua genre penulisan dan juga bahasa.
ZINE SULUNG WARNA KASEH SUDAH BERADA DI PASARAN. HANYA DENGAN RM8, ANDA BOLEH MEMBACA 32 CERPEN TERBAIK PENULIS WARNA KASEH DI ZINE PILIHAN! JADI APA TUNGGU LAGI? TIADA CETAKAN KE-DUA UNTUK ZINE INI. BELILAH SEMENTARA MASIH ADA STOK.

UNTUK MEMBELI ZINE PILIHAN, ANDA BOLEH MERUJUK DI BAHAGIAN ZINE.

Thursday 29 December 2011

Bintang, Bulan dan Matahari



psst... psst...



"ya bintang?"



"bulan tidak rasa bosan?"



"kenapa bulan perlu rasa bosan? bukahkah bintang ada dengan bulan?"



"ya, tapi..."



"tapi apa bintang?"



"tapi banyak bintang lain akan menemani bulan apabila malam menjelma."



"jadi bintang risau?"



senyum.



"bintang tidak mahu jadi bintang. bintang mahu jadi matahari, boleh?"



"matahari?"



"ya, sebab andai bintang jadi bintang, mungkin satu malam nanti, pabila bintang tiada, bulan akan mencari bintang yang lain."



senyum.



"tapi kenapa bintang mahu jadi matahari?"



"sebab bulan tidak akan dapat cari penganti matahari kerana matahari hanya satu, begitu juga dengan bulan."



"tapi bulan dan matahari jarang ketemu. bintang tidak risau?"



"tidak, sebab bulan dan matahari saling memerlukan. bulan perlukan matahari untuk bersinar, manakala matahari perlukan bulan untuk terangi malam kelam."



senyum.



"baiklah bintang. mulai sekarang kamulah matahari bulan."



senyum.

Wednesday 28 December 2011

Bila Bulan Berwarna Biru #3

Titt titt

Isyarat menandakan satu SMS diterima. Enn mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja di hadapannya sambil mata tidak lepas dari novel yang dibacanya. Pesanan dibuka.

‘Lokasi terkini?’

 Begitulah kandungan SMS yang dibacanya, dari Aiman. Jarinya laju membalas kembali SMS.

Taman. Ringkas saja dan segera dihantar.

‘ Cantek’.

Juga ringkas dari Aiman. Namun dia faham. Aiman sedang dalam perjalanan ke sini untuk bertemunya. Pembacaannya di sambung kembali.

***

Dari jauh Enn dapat melihat Aiman sedang berjalan menuju ke arahnya. Dibahunya tergalas set raket badminton. Dahinya berkerut apabila memandang satu beg kertas cantik di tangan Aiman.

“ Hoitt.” Sapa Aiman sejurus tiba di hadapan Enn.

“ Waalaikumussalam.” Balas Enn selamba. Aiman tergelak. Malu sendiri.

“ Err…Assalamualaikum Cik Enn.”

“ Kena perli baru reti nak bagi salam ye?”

“ Mintak sorry ye.” Aiman minta maaf.

“ Hmm…apahal nak jumpa aku ni?” tanya Enn.

“ Saja.” Balas Aiman ringkas.

“ Eh, beg apa tu? Cantik. Nak bagi buah hati ke? Hehe.” Tanya Enn sambil tersengih.

“ Buah hati apanya. Mana ada. Macam tak kenal aku pulak. Ni..err..untuk…”

“ Siapa? Dengan aku pun malu nak bagitahu?”

“ Untuk kau.” Aiman menghulurkan beg kertas itu kepada Enn.

“ Aku?” Enn pelik. Huluran beg kertas itu diambil berhati-hati. Takut Aiman mempermainkannya. Masih teringat kejadian 2 tahun lepas semasa mereka di Tahun 1 pengajian, Aiman mengusiknya dengan menghadiahkannya seekor ulat gonggok. Dia fobia!!

“ Ya, jangan risau aku tak letak ulat tu pun.” Terkekeh-kekeh Aiman ketawa bila melihat muka cuak Enn.

Lega mendengar kata-kata dari Aiman, Enn mengeluarkan isi yang terkandung di dalam beg tersebut. Sehelai selendang berwarna merah. Cantik. Hati Enn tersentuh.

Cantiklah Man. Thanks. Tapi untuk apa?”

“ Ermm..tadi aku pergi beli barang, kebetulan ternampak selendang ni. Aku rasa benda ni cantik. Jadi aku belilah sebab aku teringat esok harijadi kau kan?” Terang Aiman panjang lebar. Sambil tangannya mengaru-garu kepala. Tersengih.

“ Oh, ye? Ingat jugak kau ye harijadi aku.”

“ Hehehe mestilah ingat. Tapi aku harap kau tak kecil hati dengan hadiah aku kali ni.”

“ Maksud kau, sebab aku tak bertudung kan? Jangan risau. Aku faham dan aku tak kecil hati. Sebaliknya aku bersyukur dapat kawan yang sangat baik macam kau, Man.

“ Ok, lega aku dengar. Hehe dah tu, tunggu apa lagi. jom.”

“ Jom apa Man?”

“ Pergi nikah.”

“ Hah?”

“ Kau tak nampak ke apa yang aku bawa ni? Ini, raket badminton. Jadi mari kita lawan. Kau tu bawa-bawa la exercise sikit. Kang gemuk, aku jugak jadi mangsa tempat kau merungut.”

“ Ceh, gemuk sangat ke aku ni?” Enn tak puas hati.

“ Taklah, aku main-main je.”

“ Betul?”

“ Iya.”

***

“ Enn, esok kau ada kelas?” tanya Aiman sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah. Peluh yang menitik di dahi dikesat dengan tangan.

Ada.”

“ Pagi?”

“ Pukul 9 pagi. Kenapa?”

“ Jom pergi sama-sama.”

“ Hah, naik motor kau?”

“ Naik baslah makcik. Aduhaii….”

“Grrrr.”

“ Hahahaha.”


***
Esoknya


‘ aku tunggu di bustand.’

Begitulah pesanan yang diterima oleh Aiman. Aiman ketika itu, sedang sibuk memilih baju. Terasa hari itu dia cerewet mengalahkan perempuan.

Dengan hati berbunga-bunga, dia menapak ke bustand. Beg yang digalas, di betulkan supaya selesa. Sambil melangkah, dia menyanyi kecil. Hati riang.

Dari jauh, dia tidak Nampak kelibat Enn. Dia pelik. Sampainya di bustand, memang dia pasti, Enn tiada, melainkan seorang gadis yang dia tidak kenali membelakanginya. Telefon bimbit diseluk dari poket. Nombor Enn didail. Seketika, dia terdengar bunyi ringtone milik Enn. Hatinya terdetik perasaan pelik.

Beberapa saat kemudian, Aiman terdengar suara Enn mengetertawakannya. Bila dia berpaling ke belakang, dia terpaku. Kelu.

Hai, Man.” Sapa Enn dengan segaris senyuman.

“ Eh, Enn…kau Nampak…lain….”

“ Memanglah lain. Hahaha.”

“ Alhamdulillah.” Hanya sepatah ucapan kesyukuran terlahir dari mulut Aiman. Terharu melihat Enn yang manis bertudung. Dan selendang yang dihadiahinya semalam melekap cantik di kepala Enn.

“ Ini hijrah aku sempena harijadi aku hari ini, Man.

“ Baguslah. Aku sokong kau. Hehe.”

“ Terima kasih untuk selendang kau ni. Aku buka tutorial di Youtube tau nak pakai ni.” Ujar Enn sambil ketawa. Aiman juga ikut ketawa.

Mata Aiman seakan terpaku memandang Enn dengan rupa yang baru. Hati yang selama ini memang berbunga-bunga bila bersama Enn, semakin lebat berbunga. Hatinya berdegup kencang.

“ Aku….” Belum sempat Enn menghabiskan kata-katanya, sebuah kereta berhenti mengejut di hadapan mereka. Pintu sebelah pemandu terbuka dan…

“ Wow, you ke ni Enn?” Terdengar satu suara garau menegur.

“ Eh, you Syahir. I ingat you saja tanya I kat mana tadi. Tak sangka you datang.”

“ Surprise dear. But, I rasa, I yang tersuprise harini. Hai Man, lama tak jumpa kan?”

“ Err…hai. Ha’ah. Aku sibuk sejak kebelakangan ni.” Aiman cuba beramah. Namun terdetik perasaan cemburu dihatinya. Tapi dia sedar siapa dirinya.

“ Jom, I hantar you ke kelas.” Ajak Syahir. Enn serba salah kerana dia sudah berjanji dengan Aiman. Dia memandang wajah Aiman.

Aiman seakan mengerti, hanya tersenyum dan mengangguk. Mukanya diceriakan seceria mungkin supaya tidak ketara rasa kecewa. Manakala Enn mengikut Syahir, teman lelakinya dengan perasaan bersalah pada Aiman. Namun dia tiada pilihan.

“ Huh….”

Aiman mengeluh setelah kereta yang membawa Enn hilang dari pandangan. Dia menapak meninggalkan bustand, tanpa menaiki bas yang tiba beberapa minit setelah Enn pergi. Dan, sebenarnya, dia tiada kelas untuk hari itu. rancangan untuk ke kelas bersama Enn itu hanyalah helah. Aiman pulang dengan hampa dan sebaris rangkap lagu dari lagu kegemarannya dan Enn, ‘Bila Bulan Berwarna Biru’ dinyanyi perlahan.

Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai
Di belantara sepi
Ku sepi….


‘Tak apa, masih ada peluang.’ Pujuk hati Aiman.







Sunday 25 December 2011

Bila Bulan Berwarna Biru #2


#Facebook chat


Aimantaro :  Weh, Enn!!

Cornettosedap : Hmm…apa

Aimantaro : Amboi..macam layan tak layan je L

Cornettosedap : Eh..tacing di pagi hari pulak ko ni. Period? J

Aimantaro : Period jadah apanya. Enn….

Cornettosedap : Apadia…

Aimantaro : Lapar..

Cornettosedap : Kau ingat aku kedai mamak? HAHAHA

Aimantaro : Ala…ko ada masak apa-apa x?

Cornettosedap : xda..kejap lagi nak buat nasi goreng…hehe

Aimantaro : Pehhh…NAK NAK

Cornettosedap : Masak sendiri

Aimantaro : Alaaaa…kedekutnya. Aku nak jugak L

Cornettosedap : yelah..yelah…lagi setengah jam.

Aimantaro : ni yang abang sayang lebih ni….kehkehkeh

Cornettosedap : geli siot…abang senduk ko

Aimantaro : HAHAHA..dah. pegi masak sana

***

Enn meninggalkan laptopnya di ruang tamu. Peti ais sederhana besar di buka bagi mencari ‘mangsa’ untuk dikorbankan ke dalam kuali.

“Chicken ball dengan sawi je?”

Dicapainya dua bahan tadi. Matanya melilau ke arah kabinet dapur. Ada telur dan ikan bilis. Enn tersenyum. Dengan pantas, dia menyediakan kesemua bahan yang diperlukan untuk nasi gorengnya.

Selesai semua bahan disediakan, kuali diletakkan di atas dapur. Minyak di tuang. Dan tangannya ligat memulas tombol dapur untuk memanaskan minyak. Sekali, dua kali, dan akhirnya kali ke empat, api tidak juga keluar. Enn menggaru kepalanya.

“ Gas habis ke?”

Tong gas yang berwarna hijau di goncang. Ringan. Enn mengeluh. Dicapainya telefon bimbit untuk menelefon kedai yang menyediakan khidmat refill gas.

‘ Baki kredit anda tidak mencukupi…bal..bla..bla’

“Alahai..kredit habis pulak. Macam mana ni? Aiman…”

Enn segera keluar ke pintu dapur. Kepalanya dijengah ke arah rumah Aiman. Nasib baik rumah bersebelahan.

“ Assalamuaikum. Man...”

Panggil Enn. Namun tiada reaksi.

“ Aiman!!” Jerit Enn sekuat hati. Beberapa saat kemudian, Aiman sudah terjengul di balik pintu dapurnya.

“ Amboi..kuatnya jerit. Dah siap masak ke? Cepatnya. Hehe.”

“ Siap apanya. Gas habis la. Nak masak macam mana?”

“ Laa…call la orang tu. Ganti gas baru.”

“ Kredit habis. Hehe..”

“ Cehh…pulak. Aku pun belum bayar bill telefon ni.”

Wajah Enn berubah hampa bila mendengar jawapan Aiman. Aiman pula menggaru-garu kepalanya. Memikirkan jalan penyelesaian.

“ Hah!! Apa kata kau buat unggun api kat sini, kita masak sama-sama.” Cadang Aiman.

“ Unggun api kepala otak kau Man. Musim hujan ni.” Marah Enn. Geram.

“ Kau ni, itupun nak marah. Aku gurau jelah. Kejap, aku tukar baju, lepastu aku angkut tong gas kau tu pergi kedai.”
“ Eh, Man. Beratlah. Lainlah kalau kau bawak kereta. Bahayalah bawak tong ni dengan motor.”

“ Alah…tong kosong je. Lagipun kedai dekat kan. Nanti aku suruh la orang kedai bawak tong baru.”

“ Nak hujan ni…”

“ Belum hujan kan. Kau jangan banyak songeh. Elok-elok belum hujan ni, baik aku pergi. Kau nak masak kan?”

Enn hanya mampu menggangguk dalam keadaan serba salah. Sambil dia menunggu Aiman datang, dia menolak tong gas kosong itu ke muka pintu rumah. Berat. Enn termengah-mengah.

“ Hoi, kau buat apa ni?” kedengaran satu suara menyergahnya dari belakang.

“ Opocot!!!” Enn terkejut. Rupanya Aiman.

“ Apalah kau ni Man. Bagilah salam. Nasib baik tak terhempap tong ni kat kaki.”

“ Yang kau pandai sangat bawak tong macamni kenapa?”

“ Habistu nak buat macam mana?”

Aiman mencebikkan bibirnya. Tanda malas menjawab pertanyaan Enn. Enn kegeraman.

“ Dah, tepi. Biar Aiman yang gagah perkasa bawak tong ni ke kedai.”

“ Gagah perkasa lah sangat. Hati-hati bawak motor Man. Hari nak hujan ni.” Pesan Enn. Risau. Pesanannya itu hanya dibalas dengan tabik hormat dari Aiman dan dia segera berlalu pergi dengan tong gas kemas terikat di belakang motor. Sekali imbas seperti apek jual gas. Enn tersengih sendiri.

***

Setengah jam sudah berlalu. Gas sudah sampai sepuluh minit yang lepas namun Aiman masih belum pulang. Hujan pula turun dengan lebatnya. Enn bimbang. Nasi goreng dalam Tupperware di pegang kejap. Dia menunggu Aiman di muka pintu.

Tidak lama kemudian, kedengaran enjin motor Aiman menandakan dia pulang. Enn yang kepenatan menunggu di ruang tamu menjengah keluar. Kelihatan Aiman yang kuyup dengan baju yang agak comot. Enn mendekati pagar yang memisahkan antara rumah mereka.

“ Man, kau pergi mana lambat balik? Habis basah kuyup….Eh, kau kenapa Man?” Tanya Enn tatkala dia terpandang siku dan lengan Aiman yang luka. Agak teruk. Segera dia berlari keluar, mendapatkan Aiman yang tercengang.

“ Kenapa ni Man? Kau jatuh motor ye?” Tanya Enn lembut. Dia sedikit kebasahan kerana terkena hujan.

“ Err..ha’ah. Sikit je ni.” Jawab Aiman menahan sakit.

“ Sikit? Teruk jugak ni. Macam mana boleh jatuh ni? Kan aku dah pesan suruh kau hati-hati.” Enn membebel. Namun, di tubir matanya bergenang air mata yang bakal menitis. Enn rasa bersalah. Aiman serba salah.

“ Jangan risau. Sikit je. Tak sakit pun. Aku kan hebat.” Pujuk Aiman.

“ Hebat tak hebat. Kau buat aku risau tahu?”

“ Ok…ok. Dah jangan nak nangis. Nanti aku nangis jugak siapa nak pujuk?” Aiman cuba buat lawak. Dia tersengih.

Enn tertawa kecil sambil mengesat air matanya. Tupperware yang berisi nasi goreng di hulur pada Aiman. Aiman menyambutnya dengan hati senang sambil mukanya berkerut menahan sakit.


p/s : nanti sambung lagi ye....hehehe

Saturday 24 December 2011

RINDU.....konon

Rindu itu indah

Walaupun ianya menyakitkan

Ya, sakit kerna tak terluah

Sakit kerna ‘dia’ tiada di pandangan mata

Rindu kadangkala mengarut

Dan….inilah buktinya

Aku sedang mengarut

hehehe

Monday 19 December 2011

MANGSA VI


sambungan mangsa v.

Malam.

Kasim baru masuk ke bilik air hendak membersihkan diri semasa June masuk ke dalam kondominiumnya. June merehatkan dirinya di sofa kulit berwarna hitam, remote televisyen ditekan. Siaran wayang HBO berlangsung.

hye honey, baru sampai?” June hanya tersenyum apabila kasim menegurnya hanya memakai tuala putih berlilit di pinggang.

you buat kerja sangat baik hari ini honey.” Kasim berdiri di belakang June. Tangan mula ligat mengusap perlahan bahu June.

I rasa kita patut raikan kemenangan kita sayang.” Nafsu Kasim mula naik. Leher June menjadi mangsa kucupan Kasim.

yeah, we should celebrate it. Come here darling.” June menarik tangan Kasim untuk duduk di sebelahnya.

Kasim duduk di sebelah June. Tangan June ligat mengusap badan Kasim. Kasim tersenyum ghairah merasa belaian June.

May I ask you something honey?” Kasim cuba menanggalkan baju yang dipakai June.

what is it?” June merenung goda ke mata Kasim.

“kenapa you sanggup buat bapa you gitu? You kan anak orang kaya, minta saja berapa ribu dekat bapa you. For sure bapa you akan bagikan.” Kasim mengelus lembut pipi June.

“kenapa I sanggup buat begitu? Sebab bapa I itu bodoh. Dia sibuk dengan bini baru dia sampai dia sanggup ceraikan my mum and I pula, dia biarkan I tanpa kasih sayang. I nak tengok dia kisah tak kalau I kena culik. Rupanya, dia masih ingat anak dia sorang ini.” June ketawa mengejek.

“jadi you buat plan ini saja nak tengok dia akan bagi wang tebusan atau tidak?” kali ini bahu June lagi pula menjadi sasaran kucupan Kasim.

Yup. Misi I senang, nak tengok dia bagi duit atau tidak.” June tersenyum makna.

“Mudahnya misi you, nak tengok kasih sayang melalui duit. Hebat hidup orang kaya ini. by the way, you sudah ambil duit tebusan dekat lori sampah itu kan? i rasa kita patut bahagikan duit itu selepas kita celebrate you honey.” Kasim mula hanyut mengucup badan June.

“Kita patut bahagikan duit tebusan? I salah dengar ker? Itu duit tebusan i not you.” Kasim tersentak apabila June ketawa sinis.

You jangan cuba cari pasal dengan I June. You belum kenal lagi siapa i.” mata Kasim mula menyala.

You siapa nak ugut i? you just Kasim, budak kampung yang berlagak hebat sama macam Zamri. And I more thing, you sama bodoh dengan Zamri itu. tiada beza.” June ketawa.

You…” Kasim berdiri menghadap June. Pistol yang disisipkan di celah sofa oleh June semasa Kasim masih lagi mandi diacukan ke dada Kasim.

Bang!!!

Darah mengalir deras di dada Kasim. Kasim rebah di atas June tidak bernafas.

~|~|~|~|~|~ 

Hello polis. Ini June, anak Dato Azman. Saya… saya telah bunuh penculik tu.” Suara June dalam ketakutan.

“Cik June ada dekat mana?”

“Saya… saya rasa saya berada di kondominium pelangi. Rumah…rumah nombor 12-B-1. Tolong cik, tolong cepat, saya takut.” June menangis.

“Baiklah. Kami segera pergi ke sana.” Talian di matikan.

June mengelap air matanya lalu tersenyum melihat kasim berlumuran darah di sofa. Lengan baju yang dipakai June dikoyakkan. Rambut di kusutkan. Pistol yang digunakan di letak atas lantai.

“Kamu semua bodoh! Bodoh sebab menjadi mangsa aku.” Ketawa June memecahkan kesunyian rumah Kasim.



T.A.M.M.A.T

Sunday 18 December 2011

MANGSA V

sambungan mangsa iv

Papp! Papp! papp!

Perbualan June dan Zamri terhenti apabila terdengar tepukan daripada Kasim. Kasim senyum sinis sambil mengeluarkan rokok di poket seluarnya.

“sudah puas bermanja-manja? Atau kau nak aku jadi penonton korang nak buat projek di hutan ini?” Kasim menyalakan rokoknya.

relaxlah sayang. Takkan itu pun you nak jealous?” June berjalan ke arah Kasim.

“June? What is this?” dahi Zamri berkerut melihat June memeluk erat pinggang Kasim.

“oii bodoh! Apasallah kau bengap sangat. bagus aku biarkan kau meringkuk di lokap tadi. Kau nak kenakan aku kan. Kau bagitahu june yang kita rancang nak culik dan minta duit tebusan dengan bapa dia. Kau ingat aku bodoh macam kaukah?!” Kasim tersenyum sinis.

“June! Are you trying to set me up??!” hati Zamri mula panas.

sorry sayang. You memang bodoh. I dan kasim memang nak kenakan you. Tapi you ini baik sangatlah sayang, baik sebab bagitahu I tentang plan kamu. Tapi you double bodoh juga, sebab tertipu dengan kami. Kasim gunakan you sebab rancangan ini, kami tidak boleh buat berdua. Kami perlukan kau untuk jayakan rancangan kami ini.” june menyandar di tubuh kasim. rokok ditangan kasim beralih alah ke mulut june sambil tangan kasim melingkar memeluk tubuh june.

“siallll!!” zamri mengenggam penumbuk dan meluru ke arah kasim dan june.

Bang!!!

June melepaskan tembakan. Zamri melutut memegang perutnya. Darah merah pekat mengalir laju keluar dari perutnya. Kasim tersenyum kemenangan. Satu kucupan dipipi diberikan oleh kasim pada june.

“kamu sial. Dato azman itu bapa kau. Sampai hati kau buat begini.” Zamri semakin lemah.

“Dato Azman itu sama bodoh macam kau dan polis. Tapi Dato Azman triple bodoh dan polis pula billion bodoh sebab aku menyamar jadi polis pun, dorang tak perasan. Kononnya Inspektor Basri itu hebat sangat. Satu pegawai polis dia hilang, dia tak perasan. Bodoh!” June ketawa.

“kamu sial.” Zamri berusaha merangkak menuju mereka.

“sayang, jumpa you dekat rumah okay.” Kasim mengucup bibir June sambil pistol yang berada di tangan june di acukan kembali ke Zamri.

Bang!!!

Burung berterbangan, Kasim pecut meninggalkan Zamri yang menahan darah yang keluar dari perutnya. Enjin 4 wheel hitam metallic segera dihidupkan, berderum ekzos memecahkan kesunyian hutan simpan.

bersambung.

Bila Bulan Berwarna Biru

“ Enn.”

“ Ya.”

“ Sudah tidur??”

“ Hampir.” Telefon bimbit dipegang kejap.

“ Oh..maaf aku ganggu.”

“ Tak apa. Aku sebenarnya tak boleh tidur.”

“ Oh…”

“ Kenapa Man?”

“ Aku bosan.” Jawab Aiman. Enn di hujung sebelah talian juga membisu.

“ Enn, kau bukak tingkap. Sekarang.” Pinta Aiman

“ Bukak tingkap? Kenapa?” Tanya Enn pelik. Namun, dituruti juga permintaan Aiman. Tingkap bilik dibuka. Angin sejuk terasa nyaman membelai tubuh. Enn kembali merebahkan diri di katil.

“ Hehe. Kita sama-sama tak boleh tidur. Mari, aku dodoikan kau.” Jawab Aiman. Ketawa. Enn juga ikut ketawa. Sangkanya Aiman bergurau.

“ Ok, aku mahu lagu Hindustan. Hehe..” Usik Enn.

“ Eh, aku tak tahu lagu Hindi. Lain..lain..”

“ Lagu ‘ Bila Bulan Berwarna Biru.”

“ Ok. Aku matikan talian sekarang. Dan kau, dengar aku dodoikan kau baik-baik.”

Talian telefon dimatikan tanpa sempat Enn berkata apa-apa. Sangkanya memang betul-betul Aiman bergurau. Tetapi sangkaannya meleset. Tak berapa lama, kedengaran alunan suara Aiman bersama petikan gitar singgah di telinganya. Enn bingkas bangun melangkah ke tepi tingkap. Kedudukan biliknya yang bersambung dengan bilik Aiman yang tinggal bersebelahan rumahnya menyebabkan alunan petikan gitar itu jelas di telinganya. Enn kembali ke katil sambil tersenyum.


Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar
Mengilap mata yang lama kabur

Derita perlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu agak pendita


Lenanya malam itu bertemankan lagu nyanyian Aiman dan patung Spongebob. Juga pemberian Aiman. Spongebob di peluk semakin erat. Enn memejamkan mata sambil tersenyum.


p/s: err...tak tau bersambung ke tidak ni...hehehe

Saturday 17 December 2011

MANGSA IV

sambungan mangsa iii.

Tengahari.

“engkau gila! Aku sudah kata polis mesti terlibat dalam kes ini!” bentak Zamri selepas mereka berdua dilepaskan dari tahanan suspek polis.

“tapi kita dibebaskan? Kau ingat aku bodoh nak buat rancangan yang mudah polis tangkap kita? Ini Kasimlah. Kasim!” Kasim merenung tajam ke mata Zamri.

Rancangan pertama mereka menerima wang tebusan berjaya. Budak pemungut sampah dan juga pemandu lori sampah menjadi kambing hitam mereka setelah mereka berdua bebas menjadi suspek penculikan anak Dato Azman.

“sekarang kita pergi ambil duit tebusan itu.” Kasim menanggalkan baju seragam jingganya. Penyamaran telah selesai, kini tinggal saat untuk mengutip keuntungan.

“bagaimana kita nak ambil, kalau lori sampah itu disita? Mesti polis akan sita lori sampah tersebut menjadi bahan bukti.” Zamri mengelabah.

“apasallah kau bongok sangat! Aku tahulah buat kerja aku. Masa aku nak bincang dengan kau, sibuk dengan hal kau. Sekarang kau ikut saja plan aku. Jangan banyak soal. Faham?!” jari telunjuk Kasim di muka Zamri.



Petang.

“kita di mana ini?” Zamri melihat mereka memasuki kawasan hutan. Mulut Kasim masih terkunci.

“hoi! Kita buat apa dekat hutan ini? engkau nak bunuh aku ker? Si june masih dekat rumah usang itu kan. Kau nak sapu duit tu seorang dirikan.” Zamri mula mengelabah.

“ keluar.” Kasim memberhentikan keretanya bersebelahan dengan kereta Fairlady Nissan putih.

“hoi! Keluarlah!” jerkah Kasim.

“June?” Zamri terkejut melihat June berdiri tepi kereta mewah tersebut.

“hai Zamri.” June menuju ke arah Zamri yang masih tercegat depan kereta.

“macam mana you boleh ada dekat sini? Oh, I see.” Zamri tersenyum makna.

“macam yang you rancanglah I ada dekat sini sayang.” Bahu Zamri di usap perlahan oleh June. Pipi Zamri dikucup perlahan.

bersambung.

Friday 16 December 2011

MANGSA III

sambungan  mangsa ii.

Kereta 4 wheel Kasim diberhentikan di hadapan bangunan majlis bandaraya. Dengan memakai baju seragam berwarna jingga, Kasim dan Zamri menaiki lori sampah yang akan bergerak menuju ke taman indah. Mengikut perancangan, Kasim mengarahkan Dato Azman meletakkan wang tebusan di dalam sebuah beg dan masukkan ke dalam tong sampah sebuah rumah di taman indah. Di situ, Kasim dan Zamri yang menyamar menjadi pekerja pemungut sampah akan mengambil beg yang berisi wang tebusan tersebut.

“Zam, ada 2 buah rumah lagi untuk sampai rumah yang kita target itu.” Bisik Kasim sambil memegang tong sampah yang kosong semasa melintasi Zamri.

“rumah yang warna putih hijau itu kan. Aku rasa ada polis yang pantau kita.” Peluh mula memercik di dahi Zamri.

“boleh tak kau cool sikit? Kalau kau begini, mampus kita kena suspek bodoh!” hati Kasim mula panas dengan sifat pengecut Zamri.

“ba-baiklah.” Zamri gugup.

“biarkan budak itu yang mengambil tong sampah rumah itu. kau ambil tong sampah rumah warna biru itu dan aku ambil tong sampah rumah kuning ini. Kita akan gerak sekali ke lori sampah apabila budak tu mula gerak menuju ke lori sampah itu. faham?” Zamri mengangguk apabila kasim mengingati sekali lagi rancangan mereka.

Setibanya rumah yang menjadi target Kasim dan Zamri, budak lelaki yang berumur dalam lingkungan 20 an, mengambil tong sampah yang terdapat duit tebusan. Kasim telah mengarahkan Dato Azman memasukkan duit tersebut di dalam plastik hitam. Apabila budak tersebut ingin menunggang tong sampah tersebut ke dalam lori sampah, Kasim dengan pantas mengambil plastik hitam yang mengandungi duit dan menukarkan kepada plastik hitam yang lain.

Saat kasim menukar membuang plastik hitam ke dalam lori sampah, polis mula menyerbu mereka bertiga. Dalam situasi genting ini, Kasim sempat memberi plastik duit tersebut kepada Zamri yang bersedia untuk dimasukkan ke dalam plastiK biru yang mengandungi tin kosong dan disorok disebalik dinding lori sampah.

“Berhenti!!” Inspektor Basri mengacukan pistol kepada mereka bertiga. Kasim, Zamri dan budak pemungut sampah mengangkat kedua tangan serentak. Kelihatan terdapat 4 orang polis sebelah kiri dan kanan mereka turut mengacukan pistol. Mereka disuruh bertiarap di jalan raya untuk di gari oleh pegawai polis sebelum di bawa ke balai polis.

bersambung.

Thursday 15 December 2011

MANGSA II

sambungan mangsa i.

Seraya itu, Zamri dan Kasim keluar dari kereta dan menuju ke arah June. Kaki June menapak dua langkah kebelakang apabila melihat Zamri dan Kasim memakai topeng muka.

“korang nak apa hah?!” peluh mula membasahi baju singkat hitam June. Semakin laju June mengundur, semakin cepat langkah Zamri dan Kasim menuju ke arah June.

“korang jangan nak buat apa-apa dekat aku. Polis pasti akan cari korang! Korang tak kenal siapa aku lagi!” June cuba untuk melarikan diri apabila Zamri dan Kasim mula mengepung dia.

Kasim menangkap June, manakala Zamri pula menekup hidung June menggunakan sapu tangan yang telah disapu chloroform. Tak sampai 2 minit, kepala June mula berpusing dan akhirnya dia pengsan.



Semalam.

“hei perempuan! Bangun!!” kepala June ditolak.

“bangunlah!!” Kasim menyiram muka June dengan air mineral ditangannya.

Terpesat-pesat June cuba membukakan matanya. Dia melihat Zamri duduk di hujung meja sambil menenguk minuman keras manakala kasim pula berada di sebelahnya.

“perempuan, sekarang aku mahu kau cakap dengan bapa kau.” rambut June ditarik kebelakang.

“sakitlah bodoh!!” June merengus.

“kau dengarkah tidak?!!” sekali lagi rambut June ditarik.

“dengarrr!” Karim melepas kasar rambut June.

“beb! Kau call bapa dia cepat! Lebih cepat kita settlekan kerja ini. Lagi cepat kita berambus.” Zamri mendail nombor telefon Dato Azman. Setelah bercakap dengan Dato Azman dan meminta tebusan 500 ribu ringgit, Zamri memberi peluang Dato Azman mendengar suara June.

“kalau Dato nak anak Dato. Jangan lupa bawa duit itu. Kalau tidak, bye-bye.” Talian diputuskan.



Pagi.

“Sim, kalau Dato itu bawa polis macamana?” Zamri mula rasa tidak sedap hati.

“memang dia akan bawa polis. Aku berani kerat jari kalau dia tak bawa polis.” Kasim memang agak apa yang akan berlaku nanti.

“habis itu, apa kau nak buat?” peluh Zamri mula mengalir.

“engkau ikut saja seperti yang kita rancang.” Kasim membetulkan topi di kepalanya.

Wednesday 14 December 2011

MANGSA I



Bang!!!

Burung berterbangan, Kasim pecut meninggalkan Zamri yang menahan darah yang keluar dari perutnya. Enjin 4 wheel hitam metallic segera dihidupkan, berderum ekzos memecahkan kesunyian hutan simpan.



Sebulan yang lalu.


“Sim, aku cadangkan kita gerak pukul 8 malam, kemudian kita stay dekat depan rumah si June sehingga dia keluar rumah.” Zamri merenung kasim. rancangan mereka untuk menculik anak Dato Azman dan mengugut Dato Azman membayar tebusan akan dijalankan sebulan lagi.

“engkau sudah pantau aktiviti si June itu?” Kasim menjatuhkan abu rokok di celah jarinya.

“sudah, dia selalu pergi Miles Club setiap hari rabu pukul 11.30 malam.” Bunyi pesanan ringkas masuk mengberhentikan perbincangan mereka. Zamri membaca pesanan yang masuk dan memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket.

“selalunya dia ikut jalan mana nak pergi Club tu?” Kasim mahu rancangan mereka berjalan dengan lancar.

“dia selalu ikut jalan high way, tapi dia akan lalu jalan manik, di sana kita akan block kereta dia dan culik dia.” Zamri menyambung kembali.

“Sim, aku kena gerak dulu. Ada hal, nanti aku roger kau.” Kerusi yang diduduki Zamri ditolak. Pintu di tutup, Kasim melihat Zamri keluar dari kondominiumnya. Minuman keras di tangan Kasim di teguk lagi.



Malam sebelumnya.


“kau kata dia keluar pukul 11.30, mana dia?!!” stereng kereta dihentak oleh Kasim.

“kau tak pandai sabarkah?! Kejap lagi dia keluarlah!” rokok di tangan Zamri tinggal separuh. Jika rancangan mereka kali ini tidak berjalan, Zamri tahu dia tidak akan terlepas oleh Kasim.

“hah! Tu kereta dia!” Zamri menunjuk.

Handbreak dilepaskan oleh Kasim. kereta mereka berada di belakang 2 buah kereta selepas kereta anak Dato Azman. Selang 20 minit, kereta Honda city putih milik June memasuki jalan manik. Kasim memecut keretanya dan berhenti di tengah jalan. Pedal brek kereta june ditekan menyebabkan jalan sunyi tersebut bingit dengan bunyi brek. Terdapat kesan hitam di jalanan akibat daripada brek mengejut kereta Honda city milik June.

“wei! U gilakah?!!!” herdik June apabila dia keluar dari kereta dan menuju ke arah kereta 4 wheel milik Kasim.

bersambung.

Tuesday 13 December 2011

Terima Kasih Allah

"Iman Amani!!! Jangan tinggalkan abg!!"..

Sekujur tubuh kaku yang sudah tidak bernyawa dipeluknya erat.tidak sempat Zaffran mendengar suara manja isterinya itu buat kali terakhir. Rasa penyesalan membuak-buak dalam dirinya.Air matanya bagaikan hujan yang turun dengan lebat.Masih tidak percaya dengan ketentuan Allah.

"Sudahlah Zaff,Iman sudah pergi. Kau kena redha. Jangan meratapi pemergian Iman mcm ni.." Haikal menenangkan Zaff sambil memeluk rakan baiknya itu.

"Aku terkilan Kal..aku tak dapat berada di sisi arwah semasa dia perlukan aku.."...air mata Zaff bagaikan mahu memenuhi satu telaga.

"Banyakkn bersabar Zaff, Allah lebih sayangkan Iman"..Haikal juga bersedih dia atas kemergian rakannya itu yang juga rakan baik kepada isterinya Zalia.Zalia redha dengan pemergian sahabat baiknya yang dia anggap seperti kakak kandungnya..Air mata Zalia masih bergenang.Dia menahan air matanya agar tidak jatuh tetapi dia tewas..Dia sudah berjanji dengan Iman yang dia tidak mahu bersedih atas pemergian Iman. "Ya Allah, aku mesti kuat!" gertak hati Zalia..

"Zaff, ini surat dari Iman..Arwah suruh aku sampaikan dekat kau"..Zalia menghulurkan surat dan di sambut oleh Zaff..

Zaff membuka surat dari isterinya itu dengan perasaan tertanya-tanya apa isi di dalamnya..



************************

Assalamualaikum suamiku yang aku cintai..mungkin semasa abg baca surat ni, syg sudah pergi menghadap Ilahi..



Abg, andai syg pergi dulu dari abg, jgn lah abg tangisi pergian syg ni..Abg kena redha krna smua ini Allah yg tentukan.

yg penting, abg kna kuat kn semangt utk truskn hidup. Abg sayang dan cintakn syg kn?Kalau abg sayang dan cintakan syg, syg nk mintk sesuatu dari abg blh?abg, kalau syg dah tkdk kat dunia ni lg, tolong jgn lupakan syg dan lupakan kenangn kita bersama ye. Wlaupun hanya sekejap sja kita dapat bersama tp syg tetap bersyukur krana Allah dah hadiahkan sesuatu yg tiada nilainya kepda syg, iaitu seorg lelaki yg bernama Zaffran Hadith bin Muhammad.Syg rasa syglah org yg paling bertuah dalam dunia ni.Abg, bila syg dah tk de nnt, abg jgn lupa bacakan syg surah Yassin selalu, sedekahkan Al-Fatihah kat syg, doakn kesejahteraan syg dan jgn lupa lawat kubur syg ye abg..Hanya itu yg syg mintk dari abg utk syg kat sna nnt.Bila syg dah tkde nnt, abg jga diri baik-baik mcm abg jga syg dulu, abg jgn sedih-sedih ye.Kalau abg rindukn syg, abg bacakan Al-Quran depan kubur syg.Abg jgn pernah tingglkan solat, jgn sesekali derhaka kpd mak dgn ayh, dan jgn sesekali lupakan Allah..Ingat, Dia yg mempertemukan kita.Abg, maafkan segala dosa syg dengn abg slama ni dari hujung rambut smpai hujung kaki dan halalkan makn minum syg slama ni.Syg dah maafkan abg walaupun abg tiada dosa dgn iman.Abg kena ingt walaupun syg tiada lg di dunia ni, tapi syg sentiasa di hati abg..



Terima kasih suamiku di atas segala pengorbanan dan kasih syg yg engkau curahkna kepada ku slama hayatku di dunia ini..TERIMA KASIH ALLAH di atas nikmat yg Engkau berikan..Berkatilah kehidupan suamiku Ya Allah..sesungguhnya, aku teramat mencintai dia..



YANG TERLALU MENCINTAIMU,

(IMAN AMANI ABDULLAH)



*****************************************



"Maafkan abg Iman, slama ni abg selalu abaikan syg.Ya Allah, Kau ampunkan segala dosa isteriku, sesungguhnya dia adalah seorang isteri yang soleh dan taat padaku.Semoga Kau tempatkan dia di sisi org yang beriman"..bisik hati Zaff sambil mengesat air matanya. Dia bersyukur kerana dikurniakn isteri yang setabah Iman Amani. Walaupun terpaksa berjuang melawan kanser usus yang sudah mencapai tahap ke 3,tetapi dia boleh masih tersenyum dan menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kepadanya. "Abg takkan sedih lagi syg, Abg bersyukur kerana Allah anugerahkan syg kepada abg walaupun sekejap.Semoga syg tenang di sana"..

Sunday 11 December 2011

Iqfal dan Katrina

"Aku rasa aku sukakan ko la."

"Suka je pun."

"Aku rasa aku kasihkan ko la."

"Kasih je pun."

"Aku rasa aku  sayangkan ko la."

"Sayang je pun."

"Aku rasa aku cintakan ko la."

Katrina menoleh. Di sebelah kanannya tercegat seorang lelaki memakai baju T biru, berseluar slack hitam dan berkasut converse berkata penuh selamba.

"Apa ko cakap Iqfal?"

"Aku cakap aku cintakan ko," ulang Iqfal.

"Boleh tak ko jangan main-main dengan benda macam ni? Aku tak suka," marah Katrina. Dia mengemas buku-buku miliknya dan bersedia untuk pergi.

"Aku tak main-main. Aku nak pinang ko," kata Iqfal lagi.

"Ko gila," Katrina terus pergi. Meninggalkan Iqfal terkulat-kulat sendiri.

Malam itu Katrina mendapat emel daripada Iqfal. 

"Kat, aku serius mahu hidup bersama-sama dengan ko. Aku tahu ko terkejut. 10 tahun aku pendam perasaan  kat ko. Sejak zaman sekolah lagi. Berhari-hari aku fikirkan tentang hal ni. Berhari-hari juga aku berlatih depan cermin. Pening aku fikir macam mana nak luahkan pada ko. Aku kumpul kekuatan, akhirnya aku luahkan pada ko siang tadi. Ko tolong fikirkan pasal hal ni, Kat. Bila ko dah sedia, ko kasitau aku ya. Ko ambillah seberapa lama ko perlukan. Aku biarkan ko berfikir. Dan Kat, aku cintakan ko."

Kat termenung. Iqfal, kawan baiknya sejak daripada bangku sekolah lagi. Rakan sepermainan, tempat meluah perasaan, tempat dia gelak ketawa dan menangis. Katrina buntu. Otaknya ligat berfikir hingga tidak sedar bila dia terlena.

Dua minggu Iqfal tidak menghubungi Katrina. Katrina rasa kehilangan. Katrina sudah fikir masak-masak. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Iqfal. Suara Chris Martin, vokalis Coldplay menyanyi di corong telinga Katrina sebelum diputuskan oleh suara lelaki.

"Hello. Kat?"

"Iqfal, aku cintakan ko"

Saat itu hati Iqfal berbunga-bunga dan Katrina tersenyum bahagia.

Saturday 3 December 2011

Mohon Hati

Walaupun hati mengatakan redha, kadangkala hati ini seakan memberontak.
Mendesak untuk menggapai kembali hati yang kian jauh..yang dipisah jauh.
Tuhan, berdosakah aku jika terus meratapi? Salahkah aku terus menuding jari kepada mereka yang tidak suka aku bahagia?
Tuhan, aku insan yang tidak kuat menahan perasaan. Aku insan yang lemah menangkis segala cabaran.
Aku tahu, kadangkala dugaan itu membuatkan aku kuat. Membuat aku lebih tabah.
Aku mahu bahagia
Aku mahu ketawa
Aku mahu sinar cahaya kembali menyala di dalam mata
Tuhan, bahagiakanlah dia
Hapusakan duka dihatinya
Hilangkan kecewa yang dirasa
Aku mohon dengan rendah hati kepadaMu
Tuhan, aku mohon jika benar dia yang tertulis di luh mahfuz untukku
Kembalikanlah dia dalam hidupku
Tuhan, maafkan aku jika terlalu banyak yang aku minta dariMu.
Kerana sebagai hambaMU, aku hanya mampu meminta…


p/s: maaf pada rakan-rakan penulis Warna Kaseh kerana aku tak berikan komitmen yang baik buat masa ini. :)

HATI

"kaki, kenapa kau berhenti melangkah?" hairan.

"aku tak tahu, tiba-tiba aku rasa terpaku. aku tak dapat sebarang isyarat dari otak." kaku.

"otak? kamu okay? apasal kaki berhenti melangkah?" bertanya.

"aku pun tak tahu. aku tiba-tiba kosong. system down. mungkin ada masalah dekat hati." bingung.

"hati, ada masalahkah?" bertanya.

"iya, ada masalah besar. cuba tanya mata, dia nampak segalanya." mengarah.

"mata, hati kata ada masalah besar. apa masalahnya?" bertanya.

"aku nampak dia. yang buat hati terluka. dia bersama orang lain sebab itulah hati ada masalah. otak pun ikut bermasalah dan sebab inilah kaki tidak dapat bergerak." menerangkan.

"oh, aku nak tengok keadaan hati balik ya." berlari.

"hati, mata kata mata nampak dia. kamu okay ker? hati, kamu berdarah." risau.

"oh, luka dulu berdarah kembali." senyum tawar.

"hati tunggu, saya carikan ubat." bergegas pergi.

"tak perlu. kamu, tak perlu." menghalang.

"hah, nah. saya dah dapatkan ubat untuk kamu. nah." beri.

"ubat? tapi ini hati?" hairan.

"hah, inilah ubat untuk luka kamu. saya dapatkan hati baru untuk kamu supaya hati kamu yang berdarah itu, dapat hati baru yang bersih. kamu suka?" menanya.

"suka! terima kasih kamu!" senyum.

Saturday 19 November 2011

surat untuk kekasih

Kuala Lumpur
11 November 2011

Assalamualaikum Abang.

Lea doakan abang sentiasa sihat dan dirahmati Allah. Sebelum apa-apa Lea nak ucapkan terima kasih sebab abang sudi luangkan masa untuk membaca surat Lea.

Abang, sepanjang perkenalan kita Lea bahagia sangat-sangat. Macam-macam yang kita buat tanpa kita rancang. Ingat tak dulu abang sanggup datang pagi-pagi buta sebab Lea kata Lea lapar? Tak lama lepas Lea mengadu kat abang, tengok-tengok abang dah ade depan rumah. Kite lepak kat kedai mamak. Hehe. Lepas tu kelam-kabut balik rumah sebab masing-masing nak pergi kerja. Best sangat momen tu.

Abang selalu buat Lea ketawa. Walaupun kadang-kadang lawak abang tak berapa nak lawak, tapi Lea ketawa juga. Lea bahagia, abang.

Abang, Lea mintak maaf sangat-sangat sebab tinggalkan abang tanpa pesan. Lea pergi bersebab. Lea tak sanggup nak tengok muka abang. Lea tahu abang kecewa. Maafkan Lea. Lama Lea kumpul kekuatan untuk menulis surat ini. Kali ni Lea tekad untuk memberitahu kesemuanya pada abang.

Abang, ingat tak dulu Lea pernah beritahu Lea pernah terlibat dalam kemalangan dan Lea memerlukan pemindahan darah? Darah tu berpenyakit abang. Lea menderita HIV positif. Doktor kata Lea cuma ada tiga  bulan sahaja untuk berada di dunia ni. Bulan ini bulan terakhir. Abang tolong doakan Lea ye. 

Lea tak nak abang sedih-sedih lagi. Mesti makan tau. Tengok badan tu dah kurus melengking. Biar besar sikit. Nanti abang sakit kalau tak makan.  Macam mana Lea tau abang kurus? Lea teka je. Hehe. 

Abang, Lea tak pasti sama ada Lea masih bernafas tika abang menerima dan membaca surat ni. Walau bagaimanapun Lea sentiasa mendoakan abang bahagia. 

Lea sayang abang selalu.

Ikhlas,
Nur Alea.

Wednesday 16 November 2011

KASEH

"sayang buat apa ini? turun cepat. sayang itu mengandung, degil!" pimpin tangan isteri turun lalu diberi duduk atas kerusi.

. . . . . . 


"anak papa dalam ini jangan nakal-nakal tahu. jangan asyik tendang perut mama dalam itu. kesian kat mama." sambil mengusap perut si isteri.

. . . . . .


"sayang mengucap sayang. teran sayang. erk, doktor, tak keluar lagi ker baby saya? teran sayang." peluh menitis di dahi.

. . . . . .


"terima kasih sayang. terima kasih lengkapkan hidup abang." mengucup kasih dahi si isteri.


. . . . . .

"sayang, baby makin panas. ya allah sayang, sayang pun deman ker? cepat. abang bawa sayang dengan baby pergi clinic." bantu isteri tukar baju.

. . . . . . 


"sayang, jaga baby elok-elok tahu. ajar dia jadi pemimpin terhebat tahu. kalau abang takde, pastikan dia jadi wakil abang untuk jaga sayang okay." kucup dahi baby dan isteri.


. . . . .

". . . . . . . " si isteri memeluk erat baby. di kucupnya dahi suaminya. di kucupnya dahi bayinya.

"nak, sekarang kamu kena jaga mama. kamu kena jadi pemimpin yang terhebat. sebab kamu sekarang wakil papa untuk jaga mama. itu amanat papa untuk kamu nak." si bayi menangis seolah mengerti situasi yang berlaku.

. . . . . 

"mak ini, tak sayang aimanlah. kalau aiman ada papa kan best. mesti dia belikan aiman robot tu! benci mama!" menghempaskan pintu bilik.

. . . . . 

"aiman! sejak bila aiman reti merokok ini?! arwah papa sendiri tak merokok, tapi aiman???" si mama terduduk dikerusi.


. . . . . 

"mak, aiman dapat tawaran dekat Korea. marilah mak, ikut aiman pergi sana. tinggal disana." memegang erat tangan tua si mama.

"pergilah nak, mama nak tinggal sini. nanti kalau mama ikut aiman ke sana. tiada orang nak tengok-tengokkan kuburan arwah papa kamu." melepaskan si anak pergi.

. . . . . 

"assalamualaikum mama. mama sihat? insyallah minggu depan aiman balik." tersenyum

"wa'alaikumsalam nak. mama sihat nak. alhamdulillah. semoga selamat sampai ya nak." memegang dada sambil menahan batuk ketika bercakap.

. . . . . 

"ya allah mama. kenapa mama tak bagitahu aiman yang selama ini mama sakit? ampunkan aiman mak. ampunkan aiman papa. aiman bukan pemimpin terhebat. aiman tak mampu jaga mama seperti yang diamanatkan oleh papa. ampunkan aiman." terduduk dilantai melihat tubuh si mama di atas katil hospital.

"aiman anak mak, bagi mama kamu tetap pemimpin terhebat seperti arwah papa kamu. bagi mama, kamu sudah menjaga mama sebaik mungkin. cuma satu saja mama pohon, jangan lupakan kami walaupun kami sudah tiada. mama tidak mahu beri amanat kepada kamu, cukuplah mohon pada kamu untuk doakan kami di sana nanti." membelai lembut kepala si anak.

. . . . .

"ya allah, tempatkanlah ibu bapa ku di golongan yang bertaqwa. aminnn..." meraup muka dan mengelap air mata kerinduan.




Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
riwayat al-Hakim 

Wednesday 2 November 2011

Kerana mimpi itu~


Dahlia tersentak. Terus bangun lalu duduk kaku di tempat pembaringannya tadi. Aneh. Dadanya berombak kencang sekali. Apa yang terjadi tadi? Dibelek dirinya yang masih bertelekung putih itu di tikar sejadah. Pipinya masih basah berlinangan air mata. 
.................................................................................................

Intan kejut Dahlia perlahan. Dahlia tersentak sedikit lalu tersedar.

“Eh, kat mana aku ni?”

Tiada bait kata yang terlontar, hanya desis hati kecilnya. Melihat sekeliling. Majlis apakah ini? Kelihatan semua sedang khusyuk seperti sedang mendengar suatu tazkirah. Dahlia masih kaget. Matanya semakin meliar memerhati ke sana ke mari. Apa yang dicarinya pun, dia sendiri tidak pasti.

Tiba-tiba, matanya tertumpu pada lelaki misteri itu. Sedang berada di saf hadapan sekali. Lelaki itu tidak perasan yang Dahlia sedang asyik memerhatikannya. Dalam tidak sedar, Dahlia sudah mula mengesot untuk ke saf lebih depan. Sepertinya dia, mahu mendekati lelaki itu. Semakin dekat, wajah lelaki itu semakin ketara sekali. Wajah yang sangat dirinduinya. Tapi tidak mampu didekatinya.

Dahlia nekad. Malam ini, dia harus berusaha sampai berdepan dengan lelaki idamannya itu dan luahkan apa yang dia rasa selama ini. “Mesti!” bisik hati Dahlia. Sedar tak sedar, dia sekarang sudah berada di belakang saf lelaki itu duduk. 

Belum pun sempat dahlia menegurnya. Majlis sudah bersurai. Semua hadirin dijemput untuk menjamu selera di ruang makan. Lelaki itu semakin hilang dalam orang ramai yang sedang bergerak ketika itu. Dahlia cepat-cepat mengekorinya laju-laju dari belakang. Mulutnya seakan terkunci untuk memanggil lelaki itu. Kelihatan dia bersama jemaah lain sedang makan sambil berbual-bual. Dahlia berdiam di sudut, memerhati, takut hilang lagi.

Kelihatan lelaki itu bergegas keluar seusai menjamu selera. Dahlia membelah keramaian itu lalu mengejarnya dari belakang. Walaupun lelaki itu tenang saja langkahnya. Aneh. Dahlia tetap tidak dapat menggapainya jua. 

Sesampai di luar, Dahlia terkaku di pagar. Matanya tertancap pada seorang wanita yang sangat dikenalinya. Melalui penampilan wanita itu, Dahlia sudah dapat mengagak siapa dia. Kelihatan gembira sekali wanita itu sedang bermain bersama tiga orang anak kecil. Tertanya hati Dahlia, siapa anak-anak kecil itu? Mungkin juga anak-anaknya. 

Lelaki itu muncul kembali di hadapan Dahlia, lalu menuju ke arah wanita dan kanak-kanak comel itu. Mereka sama-sama beredar dari tempat itu. Dahlia terdiam. Inikah sebabnya kenapa sedari tadi, Dahlia tetap gagal berhadapan dengan lelaki itu. 

Apakah yang tertulis di sebalik yang berlaku itu? Apa yang mahu DIA tunjukkan pada Dahlia? Menitis air mata Dahlia laju, mengiringi langkah-langkah mereka yang sedang beredar pergi itu.

...............................................................................

Sedang dalam keadaan termanggu lagi, tiba-tiba, bunyi mesej baru masuk. Dahlia cepat-cepat mencapai telefon bimbitnya. Ditekannya punat ‘baca’. 

“Salam. Awak ok tak ni? Tadi saya mesej awak, awak tak reply-reply. Saya risau. Awak ok tak ni?”

“W’salam. Saya ok. Cuma ngah terkejut lagi. Tadi lepas solat saya tertidur, saya mimpi sesuatu. Saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Mimpi tu lain sangat. Saya rasa tak sedap hati. Awak ok? Awak kat mana ni?” laju Dahlia membalas.

“Saya ok je. Emm… mimpi je tu, mainan tidur je. Tak de pape lah. Awak jangan fikir bukan-bukan ye. Saya baru balik ni. Tadi saya pergi majlis kuliah agama kat masjid. Ada jamuan makan lepas kuliah. Sebab-tu lewat sikit balik.” 

Balasan mesej si dia mengejutkan Dahlia. Dadanya kembali berombak. Adakah itu suatu kebetulan? Atau punya maksud yang tersirat? Dahlia mohon Allah tunjukkan dia jalan~ 

                                                                   

Sunday 23 October 2011

PLAN KACAU

aku seorang lelaki berumur 27 tahun. seorang yang tinggi, berwajah boleh mencairkan wanita diluar sana, badan ada cutting model lelaki, berkulit hitam manis, berkerja sebagai pengurus projek di satu syarikat swasta, berkereta perdana hitam dan kini aku dalam proses membeli rumah. cinta? aku punya cinta hati pada masa dulu. ya, perkenalan 2 tahun tapi tersadai sebab yang aku sendiri kurang pasti sebabnya. yang penting saat ini, aku mahu kumpul duit untuk beli rumah selepas itu baru aku nak fikir tentang kahwin. oh ya, aku sudah letakkan target untuk berkahwin pada umur 30 tahun, ada lagi 3 tahun untuk aku capai target aku, lagipun mak aku pun tak kisah sangat sebab aku lelaki. tambahan lagi, aku nak kumpul duit banyak-banyak sebab nak bawa isteri tercinta aku bulan madu di mekah, yakni nak buat umrahlah tu. cari keberkatan rumahtangga kata orang. itu target aku saja sehinggalah satu petang yang aman buat plan aku jadi kacau.

"ya allah!" baju aku basah lecun. habis secawan teh panas buat corak abstrak di baju kemeja aku.

"minta maaf encik, saya tak sengaja." seorang gadis berbaju kurung merah segera mengeluarkan tisu dari beg tangannya. mata aku terpaku pada keindahan seketika, alangkah bagusnya saat itu boleh diberhentikan untuk aku menikmati seraut wajah yang damai ini. cantik sungguh ciptaan Allah ini.

"encik, saya tak sengaja. saya minta maaf." gadis depan aku buat muka kesian. wahai cik adik ayu, engkau nampak comel bila buat muka gitu. cair hati abang. argh! aku harus sedar. aku tak boleh melencong dari plan aku, aku tak boleh jatuh cinta sekarang.

"lain kali mata letak depan! bukan letak belakang! mat! aku tak jadi lepak, lain kali saja. aku blah dulu." aku merengus pergi, program melepak ditangguhkan petang ini. entah kenapa bertindak kasar dengan gadis ayu seperti dia. argh, persetankan perasaan ini.

~|~|~|~|~|~

hari isnin adalah hari kelam kabut sedunia. ketika inilah jalan raya penuh dengan kereta dan sumpah serenah bagaikan rutin bagi yang terperangkap dalam kesesakan macam aku. jam di tangan aku menunjukkan pukul 7.50 pagi, aku ada masa 10 minit untuk cari parking. sesudah aku letak kereta kesayangan aku merangkap buah hati dan kekasih hati aku buat masa sekarang elok-elok siap lock lagi. aku dengan langkah laju menuju ke lif dan sekali lagi aku terlanggar. kertas kerja ditangan aku berselerak di lantai lobi.

"engkau lagi!" gadis yang melanggar aku petang semalam sudah pucat melihat aku.

"aku rasa kau patut jumpa doktorlah. mata itu letak kat depan. kau tahu depan? D-E-P-A-N! dekat sini!" amuk aku sambil tunjuk depan mata gadis itu. aku lihat mata gadis itu sudah bertakung, rasa bersalah pula aku menengking dia depan lobi. sesudah kertas kerja bertukar tangan. sekali lagi kata maaf dia bagi tapi aku masuk ke dalam lif dengan muka tegang.

"selamat pagi encik Aidil." senyuman kak mira menurunkan suhu kemarahan aku. kalau ikutkan bukan besar mana pun kesalahan gadis itu. lagipun, memang salah aku yang kelam kabut nak masuk lif sedangkan orang dalam lif belum lagi keluar. 

"selamat pagi kak mira. setiausaha sementara kak mira masuk hari inikan?" tanyaku mesra. oh ya, perkenalankan ini kak mira. setiausaha kesayangan aku. kak mira ini sedang mengandung anak pertama, kalau ikut due, 2 minggu lagi meletuplah perut kak mira dan aku terpaksa mengambil setiausaha sementara kak mira habis berpantang.

"iya encik aidil, dia turun ke bawah sekejap ambil surat. kalau dia sampai saya bawa dia jumpa encik aidil yer." kak mira senyum kepadaku. pintu bilik dikuak, rindu aku pada bilik aku setelah seminggu aku terpaksa pergi ke sungai petani mengurus projek mega di sana. bunyi keketukan mematikan lamunan aku. 

"masuk." kak mira masuk dengan senyuman. mungkin inilah rahsia awet muka kak mira, asyik senyum memanjang. tubuh di belakang kak mira buat senyuman aku mati. gadis itu! takkan dia pengganti kak mira.

"encik aidil, kenalkan pengganti kak mira buat sementara waktu ini. cik nurul iman, panggil saja iman. iman, ini encik aidil, bos kita." muka iman kelat seribu memandang aidil, tak sampai seminit, iman menundukkan muka.

"hurm, kak mira boleh keluar, saya nak beramah mesra dengan iman dulu. iman, duduk." satu arahan tegas aku bagi kepada setiausaha baru aku. dua kali aku bertembung dengan gadis ini dan kedua-duanya perlanggaran berlaku. sekarang, tiba masa untuk balas dendam!

"awak setiausaha baru saya yer. awak berkerja bawah saya dan awak kena ikut segala arahan saya paham?" dengan muka serius tetapi kontrol macho aku pamerkan.

"baik encik." iman mengangguk kepala dan kemudian kembali menunduk ke lantai. 

"bagus, jangan panggil saya encik, panggil saya tuan. tuan aidil. sekarang saya nak awak buatkan saya coffee, dan pastikan sedap. kalau tak sedap, siap awak. sekarang awak boleh keluar." aku membuka fail projek kasturi di atas meja aku. arahan aku beri tanpa melihat wajah ayu iman. grr, ego juga aku ini. 

iman berlalu menuju ke pintu dengan mulut terkumat-kamit mengajuk cara cakap aidil. rasa meluatnya mengalahkan rancangan boiling point. habis segala sumpah seranah diberi di dalam hati. laju kaki iman keluar dari bilik aidil. aidil tersenyum kemenangan, permainan baru bermula.

~|~|~|~|~|~

dua minggu pertama selepas kak mira bersalin, iman menjadi mangsa arahan aidil yang tak masuk akal dan luar dari skop kerja seorang setiausaha. semakin masam muka iman ketika aidil memberi arahan,semakin suka aidil membulinya walaupun aidil tahu, setelah dia memberi arahan, pasti mulut iman akan kumat kamit mengajuk kembali apa yang aidil katakan. sampai satu saat, aidil memberi arahan iman untuk masakan dia ayam masak lemak cili api untuk keesokan harinya dengan alasan mungkin dia besok tak sempat keluar makan dan dia malas nak beli kat luar. nurul iman hanya turutkan segala arahan aidil, tak membantah walau satu arahan pun. selagi dia boleh tahan dengan karenah aidil yang gila kuasa itu, selagi itu dia turutkan saja. setakat ayam masak lemak cili api, dengan tutup mata iman boleh masakkan.

"tuan, sekarang waktu lunch,  ayam masak lemak cili api tuan saya ada masakkan. tuan nak makan dekat sini  atau dekat pantri?" aku merenung wajah iman yang tiada perasaan. mungkin sebab sudah sebulan aku dera dia sehingga dia imun dengan arahan aku atau mungkin sudah lali dengan tengkingan aku setiap kali dia buat silap.

"saya nak makan di sini dan awak temankan saya." aku menutup fail dan duduk di sofa depan meja aku.

"tapi tuan aidil, saya sudah berjanji nak keluar makan dengan qilah dan muizz." iman tunjuk muka seposen dengan harapan aidil melepaskan dia hari ini. sudah berkali iman terpaksa mengungkir janji untuk keluar makan bersama tetapi terpaksa batalkan kerana melayan keranah aidil yang kononnya tak nak makan seorang.

"tak boleh! awak kena temankan saya makan. cepatlah hidangkan saya makanan itu. saya sudah terbulur ini." iman menghentakkan kaki tanda protes, dengan muka masam dia keluar mengambil bekal di bawah mejanya. dia bawa ke pantri untuk dipanaskan di microwave

"iman." iman berpusing melihat muizz di pintu pantri. dia tak tahu hendak bagi alasan apa lagi untuk kali ini. 

"erk, hai muizz." semanis senyuman iman beri untuk muizz.

"iman tak dapat join lunch lagi ea?" muizz menyandar di pintu pantri.

"saya minta maaf muizz, bos suruh temankan dia makan. saya pun tak fahamlah bos itu. sudah besar panjang, berjanggut pun nak orang temankan. sudah itu, suruh saya masak. pasal masak itu saya tak kisah sangat, tapi pasal paksa saya temankan dia makan itu yang saya tak puas hati." iman berpeluk tubuh.

"tapi awak boleh tolakkan, lagipun sekarang waktu rehat dan bukan waktu kerja. awak ada hak untuk tolak arahan dia." muizz tidak puas hati dengan sikap iman. bunyi microwave mengejutkan mereka berdua.

"erk, saya pergi dulu muizz, maafkan saya sekali lagi tak dapat ikut korang yer. sampaikan maaf saya dengan qilah." seraya itu iman lalu melintasi muizz dengan bekal yang dibawanya.

"atau awak suka dengan tuan aidil itu sebab itulah awak tak boleh bantah arahan dia iman?" kata-kata muizz menyusuk jantung iman. 

"saya pergi dulu muizz, karang lambat, saya lagi kena marah." iman tunduk menunju ke bilik aidil.

~|~|~|~|~|~

"mulai esok, awak tak perlu buatkan air, masak dan temankan saya makan lagi." iman tercenggang melihat aku apabila aku bagi arahan begitu. gembiralah itu, macam aku tak tahu.

"tapi kenapa tuan?" iman masih merenung aku. argh! boleh cair aku dengan renungan dia. aku tak boleh lemah, macamlah aku tak tahu dia ada hubungan dengan muizz itu. masakan, kenapa balik-balik muizz ajak dia keluar makan. dan tadi di pantri, macam aku tak tahu dia berjumpa dengan muizz si budak berlagak bagus itu.

"saya kata tak perlu, tak perlulah. awak ini kenapa? tak korek telinga ke pagi tadi? sekarang awak keluar." dada aku masih lagi panas dengan agenda yang berlaku antara iman dengan muizz. tapi, kesian plak aku lihat iman. serba salah jadinya. 

iman keluar dari bilik aidil dengan seribu satu persoalan. tak ada angin, tak ada ribut, aidil beri arahan lupuskan segala arahan yang tak masuk dalam skop kerja setiausahanya kecuali buat air setiap pagi. satu arahan yang memeranjatkan dan akan merubah hubungan antara aidil dan iman. di dalam bilik aidil, dia termenung melihat kertas kerja dan iman pula merenung kosong komputer di hadapannya.

perang dingin yang dilancarkan oleh aidil berlarutan pada minggu terakhir iman berkhidmat dengannya. hari ini adalah hari terakhir iman berkerja sama dengan aidil dan besok kak mira akan masuk dan mengambil alih tugasnya dan iman pula akan kembali ke tugas utamanya  di tingkat bawah setelah dipinjam selama sebulan kepada aidil. petang itu, pintu bilik aidil diketuk perlahan oleh iman.

"masuk." aku pura-pura khusyuk membaca proposal baru syarikat usahasama Jingga Corp. sedangkan dari tadi pagi, segala kerja aku buat tak kena. 

"tuan." iman merenung lembut kepada aku. argh! aku benci perasaan ini. perasaan damai yang buat aku diawangan. 

"yer iman? ada apa?" saja aku sibukkan diri aku melihat proposal, walhal satu perkataan pun tak masuk. aku nak tatap wajah iman la! hey hati, kenapalah aku ini ego sangat.

"hmm, hari ini hari terakhir saya bertugas dengan tuan. saya nak minta maaf kalau selama saya berkhidmat dengan tuan, ada benda yang tuan tak puas hati dengan perkhidmatan saya." iman masih lagi merenung aku. ish, boleh cair aku kalau macam ini.

"hmm, saya maafkan. kalau takde apa-apa. sila keluar. saya ada kerja nak buat." aku merenung iman keluar dari pintu bilik aku. satu perasaan kosong aku rasa ketika ini. kosong apabila iman mengucapkan kata hari terakhir, seolah kami tak akan berjumpa lagi. argh! tak kan aku sudah jatuh cinta. aku masih muda, masih umur 27 tahun. rumah sudah ada, cuma sekarang aku nak kumpul buat umrah. bajet kahwin sudah lama aku simpan. ish, persetankan perasaan ini. fokus aidil, fokus!

~|~|~|~|~|~

sudah 2 bulan kak mira bertugas dan keadaan seperti sedia kala cuma perasaan aku saja masih kosong setelah hari terakhir aku dan iman berpisah di bilik aku. bukan aku ego sangat sampai tak cuba cari dia kat bahagian bawah, tapi tetap tak jumpa. untuk bertanya kepada kak mira, aku malu plak. malu itu bukan ego, erk, atau aku ego kerana takut malu bertanya? aku kena keluar ambil udara, sesak fikiran aku hanya memikirkan nurul iman. 

"encik aidil." kaki aku tak jadi melangkah melintasi meja kak mira.

"yer kak mira?"

"encik aidil jadi tak pergi kenduri kahwin iman?" bulat mata aku dengar penjelasan kak mira.

"erk, iman tak bagi lagi dia punya kad jemputan kahwin ker?" kak mira mula rasa serba salah. kaki aku pantas langkah menuju ke lif. aku tekan butang nombor 4. sesudah lif terbuka, aku pergi ke meja iman. haish, selama aku cari tak ada pula iman ini, masa nak kahwin, sedap saja buat kerja dekat meja dia.

"erk, tuan aidil?" iman kaget tengok aidil.

"awak ikut saya!" aku tak sedar bila masa aku tarik tangan dia kemudian masuk ke dalam lif dan aku bawa  masuk dalam kereta aku.

"kita nak ke mana ini tuan aidil?" enjin aku hidupkan, gear aku masukkan ke gear 1, aku pijak pedal minyak sepuasnya sehingga bingit bunyi kereta aku mengaum di kawasan  bawah letak kereta.

"tuan aidil." iman kecut perut melihat aidil. tak ada tsunami, tak ada taufan, tiba-tiba batu meteor aidil yang panas membara itu datang.

"awak boleh jangan banyak bunyi boleh tak?!" lagi pedal minyak aku tekan. suasana jadi bungkam.

~|~|~|~|~|~

kereta aku berhentikan secara mengejut di tepi tasik. dengan satu arahan keluar, iman tunduk mengikut arahan. aku bagi arahan iman untuk duduk di bangku dan aku pula berdiri membelakang dia.

"bila awak nak kahwin?" iman buat muka hairan. hai minah ini, kat jemputan sudah edar boleh pula buat muka  hairan.

"saya tak tahu lagi tuan aidil." iman semakin hairan dengan perangai bekas bos dia. 

"macamana awak tak tahu, habis kad jemputan yang awak edar dekat kak mira itu apa? kad jemputan adik awak konon ker?" dada aku berombak, tangan aku silangkan.

"erk, yer. itu kad jemputan perkahwinan adik saya. kad jemputan untuk tuan aidil pun ada, saya niat nak bagi sendiri dengan tuan aidil. tapi..." lidah iman kelu. matanya di halakan kepada aku. 

"awak jangan nak tipu saya. habis apa yang kak mira kata kat saya tadi. awak ingat saya ini pekak ker? hari-hari saya korek telinga tahu." huh! setahu aku sound system aku belum lagi rosak. 

"betul tuan aidil, ini kad jemputanya." aku ragu-ragu hendak mengambil kad jemputan dari tangan iman. tapi, tangan aku capai juga kad berwarna merah hati itu. gatal tangan aku ini, sejak bila otak aku kata pergi ambil kad tu pun aku tak sedar.

perlahan aku membaca nama yang tertulis di kad tersebut, Mohammad Qadir bin Abdullah dan Nurul Aisyah binti Mutazim. aku baca lagi barisan bawah, turut menjemput Nurul Iman binti Mutazim. ya allah,  malunya aku. wajah aku mula membahang, bukan kerana marah tapi kerana malu. argh! kak mira ini apasal. tak pasal-pasal  jatuh saham aku depan iman ini.

"hurm, jadi adik awaklah yang kahwin yer? bukan awak?" aku merenung wajah polos iman.

"yer tuan. adik saya, mungkin kak mira salah sebut kot." iman melemparkan senyuman manisnya. aduh, bisa gila bayang aku tengok senyuman iman ini.

"saya pun kena jemput kan? minggu depan saya datang dengan orang tua saya. saya nak masuk merisik dan pinang awak sekali." bulat mata iman dengar kata-kata dari mulut aidil. pantas aidil mengayun langkah menuju ke kereta.

"awak buat apa lagi kat situ? tak nak balik office ker?" aidil lesap dalam kereta dengan senyuman bahagia. iman mula berpijak di dunia nyata. dia duduk di sebelah aidil, ditenung aidil sedalamnya.

"awak kenapa renung saya gitu? sexual harassment  dah nie." iman ini, kalau iya pun, tunggulah lepas kahwin. 

"tuan suka saya yer? kalau tuan suka saya, apasal tuan layan saya kasar-kasar?" iman berpeluk tubuh. matanya masih tak lepas dari melihat aidil.

"erk, sebab... hurm, sebab saya target nak kahwin umur 30, ada 3 tahun lagi. tapi, awak punya pasallah ini kacau plan saya. tak pasal-pasal saya kahwin dengan awak umur 27. huh!" enjin kereta dihidupkan. aku cuba untuk sembunyikan senyumannya. ya, aku bahagia sebenarnya.

"karang saya tolak pinangan awak baru tahu." guman iman sambil tengok sebelah kiri. seraya kepala aidil menoleh kearah iman.

"awak janganlah tolak, saya cintakan awak." suara kasihan aku dengarkan dekat iman. tak pernah aku begini. 

"hurm, tengoklah. nanti saya fikirkan." iman hanya senyum diam.

~|~|~|~|~|~

"papa. papa. mama itu membebel saja dari tadi." kata aiman yang masih lagi pelat. aiman anak aku dengan setiausaha sementara yang buat kacau plan masa depan aku, Nurul Iman binti Mutazim.

"aiman, tak elok kata mama gitu. mama bebel pun sebab aiman sepahkan mainan tak kemas balik. mama itu penat,sebab itulah mama bising." aku mendukung aiman dan letak ke paha aku. 

"alaa, aiman lupa nak kemas bukan tak nak kemas." aiman memeluk tubuh. mulutnya muncung, nasib baiklah anak aku ini comel, tengoklah baka siapa. 

"tengok tu perangai aiman da ikut dengan perangai abang dah. suka sangat selok belok cari alasan kalau buat silap." iman datang dengan seteko air teh dan kuih ubi. isteri aku ini memang pandai ikat aku, ikat perut aku sebenarnya. cuma bahagian mulut yang kumat-kamit itu saja tak berubah dari dulu sampai sekarang. tapi, itu yang buat aku bahagia sebenarnya.

"alaa, aiman ini ikut perangai sayanglah mulut pot pet pot pet." aku meletakkan aiman sebelah iman dan ambil langkah panjang sebelum cubitan singgah ke paha aku.

"abangggggg!" iman jerit kegeraman. 

sekarang umur aku 30 tahun, sepatutnya aku baru hendak kahwin tahun ini tapi oleh kerana iman kacau plan yang aku rancang dari umur 23 tahun, maka aku berkahwin umur 27 tahun dan mendapat anak pada hujung tahun 27 tahun yang bernama Muhammad Aiman bin Muhammad Aidil. Oh ya, perancangan aku hendak berbulan madu mengerjakan umrah, alhamdulillah, aku dapat laksanakan dan kemungkinan aiman ini made in madinah. berkat kata orang. jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis, perancangan bagai nak rak pun kalau allah sudah tulis engkau kahwin besok, besok juga engkau kahwin. yang penting, aku, iman dan aiman bahagia walaupun perancangan aku tak jadi. 



T.A.M.M.A.T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...